Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






19 November 2009

Banjir tidak halang SPM, STPM





















SEKUMPULAN pelajar terpaksa meniti bangku yang dijadikan titi untuk menduduki peperiksaan SPM di SMK Seri Gunong, Alor Setar semalam.

KUALA LUMPUR - Perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) membabitkan 521,488 pelajar di seluruh negara yang bermula semalam lancar walaupun di negeri-negeri yang dilanda banjir.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekolah-sekolah yang ditutup akibat banjir dapat mengambil peperiksaan di pusat peperiksaan alternatif yang dipilih.

"Bagaimanapun, para pengetua sekolah-sekolah di Kedah, Perak dan Kelantan masih perlu menentukan pusat peperiksaan alternatif sebagai persediaan banjir," katanya pada lawatan hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Alimuddin Mohd. Dom, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sulaiman Wak dan Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Salbiah Ismail.

Menurut Puad, selain menentukan pusat peperiksaan alternatif, kementerian turut mengarahkan pengetua sekolah-sekolah di negeri-negeri berisiko banjir supaya memindahkan kelas peperiksaan di tingkat satu di bangunan sekolah masing-masing.

Dalam pada itu, daripada 521,488 pelajar terbabit, seramai 465,853 pelajar mengambil peperiksaan SPM yang berlangsung sehingga 16 Disember manakala 55,635 lagi menduduki peperiksaan STPM yang akan tamat pada 10 Disember.
Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
berita@kosmo.com.my

No comments: