Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






05 August 2010

Penangan singa putih











TARIAN Singa cukup sinonim dengan masyarakat Tionghua terutama ketika menyambut Tahun Baru Cina


TARIAN Singa cukup sinonim dengan masyarakat Tionghua terutama ketika menyambut Tahun Baru Cina. Persembahan itu bukan sahaja menjadi penyeri sambutan perayaan tersebut, bahkan ia diangkat ke pentas pertandingan.

Mendaki puncak tanah tinggi Genting, 28 ekor singa yang berwarna-warni didatangkan dari seluruh dunia. Masing-masing dengan misi yang sama iaitu merebut gelaran juara Kejohanan Tarian Singa Antarabangsa kesembilan 2010.

Acara dwi tahunan yang telah memasuki edisi kesembilan itu sekali lagi menjadi acara besar yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands dengan menampilkan 28 pasukan.

Seluruh dewan di tanah tinggi itu gamat dengan bunyi gendang yang mengiringi langkah sang singa dan tepukan gemuruh 5,000 penonton pada hari terakhir kejohanan tersebut berlangsung baru-baru ini.

Menjadi pentas rentap tarian singa terbesar di negara ini, acara yang disertai oleh wakil-wakil dari Australia, Brunei, China, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand, Jepun, Mauritius, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia itu turut merebut gelaran Raja Singa Barat dan Raja Singa Selatan.

Singa putih yang mewakili kumpulan Kun Seng Keng Dragon & Lion Dance Association Team D dari Muar, Johor itu melangkah bergaya di atas tiang-tiang besi dengan menampilkan aksi lincah sesuai dengan status jaguh pada hari itu. Di sebalik acara bertenaga yang berlangsung selama tiga hari itu terdapat kisah menarik yang dikongsi oleh sang juara.

Bukan sekadar tampil dengan persembahan biasa melalui aksi akrobatik, kumpulan itu membuat persembahan kreatif serta tampil membawa kelainan sesuai dengan gelaran juara yang dipegangnya sejak dua tahun lalu.

Membuka tirai persembahan dengan elemen drama, sang singa dibawa berarak menaiki pedati sambil diiringi dendangan lagu tema daripada drama popular Hong Kong pada tahun 80-an, The Bund. Suasana riuh seketika dengan aksi lucu itu.

Kejayaan pasukan dari selatan tanah air itu bukan saja dijayakan oleh peserta berbangsa Cina bahkan dua anak Melayu.

Syahdatul Azmi Bustaman, 17, antara individu yang memainkan peranan utama dalam pasukannya untuk mendapat markah daripada 20 orang juri dari seluruh dunia apabila diberi tanggungjawab untuk memainkan alat muzik cha-cha.




















SEBANYAK 28 kumpulan dari seluruh dunia mempamerkan aksi menarik sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Konsep 1Malaysia

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku mahkota, Muar membuktikan bahawa beliau adalah antara remaja yang menyokong konsep 1Malaysia.

“Ia mengajar saya untuk lebih berdisiplin dan mengenali budaya kaum lain. Saya berbangga kerana melakukannya kerana ia adalah sesuatu yang berbeza,” katanya yang kini komited untuk lebih maju dalam bidang seni itu.

Syahdatul Azmi kini mempelajari teknik memainkan watak sang singa sejak setahun lalu dan menunggu masa untuk mempersembahkannya di khalayak.

“Menjadi juara buat kali kedua berturut-turut memberikan saya semangat untuk mendalami persembahan ini. Ia akan menjadi batu loncatan untuk saya memahirkan diri dalam budaya kaum Cina,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, abang Syahdatul Azmi, Amirul Firdaus Bustaman, 18, yang telah menyertai kumpulan tarian singa tersebut setahun lebih awal daripada adiknya menjelaskan, penyertaannya dalam pasukan itu adalah secara kebetulan apabila beliau sering melalui kawasan latihan kumpulan terbabit setelah pulang dari sekolah. Bahkan, beliau juga selalu menyaksikan kumpulan tersebut melakukan sesi latihan. Perkara itu berlaku tujuh tahun lalu.

“Uncle Tan iaitu Pengerusi Kun Seng Keng Dragon & Lion Dance Association Lion Dance bertanya sama ada saya berminat untuk menyertai pasukan itu kerana menurut beliau orang Melayu juga boleh menyertainya,” katanya yang menyertai pasukan tersebut secara sepenuh masa setelah menamatkan zaman persekolahannya sejak tahun lalu.

Apakah persediaan kumpulan itu menyertai kejohanan kali ini? “Kami melakukan latihan intensif selama tiga bulan setiap hari.

















JUARA kejohanan memulakan persembahan dengan elemen drama.

--------------------------------------------------------------------------------


“Adik saya juga memohon cuti dengan pihak sekolah untuk memberi perhatian kepada kejohanan ini,” katanya latihan bermula dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 2 petang hingga 4 petang setiap hari.

Kumpulannya terdiri daripada dua pemain singa, dua pemain alat muzik cha-cha, gendang dan gong.

Sementara itu, Pengerusi Kun Seng Keng Dragon and Lion Dance Association berbangga kerana penyertaan dua pasukannya kali ini turut membawa tuah berganda apabila pasukan keduanya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Ini bermakna anak-anak buah Chong Hin bukannya calang-calang kerana mereka adalah antara pasukan terbaik di dunia.

Berkongsi rahsia kejayaan pasukan itu, Chong Hin yang juga pengasas persatuan yang ditubuhkan sejak 1988 itu menjelaskan, aksi melompat tiang itu bukanlah sesuatu yang mudah dan pengorbanan yang dilakukan mereka tidak sia-sia.

“Risiko yang mereka ambil sudah berbayar pada hari ini,” jelasnya ringkas.

Beliau memberitahu, terdapat lapan pasukan tarian singa yang dilatih oleh persatuan itu tetapi hanya dua yang terbaik dipilih menyertai kejohanan tersebut.

Chong Hin turut berbangga dengan anak-anak muda yang berumur semuda 17 tahun di dalam pasukan itu kerana keberanian mereka menyahut cabaran.

Menariknya, di sebalik 60 orang pemain persembahan tarian singa, 18 orang daripadanya terdiri daripada kaum Melayu dan dua orang India.

“Kami bukan sahaja mendidik mereka bermain tarian singa, tetapi pelbagai pengisian seperti budaya dan sejarah tarian singa,” katanya mengakhiri bicara.

No comments: