Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






07 August 2010

Segar sewaktu bekerja











MENDENGAR muzik dapat menyegarkan minda daripada rasa mengantuk.
MEMPUNYAI pekerja yang kreatif dan produktif sememangnya adalah keinginan setiap pengurusan sesebuah organisasi. Hanya dengan kakitangan cemerlang, sesebuah organisasi mampu berkembang dan beroperasi lebih efisien. Justeru itu kebanyakan organisasi dari semasa ke semasa menyediakan pelbagai program seperti motivasi dan kursus yang dapat meningkatkan prestasi para pekerjanya.

Namun, terdapat beberapa isu yang menjadi kekangan dalam mendapatkan pekerja berkualiti. Antaranya adalah keletihan fizikal yang membuatkan seseorang berasa tidak bermaya dan bersemangat. Ia bertambah teruk apabila keletihan itu membuatkan seseorang pekerja sering mengantuk dan kerap menghabiskan masa dengan tidur di tempat kerja.

Situasi begini bukan sahaja tidak menguntungkan organisasi malah, secara tidak langsung menjadikan seseorang malas, dengan menjadikan kurang tidur sebagai alasan apabila pelbagai tugasan tertangguh.

Mungkin panduan yang disenaraikan GenK dapat mengembalikan semangat untuk terus menjadi produktif meskipun merasakan mengantuk di tempat kerja.

Pencahayaan

Berada dalam suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup boleh menyebabkan kita mudah berasa mengantuk. Seeloknya dekatkan diri atau cari sudut yang terang seperti pancaran semula jadi di tepi tingkap. Ini mungkin dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda kita semula.

Wangian aromaterapi

Semua makhluk di muka bumi amat sensitif terhadap bauan. Wangian aromaterapi khasnya mampu membantu tubuh merangsang pelbagai sistem tubuh dan organ. Ia umpama magnetik yang dapat menghilangkan rasa mengantuk dan kemalasan di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja kerja anda atau simpan minyak wangi di dalam laci meja anda.

Senaman

Meregangkan badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai secara langsung dapat menghambat saraf yang menyebabkan perasaan mengantuk. Di samping itu, elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama.

Sebolehnya galakan diri anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti bersenam sama ada pada waktu pagi dan petang. Ia dapat mengembalikan kecergasan fizikal selain membuatkan kita lebih bertenaga dan fokus terhadap kerja yang dilakukan.

Dengar muzik



Mengamati alunan muzik antara penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah ini. Terdapat beberapa jenis bunyian atau muzik yang dikatakan dapat merangsang dan meningkatkan kewaspadaan minda kita.

Malah, ia mampu menjana kedua-dua belah otak untuk berfikir. Namun, setiap orang mempunyai cita rasanya masing-masing. Tidak salah untuk meluangkan masa sebentar untuk mendengar muzik, asalkan ia tidak melekakan diri untuk menjadi produktif di tempat kerja.

Rujuk doktor pakar

Seandainya anda terlalu kerap tertidur ketika melakukan kerja meskipun sudah memperoleh waktu istirehat yang cukup, sebaiknya rujuklah kepada doktor. Anda mungkin mengalami penyakit narcolepsy atau sleep apnea iaitu masalah pernafasan ketika tidur.


No comments: