Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






20 November 2009

Berkat tak putus doa

















MUHAMMAD Daniel Idrus (kanan) bersama S. Karthika Dewi merupakan dua murid dari sekolah aliran Cina yang memperoleh 7A dalam UPSR di Melaka.

MELAKA: Tidak pernah terlepas untuk berdoa setiap kali selepas solat bagi memohon kejayaan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), membawa berkat kepada murid tahun enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bachang apabila menjadi murid Melayu tunggal di negeri ini mendapat keputusan 7A dalam UPSR 2009 yang diumumkan, semalam.

Anak kepada pasangan, Idrus Md Zin, 36, dan Suhani Maarof, 36, iaitu Muhammad Daniel, 12, dari Kampung Padang, dekat sini, memperoleh 7A iaitu Bahasa Melayu (kefahaman dan Penulisan), Bahasa Cina (penulisan dan kefahaman), Matematik, Sains dan Penaksiran Kerja Amali Sains (Peka).

Muhammad Daniel berkata, dia sentiasa memohon kejayaan daripada Allah semoga hasrat untuk mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR tercapai dan ia menjadi amalannya dari awal sebelum menduduki peperiksaan itu.

Katanya, dia tidak menyangka amalan berkenaan membawa keberkatan seiring dengan usaha dilakukannya apabila doa yang dipohon saban hari termakbul dan mendapat keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR lalu.




“Tiada amalan lain dilakukan saya, selain berdoa serta memberi tumpuan kepada pelajaran ketika belajar dan ia ternyata membuahkan hasil untuk kebaikan masa depan sekali gus menggembirakan kedua-dua ibu bapa,” katanya.


Murid berkenaan berkata demikian kepada pemberita selepas sidang akhbar yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di Jalan Bukit Baru, dekat sini.

Selain Muhammad Daniel, seorang lagi pelajar bukan keturunan Cina yang menduduki UPSR dalam aliran sekolah itu turut mendapat 7A ialah S Karthika Dewi, 12, dari SJKC Notre Dame, di sini.

Pada majlis itu, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Isa Abu turut menyampaikan sijil penghargaan, plak dan slip keputusan UPSR kepada dua murid berkenaan.

Muhammad Daniel berkata, dia terperanjat dengan keputusan yang diperoleh itu kerana pada peperiksaan percubaan sebelum ini hanya memperoleh keputusan 6A dan 1B (Bahasa Melayu Penulisan).

Katanya, dia tidak menyangka boleh mendapat keputusan sebaik itu kerana menyedari ada sedikit kelemahan apabila mahu menjawab karangan dalam bahasa Cina.

Bagaimanapun, katanya, bagi mengatasi masalah itu, beberapa bulan sebelum menduduki UPSR dia banyak membaca buku cerita dan karangan dalam bahasa Cina serta bahasa Melayu dan membaiki kesalahan yang sering dilakukan.

“Saya mendapatkan panduan menerusi pelbagai buku dalam bahasa Cina bagi meningkatkan perbendaharaan kata serta tatabahasa dalam membina karangan dan penulisan.

“Selain itu, saya banyak bertanya guru di kelas dan mereka banyak membantu dalam memantapkan penulisan dan karangan saya,” katanya.

Menurutnya, menjadi pelajar tunggal Melayu di dalam kelasnya sejak Tahun Satu tidak mematahkan semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mampu mendapat keputusan cemerlang,” katanya.



No comments: