Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






30 December 2008

Taklimat Profesionalisme Guru Besar & Pengetua Daerah Alor Gajah.











Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah telah menganjurkan satu Taklimat Profesionalisme Guru Besar & Pengetua Daerah Alor Gajah pada 30 Disember 2008 bertempat di Dewan Perbandaran Alor Gajah.Taklimat ini dihadiri oleh Guru-Guru Besar dan Pengetua-Pengetua dari sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah.

Taklimat pertama disampaikan oleh Tuan Abu Bakar Awang,Ketua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah. Beliau telah menyampaikan amanat daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah dan seterusnya mewakili Pegawai Pelajaran Daerah merasmikan majlis ini.
Taklimat seterusnya disampaikan oleh Tuan Hj.Arshad Othman,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Unit Akademik),En.Aziz Jantan,Penyelia Sukan dan En.Harun Bakri,Penyelia Kanan Sekolah Rendah.Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.
Read more...

Keputusan Peperiksaan PMR 2008 Negeri Melaka.

Keputusan PMR Negeri Melaka 2008

Tuesday, 30 December 2008
Keputusan PMR 2008 Negeri Melaka telah diumumkan oleh Tuan Haji Isa Bin Haji Abu, Pengarah Pelajaran Melaka di Dewan Bestari, Jabatan Pelajaran Melaka pada 30 Disember 2008.



Seramai 14,692 calon di negeri Melaka telah mendaftar untuk mengambil peperiksaan PMR 2008. Daripada jumlah ini, 14,368 (97.79%) adalah calon Sekolah Kementerian Pelajaran, 140 (0.95%) calon MRSM dan 184 (1.25%) adalah calon sekolah swasta.
Dari segi kecemerlangan individu di peringkat negeri didapati seramai 879 (6.17%) calon telah mencatat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 873 pada tahun 2007, meningkat 6 orang.

Bilangan Tahun 2008

9A 122
8A 591
7A 166
Jumlah 879

Dari seramai 14,251 calon yang menduduki peperiksaan, 9272 (65.06%) calon telah mencapai keputusan A, B, C atau D dalam semua mata pelajaran yang diambil. Warga Jabatan Pelajaran Melaka mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya.

Sumber :Laman Web Jabatan Pelajaran Melaka.
Read more...

29 December 2008

Andaiku Tahu........

Klik video
Read more...

28 December 2008

Maal Hijrah 1430H


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430H/2009.
Maal Hijrah juga dikenali sebagai Awal Muharam ialah hari penting umat Islam seluruh dunia.Hari pertama dalam kalendar Islam, juga antara hari penting kerana berlaku pada 622 Masihi. peristiwa bersejarah apabila Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah dari Makkah ke Madinah .

Secara keseluruhan Maal Hijrah membawa maksud perpindahan atau perubahan daripada keburukan kepada kebaikan dan kelebihan. Bagi setiap insan di muka bumi Allah ini,Ia menjadi titik permulaan kepada proses memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik lagi.

Doa Awal dan Akhir Tahun untuk sama-sama kita manfaatkannya












Klik imej untuk besarkan.
Read more...

26 December 2008

Persediaan Menghadapi Sesi Persekolahan 2009.

Surat Pekeliling Ikhtisas:Bil 7/2008 menyatakan hal ini.
Klik untuk teruskan.
http://www.moe.gov.my/galeri_awam/pekeliling/2008_BS_251_3358_7284.pdf Read more...

Terpilihkah Anda Ke SMKA/ KAA /SABK Tingkatan 1 /2008 !

Calon UPSR 2008 yang memohon sila semak disini

http://www.semaksekolah.ustazmelaka.net/default.asp Read more...

24 December 2008

Di mana Lokasi Kantin SK Pegoh ye !

Klik imej untuk besarkan.

Read more...

23 December 2008

Wow ! All Year 5 pupils In Terengganu will get Laptops !




















Source :The Star (22.12.08) Read more...

Adakah *Anda Terpilih Ke Tingkatan 1 SBP !(*Calon 5A UPSR 2008)















Nama anda mungkin ada di SINI.
http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/semakan_rayuansst1_2009/index.cfm

Sekalung Tahniah jika anda TERPILIH ! Read more...

21 December 2008

Tak Sayang Nyawa ... Masih Tak Sedar !

Bahana Rokok.

Read more...

Pesanan Daripada 'Ministry Of Health' Untuk Semua !!

Read more...

20 December 2008

Tanpa Ibu Dan Bapa Siapalah Kita



Klik untuk ketahui Luahan Ibu Dan Bapa .
http://parentswish.com/site07/index.html Read more...

18 December 2008

Laptop for Hazman Shair Shamsulkamar from Melaka Chief Minister.


Click pic. to enlarge.
Source : The Star

Read more...

06 December 2008

Salam Aidil Adha.








Read more...

02 December 2008

Fenomena bulan 'Senyum'


Klik imej untuk besarkan.

Sumber : Berita Harian
Read more...

01 December 2008

'Could we look into the head of a chess player ,we should see there's a whole world of feelings, images, ideas, emotion and passion !'

Click To View The Video Clip (Source :PIXAR Short Film 1997)

Read more...

Jom Ke Kompleks Air Panas Gadek,Alor Gajah !

Kompleks Air Panas Gadek terletak kira-kira 4 kilometer dari SK Pegoh, 7 kilometer dari pekan Alor Gajah dan kira-kira 32 kilometer dari Bandar Melaka.Kompleks ini yang terkenal dengan kolam air panas sentiasa menjadi tumpuan pengunjung bukan saja dari sekitar Melaka tetapi juga Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Selangor.


Pada cuti hujung minggu atau cuti umum kompleks yang diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka(PKNM)sentiasa menjadi tumpuan pengunjung lebih-lebih lagi di musim cuti persekolahan ini. Difahamkan air panas di situ mempunyai belerang yang dikatakan mampu mengubati penyakit kulit. Pelbagai kemudahan juga disediakan untuk keselesaan pengunjung antaranya bilik salin pakaian, kerusi meja untuk berehat, gerai makanan dan taman permainan kanak-kanak. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM 4.00 untuk dewasa dan RM 2.00 untuk kanak-kanak yang berusia enam hingga 12 tahun.
(Sumber gambar:Berita Harian)

Read more...

30 November 2008

Tip-Tip Keselamatan Di Musim Cuti Sekolah.

Cuti persekolahan yang panjang ini cukup menyeronokkan. Dalam masa itu juga kita perlu menjaga keselamatan diri kita agar kita dapat memulakan penggal persekolahan 2009 dengan sempurna.Mari kita bersama-sama memastikan cuti sekolah kita selamat, seronok dan penuh kenangan manis. (Sumber : CSR /RHB)
(Klik gambar untuk dibesarkan)

Read more...

29 November 2008

Meninggal Dunia Ketika Bermain Badminton


Datuk Razali Ismail

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, ninggal dunia selepas
rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, petang semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika Razali menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan. Kelmarin, Razali, 59, menutup konvensyen berkenaan dan pagi semalam Allahyarham ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri Konvensyen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebelum ke IAB semula bagi menyertai permainan badminton.

Jenazah Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu dibawa ke Hospital Bentong, kira-kira jam 8 malam tadi untuk dibedah disiasat. Isteri Allahyarham, Datin Nooraini Lob Yusoff tiba di IAB sebaik dimaklumkan pegawai kementerian berkenaan. Allahyarham meninggalkan lima anak.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika dihubungi menyifatkan kematian Razali sebagai satu kehilangan besar bukan saja kepada keluarganya, malah generasi muda, guru, warga kementerian dan negara. "Sukar untuk saya gambarkan rasa sedih atas kehilangan seorang yang cukup ikhlas, jujur, komited dan profesional dalam melaksanakan amanah memimpin Kementerian Pelajaran dan kakitangannya. "Kita semua tidak akan lupa pengorbanan Allahyarham kepada agama, bangsa dan tanah air," katanya yang turut bergegas ke Hospital Bentong bagi membantu menguruskan jenazah. Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Jalan Kenanga, Kuala Terengganu sebelum dikebumi
. (Sumber dipetik :Berita Harian)
Read more...

28 November 2008

'Our Beloved Children 2008'


Murid-murid SK Pegoh Sesi Persekolahan 2008.

Terpancar wajah-wajah gembira.
Wajah-wajah gembira yang
memerlukan bimbingan dan
tunjukajar daripada guru-guru
dengan harapan bukan sahaja
dapat melahirkan modal insan
berkualiti tetapi juga mempunyai
nilai akhlak yang terpuji.

Semoga ianya menjadi realiti !!
Read more...

27 November 2008

25 November 2008

Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah(PGSR)


' Guru perlu berilmu,tugas hakikinya menyampaikan ilmu kepada muridnya.Untuk terus menyebarkan ilmu,guru perlu sentiasa bersedia untuk menambah ilmu demi pembangunan ilmu anak didiknya'.Justru,
En.Mohd Isa Barom,Guru Bahasa Melayu SK Pegoh menyahut cabaran untuk mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) membabitkan tempoh pengajian selama 4 tahun yang bermula pada 17 November 2008 dan dijangka tamat pada akhir Disember 2012.


Program yang dilaksanakan dalam setiap cuti persekolahan ini adalah pengambilan yang pertama.
Menyedari deretan pengorbanan dalam pelbagai bentuk terpaksa dihadapi dalam usaha untuk menambah ilmu,bapa kepada lima orang anak juga terpaksa bijak membahagikan masa antara pelajaran,tugas di sekolah dan keluarga.Kami warga SKP mengucapkan tahniah kepada Cikgu Mohd Isa dan sentiasa berdoa akan kejayaan beliau.

Read more...

Program Jejak Kegemilangan Anjuran TNB


Tahniah kepada Ainur Nadhirah Anuar,murid tahun 5 SK Pegoh kerana telah dipilih sebagai Peserta Perempuan Terbaik dalam Program Jejak Kegemilangan.

Bertemakan TNB-Penjana Generasi Gemilang,program ini bermula pada 4-8 Ogos 2008 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).Seramai 140 pelajar terdiri daripada Tahun 5 dan Tingkatan 2 dari luar bandar seluruh tanah air dipilih menyertai program ini. Warga SKP sangat berbangga dengan kejayaan anda. SKP Boleh !! (Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Majalah
e@Siswa edisi November 2008,halaman 12 & 13)
Read more...

Wirawati-Wirawati SK Pegoh !

'Kegembiraan kami bukan kepalang. Segala penat lelah hilang, meraih 5A bukannya senang. Segala-galanya memerlukan pengorbanan,kini impian menjadi kenyataan.' Itulah luahan rasa tiga murid Tahun 6 SK Pegoh yang berjaya meraih 5A dalam Peperiksaan UPSR 2008.

Keputusan yang diumumkan pada 13 November lalu ternyata mengubah segala-galanya.Perasaan gembira terpancar di wajah Nur Ainina Nabilah,Nurul Nabila dan Syafinaz Zulaika.Menurut mereka segala usaha gigih yang dilakukan selama ini membuahkan hasil. Banyak membuat ulangkaji dan latihan,menghadiri setiap kelas tambahan yang dibuat oleh guru-guru dan yang paling penting ialah memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru sedang mengajar.Itulah antara resipi kejayaan mereka.Semoga kejayaan mereka menjadi perangsang kepada semua murid SK Pegoh terutamanya pada mereka yang akan menduduki UPSR 2009.
Read more...

24 November 2008