Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






08 October 2009

Didik pelajar jaga kebersihan wajah


















JANGAN fikir usia masih muda remaja lalu penjagaan paras wajah kurang diberi perhatian.
-Gambar Hiasan

Membiarkan wajah disaluti minyak tanpa penjagaan dan perawatan berkala, tetapi mengharapkan ia kekal menawan bukanlah sesuatu yang realistik apatah lagi kulit muka juga tidak terlepas daripada pelbagai masalah.

Baik remaja atau golongan dewasa perlu memastikan penjagaan berterusan kulit wajah mereka, tetapi jika rutin atau cara penjagaan tidak dilakukan dengan cara yang betul, wajah berkemungkinan menghadapi masalah pori terbuka, jerawat, jeragat bahkan jerawat batu bernanah.

Lebih memburukkan keadaan, keadaan wajah yang kurang penjagaan itu juga boleh mempengaruhi rasa rendah diri dan keyakinan seseorang untuk berdepan dengan rakan mahupun guru.



Menerusi Kem Keyakinan Diri bersama jenama produk berasaskan penjagaan dan perawatan tubuh, Clearasil, golongan muda disarankan untuk membasuh muka sekerap mungkin jika mahukan kulit wajah menawan dan kekal cantik.




Melihat fasa perubahan golongan muda itu, ia sesuatu yang penting dan simbolik menanamkan sikap yakin dalam bidang akademik mahupun menempuh kehidupan bukan hanya sebagai pelajar, sebaliknya untuk melangkah ke alam seterusnya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur menjadi sekolah pertama terpilih untuk program sedemikian sebagai pencetus nilai keyakinan diri terhadap pelajar.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan, Raja Norazam Raja Salleh juga tidak menafikan ada pelajar yang tidak mementingkan penjagaan kesihatan dan kulit wajah mereka.

"Ada juga yang berasa diri tidak cantik serta kurang keyakinan untuk aktif dalam aktiviti diadakan. Mereka juga tidak mahu bergaul berbanding rakan lain yang pandai menjaga penampilan diri.

"Malah, ada juga yang tidak tahu menangani masalah seperti jerawat lantas program sedemikian harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pelajar," katanya.

Menurutnya, program bersama Clearasil itu memberi penerangan lebih lanjut mengenai kepentingan penjagaan dan keyakinan diri kepada kumpulan sasaran.

Menurut Penolong Pengurus Penjenamaan Reckitt Benckiser, Jesicca Chan, kempen dilancarkan di hampir 40 sekolah di Lembah Klang, Ipoh dan Johor Bahru baru-baru ini membabitkan hampir 10,000 pelajar.

"Dalam apa aspek sekalipun, mereka harus bersedia menghadapi cabaran bukan hanya sebagai pelajar sebaliknya untuk berdepan dengan pelbagai cabaran apabila melangkah ke kolej atau universiti, seterusnya ke alam kerjaya kelak.

"Ia turut membabitkan keupayaan bercakap, meningkatkan emosi, melengkapkan diri menghadapi peperiksaan atau apa saja, bergantung kepada sejauh mana kebolehpercayaan pada diri mereka," katanya.

Beberapa pelajar ditemui beranggapan kem sedemikian penting untuk membentuk keyakinan diri dalam proses keremajaan mereka terutama menerusi penjagaan dan kesihatan diri.

Nik Nor Hisham Firdaus Nor Hashim, 16, berkata lelaki juga perlu memberi tumpuan terhadap penjagaan diri terutama kulit muka.

"Tidak dinafikan wajah kemas diiringi penjagaan kesihatan diri memberi pengaruh besar kepada seseorang.

"Ia melatih seseorang lebih yakin untuk berdepan dengan persekitaran seterusnya dalam proses pendewasaan.

"Mereka yang memiliki kulit berminyak biasanya lebih cenderung berjerawat. Kulit saya jenis yang berminyak dan cepat berpeluh.

"Untuk itu, saya menggunakan produk ini untuk menjaga kebersihan diri bagi mengelak jerawat tumbuh lebih teruk," kata anak kedua daripada lima beradik ini.

Rakannya, Shamnaza Hasliza, 16, mengakui program seumpamanya amat bermanfaat walaupun diadakan hanya sehari.

"Naluri remaja perempuan seperti saya memang mahu kelihatan cantik.

"Namun, kem ini bukan hanya mementingkan kecantikan kerana lebih daripada itu, ia mengutamakan penjagaan kesihatan sewajarnya terutama untuk menguruskan muka dalam konteks yang betul.

"Apa yang penting adalah melengkapkan diri dengan sikap yakin, percaya pada kebolehan diri dan cara berdepan dengan orang lain terutama di alam pekerjaan yang lebih mencabar," katanya.


Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my


No comments: