Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






01 August 2010

Pengalaman haid pertama











SEMUA gadis pasti pernah menempuh haid pertama. Ia adalah situasi yang tidak boleh dielakkan oleh mana-mana gadis dalam menempuh alam dewasa.

SEMUA gadis seusia Elliza Abdul Razak, 26, pasti pernah menempuh haid pertama. Ia adalah situasi yang tidak boleh dielakkan oleh mana-mana gadis dalam menempuh alam dewasa.

Mungkin yang membezakan haid pertama seseorang gadis adalah usia, keadaan dan tempat. Ada yang melaluinya dengan penuh cemas, ada yang menangis dan ada pula yang mungkin terpaksa menanggung malu kerana haid pertama biasanya berlaku tanpa dijangka.

Berkongsi kisahnya, pelakon cilik kelahiran program Akademi Fantasia (AF) itu memberitahu, haid pertamanya dialami ketika dia berada di tingkatan tiga dan sedang menanti hari-hari terakhir menjelang peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sehari sebelum bermula peperiksaan, dia berasa seperti kurang sihat dan mengalami sakit perut yang teruk.

Walaubagaimanapun, tanpa mempedulikan kesakitan dan menguatkan semangat meneruskan ulang kaji pada saat-saat akhir demi mendapat keputusan yang cemerlang. Keesokan hari sewaktu ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting itu, tiba-tiba Elliza dikejutkan dengan cecair merah yang membasahi kainnya.

Sungguhpun pada usia 15 tahun, anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu sedar apa yang dilalui adalah sesuatu yang lumrah kepada seorang wanita, tetapi haid pertamanya pada saat-saat menjelang detik permulaan peperiksaan menyebabkan dia diselubungi kebimbangan.

























SAKIT perut yang teruk akibat haid sering mengganggu rutin.

--------------------------------------------------------------------------------


“Mujur ibu ada ketika itu untuk menenangkan saya bahkan menemani sehingga ke sekolah. Ia sedikit sebanyak membantu saya menyesuaikan diri dan tidak cemas di dewan peperiksaan,” ujar Elliza yang mengakui peristiwa lebih sedekad itu bukan sahaja memeranjatkan dirinya bahkan sesuatu yang lucu.

Selain menempuh kitaran haid, antara perubahan lain yang dilalui Elliza dalam menempuh akil baligh termasuklah perubahan diri dari segi fizikal dan emosi.

Perubahan fizikal

“Ketika melalui fasa itu, ketinggian dan berat badan saya semakin bertambah. Begitu juga dengan payu dara yang membesar selain punggung melebar dan membesar. Tidak ketinggalan berlaku pertumbuhan bulu-bulu halus di ketiak dan di pubik, perubahan bau badan dan jerawat serta perubahan pada kulit,” kongsinya.

Akui Elliza ketika itu, banyak persoalan yang timbul tetapi tidak banyak jawapan yang diperolehnya kerana tidak ada subjek rasmi di sekolah yang memberi pengenalan tentang hal-hal proses kematangan wanita dan lelaki iaitu akil baligh kepada golongan remaja.

Sehubungan itu, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila ramai remaja mempunyai persepsi kurang tepat mengenai simptom-simptom akil baligh seperti melihatnya sebagai tanda-tanda kepada penyakit berbahaya. Malah, ada yang berdepan dengan kemurungan.

Malah, hasil kajian Kotex BodyLife IQ mendapati hanya tiga peratus wanita di negara ini didapati benar-benar mengetahui rahsia tubuh mereka termasuklah mengenai proses akil baligh. Ekoran itu, Kotex dengan misi memberikan pendedahan yang lebih banyak kepada remaja mengenai perubahan-perubahan diri semasa menempuhi fasa tersebut melancarkan siri episod talian atau webisod Kisah Kaisara.

Isu-isu remaja



















KISAH Kaisara memaparkan cerita seorang gadis bernama Kaisara yang berkongsi isu-isu remaja bersama rakan-rakannya.

--------------------------------------------------------------------------------


Penggambaran siri web yang dijalankan di sebuah sekolah menengah tempatan memaparkan kisah seorang gadis Melayu yang bernama Kaisara bersama kawan-kawannya iaitu Dania, Hana dan Amy berkongsi isu-isu sebenar remaja.

Selain Elliza, turut membintangi siri episod dalam talian itu ialah Wan Sharmila Wan Mohamed, Sari Yanti Mohamad dan Faralyna Md. Idris.

Wan Sharmila yang turut hadir dalam pertemuan bersama Kosmo! itu memberitahu, akil baligh adalah satu titik perubahan pada diri seseorang. Elak berasa bimbang dan malu kerana ia merupakan sesuatu yang normal di mana semua wanita melaluinya dengan pengalaman yang berbeza.

Dalam pada itu, bagi segelintir gadis yang menghadapi masalah jerawat akibat perubahan hormon juga tidak perlu risau ketika berdepan dengan masalah tersebut. Cuba dapatkan petua-petua daripada orang tua ataupun khidmat nasihat pakar kulit.




















ELLIZA (kiri) da Wan Sharmila melalui fasa akil baligh seperti remaja lain.




“Jangan sesekali menggunakan produk-produk kecantikan yang tidak mendapat kelulusan pihak Kementerian Kesihatan kerana mungkin ia akan memudaratkan wajah.

“Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dan minum banyak air,” ujar anak kelahiran Johor itu.

Malah Sharmila juga tidak bersetuju jika golongan remaja cenderung mempercayai mitos-mitos yang diceritakan oleh rakan-rakan. Misalnya, wanita akan berjalan kengkang apabila hilang dara, pantang minum air sejuk ketika haid, tidak boleh makan daging, susu atau kekurangan darah haid bererti seseorang wanita itu tidak subur. Mitos seumpama itu hanyalah kepercayaan karut tanpa bukti kukuh.



Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN
n.jagatheswary@kosmo.com.my

No comments: