Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






31 August 2010

Selamat Menyambut Hari kebangsaan ke-53











Malaysiaku Gemilang !

APAKAH erti kemerdekaan bagi anda? Memadaikah jika sekadar menyambutnya setahun sekali dalam masa tidak sampai 24 jam ketika sambutan laungan kemerdekaan dan seterusnya acara perbarisan? Hakikatnya, erti sebuah kemerdekaan itu terlalu luas dan amat tinggi nilainya. Acara tahunan yang bakal disambut lusa, bukan sekadar laungan semata-mata tetapi seharusnya semangat berteraskan penghargaan terhadap jasa pejuang yang berasakan pahit maung menuntut kemerdekaan negara. Generasi muda perlu sentiasa digalakkan untuk menyemai semangat itu sebagai bahan sejarah yang perlu dihayati. Semua itu perlu dikenang kerana tempoh 53 tahun merdeka sejak 1957 itu amat bernilai dan terlalu kecil jika dibandingkan dengan hidup derita selama 446 tahun di bawah telunjuk penjajah bermula di era Portugis (1511) sehinggalah British, Jepun dan kesengsaraan akibat keganasan komunis.

Paling penting, bagaimanakah mahu memastikan semangat itu terus membara sampai bila-bila?



Read more...

30 August 2010

Kiwi kurang tekanan ketika berpuasa








TAHUKAH anda sebiji buah kiwi mengandungi zat kalium lebih daripada sebiji pisang manakala kandungan vitamin C pada kiwi pula umpama dua biji oren?


Lebih menarik, sebiji kiwi juga mengandungi kandungan serat umpama kita menikmati semangkuk bijirin selain kaya dengan beta karotina, magnesium, zink, zat besi dan fosforus.

Menurut fakta jenama kiwi terkenal dari New Zealand, Zespri, ia dianggap antara buah yang dapat membantu mengurangkan tekanan pada tubuh ketika berpuasa kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan zat galian penting.

Sama ada dimakan sebelum atau selepas berbuka, kiwi dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana kandungan vitamin C di dalamnya membantu meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap patogen seperti bakteria.

Selain itu, ia mengandungi vitamin E dan antioksidan penting untuk membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Lebih istimewa, kandungan vitamin C dan karotenoid dalam kiwi juga membantu dalam penyerapan zat besi manakala satu enzim proteolisis aktif yang digelar actinidin dapat menolong meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirin.

Ramai yang mengalami masalah sembelit ketika di bulan puasa dan untuk mengatasi masalah berkenaan, pakar pemakanan menyarankan pengambilan sebiji kiwi dalam diet harian.

Bagi pesakit diabetes, kiwi mampu membekal sumber tenaga yang diperlukan kerana kajian menunjukkan ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah untuk hidangan sebiji kiwi saiz besar.


Ini bermakna tahap glukosa darah pesakit diabetes juga tidak akan bertambah secara mendadak.

Kajian turut mendapati jika kiwi dimakan sejam sebelum tidur, ia mampu membantu memperbaiki kualiti serta menstabil dan menenangkan angin seseorang.
Bagaimanapun, untuk warga emas yang mempunyai penghadaman lemah, disyorkan menikmati buah berkenaan sejam setengah sebelum tidur.


>Info


•Untuk ­memastikan kiwi hijau sudah siap untuk dimakan, pegang buah antara ibu jari dan jari telunjuk kemudian tekan secara lembut, kiwi yang sedikit lembut sudah boleh dimakan.


•Jika kiwi tidak lembut ketika anda menekan menggunakan ibu jari dan jari ­telunjuk, ia tidak boleh dimakan ­kerana ia belum lagi mencapai tahap kemanisannya.


•Kiwi boleh ditinggalkan untuk masak beberapa hari sehingga seminggu pada suhu bilik, jauh daripada cahaya matahari dan kepanasan.


•Letakkan kiwi di dalam beg kertas bersama epal, pisang atau pir yang boleh mempercepatkan proses masak. Kiwi yang sudah masak boleh diletakkan dalam suhu bilik atau di dalam peti sejuk.


•Kiwi emas pula sudah sedia dimakan apabila dibeli.


Kiwi oren (Hidangan dua orang)

Bahannya:
3 kiwi Zespri Gold - dikupas dan dihiris
3/4 cawan jus oren
Ais krim dan yogurt

Cara penyediaan:

•Masukkan kiwi ke dalam pengisar dengan 3/4 cawan jus oren.

•Kisar sehingga halus dan tuang ke dalam gelas panjang.

•Tuangkan aiskrim atau yogurt.


Read more...

Menghayati Malam Lailatul Qadar












"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Al-Qadr : 1-5)

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t :


"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Al-Qadr : 1-5)




Sebab turun surah al-Qadr

Lailatul Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi saw telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.



Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah wst menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah saw dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatul Qadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.


Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah saw menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra yang bermaksud :

"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.



Rasulullah saw sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatul Qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah saw pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah saw menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatul Qadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatul Qadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatul Qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah swt supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatul Qadar

Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah ra :


"Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"


"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku." Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa


Tanda Malam Lailatul Qadar



Para alim ulamak menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatul Qadar :


1.Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.


2.Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.


3.Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.


4.Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.


Petikan Dari http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html


Read more...

29 August 2010

Manfaat makan perlahan











Makan perlahan-lahan sebenarnya mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan.-Gambar hiasan.

“MAKAN cepat!” Ini mungkin antara arahan yang paling kerap diberikan ibu bapa kepada anak-anak ketika berada di meja makan, tidak kira sama ada di rumah atau di restoran kerana tidak sabar menunggu si kecil menghabiskan makanan mereka.


Mungkin anda tidak tahu bahawa makan perlahan-lahan sebenarnya mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Antara manfaat berkenaan ialah:



•Mengunyah makanan perlahan-lahan boleh merangsang pengeluaran lebih banyak air liur. Air liur kita mengandungi enzim emilase yang membantu menghancurkan dan menghadamkan makanan. Makan perlahan- lahan boleh membantu memperbaiki proses penghadaman di dalam usus kecil, maka penyerapan zat daripada makanan akan menjadi lebih baik. Ia juga akan mengelakkan berlakunya masalah ketidakhadaman seperti sakit perut.




•Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Ini penting bagi mereka yang hendak mengurangkan berat badan.
Dalam kata lain, kuranglah kalori yang anda ambil. Otak kita mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk mengesan isyarat ‘kenyang’.

Bagi orang yang makan cepat, mereka akan mengambil banyak makanan untuk berasa kenyang dan ketika itu, jumlah kalori yang masuk ke dalam badan mungkin dua kali ganda daripada yang diperlukan.


•Makan perlahan-lahan membolehkan kita menikmati keenakan, keharuman dan tekstur makanan dengan lebih baik. Makanan yang dinikmati dalam keadaan tenang akan terasa lebih enak.




•Mengelakkan masalah pedih hulu hati atau asid refluks. Tabiat makan cepat antara punca pedih hulu hati. Ada yang menggelarnya masalah ketidakhadaman makanan. Jadi, mengapa mahu mempertaruhkan kesihatan perut hanya semata-mata kita mahu cepat beredar dari meja makan?


•Makan perlahan-lahan adalah antara langkah bijak ke arah kesihatan yang lebih baik. Individu yang makan cepat lebih terdorong untuk makan makanan ringan (snek) yang kurang berkhasiat.


•Mengurangkan tekanan. Ada pakar pemakanan menyarankan apabila kita makan, kita perlu memberi tumpuan kepada makanan. Ini adalah latihan untuk kita melakukan sesuatu dengan tenang. Ia juga boleh menjadi latihan untuk menumpukan perhatian terhadap kerja yang dilakukan.

Individu yang makan cepat lebih cenderung untuk berfikir mengenai kerja atau apa yang perlu dilakukan selepas makan. Ia akan membuatkan individu berkenaan berasa tertekan kerana masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Itu antara faedah makan perlahan-lahan. Tetapi bagaimana kita boleh memperlahankan rentak makan yang sudah menjadi amalan sejak kecil? Ada beberapa langkah yang boleh diamalkan seperti:


•Luangkan masa khusus untuk makan. Tidak kira berapa sibuk pun anda, apabila tiba masa makan, bangun dari meja dan bawalah bekal anda ke ruang yang dikhaskan untuk makan. Otak dan mata anda perlu rehat. Jadi, inilah masa yang baik untuk berehat.


•Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga benar-benar lumat. Berapa kali hendak kunyah? Terpulang kepada anda tetapi ada doktor menyarankan, kunyahlah makanan mengikut umur anda. Jika anda berumur 30 tahun, maka anda perlu kunyah 30 kali. Semakin kita berusia, kita memerlukan makanan yang lebih lembut.

Ini kerana semua organ termasuk usus mengalami proses penuaan, selaras dengan peningkatan umur kita. Makanan yang dikunyah hingga benar-benar lumat adalah lebih lembut kerana mengandungi banyak air liur dan lebih mudah dihadamkan.


•Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab menentukan corak dan tabiat pemakanan anak. Beritahu mereka untuk makan perlahan-lahan dan manfaatnya. Pastikan tiada gangguan ketika makan. Matikan televisyen kerana ia boleh mengganggu tumpuan terhadap makanan.


•Letak sudu dan garpu di antara suapan. Ini akan memperlahankan rentak makan anda. Kalau mahu lebih perlahan, cuba makan menggunakan copstik. Jika anda makan dengan tangan, pastikan makanan anda mengunyah sekurang-kurangnya 20 hingga 30 kali sebelum menelan.


•Makan bersama keluarga atau kawan. Makan bersendirian akan menyebabkan anda makan cepat kerana mahu segera beredar dari restoran atau meja makan. Berbual juga boleh memperlahankan rentak makan. Bahkan ia juga cara yang baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.


•Tambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam menu harian anda. Sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan lebih masa untuk dihancurkan.


•Buat catatan dan rekodkan masa yang anda ambil untuk makan. Ini adalah langkah yang baik untuk melihat perkembangan anda. Ia secara tidak langsung akan mengajar anda untuk makan perlahan-lahan demi kebaikan diri sendiri.

Read more...

28 August 2010

Puasa Jagoan BMX Jepun











Kedatangan Ramadan kali ini membawa seribu pengertian kepada Shintaro Misawa, 30, yang berasal dari Machida, Tokyo, Jepun.

KEDATANGAN bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan sentiasa dinanti umat Islam di seluruh dunia. Bahkan, Ramadan merupakan bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh.

Bagaimanapun, kedatangan Ramadan kali ini membawa seribu pengertian kepada seorang jejaka Jepun, Shintaro Misawa, 30, yang berasal dari Machida, Tokyo, Jepun. Jejaka kacak yang pendiam itu sanggup mengembara selama hampir tujuh jam dari Tokyo ke Kuala Lumpur dengan satu harapan.

Mempunyai rakan-rakan Muslim di Kuala Lumpur, Misawa tertarik hati untuk merasai pengalaman dan penghayatan suasana berpuasa di negara ini. Menyorot latar belakang lelaki itu, ternyata Misawa bukanlah calang-calang jejaka di Jepun. Ini kerana dia diiktiraf sebagai salah seorang daripada 10 atlet profesional terbaik BMX Flatland di peringkat antarabangsa.

Semenjak berkecimpung dalam sukan BMX pada tahun 1996 dia telah memasuki pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Belanda, Kanada, Australia, Monte Carlo, Jerman, Perancis, Malaysia dan banyak lagi.

Kejayaan memahat nama dalam sukan BMX turut mendapat perhatian jenama antarabangsa yang menaja anak sulung daripada dua beradik itu.


Antara jenama yang menjadi label atlet antarabangsa itu ialah ColonyBMX, SEV-sports, Coopervison, Zerofit, Sequence.

Mungkin agak pelik tindakan seorang jejaka bukan Islam mengembara ribuan kilometer semata-mata untuk berpuasa di perantauan selama beberapa hari. Namun begitu, Misawa mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih Malaysia sebagai destinasi penghayatan bulan Ramadan.

"Saya sangat tertarik dengan gaya kehidupan seorang Muslim Malaysia. Mereka sentiasa patuh kepada undang-undang ditetapkan ajaran Islam," katanya yang ditemui Kosmo! di Bukit Mahkota, Kajang, Selangor baru-baru ini ketika memenuhi jemputan berbuka puasa di rumah rakannya, Mohd. Yusri Yusoff, 26.

Dalam nada bersahaja, Misawa memberitahu, salah satu faktor utama dia terpanggil ingin mengetahui lebih mendalam mengenai Islam apabila melihat tingkah laku atlet BMX Malaysia semasa bersama-sama menyertai kejohanan sukan ekstrem itu.

"Setiap kali kejohanan besar di luar negara, saya memerhatikan atlet Malaysia tidak pernah menyentuh minuman keras. Ketika ditanya mengapa tidak mengambil arak mereka hanya menjawab ringkas: Muslim tidak boleh meneguk arak kerana ia undang-undang Islam," katanya.

Bermula dari situ, dia mula membuat kajian di laman web sekali gus membuka pintu hatinya untuk terus mempelajari agama Islam. Walaupun belum bergelar Muslim, dia bertegas tentang keseriusannya untuk memeluk agama Islam pada satu hari nanti.

"Mungkin ramai beranggapan saya hanya bermain-main untuk memeluk agama Islam dan menjalani ibadah puasa. Bagaimanapun, saya sangat serius kerana ia melibatkan prinsip dan pegangan hidup.



















SEDAPNYA. Mungkin itulah yang difikirkan Misawa apabila melihat kuih-muih yang sudah siap dihidang di atas meja.

--------------------------------------------------------------------------------


"Sebab itu saya datang ke Malaysia semata-mata untuk berpuasa dan mengenali Islam kerana sukar mendapat suasana begini di Jepun," ujarnya yang sempat menjalani ibadah puasa selama seminggu sebelum pulang ke Tokyo minggu lalu.

Dugaan berpuasa

Jejaka yang sudah dua kali menjejak kaki ke Malaysia itu turut berkesempatan mengunjungi bazar Ramadan di Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

Sambil berjalan-jalan, kelihatan dia acap kali teruja mungkin disebabkan terdapat pelbagai juadah enak dengan bauan menyelerakan di bazar berkenaan. Lebih mencuit hati, setiap kali mendekati makanan, dia pasti menelan air liur kerana tidak dapat menahan dugaan di depan mata.

Diajak berkongsi dugaan dihadapi sepanjang berpuasa di negara ini, sambil tersenyum, dia memberitahu 30 minit terakhir pada hari pertama merupakan dugaan paling getir kerana terdapat pelbagai jenis juadah menanti di depan mata untuk dimakan.



















BERPUASA buat kali pertama, Misawa mengakui pelbagai sajian enak ketika berkunjung ke bazar Ramadan bersama Mohd. Yusri baru-baru ini mencabar kesabarannya dalam menjalani puasa.

--------------------------------------------------------------------------------


"Keenakan makanan yang terhidang begitu menyelerakan sehingga membuatkan perut saya semakin lapar. Selain itu, bulan Ramadan banyak mengajar erti kesabaran dan bekerjasama antara satu sama lain," katanya.

Seruan azan berkumandang turut menyentuh hati Misawa kerana sukar mendengar kemerduan azan di negara Matahari Terbit.

"Di Malaysia, saya dapat mendengar azan lima kali sehari dan ia begitu menusuk jiwa. Saya turut mencatat waktu azan dalam diari untuk mengetahui waktu solat," katanya sambil berbuka puasa dengan menyuap nasi tomato ke dalam mulut.

Setiap gerak-geri jejaka Jepun itu menjadi perhatian ahli keluarga rakannya kerana Misawa kelihatan agak janggal menggunakan tangan menikmati nasi tomato.

Dalam sedang asyik menikmati juadah berbuka, Misawa berkata, wanita-wanita di Malaysia sangat ayu dengan berpakaian sopan apatah lagi bertudung.

"Di Jepun terlalu banyak wanita seksi dan pergaulan kami juga agak bebas. Saya tidak kurang menyukai wanita seksi tetapi lebih gemar wanita sopan serta bertudung seperti di Malaysia," senyumnya.

Sudah berkhatan
























MISAWA menunjukkan kemahiran menggoreng karipap pada bulan Ramadan.


Misawa menambah apabila kembali ke Tokyo kelak, dia ingin mempelajari mengenai agama Islam secara lebih mendalam.

"Bukan tidak mahu mempelajari agama Islam di Malaysia tetapi kesukaran memahami bahasa Melayu melambatkan proses pembelajaran. Lebih mudah sekiranya saya mempelajari Islam di Jepun kerana terdapat kelas agama di sana dalam bahasa Jepun," ujar Misawa.

Sementara itu, rakannya Mohd. Yusri berkata, dia pada mulanya menyangka Misawa bermain-main semasa memberitahu hendak memeluk agama Islam.

"Bagaimanapun, kesungguhan mendalami dan mempelajari agama Islam menyakinkan kami bahawa dia serius mahu mengenali Islam. Saya mengajar serba sedikit tentang Islam kepada dia malah, rakan-rakan lain juga akan bersama-sama membantu memberi panduan kepadanya," kata Mohd. Yusri.

Ahmad Shaiful Azis, 31, yang lebih dikenali Mat Dagu dalam arena sukan BMX, menambah, sepanjang Misawa menetap dengannya di Taman Medan, Petaling Jaya Misawa banyak bertanya tentang agama Islam.

"Saya ada menunjukkan cara-cara mengerjakan solat, malah, membantu dia berpuasa dan bersahur," ujarnya lagi.

Sebagaimana janjinya untuk terus berpuasa walaupun sudah menjejak ke negara Matahari Terbit, Misawa bukan sahaja belum meninggalkan puasanya, bahkan dia juga turut berkhatan beberapa hari yang lalu.

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

Read more...

27 August 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!











1Malaysia Menjana Transformasi.

LAUNGAN Merdeka! Merdeka! Merdeka! acap kali kita dengar setiap kali tibanya tanggal 31 Ogos. Tahun ini, laungan itu menandakan, Malaysia sudah merdeka selama 53 tahun dengan tema tahun ini, 1Malaysia Menjana Transformasi.

Seiring dengan peredaran masa sepanjang 53 tahun merdeka, banyak kemajuan telah dicapai negara namun, pengertian kemerdekaan itu sendiri semakin pudar ditelan waktu.

Pendapat itu diluahkan oleh pelakon veteran Datuk Aziz Satar yang hidup pada zaman penjajahan dan zaman moden yang serba canggih kini ketika sesi fotografi yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) baru-baru ini.

Meskipun ketika sesi fotografi dijalankan Datuk Aziz yang mesra disapa dengan Pak Ajis tidak sihat namun semangat patriotiknya jelas kelihatan.

Katanya yang kini berusia 85 tahun, dia cukup teruja dan seronok setiap kali bercerita mengenai zaman kesengsaraan Tanah Melayu kepada sesiapa sahaja walaupun mengulangi cerita yang sama sebanyak 1,000 kali demi menyedarkan orang ramai tentang kemerdekaan.

"Saya suka bercerita tentang kemerdekaan negara kerana saya melalui zaman itu tidak seperti generasi muda sekarang.

"Jadi ia menjadi tanggungjawab saya untuk menyebarkan kesengsaraan datuk nenek mereka supaya mereka sedar dan pelihara kemerdekaan yang kita miliki hari ini," katanya yang terpaksa mencuri beras untuk terus hidup pada zaman Jepun.

Tambahnya penuh bangga, tidak berlaku sebarang pertumpahan darah ketika proses kemerdekaan, hanya menggunakan sebatang pen, pemimpin ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pihak British tidak seperti negara lain.

Nilai RM10


Menceritakan pengalaman melalui detik-detik sebelum kemerdekaan, Pak Ajis yang mula aktif dalam bidang seni di Singapura pada tahun 1953 telah membantu pemimpin menyebarkan berita menuntut kemerdekaan menerusi persembahan bersama rakan-rakannya di seluruh pelosok kampung Tanah Melayu dan Singapura.

"Saya ingat lagi, saya bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan beberapa rakan artis yang lain naik kereta sewa dengan harga satu jam RM1.50. Kami pun redahlah setiap kampung untuk buat persembahan. Tujuannya untuk kutip sumbangan kemerdekaan, sambil kami hiburkan orang, tabung sumbangan berjalan daripada satu tangan ke satu tangan.

"Bayaran persembahan paling kurang RM10. Tetapi kami buat bukan untuk duit tetapi kerana minat dan tanggungjawab. Itu juga prinsip seni yang dipegang P. Ramlee sebab itu dia dikenang dan terus popular sampai hari ini," tuturnya sambil Dafi yang duduk di sebelahnya mendengar dengan penuh tekun.

Beritahunya lagi, kekecohan kemerdekaan sudah bermula pada tahun 1952 lagi dan pada tahun 1955, Pak Ajis bersama P. Ramlee dan Allahyarhamah Norizan terbang dari Singapura ke Kuala Lumpur demi melakukan persembahan di Pulau Pinang.

"Itu kali pertama saya naik kapal terbang dan kali pertama datang Kuala Lumpur. Kemudian dari Kuala Lumpur kami ke Pulau Pinang. Buat pertama kali saya dan semua artis yang buat persembahan menggigil.

"Mana tidaknya persembahan yang dianjurkan oleh UMNO Pulau Pinang itu dihadiri oleh semua tokoh pemimpin termasuk Tunku Abdul Rahman dan sembilan orang sultan negeri-negeri. Persembahan itu juga bertujuan mengutip derma untuk merdeka.

"Memang malam itu sumbangan yang kita dapat agak banyak kerana tauke-tauke syarikat datang menderma. Itu juga kali pertama saya dapat duit persembahan sebanyak RM50," ujarnya penuh semangat.

Tanggal 31 Ogos 1957 pula, Pak Ajis dan Allayarhamah seniwati Normadiah berada di panggung Capital Kuala Lumpur membuat persembahan sempena kemerdekaan.

"Rasa bangga dan bersyukur bila merdeka Allah sahaja yang tahu. Jadi saya harap generasi sekarang harus sedar dan pelihara apa yang mereka miliki hari ini.

"Apa yang saya lihat kesedaran dan nilai patriotik dalam diri orang muda hari ini amat kurang. Ini kerana mereka kurang didedahkan dengan kisah sebalik kemerdekaan negara kalau didedahkan pun penghayatan mereka kurang.

"Sebab itu perasaan antara orang veteran seperti saya dengan orang muda bila tiba Hari Kemerdekaan amat berbeza. Sebagai orang tua, saya ingin nasihati jangan biar fikiran, diri serta negara kita dijajah sekali lagi," luahnya bersungguh-sungguh.

Nyanyian kemerdekaan Alyah

Penyanyi wanita yang semakin dikenali Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan juga tidak ketinggalan menyambut kemerdekaan negara saban tahun.

Namun, anak kelahiran Johor Bahru itu tidak pergi ke acara perbarisan yang lazimnya diadakan di bandar-bandar besar setiap negeri.


Sebaliknya, Alyah lebih senang berada di rumah menonton televisyen pada pagi 31 Ogos setiap tahun. Katanya, meskipun dia tidak berhimpun di mana-mana lokasi apa yang penting adalah semangat dalam dirinya sebagai anak Malaysia.

"Bapa saya garang, jadi saya tidak berani keluar ke bandar. Cuma saya tidak akan terlepas untuk tonton acara perbarisan di televisyen setiap kali merdeka.

"Berbeza apabila saya sudah dewasa dan hidup sendiri, setiap kali ada sambutan kemerdekaan, maka muka sayalah yang ada atas pentas untuk menyanyi sempena pertandingan nyanyian kemerdekaan. Itu satu perkara rutin sebelum saya bergelar penyanyi," ucapnya sambil tertawa kecil.

Apabila ditanya tentang pengertian merdeka kepada gadis berusia 29 tahun ini, lantas dia menjawab kebebasan menyuarakan hak sebagai rakyat Malaysia.

"Saya bebas nak lakukan apa yang kita rasa betul bukan bebas sesuka hati, negara kita masih ada batas-batas dan sensitiviti yang perlu dijaga," katanya yang menjadikan Tunku Abdul Rahman sebagai idolanya.

Sambung Alyah, dia cukup bertuah dapat hidup dalam negara yang aman damai tidak seperti waktu penjajahan yang sering diceritakan oleh neneknya.

"Dulu arwah nenek selalu cerita seksaan hidup pada zaman Jepun. Semua benda tidak boleh buat, radio tidak boleh dengar, makanan dicatu dan seksaan yang Jepun lakukan memang teruk. Ada yang kena minum air sabun sampai mati dan kena pancung.

"Itu baru dengar cerita pun kita rasa sedih, apa lagi datuk nenek kita yang hidup pada zaman itu. Jadi saya amat bersyukur dengan apa yang Malaysia miliki hari ini," luahnya platun lagu Tak Mungkin Kerana Sayang itu lagi.

Meskipun hidup pada zaman moden, Alyah tidak kekok untuk melakukan sumbangan kepada negara. Sebagai penyanyi, dia bersama Reza dan Shamrin Fotograf pernah menghasilkan lagu patriotik berjudul Kita Adalah Kita pada tahun 2001.

"Walaupun sumbangan saya kecil, saya berpuas hati. Selain itu saya juga bangga meletakkan bendera di kereta dan di rumah. Saya harap orang ramai juga lakukan hal saya yang sama," ucapnya.

Patriotisme Dafi

Menjadi penyanyi, pelakon dan anak kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, nilai patriotik sudah lama diterapkan dalam dirinya.

Memiliki bapa yang merupakan orang politik secara tidak langsung menyebabkan dirinya didedahkan dengan nilai-nilai patriotik sejak kecil lagi.

Katanya, sebelum bapanya menjadi menteri lagi, apabila tibanya Hari Kemerdekaan, satu keluarganya akan ke lokasi sambutan kemerdekaan seperti Dataran Merdeka dan Bukit Bintang.

Itu masa belum jadi penyanyi, seronok sangat sebab selain dapat tengok bunga api, kita juga berkumpul ramai-ramai tidak kira kaum di satu lokasi sambil menanti pukul 12 malam.

"Bila saya meningkat remaja, saya suka ke konsert-konsert sambutan kemerdekaan dan tidak sangka sekarang saya pula yang turut serta dalam konsert seperti itu. Cuma tahun ini kita lebih sederhana kerana bulan Ramadan," terang pelakon filem Sayang You Can Dance itu lagi.

Dafi yang cukup kagum dengan semangat seni dan patriotik Pak Ajis menjelaskan, Pak Ajis banyak memberi inspirasi kepadanya.

Pernah bekerjasama bersama Pak Ajis dalam sebuah telefilem sempena raya, Dafi mengatakan Pak Ajis cukup profesional dan komited terhadap kerja walaupun sudah berusia 85 tahun.

"Dia (Pak Ajis) memberikan saya inspirasi apabila dia bercerita mengenai pengalamannya terutama pada zaman Jepun, saya seolah-olah menonton sebuah filem lama mengenai kemerdekaan.

"Saya amat bertuah kerana hidup pada zaman lepas merdeka. Saya bebas lakukan apa yang saya mahu termasuk dalam berkarya. Bayangkan kalau kita masih dijajah, tidak mungkin Menara Berkembar Petronas wujud. Itu antara contoh kejayaan Malaysia yang saya bangga," tuturnya.

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my
Read more...

26 August 2010

Bedilan mercun












MALANG... Nor Syafiqah hadapi risiko hilang penglihatan.

ALOR SETAR: “Saya terduduk apabila melihat darah tidak henti-henti keluar dari mata kanan anak, manakala bajunya habis basah dipenuhi darah,” kata Norasiah Md Saad, 47, ibu Nor Syafiqah Abd Halim, 10, yang parah mata kanan akibat terkena mercun roket dimain anak jiran di Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah, dekat sini, Isnin lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Nor Syafiqah berdiri di bawah pokok di depan rumahnya menunggu rakan dan jiran untuk ke surau berdekatan menunaikan solat Tarawih.

Norasiah berkata, pada masa sama, beberapa remaja lelaki yang juga anak jiran bermain mercun roket kira-kira tiga meter dari tempat anaknya berdiri.

“Saya difahamkan mercun itu dihalakan ke arah anak saya dan sebaik dinyalakan, ia terbang tepat ke mata kanannya sebelum meletup atas tanah,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Nor Syafiqah yang meraung kesakitan kemudian dibawa jirannya masuk dalam rumah sebelum dibawa ke HSB oleh bapanya, Abd Halim Abdullah, 51. Difahamkan, remaja yang bermain mercun itu melarikan diri ketakutan.

Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Peremba, Jalan Kuala Kedah itu terpaksa menjalani pembedahan empat jam awal pagi kelmarin berikutan kecederaan pada mata hitamnya.
Malah, Nor Syafiqah, anak bongsu daripada lima beradik itu berdepan risiko hilang penglihatan mata kanan apabila penglihatannya kabur walaupun stabil.

Sementara itu, Abd Halim yang kecewa dengan kejadian itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar, di sini, malam Isnin lalu.


“Saya kecewa dengan remaja itu yang sudah dinasihatkan tidak bermain mercun tetapi berdegil.

“Sehingga hari ini (semalam) tiada seorang pun datang melawat atau meminta maaf,” katanya.


Read more...

Danial hafal satu dalil sehari











JIKA dilihat dari luaran, anak muda ini tiada bezanya dengan remaja lain tetapi apabila mulutnya mula berbicara, terserlah personaliti dan kepemimpinannya.

Bagi Muhammad Danial Mohd Zian, 17, keruntuhan moral yang berlaku di kalangan remaja kini berpunca daripada kurangnya ilmu agama dalam diri.


Katanya, mendalami ilmu agama tidak akan menjadikan seseorang itu tergolong dalam kumpulan fanatik agama jika mereka menggunakan saluran betul.


"Setiap manusia mempunyai kepercayaan masing-masing yang menjadi panduan hidup mereka, tetapi dalam masa sama kita juga perlu menerima kepercayaan dan agama orang lain.


"Kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini memberi peluang kepada kita untuk mengenali dan mendekati agama yang diamalkan orang lain," katanya.


Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield ini berkata, minatnya untuk mendalami ilmu agama mendorongnya mewakili sekolah ke pertandingan syarahan agama.


Katanya, dia menyertai pertandingan itu setiap tahun sejak di tingkatan satu, namun ketika itu kejayaan agak 'liat' untuk menghampirinya.


"Namun saya tidak berputus asa dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan akhirnya penantian saya berbaloi apabila menjuarai Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Majlis Tadarus Quran daerah Petaling Perdana 2010.


"Bagi saya, syarahan agama lebih mencabar kerana setiap hujahan perlu dikemukakan bersama dalil atau surah bersesuaian," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Danial berkata, setiap hari dia menghafal sekurang-kurangnya satu dalil baru bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaannya.


Katanya, dia juga mengaplikasikan dalil yang dipelajari dalam kehidupan sehariannya ketika berbual bersama rakan atau keluarganya.


"Walaupun kebanyakan rakan saya adalah pelajar bukan Islam, mereka dapat menerima dalil yang saya kemukakan kerana mereka beranggapan ia relevan dan sesuai.


"Dalam masa sama saya juga mendalami dan mempelajari agama lain kerana setiap agama pasti mempunyai nilai-nilai murni di dalamnya," katanya.


Selain menyertai syarahan dan cemerlang dalam akademik, dia bergiat aktif dalam bidang kokurikulum dan memegang jawatan Pengerusi Kadet Bomba.


Katanya, bidang akademik dan kokurikulum perlu seimbang kerana dua elemen itu penting untuk menjadikan seorang pelajar itu lebih berkemahiran dan berdaya saing.


"Jika sekadar cemerlang akademik semata-mata, ia tidak akan menjadikan pelajar itu cemerlang sepenuhnya kerana aspek insaniah dan kepemimpinan tidak boleh diperoleh di bilik darjah.


"Malah kebanyakan institusi pengajian tinggi juga menetapkan pencapaian kokurikulum sebagai syarat kemasukan," katanya.


Bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Oktober depan, dia berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam jurusan kejuruteraan mekanikal.


>PROFIL
NAMA: Muhammad Danial Mohd Zian
UMUR: 17 tahun
ASAL: Johor Bahru
KELUARGA: Anak tunggal
JAWATAN: Penolong Ketua Pengawas dan Pengerusi Kadet Bomba
SEKOLAH: Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield, USJ, Subang Jaya
PENCAPAIAN: Johan Syarahan Bahasa Malaysia Majlis Tadarus Quran daerah Petaling Perdana 2010 dan Johan Pertandingan Video Pendek Jerneh Insurans Nasional 2009

Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ



Read more...

25 August 2010

How to Make Monopoly Fun











It’s the most played board game in the world, according to Hasbro.

Just how did Monopoly get to be such a classic?

Played by the standard rules, it’s a terrible game; a shallow, tedious, confrontational waste of far too much time. But somehow it’s the most played board game in the world, according to Hasbro.

So chances are your family games closet has one (or more) of the various editions of this classic. Most likely, it’s pushed to the back, where it’s been hanging out ever since that unfortunate incident between Aunt Grace and Grandpa over the hotel on Park Place. They’re still not speaking. But the less said about that, the better. If you’ve got the hankering to pull it out again, here’s a few ideas for how to get the monotony out of your Monopoly.

Set a time limit
If you do nothing else, do this: decide when your game’s going to stop, and stick to it. You can set a hard time limit (although you might have to deal with players deliberately running down the clock) or set a ceiling on the number of turns the game will run. Once you hit the end, call the game, total up assets, and declare the victor.

Free Parking
What happens when you land on “Free Parking?” According to the rulebook, absolutely nothing. Many players introduce a rule whereby if you land on the “Free Parking” square you collect a fixed sum of cash, the accumulated Chance and Community Chest winnings of the other players, or some other windfall. Don’t do this. Putting more cash in circulation is exactly what you don’t want to do in Monopoly, especially when it’s dished out according to the whim of the dice. You’ll just end up prolonging the game, and making the game even more luck-based than it already is.

Closed-bid auctions
Some players find Monopoly’s auction process tiresome, time-consuming, or intimidating. If that’s the case with you, just switch to a closed-bid system. Have every player write down their top bid on a piece of paper and hand them to the banker -- the top bidder wins, and pays the amount the second highest bidder wrote down.

Raise the prices
Often, Monopoly players find there’s just too much money flying around. If you’re playing with a big bankroll, there’s even less strategy to the game; purchasing decisions become trivial, and considering they’re the only decisions you’ll be making for most of the game, that’s a big loss. Try increasing the face prices of all properties by 50 or even 100%, and keep all other monetary values (including mortgage prices) where they are. If your cash doesn’t go as far, you’ll have to think much harder about where to spend it.

Auction off the first turn
In Monopoly, the player who goes first knows he or she isn’t going to wind up paying rent. Conversely, the player who goes last is likely to find many of the starting row properties already owned -- and is likely to wind up with a bill to pay. Here’s a way to level the playing field: have all the players bid for the first-place opportunity with some of their starting cash.

Ditch useless utilities
No smart Monopoly player buys the utilities. Make them worthwhile by turning them into a fifth and sixth railroad. Keep the cost the same as the other railroads, and increase the rent values proportionally for players holding five or six.

Barter
Many Monopoly games adopt this rule as the game wears on, as adding a human dimension to the game deepens its strategy enormously. Under this rule, all deals between players are fair game. Want to lend money and charge interest? Go ahead. Trade properties for a Get Out Of Jail Free card? Sure. Give another player free rent on all your properties, or arrange a profit-sharing deal? Go nuts. Just be prepared for an engrossing session of skulduggery and backstabbing.

Make your own cards
Ever thought your Monopoly game would be livened up by a housewrecking elephant? What about a property boom that doubles prices for the next round? Make your own sets of Chance or Community Chest cards, and you can make your wildest dreams come true. As long as they involve Monopoly boards, that is.

by Mike Smith

Read more...

23 August 2010

Makanan rapu punca obes











"Makanan ringan adalah sejenis makanan yang secara jelas tidak mempunyai nutrisi dan mengandungi banyak perisa tambahan yang menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami obesiti.(Gambar Hiasan)

KAJIAN yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2015, kira-kira 2.3 bilion penduduk di seluruh dunia akan mempunyai lebihan berat badan.

Manakala 700 juta daripadanya akan mengalami masalah kegemukan yang berlebihan atau obesiti.

Namun lebih membimbangkan, kajian juga membuktikan, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin menular tahun demi tahun di negara-negara membangun.

Di Malaysia, sehingga tahun lalu, peningkatan kes obesiti yang direkodkan di kalangan keseluruhan kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun adalah sebanyak 10 peratus.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan dikatakan berisiko mendapat obesiti dan ini akan menjurus kepada beberapa masalah kesihatan kronik antaranya kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan dan perkumuhan serta kanser.

Apakah faktor yang menyumbang kepada masalah besar ini di kalangan kanak-kanak?

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, faktor utama penyumbang masalah obesiti kanak-kanak adalah pengambilan nutrisi tidak seimbang atau makanan dengan kadar banyak atau kurang.

Katanya, kanak-kanak sememangnya gemarkan makanan rapu (junk food) terutama keropok, jeruk dan coklat kerana mereka terpengaruh dengan rasa, pembungkusan dan promosi iklan atau jualannya yang dilakukan pengeluar dan penjual.

Noor Rezan berkata, ketika beliau bertugas sebagai guru besar di sebuah sekolah di ibu negara beberapa tahun lalu, beliau melarang keras penjualan makanan ringan di kantin dan pelajar tidak dibenarkan membawanya ke dalam kawasan sekolah.

Bagaimanapun, ujarnya, apabila mereka keluar daripada pagar sekolah, mereka masih dapat membelinya kerana ia dijual secara berleluasa di luar.

"Makanan ringan adalah sejenis makanan yang secara jelas tidak mempunyai nutrisi dan mengandungi banyak perisa tambahan yang menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami obesiti.

"Pulang ke rumah, ada ibu bapa terutama yang sibuk bekerja akan menyediakan pula makanan segera atau memasak makanan mengandungi gula dan lemak tinggi tetapi rendah vitamin, mineral serta nutrisi penting untuk perkembangan tubuh dan minda anak.

"Saya nasihatkan ibu bapa sentiasa bertanya kepada anak apa yang mereka makan di sekolah, pantau pemakanan anak, sediakan menu berkhasiat, amalkan diet sepatutnya dan paling penting jangan tanya apa yang anak ingin makan tetapi anda yang menentukannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kesihatan Kanak-Kanak Malaysia di The Royal Bintang, Damansara, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestle, Zainun Nur Abdul Rauf dan Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM), Dr. Tee E Siong.

Menurut Zainun Nur, program itu dilancarkan sebagai satu usaha bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Kempen tersebut membabitkan aktiviti seperti kesedaran nutrisi, aktiviti fizikal dan perbincangan, kelas panduan bagaimana meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan nutrisi selain ditunjukkan demonstrasi penyediaan masakan berkhasiat oleh Chef Florence Tan.

"Pada pelancaran hari ini, kami turut mengadakan bengkel eksperimen iaitu percubaan untuk melihat sejauh mana beberapa ibu bapa dan pelajar yang menyertainya dapat berbincang serta bertukar-tukar pendapat mengenai pemakaran dan gaya hidup anak mereka.

"Kejayaan bengkel hari ini akan menguatkan usaha kami atau membantu kami memperkemaskan aktiviti sebelum melebarkannya ke sekolah seluruh negara.

"Program ini pertama kali diadakan di Malaysia tetapi ia sudah dijalankan di beberapa buah negara seperti Argentina, China, Thaiwan, Korea, Singapura, Pakistan, Filipina, India, Mauritius, Jerman, Malta dan Belanda," ujarnya.

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
Read more...

22 August 2010

Siapa yang ikut baca al-Quran?










DALAM al-Quran sendiri banyak diceritakan perihal kewujudan jin, syaitan dan iblis . - Gambar hiasan.

INI cerita pengalaman seorang sahabat. Ia berlaku lama dahulu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka di Selangor.

Setiap kali tiba Ramadan dan berkumpul untuk berbuka bersama, pasti cerita ini akan meniti di bibir rakan-rakan yang pernah tinggal sebilik dengannya.

Entahkan ujian atau gurauan alam, dua kali Ramadan di kampus tersebut, dia mengalami perkara yang sama.

Sahabat ini, biar dinamakan Aida sahaja, memang gemar mengaji al-Quran. Ada waktu terluang, pasti kitab suci itu yang akan menjadi temannya.

Menjadi amalan rutin selepas bersolat tarawih di masjid berhampiran, Aida akan meluangkan masa kira-kira sejam untuk membaca al-Quran.

Suatu malam, seperti biasa, Aida duduk di satu sudut di dalam masjid.

Sudah bertahun, semenjak semester pertama lagi, tempat itu menjadi kegemarannya.

Jauh daripada laluan orang ramai dan agak sunyi untuknya menghayati ayat-ayat suci tersebut tanpa gangguan.

Setelah beberapa minit membaca, Aida perasan ada seseorang yang duduk di belakangnya.

Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama wanita berbaju putih itu duduk betul-betul di belakangnya.

Tanpa mempedulikan wanita yang memakai tudung seperti wanita Arab itu, Aida meneruskan bacaan.

Apa yang pasti, wanita itu hanya menunduk setiap kali Aida mengerling ke arahnya.

Cuma, cerita Aida, dia terasa pelik kerana wanita itu mengikut bacaannya dalam nada perlahan namun masih jelas di telinga Aida.

Dibiarkan saja wanita itu begitu. Lagipun, getus hati Aida, suaranya cukup merdu. Tapi apabila ada bacaan Aida yang tidak kena, wanita itu akan menegur.

Imbas Aida, wanita itu akan membaca semula ayat yang salah tadi dan membetulkannya tetapi dalam nada tegas.

Meskipun hairan, Aida mengikut sahaja bacaan seperti yang dibetulkan oleh wanita itu.

Aida sendiri langsung tidak terasa hendak menoleh ke belakang lagi.

Setelah hampir satu jam lebih dan bacaan juzuk itu berakhir, Aida menutup al-Quran dan berpaling untuk berterima kasih pada wanita itu.

Alangkah terkejutnya dia kerana tiada sesiapa pun di belakangnya. Apa yang tinggal hanya bauan wangi di tempat duduk wanita itu.

Setahun berlalu dan Ramadan kembali. Aida masih dengan rutinnya membaca al-Quran sementelah tahun tersebut, dia mengambil beberapa subjek berkaitan pengajian dan tafsir al-Quran.

Hinggalah satu malam, dia seolah-olah dikejutkan untuk bangun bersolat malam dan bertahajud.

Mula-mula Aida menganggap ada rakan sebilik yang menarik ibu jari kaki kanan atau berbisik di telinganya agar dia bangun pada pukul 3.30 pagi.

Anggapannya meleset kerana apabila ditanya, tiada seorang pun rakan yang mengaku mengejutkan Aida.

Sejak itu, dia merupakan orang yang paling awal bangun sama ada untuk bersahur atau solat Subuh.

Ujar Aida, mahu memikirkan hantu, ia hanya berlaku pada bulan Ramadan, yang lazimnya hantu, iblis dan syaitan didakwa dibelenggu pada bulan mulia itu.

Bagi menyedapkan hati, Aida menganggap wanita yang mengaji bersamanya itu adalah jin Islam yang sama-sama mahu menghayati kalam suci itu.

Kali terakhir penulis berjumpa Aida, dia masih ditemani wanita tersebut pada waktu tertentu sepanjang bulan Ramadan.


Oleh SHANIKA ABDULLATIB
Read more...

21 August 2010

Kebesaran Lailatul Qadar












Umat Islam seluruh dunia tidak pernah melepaskan peluang mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. - Gambar hiasan


Malam Lailatul Qadar menjadi rebutan para aulia dan orang yang soleh kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk beroleh keberkatan dan rahmat yang tersembunyi di dalamnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau. (riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada 1,000 bulan .

Ulama berselisih dalam menentukan malam berlaku Lailatul Qadar. Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan.

Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.” (riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam al-Qadar itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya oleh golongan yang beriman, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah SAW, ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.

Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama 1,000 bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.

Usia baginda dan umatnya adalah pendek. Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 83 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad SAW yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun sahaja.

Kerana keutamaan inilah, Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.


Read more...

20 August 2010

Merakam detik perjalanan keimanan












Walaupun masing-masing berbeza keturunan dan bangsa, namun hakikatnya mereka menganut agama yang diwariskan oleh rasul akhir zaman, Muhammad SAW yang selama ini telah tersebar ke serata dunia.

JIKA anda berpeluang menyaksikan segmen dokumentari bertajuk Seven Wonders of The Muslim World di saluran Discovery Astro 551 yang ditayangkan baru-baru ini, pasti perasaan terharu menyelubungi diri terutama bagi mereka yang beragama Islam.

Apabila mengimbas semula perjalanan dakwah dan perkembangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, mustahil jika seseorang itu tidak merasai getaran keinsafan jauh di dalam sudut hati. Ternyata, peninggalan dan pengorbanan Baginda dapat dilihat hingga ke hari ini.

Dokumentari itu bermula dengan menyingkap sejarah keagungan tujuh buah masjid paling ikonik dalam dunia Islam. Ia meliputi aspek seni bina dan rekaan yang diilhamkan melalui ayat-ayat dalam al-Quran oleh individu ternama yang telah memeluk Islam.

Penonton disajikan paparan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin diikuti Alhambra di Granada, Sepanyol; Masjid Biru (Istanbul, Turki); Masjid Agung Djenne (Mali, Afrika Barat); Masjid Imam (Esfahan, Iran), Masjid Badashahi (Lahore, Pakistan) dan berakhir Masjidil Haram di Mekah al-Mukarramah.

Penjelasan bagi setiap rumah ibadat itu bertambah menarik kerana ia dilengkapi cerita perjalanan keimanan enam orang anak muda yang berasal dari sekitar kawasan masjid itu dibina.
















AKHIRNYA perjalanan panjang (dari kiri) Naureen Saleem, Erhan Yukselci, Isack Lopez Rejo'n dan Amadou Thiam dari penjuru dunia yang berbeza dipertemukan di Masjidil Haram.

--------------------------------------------------------------------------------


Sameh Abdin, Isack Lopez Rejo’n, Amadou Thiam, Erhan Yukselci, Rana Naeem dan Naureen Saleem masing-masing tinggal berdekatan dengan masjid tersebut. Dokumentari itu turut menyorot cara hidup harian mereka termasuk rutin menunaikan solat di masjid berkenaan.

Bagaikan formula sebuah program televisyen realiti, kemuncak penggambaran tersebut merakamkan perjalanan penting apabila mereka terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang untuk menuju ke Baitullah yang merupakan kiblat bagi sekalian umat Islam.

Sepanjang perjalanan penuh bermakna itu, perasaan setiap daripada mereka diluahkan di hadapan kamera sehinggalah mereka tiba ke kota suci Mekah.

Mesej dan sejarah

Selain mengajak penonton menerokai sejarah dan keistimewaan setiap masjid, ia juga sebenarnya membawa mesej mengenai pengertian Islam dari kaca mata pemuda-pemudi tersebut.

Walaupun masing-masing berbeza keturunan dan bangsa, namun hakikatnya mereka menganut agama yang diwariskan oleh rasul akhir zaman, Muhammad SAW yang selama ini telah tersebar ke serata dunia.

“Setiap hari dan di mana jua saya berada di dunia ini, saya akan bersembahyang menghadap ke arah kiblat. Kini saya berada betul-betul di hadapannya.

“Tiada apa lagi yang saya mahukan apabila saya sudah berada di hadapannya. Ia satu perasaan yang bercampur-baur. Saya gembira tetapi pada masa yang sama menangis kerana terharu dapat menjejakkan kaki di hadapan Kaabah,” kata Isack dalam dokumentari tersebut.

Bagi Erhan pula, dia bertuah kerana terpilih menjadi tetamu Allah.

















KAABAH yang terletak di Masjidil Haram, Mekah menjadi impian dan titik pertemuan bagi watak-watak utama dari pelbagai negara dalam dokumentari ini.

--------------------------------------------------------------------------------


“Ia adalah masjid yang diperkatakan oleh umat Islam di seluruh dunia dan sudah menjadi impian seumur hidup saya untuk sampai ke situ.

“Berada berhampiran Kaabah membuatkan saya rasa dekat dengan rahmat Allah. Ia satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata,” ujar remaja yang berasal dari Republik Mali di Afrika Barat itu.

Cabaran penggambaran

Menurut penerbit Seven Wonders of The Muslim World, Faris Kermani, pembikinan dokumentari yang berdurasi selama satu jam itu mengambil masa tujuh hingga lapan bulan.

Faris, seorang pengarah filem berketurunan Pakistan-Britain yang berpangkalan di London mengakui banyak cabaran telah dihadapinya untuk menerbitkan dokumentari tersebut.

“Walaupun saya pernah menjalani penggambaran di banyak tempat yang berbahaya seperti zon peperangan dan sebagainya, namun rakaman di Arab Saudi jauh lebih mencabar.

“Paling sukar tentunya apabila cuba mengumpulkan enam orang dari lokasi berbeza di seluruh dunia untuk sampai ke Arab Saudi pada masa yang sama untuk penggambaran terakhir dokumentari itu,” kata Faris dalam sidang media melalui telefon bersama wartawan-wartawan dari Asia Tenggara baru-baru ini.

Apa yang pasti, jelasnya program ini terhasil daripada kombinasi terhadap keinginan untuk menunjukkan kepada dunia tentang aspek keindahan dalam Islam itu sendiri.

Ditanya mengenai pemilihan enam anak muda yang terlibat dalam dokumentari itu, Faris memberitahu, nama mereka didapatkan daripada individu yang mentadbir masjid di setiap lokasi penggambaran awal.

















KEINDAHAN reka bentuk dan sejarah Masjid Biru memang tiada tolok bandingnya.

--------------------------------------------------------------------------------


Kemudian, pihaknya membuat pemilihan berdasarkan pelbagai kemungkinan sebelum menemui individu yang diinginkan.

Turut berkongsi pengalaman menunaikan umrah di Mekah bersama penonton ialah Naureen, seorang wanita moden dan bekerjaya dari Lahore, Pakistan.

Ujarnya ketika mengelilingi Kaabah, dia langsung tidak menyedari apa yang berlaku di sekitarnya. Dia mengatakan bahawa dirinya sudah tidak mengeluh dan peduli apabila dilanggar jemaah lelaki dan wanita yang mengerjakan ibadah serupa di situ.

“Ketika itu, saya tenggelam dalam munajatnya pada Allah. Saya rasa seperti hanya saya seorang yang ada di sana. Apabila beristighfar memohon keampunan pada Allah, saya seolah-olah merasakan semua dosa itu hilang dan diri ini seperti dilahirkan semula.

















KUBAH BATU berwarna emas ini terletak dalam perimeter Masjid al-Aqsa.

--------------------------------------------------------------------------------


“Saya rasa sungguh kagum dan terharu. Saya ketawa dan menangis pada masa yang sama. Sukar untuk mempercayainya kerana perasaan teruja dalam diri saya adalah lebih daripada apa yang dijangkakan,” ungkap Naureen selepas selesai mengerjakan rukun umrah.

Tarik perhatian

Sementara itu, Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid ketika dihubungi berkata, penghasilan dokumentari sedemikian sangat baik untuk Islam.

Sebagai saluran dokumentari yang memang dikenali di persada antarabangsa, sudah pasti penyiaran program tersebut mampu menarik perhatian masyarakat seluruh dunia.

“Sekurang-kurangnya penerbitan dokumentari itu boleh dianggap jihad untuk menunjukkan keagungan Islam melalui ketamadunan yang dibina oleh umatnya satu ketika dahulu.

“Harus diingat dalam hidup ini, ada dua wajah iaitu baik dan buruk yang sentiasa menyelubungi kita. Maka, dalam konteks ini, kita harus menunjukkan apa yang terbaik yang ada pada Islam bagi menangkis tanggapan negatif dunia terhadap anutan kita ini,” terang beliau sambil berharap lebih banyak penerbitan dokumentari seumpama itu dihasilkan dari semasa ke semasa.

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
Read more...

19 August 2010

Membina komunikasi berkesan










Proses komunikasi dua hala antara anak dan ibu bapa penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi anak-anak.(Gambar hiasan)

KADANG-KADANG setengah perkataan yang diucapkan oleh ibu bapa kepada anak remaja tidak dapat diterima dengan baik. Malah mengundang banyak masalah, terutamanya anak-anak remaja yang sedang bermasalah.

Kebanyakan ibu bapa tidak tahu apa harus dilakukan apabila anak-anak remaja mereka datang dengan masalah atau perasaan.

Setengah ibu bapa langsung tidak membantu memainkan peranan sebagai kaunselor atau sesetengah itu langsung tidak mahu berperanan sebagai pembantu atau kaunselor kepada anak mereka sendiri.

Apabila anak remaja mendapati ibu bapa mereka tidak peka dengan masalah mereka, maka mereka akan mencari alternatif sama ada merujuk kepada guru atau kaunselor di sekolah.

Ada juga yang akan mencari rakan baik atau memasuki mana-mana laman sosial dengan harapan ada insan yang prihatin akan membantu melegakan tekanan yang dihadapi.

Ibu bapa mempunyai dua alasan yang lumrah digunakan iaitu merasakan tidak pandai atau tidak berupaya untuk menangani masalah remaja dan kedua, merasakan apa yang diperkatakan sentiasa tidak diterima oleh anak remaja mereka.

Mengikut kajian dan juga maklum balas daripada remaja, didapati ramai ibu bapa menggunakan bahasa yang kurang tepat dan kurang senang diterima.

Terdapat banyak mesej yang tidak boleh diterima yang diguna pakai oleh ibu bapa dan di sini dapat dikategorikan kepada 12.

Kesemua 12 jenis mesej ini merupakan halangan kepada komunikasi berkesan antara ibu bapa dan anak remaja. Ia boleh memperlahankan, atau menyekat proses komunikasi dua hala antara anak dan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja.

Terdapat juga tiga kategori mesej yang dianggap sebagai menghukum, menilai, menjatuhkan atau memandang rendah.

Ramai ibu bapa berpendapat bahawa mesej begini penting untuk menunjukkan atau mengajar dan membetulkan atau memperbaiki apa kesalahan yang dilakukan oleh anak tetapi tidak kepada penerimanya (si anak):

l Menghukum, mengkritik, menuduh atau menyalahkan. Contohnya; "kau ni malas" atau "dah besar macam ini pun masih buat kerja bodoh" atau "bila bercakap suka menipu" atau "bodohhh pakai seluar pun tak pandai londeh macam orang berak dalam seluar"

l Melabelkan, name-calling (memberi nama gelaran). "Apa halnya perangai macam budak kecil saja?" atau "cakap pun tak betul macam budak cacat" atau "jangan takut macam pondan pulak"

l Mentafsir (Interpreting), menganalisis atau mendiagnosis. "Jangan cuba buat helah aku tahu kau nak lari dari tugas ya?" atau "jangan buat-buat sakit, mak tahu…"

Manakala terdapat dua jenis mesej yang digunakan ibu bapa untuk meredakan keadaan agar anak merasa lebih selesa walaupun tidak realistik, menyelesaikan masalah atau mengelak ia menjadi lebih serius.

l Memberi pujian, bersetuju atau memberi penilaian positif. "Jangan risau mak dan ayah rasa kau ni patut dapat jadi pengawas" atau "anak abahkan lawa ramai orang nak?"

l Simpati, memberi harapan, konsul. "Janganlah risau mak pun sama juga masa mak dulu…" atau "nanti sampailah tu jangan risau ayah pasti…"

Banyak dari kalangan ibu bapa yang suka menggunakan halangan di bawah ini apabila menggunakan mesej dengan anak remaja, iaitu menggunakan soalan dengan harapan untuk mendapatkan penjelasan.

l Menyoal, interrogate, cross-examining. "Siapa yang yang kasi, beri tahu ayah nama budak itu?" atau "Kenapa adik ikut budak yang poteng?" atau "Sebab apa tak minta izin dulu?"

Kategori 12 pula mengandungi mesej yang digunakan oleh ibu bapa untuk mengubah cerita atau subjek atau cuba lari daripada masalah sebenar.

l Sarkastik, gurauan, menarik diri atau mengalih. "Ok papa faham jom kita cakap benda lain lah yang lebih baik…" atau "tak elok sebut masa makan ni" atau " padan muka siapa suruh cari pasal."

Ramai ibu bapa apabila berkomunikasi dengan anak remaja bermasalah atau tidak bermasalah telah menggunakan sekurang-kurangnya satu daripada 12 halangan di atas. Malah ramai yang tidak menyedari, ia akan memberi kesan yang kurang baik kepada anak-anak mereka dalam menyediakan ruang untuk berinteraksi dan meluahkan perasaan serta tekanan.

Apabila anak remaja sedang mengalami masalah, sama ada masalah peribadi atau di sekolah, maka segala yang dituturkan dan dicakapkan oleh ibu bapa akan diandaikan oleh anak sebagai kurang selesa, sama juga dengan mesej pujian akan menjadi kurang kena jadinya.

Apabila keadaan menjadi serba salah dan tidak kondusif, maka ibu bapa boleh membantu dengan cara yang lebih konstruktif iaitu:

l Mendengar secara pasif - dengan tidak berkata-kata (berdiam) juga merupakan satu bentuk komunikasi penerimaan. Remaja tidak dapat bercakap mengenai masalah mereka apabila ibu bapa pada masa sama turut bercakap.

l Tunjuk dan buktikan yang kita bersamanya - Berdiam ada ketikanya kurang membina kepercayaan remaja yang kita sebenarnya mendengar mereka. Oleh itu, setidak-tidaknya kita mesti menunjukkan isyarat tanpa lisan seperti angguk, memfokus mata atau memegang tangan sambil mendengar dengan empatik

l Pembuka/door opener - tidak cukup sekadar mendengar dan mengangguk sahaja tetapi ibu bapa boleh bertindak dengan lebih berkesan dengan memberi laluan seperti "Ok dan mungkin Ani nak cerita lebih lanjut lagi dan Mama mendengar ni" atau "bagusnya anak mama ni apa lagi yang…" atau "nampaknya anak mak ni ada… mungkin kena kongsi dengan mak siapa kawan lelaki tu…"

Kita diberikan dua telinga dan satu mulut, jadi adalah lebih berkesan dengan memberikan lebih tumpuan kepada kemahiran mendengar dan lebih berhati-hati apabila bercakap, kerana lontaran perkataan itu boleh menyinggung perasaan si pendengar itu seperti pepatah Melayu "Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata akan binasa."

Selain itu, kemahiran mendengar juga perlu dipelajari dan keikhlasan dalaman adalah sangat penting dalam menghulurkan bantuan. Ibu bapa disarankan supaya bangun malam meminta dengan Allah SWT supaya hati dilembutkan untuk perubahan kepada kebaikan dan segala usaha kita dalam mendidik anak cuma 10 peratus dan selebihnya adalah ketentuan Allah. Maka, usaha, doa dan tawakal. Semoga Allah memberikan hidayah. Insya-Allah


Read more...

18 August 2010

Kisah tiga generasi juruterbang MAS









DARI kiri: Mohd. Radzi, Jin Yen dan Sanjay gembira dengan kerjaya pilihan mereka.


MENETAP dan membesar di kalangan masyarakat Melayu yang mengamalkan cara hidup sederhana di Kampung Kubang Jela, Kuala Terengganu menyebabkan lelaki ini kurang dipengaruhi dunia luar.

Anak kepada peniaga yang tinggal di persekitaran sawah padi itu hanya bergaul dengan rakan-rakan sekampung. Namun, jauh di sudut hatinya dia memasang impian untuk menjadi seorang arkitek bila dewasa kelak.

Kini anak kampung itu menjadikan hampir 30 negara di dunia ini sebagai tempat persinggahannya saban hari. Dia bukan pereka bangunan seperti yang pernah dicita-citakan, tetapi seorang peneraju pesawat penumpang.

Kapten Mohd. Radzi Mohamad Alias, 40, yang pernah menerbangkan pesawat jenis Fokker F50, Boeing 737-400, Boeing 747-400 dan Boeing 777-200 sepanjang berkhidmat selama dua dekad cukup serasi memberi khidmat sebagai seorang juruterbang di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Bertitik tolak daripada mengikuti rakan-rakannya mendaftar dalam bidang ini ketika menamatkan pengajiannya pada peringkat A-Level di Maktab Sains Mara (MSM) Cheras, Kuala Lumpur, dia tidak menoleh ke belakang walaupun pengajiannya di MSM adalah sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seni bina di luar negara.

"Saya mula menyedari bahawa kerjaya ini adalah sesuatu yang murni ketika menerbangkan pesawat penumpang Fokker F50 di Sarawak hampir dua dekad lalu.

"Setelah pesawat itu meredah perjalanan selama 30 minit dari Bintulu ke Miri, saya didatangi seorang wanitawarga emas yang mengikuti penerbangan tersebut untuk mendapatkan rawatan di hospital.

"Ucapan terima kasih yang terpacul dari mulutnya membuatkan hati saya tersentap kerana anak matanya jelas menggambarkan keikhlasan hatinya. Dia juga sangat menghargai perjalanannya bersama saya," jelas bapa kepada dua cahaya mata itu.

Mohd. Radzi yang ketika itu baru setahun bertugas selepas mendapat Lesen Juruterbang Pengangkutan Udara (ATPL) menjelaskan, jika masyarakat beranggapan kerjaya sebagai seorang juruterbang memberi peluang kepada mereka menjelajah ke banyak negara, sebaliknya beliau puas kerana dapat membantu membawa orang ramai ke merata-rata tempat.


"Kerjaya ini sangat menarik, selain saya dapat bertemu pelbagai jenis dan ragam manusia, saya juga dapat membawa penumpang-penumpang yang mempunyai pelbagai latar belakang," kata lelaki yang turut meminati sukan pemotoran itu lagi.

Dulu jurutera kini juruterbang

Kon Jin Yen, 30, yang sebelum ini pernah berkhidmat di sebuah firma kejuruteraan swasta pernah mengimpikan untuk bergelar seorang juruterbang ketika di bangku sekolah.

Namun, akibat tidak terdedah dan tidak berpeluang mengikuti kursus penerbangan beliau melanjutkan pengajian ijazahnya dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Merasai jiwanya kurang serasi dengan kerjaya tersebut setelah bekerja hampir tiga tahun setengah sebagai jurutera elektrik, beliau memohon mengikuti kursus penerbangan apabila terbaca iklan mengenainya secara tidak sengaja di sebuah akhbar tempatan.

"Kerjaya ini menuntut pengorbanan yang besar kerana nyawa penumpang di atas bahu saya. Seperti juga memandu bas atau kenderaan lain semuanya bermatlamat ingin menghubungkan manusia kepada dua tempat.

"Sambil berkhidmat untuk masyarakat saya memperoleh pengalaman berharga kerana dapat merasai suasana di negara orang," jelas lelaki bujang yang menyimpan impian memiliki jentera penumpang model Audi A4 itu.

Kini Jin Yen menerbangkan pesawat MAS dari jenis Airbus A330 ke negara-negara seperti China, India, Jepun, Australia dan Dubai.

"Saya sangat bertuah kerana akhirnya cita-cita tercapai setelah memulakan kerjaya dalam bidang lain, tetapi peluang itu hadir tanpa terjangka," tambahnya.

Bagaimanakah rutinnya sebagai juruterbang pegawai pertama? Anak kelahiran Kuala Lumpur itu memberitahu pelbagai aspek perlu diberi perhatian tidak kira ia kecil atau besar.

"Saya akan mengemaskini e-mel, dokumen penerbangan seperti keadaan cuaca dan destinasi yang akan dituju, melaporkan jumlah bahan bakar yang diperlukan serta memastikan tiada masalah pada bahagian luar badan pesawat.

"Banyak aspek perlu diambil kira sebelum memulakan penerbangan. Ia penting bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang sepanjang perjalanan terutamanya perjalanan jarak jauh.

"Kerjaya ini menjamin masa depan yang cerah kerana pendapatan memungkinkan saya menyara kehidupan di kota", luah Jin Yen yang sudah lima tahun berkhidmat bersama MAS.

Pendedahan sejak kecil

Berbeza pula dengan Sanjay Thaker, 22, seorang juruterbang kadet. Pendedahan yang diterima sejak kecil menyebabkan Sanjay menyimpan impian untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang.





















SISTEM Penerbangan Malaysia (MAS) memberi peluang kepada anak-anak muda merealisasikan impian mereka.

--------------------------------------------------------------------------------


Anak bongsu daripada dua orang adik beradik itu menjelaskan, kerjaya bapanya sebagai seorang krew kabin dalam pesawat MAS telah menjadi inspirasi kepadanya menyimpan cita-cita untuk mengemudi pesawat.

"Saya sentiasa mengikuti bapa menaiki pesawat sejak kecil sama ada ketika beliau bekerja mahupun percutian bersama keluarga di dalam dan luar negara,"ujarnya yang membesar dengan pesawat sejak umurnya setahun.

Bapa sentiasa memberi kata-kata perangsang untuk berjaya dalam bidang tersebut. Beliau telah saya jadikan sebagai semangat untuk terus maju," ujar remaja yang meminati buku-buku berbentuk autobiografi itu.

Saat ditanya mengenai rutin beliau sebelum menerbangkan pesawat ringan ketika berada di akademi penerbangan HM Aerospace Langkawi, Sanjay menjelaskan bahawa beliau sentiasa membuat persediaan yang banyak.

"Sebelum menerbangkan pesawat ringan dari jenis Diamond 40 atau Diamond 42 saya akan membuat persediaan awal tiga jam sebelum menerbangkan pesawat itu agar saya bersedia dan dapat menerbangkannya tampa masalah," jelas bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Kelang itu.

"Antaranya saya akan menyemak peta dan carta yang berkaitan. Setiap negara mempunyai syarat-syarat dan undang-undang sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab seorang juru terbang untuk meneliti undang-undang tersebut sebelum memulakan penerbangan," jelasnya lagi.

Setelah tamat pengajiannya di akademi penerbangan, Sanjay kini mengikuti kelas menggunakan pesawat simulasi dari jenis Boeing 737-400 di Kompleks A, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my
Read more...

17 August 2010

Bayaran cecah RM17,000











Kehadiran jemaah untuk menunaikan solat tarawih sangat menggalakkan hingga ada yang terpaksa bersembahyang di pekarangan masjid.

ALUNAN suara merdu lengkap dengan taranum Sheikh Mohd. Idris Mohd. Al-Mashrafi, 48, yang berasal dari Mekah membaca ayat-ayat suci al-Quran kedengaran semasa mengimamkan solat sunat tarawih di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Untuk seketika, suasana di sekitar Kampung Baru ibarat Tanah Suci. Sheikh Mohd. Idris sebenarnya telah 14 kali Ramadan dijemput oleh pengurusan masjid berkenaan untuk menjadi imam solat tarawih.

Jadi, tidak hairanlah jika imam sebuah masjid di pinggir Mekah itu boleh berbahasa Melayu serba sedikit dan mendapat nikmat berpuasa di Malaysia.

"Makanan di sini banyak yang pedas-pedas," katanya dalam bahasa Melayu pelat Arab.

Beliau yang sudah menghafal al-Quran sejak usia 11 tahun malah menganggap negara ini sebagai rumah keduanya selain Mekah.

"Di masjid ini, kehadiran jemaah untuk menunaikan solat tarawih sangat menggalakkan hingga ada yang terpaksa bersembahyang di pekarangan masjid.

"Namun, jika dibandingkan dengan Mekah, suasananya tentulah berbeza kerana di situ tempat umat Islam dari seluruh dunia berhimpun selain tapak perjuangan Rasulullah S.A.W. menegakkan Islam," katanya.

Tahfiz

Berdasarkan pemerhatiannya, suasana Ramadan di Malaysia cukup meriah dengan bazar Ramadan selain amalan mengagihkan bubur lambuk yang menjadi tradisi Masjid Kampung Baru.
















SHEIKH Mohd. Idris telah 14 kali dijemput menjadi imam solat tarawih di Masjid Jamek Kampung Baru.

--------------------------------------------------------------------------------


"Jika berkesempatan saya akan berbuka puasa bersama jemaah masjid yang lain tetapi saya lebih gemar berbuka dengan isteri saya," katanya.

Sheikh Mohd. Idris ialah salah seorang imam jemputan dari negara Arab untuk solat tarawih di ibu kota Kuala Lumpur.

Beberapa masjid utama lain termasuk Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya turut menggunakan khidmat imam jemputan dari Mesir dan Syria.

Selain imam-imam tahfiz tersebut, pelajar-pelajar sekolah tahfiz di negara ini juga menjadi rebutan untuk dijemput menjadi imam solat tarawih di surau dan masjid.

Trend menggunakan khidmat imam-imam tahfiz itu nampaknya sudah menjadi budaya setiap kali bulan Ramadan.

Sebagai imam tarawih jemputan, Sheikh Mohd. Idris dan isteri disediakan makanan dan penginapan berhampiran Masjid Kampung Baru oleh pihak pengurusan masjid sepanjang 40 hari berada di negara ini.

Berbicara mengenai solat tarawih, Sheikh Mohd Idris memberitahu, beliau menjadi imam untuk solat tarawih sebanyak 20 rakaat dan tiga rakaat solat witir.

Bagaimanapun, Masjid Kampung Baru turut menjemput seorang lagi imam tahfiz tempatan berusia 20-an.

"Sehari satu juzuk al-Quran akan dibacakan dalam tempoh lebih kurang dua jam solat tarawih.

"Syukur kerana saya dibesarkan oleh keluarga yang menitikberatkan agama.

"Pada umur 11 tahun lagi saya telah hafaz al-Quran selain menjadi imam dan guru agama di sebuah masjid di Mekah," katanya.

Menurut beliau, untuk mudah menghafal al-Quran, ia perlu sentiasa dibaca dan bukan digantung di dinding atau dijadikan cenderamata semata-mata.

"Kita juga perlu menjaga makan iaitu tidak makan makanan ringan selain sumbernya perlu dikenal pasti sebaiknya.

"Selain itu, jangan melakukan maksiat seperti tidak melihat wanita yang tidak menutup aurat, menjaga percakapan dan tidak menonton program televisyen berunsur maksiat," katanya.



Pengerusi Masjid Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris, 68, memberitahu, kerana suara yang merdu dan sudah menjadi tradisi, menyebabkan pihak masjid itu menjemput Sheikh Mohd. Idris sejak tahun 1997 lagi.

Bayaran

Ujar Idris Shaari, pihaknya menyediakan sejumlah lebih RM20,000 untuk menjemput Sheikh Mohd. Idris.

"Bayaran untuknya sahaja RM17,000 tetapi itu tidak termasuk sagu hati, perbelanjaan tiket kapal terbang pergi balik, makanan dan kemudahan tempat tinggal yang mencecah lebih RM20,000.

"Namun, semua perbelanjaan ditanggung hasil sumbangan pihak tertentu dan juga orang ramai," katanya.

Bagi memastikan Sheikh Mohd. Idris tidak kesunyian, beliau dibenarkan membawa isterinya bersama.

Katanya lagi, pihak masjid juga menyediakan makanan bagi Sheikh Mohd. Idris.

"Beliau jarang keluar kerana perlu berehat. Menjadi imam solat tarawih merupakan tugas berat selain perlu menghafal keseluruhan al-Quran," kata Idris Shaari.

Idris Shaari memberitahu, imam tahfiz tempatan pula diberikan bayaran RM7,000 sebagai sagu hati kerana menjadi imam solat tarawih semasa Sheikh Mohd. Idris memenuhi jemputan lain.

"Sebenarnya, soal bayaran bukan satu isu. Ini kerana bukan mudah untuk menghafal 30 juzuk al-Quran dan usaha golongan ini perlu kita hormati.

"Lagipun dengan kehadiran mereka, bilangan jemaah masjid meningkat daripada hari biasa.

"Begitu juga pihak syarikat dan individu lebih mudah membuat sumbangan," ujarnya.

Katanya lagi, bagi menjemput imam tahfiz dari luar negara, pihaknya perlu menghantar surat permohonan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Walaupun Sheikh Mohd. Idris telah menjadi imam jemputan di Masjid Kampung Baru sebanyak 14 kali, kami masih perlu menghantar surat permohonan setiap tahun.

"Malah, pihak Jakim akan menguji bacaannya. Kami pula dapat belajar bahasa Arab daripada imam terbabit," katanya ketawa.

Keropok lekor

Bagi Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, tahun ini buat julung-julung kali Masjid Negara menjemput imam tahfiz dari Mesir iaitu Sheikh Abdul Rahman Taha Radwan untuk menjadi imam solat tarawih.

"Kita cuba buat kelainan kerana kebiasaannya surah yang dibaca ialah ayat-ayat lazim dan pendek. Kali ini, satu juzuk al-Quran setiap kali solat tarawih," katanya.

Tambah beliau, dengan adanya imam dari Mesir itu, kehadiran jemaah semakin meningkat selain pertambahan bilangan mereka yang berbuka puasa dan bersahur di Masjid Negara.

"Malah, selepas lapan rakaat sekali pun masih ramai yang belum balik dan ini merupakan satu perkembangan positif," ujarnya.















KAUM wanita tidak ketinggalan menunaikan solat sunat tarawih di masjid kerana ganjaran pahala berkali ganda semasa bulan Ramadan.

--------------------------------------------------------------------------------


Kata Syaikh Ismail lagi, beliau telah lama mengenali Sheikh Abdul Rahman kerana imam tahfiz itu merupakan seorang guru agama di Terengganu sebelum ini.

"Dia merupakan rakan saya dan telah lama pulang ke Mesir. Tetapi saya jemput dia kembali untuk menjadi imam solat tarawih di Masjid Negara.

"Lagipun dia dah rindu dengan keropok lekor dan laksa kerana sudah lama tidak kembali ke negara ini," katanya tersenyum.

Seorang jemaah Masjid Kampung Baru, Sydina Abidin Abdullah, 50, berkata pengalaman menjadi makmum kepada imam tahfiz dari Asia Barat merupakan perkara yang sangat menarik.

"Kita rasa seperti solat di Mesir atau Mekah, selain mendatangkan keinsafan dalam diri.

"Walaupun tidak faham makna ayat-ayat al-Quran itu, lantunan suara imam itu cukup membekas di dalam diri ini," kata pegawai kerajaan di Kota Bharu, Kelantan ini yang sanggup menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru jika mempunyai tugasan di Kuala Lumpur.

Bagi Ahmad Marzuki, 84, penduduk asal Kampung Baru, sama ada imam tahfiz luar negara mahupun tempatan beliau tetap menerimanya dengan baik.

"Islam itu tidak mengenal bangsa mahupun keturunan sebaliknya takwa yang lebih penting.

"Tetapi jika imam tahfiz luar negara ada, masjid ini juga dipenuhi oleh pelbagai bangsa termasuk dari Iran, Mesir, Syria dan India yang jarang dilihat sebelum ini," katanya.


Read more...