Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






03 August 2010

Tingkatkan prestasi komputer











Komputer yang diselenggara dengan baik dapat memanjangkan jangka hayat.


EVOLUSI teknologi pengkomputeran hari ini begitu pantas lantas menjadikan kadar keupayaan pengkomputeran berganda hampir setiap hari.

Sekiranya usia komputer anda telah menjangkau 10 tahun, ia mungkin sudah dianggap sebagai 'fosil' kerana kemampuan pemprosesan dan capaian fungsinya sudah terbatas.

Anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan komputer baru.

Usaha menaik taraf komponen-komponen mungkin tidak lagi relevan disebabkan beberapa faktor. Antaranya seperti kesukaran untuk mendapatkan komponen gantian atau komponen yang berada di pasaran hari ini tidak menyokong teknologi yang terlebih awal wujud pada sistem komputer lama anda.

Akan tetapi, sekiranya komputer anda baru berusia beberapa tahun tetapi kurang responsif dan amat perlahan terutamanya ketika menggunakan program tertentu, ia berkemungkinan mempunyai masalah yang berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan.

Langkah berikut boleh diambil bagi mengatasi permasalahan berkaitan prestasi komputer yang menurun:

Buat imbasan virus

Lakukan imbasan virus menggunakan perisian antivirus anda. Sebelum itu, jangan lupa untuk mengemaskini antivirus sebelum melakukan imbasan.

Serangan virus merupakan salah satu punca prestasi komputer menurun lalu bertindak balas dengan begitu perlahan.

Selain virus, program-program lain yang turut boleh menyebabkan masalah yang sama adalah seperti Trojan dan Spyware yang lazimnya menyerang komputer yang sering bersambung dengan Internet.

Buang program yang tidak diperlukan

Tidak semua program yang ada di dalam komputer anda digunakan dengan kerap. Malah, ada di antaranya digunakan sekali sahaja. Langkah mengurangkan program di dalam komputer akan membebaskan ruang storan sekali gus meningkatkan kelajuan dan upaya pemprosesan.

Secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan masalah keadaan fail di dalam cakera keras yang tidak tersusun. Selalunya jika faktor itu tidak diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya, kelajuan komputer anda boleh terjejas.

Mematikan komputer selepas digunakan

Selain menjimatkan penggunaan elektrik, amalan ini dapat mengelakkan kerosakan pada komponen komputer akibat kepanasan yang melampau.

Sesetengah pengguna komputer hanya mengakhiri penggunaan komputer dengan membiarkannya dalam keadaan log off. Adalah lebih baik jika memilih shut down dan suisnya dipadamkan.

Sekiranya komputer anda dihidupkan berhari-hari secara berterusan dan anda mendapatinya ia beroperasi terlalu perlahan, lakukan restart bagi memberikan komputer anda sedikit masa untuk 'berehat'.

Guna program pembersih registry

Program-program yang telah dibuang dari komputer sebenarnya masih meninggalkan sedikit fail dalam bentuk registry atau pangkalan data dalaman sesebuah komputer.

Program pembersih registry dapat membantu pengguna komputer, terutamanya mereka yang agak baru dalam dunia pengkomputeran. Ia merupakan kaedah yang termudah dan selamat bagi 'membersihkan' komputer anda dari fail-fail yang tidak diperlukan.

Format cakera keras

Ini mungkin jalan terakhir, tetapi paling berkesan dalam menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan sistem komputer anda. Sekiranya masalah terlalu serius, anda mungkin perlu memformat cakera keras anda dan melakukan instalasi sistem operasi semula.

Ini akan memberikan nafas baru kepada komputer dan anda pastinya dapat melihat perubahan positif setelah cara itu dilakukan.

Namun, pastikan anda terlebih dahulu telah menyalin dokumen dan fail-fail penting anda ke storan lain kerana cara ini akan menghilangkan kesemua data dan sistem operasi yang terkandung di dalam komputer anda.


No comments: