Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






21 November 2009

Terengganu terus ungguli UPSR 2009



















3,664 atau 15.3 peratus daripada 23,944 murid peroleh semua A; meningkat satu peratus.Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Terengganu terus mengungguli pencapaian cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila 3,664 atau 15.3 peratus daripada 23,944 murid memperoleh semua A dengan peningkatan sebanyak satu peratus berbanding 14.4 peratus membabitkan 3,408, tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Terengganu, Ariffin Embong, berkata pencapaian itu membolehkan Terengganu mengungguli pencapaian cemerlang dalam UPSR untuk tahun kesembilan berturut-turut.

Beliau berkata, 2,288 atau 9.6 peratus murid memperoleh 4A/6A+1B manakala 5ABC/7ABC seramai 10,528 atau 44 peratus.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sulaiman Wak, berkata 2,725 atau 10.98 peratus calon mendapat 5A dan 7A, meningkat berbanding 10.90 peratus tahun lalu.

Di KOTA BHARU: Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd Ghazali Abdul Rahman, berkata 5,259 atau 14.31 peratus daripada 37,025 calon mendapat 5A dan 7A, iaitu peratus kecemerlangan tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Di JOHOR BAHRU: Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin, berkata 6,283 atau 10.13 peratus daripada 62,401 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, meningkat berbanding 9.64 peratus tahun lalu, 8.64 peratus (2007), 7.56 peratus (2006) dan 6.03 peratus (2005).

Di SEREMBAN: Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Jamali Salam, berkata 2,343 calon memperoleh keputusan cemerlang 5A dan 7A, meningkat berbanding 2,225 calon pada tahun lalu.

Di ALOR SETAR: Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Rahman, berkata 3,742 calon mendapat A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.67 peratus berbanding 3,482 calon pada tahun lalu.

Di KANGAR: Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat, berkata 439 atau 9.53 peratus daripada 4,607 calon mendapat A dalam semua subjek, meningkat berbanding hanya 8.74 peratus tahun lalu.

Di KUANTAN: Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Hamid Abu Bakar, berkata 3,225 atau 11.79 peratus daripada 27,346 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.41 peratus berbanding 11.38 peratus tahun lalu.

Di MELAKA: Pengarah Pelajaran Melaka, Isa Abu, berkata 1,411 daripada 15,187 calon mendapat 5A dan 7A, manakala 10,087 calon atau 66.41 peratus mencapai penguasaan minimum Gred A, B dan C bagi semua subjek.

Di KUCHING: Pengarah Pelajaran Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata 1,995 daripada 45,728 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, tetapi peratus kelulusan menurun 0.68 peratus berbanding tahun lalu.

Di IPOH: Pengarah Pelajaran Perak, Mohd Radzi Abd Jabar, berkata 3, 937 daripada 44,856 calon mendapat 5A dan 7A, merosot 8.78 peratus berbanding tahun lalu.

Di KOTA KINABALU: Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Sabah, Md Nor Md Sharif, berkata 911 calon mendapat A dalam semua subjek, merosot 4.6 peratus berbanding tahun lalu.

Di GEORGETOWN: Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad, berkata 3,177 daripada 26,259 calon mendapat gred A dalam semua subjek diduduki, manakala 17,638 calon lulus semua mata pelajaran.


No comments: