Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






10 November 2009

Comel bertudung






















Didik anak tutup aurat sejak kecil.-Gambar Hiasan

PEMAKAIAN tudung pada si kecil, tidak bersifat paksaan, sebaliknya satu bonus sekiranya mereka bersetuju memakainya. Sebagai tarikan, penggunaan fabrik selesa dengan rona ceria sudah pasti menimbulkan minat si kecil berjalan seiring ibu dan rakan sepermainan. Pemakaian tudung yang kemas dan cantik, menjadikan kanak-kanak dilihat lebih sempurna dalam adab berpakaian.

Atas kelangsungan itu menjadi pemangkin AlimKids menghasilkan tudung kepada anak-anak kecil berusia bawah empat hingga 12 tahun. Pengurusnya, Hani Arziana Abdullah, berkata walaupun di pasaran sudah terdapat tudung untuk kanak-kanak yang kebanyakannya diimport dari Indonesia dan boleh didapati pada harga rendah, lazimnya ia tidak menjamin keselesaan.

“Kadangkala ia terlalu ‘berat’ untuk dibawa oleh kanak-kanak, kerana ia sarat dengan hiasan seperti reben, manik dan labuci. Sengkuap diperbuat daripada span yang terlalu keras dan besar menyebabkan kanak-kanak sukar sujud sempurna ketika bersolat.

“Ada juga kanak-kanak yang kita lihat macam orang dewasa mengenakan tudung yang terlalu besar. Justeru, dengan adanya segmen tudung khusus untuk di kecil, maka kanak-kanak bukan saja selesa memakainya, sebaliknya seronok bergaya ke mana-mana,” katanya.

Himpunan AlimKids Hijab itu dibuat khas daripada fabrik ‘jersey’, ‘denim’ dan juga kapas lycra untuk keselesaan pemakai muda ini, oleh pereka Norita Suren. Gabungan warna dan corak yang menarik serta kain yang selesa diharap dapat membantu adik-adik yang baru belajar untuk memakai tudung.

Ada dalam himpunan itu tudung denim yang cukup bergaya sekiranya dikenakan dengan jeans, untuk tampil lebih ranggi. Bahagian depan yang tidak keras, tetapi ‘tidak lari’ bentuk melengkungnya ketika dipakai, memastikan pemakai kelihatan kemas sentiasa.

Penggunaan fabrik selesa menjadikan ia lebih ringan dan tidak mudah rimas sekiranya di bawa ketika melakukan aktiviti lasak. Hiasan ringkas di atasnya menjadi tarikan kepada kanak-kanak untuk mengenakannya.

Selain denim ada juga kombinasi jersi, lycra dan kapas pelbagai pilihan, bergantung kepada kegemaran si kecil dan acara ingin dihadirinya.

Hani berkata, tudung yang selesa dan cantik memberikan keseronokan kepada si kecil apatah lagi warnanya yang menarik sudah pasti menambat hati si kecil yang sudah mulai belajar dan memahami aurat perempuan.

“Kepentingan tudung dan pakaian cantik di kalangan si kecil boleh menjadi pemangkin kepadanya untuk terus memakai tudung. Adalah satu kelebihan sekiranya mereka sanggup dan selesa. Malah ibu dan bapa juga lebih berpuas hati melihat penampilan si kecil lebih bergaya, seiring penampilan si ibu menjelang Aidiladha tidak lama lagi. Itulah matlamat utama kami,” katanya.

Beliau berkata, kelebihan tudung berkenaan kerana ia mudah dijaga kerana dihasilkan tanpa corak dan taburan labuci yang sarat. Hiasan minimal itu, menjadikan proses membasuh lebih mudah dan tidak perlu risau sekiranya perincian itu tertanggal kerana dijahit dengan kemas dan tahan lama.

Himpunan ini boleh didapati pada harga RM35 hingga RM39.90 dan eksklusif hanya AlimKids. Ia juga boleh didapati menerusi laman http://ummikusayangboutique.blogspot.com/2009/09/alimkids-hijab-new-collection.html.

Selain tudung, pihaknya juga turut menjual buku dan model pengajaran efektif untuk kanak-kanak berusia bawah enam tahun menerusi play group.


No comments: