Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






09 November 2009

Membongkar kebolehan dwibahasa


























Dengan menggunakan permainan menyeronokkan, otak bayi akan cepat memproses dan menerapkan bahasa.

WAKTU paling sesuai untuk belajar bahasa asing adalah pada usia selepas lahir hingga tujuh tahun. Penyelidikan baru mendapati otak kanak-kanak boleh menjadi dwibahasa dengan mudah pada usia sedemikian.

Penyelidik University of Washington, Amerika Syarikat (AS), Dr. Patricia Kuhl berpendapat, magis pada kanak-kanak dalam menguasai dwibahasa ini boleh digunakan dalam program pembelajaran untuk orang dewasa.

Beliau yang juga merupakan sebahagian daripada ahli pasukan antarabangsa yang dipertanggungjawabkan bagi mengaplikasikan kaedah tersebut kepada teknologi yang boleh diajar memberitahu, setiap bahasa mempunyai set bunyi yang unik.

Bayi dilahirkan dengan kebolehan untuk mengenali semuanya, bagaimanapun kebolehan itu menjadi lemah sebelum bayi mula berkata-kata biasanya menjelang ulang tahun pertamanya.

Kuhl memberi contoh, orang Jepun tidak dapat membezakan bunyi huruf 'L' dan 'R' dalam bahasa Inggeris.

Pasukan penyelidiknya membuktikan bayi berusia tujuh bulan di Tokyo, Jepun dan kanak-kanak seusianya di Seattle, AS memberi respons sama kepada kedua-dua bunyi berbeza itu. Tetapi pada usia 11 bulan, bayi berbangsa Jepun berkenaan telah hilang kebolehan itu.

Beliau turut membuat ujian bagaimana otak bayi dapat mengesan dan menerapkan sesuatu bahasa dengan renungan mata. Caranya dengan menggunakan permainan menyeronokkan, bayi berkenaan cepat-cepat melihat pada kiri atau kanan apabila mendengar bunyi tersebut.

Satu lagi hasil penyelidikan Kuhl mendapati, penguasaan bahasa dominan boleh menjejaskan pembelajaran bahasa baru yang jarang digunakan. Ini kerana otak menolak bunyi yang tidak sepadan atau biasa baginya.

"Pada ketika ini, sebenarnya reka bentuk otak sedang dibentuk supaya sepadan dengan bahasa asal kelahiran sama ada Jepun, Inggeris atau Perancis," jelas Kuhl.

Beliau menambah, bagi sesetengah bayi yang bertuah mungkin mempunyai otak dengan dua set litar saraf yang dikhaskan untuk dua bahasa.

Cara terbaik bagi menggalakkan bayi menguasai dwibahasa dalam tempoh yang singkat adalah dengan berinteraksi dengan mereka dalam dua bahasa.

"Selain itu cari kumpulan bermain atau penjaga yang mahir berbahasa asing agar anak anda dapat mendengar bahasa itu secara kerap.

"Anda pasti terkejut, anak-anak menyerap bahasa asing seperti span.

"Ini kerana, secara purata, bayi ekabahasa dan dwibahasa mula bercakap seawal usia satu tahun dan boleh mengeluarkan 50 perkataan menjelang usia 18 bulan,'' ujarnya.

Menurut Kuhl, bahasa baru pula paling mudah dipelajari pada usia tujuh tahun tetapi kebolehan itu menjadi berkurangan selepas akil baligh.

"Kami melihat otak sebagai 'plastik' dan bersedia mencipta litar baru sebelum akil baligh. Manakala bagi golongan dewasa, proses pembelajaran bahasa berbeza sama sekali.

"Anda tidak akan belajar dengan kaedah yang sama dan penguasaan bahasa baru itu tidak akan sebaik bahasa kelahiran," katanya.

Satu lagi kajian dari Pusat Linguistik Gunaan mendapati, sekolah rendah di AS mengurangkan aktiviti bahasa asing sejak sedekad lalu.

Dianggarkan suku daripada jumlah sekolah rendah awam menyediakan pengajian bahasa asing pada tahun 1997 tetapi jumlah itu menurun kepada hanya 15 peratus tahun lalu.

Jadi, apakah yang membantu golongan yang terlepas peluang untuk belajar bahasa asing ketika kanak-kanak?

Justeru itu, Kuhl dan beberapa saintis di Tokyo Denki University, Jepun dan University of Minnesota, AS membantu membangunkan program bahasa komputer agar lebih merangsang litar otak seperti bayi.

Mereka telah membuat kajian ke atas pelajar kolej Jepun yang mempunyai pendedahan sedikit kepada bahasa Inggeris. Pelajar itu perlu menjalani 12 sesi mendengar perbezaan sebutan 'L' dan 'R' sambil menonton sebutan perkataan bahasa Inggeris.

Pengesan otak iaitu alat berbentuk seperti pengering rambut dipanggil MEG atau magnetoencephalography yang mengukur milisaat tahap keupayaan pelajar berkenaan digunakan semasa membezakan bunyi Inggeris tersebut.

Akhirnya, kumpulan pelajar berkenaan menyebut dua huruf itu dengan lebih baik. Kaedah ini akan digunakan bagi membantu golongan dewasa yang tidak menguasai dwibahasa semasa kanak-kanak.

Sementara itu, Penyelidik Sekolah Antarabangsa Itali, Pengajian Lanjut, Agnes Melinda Kovacs melaporkan dalam jurnal Sains Julai lalu bahawa menguasai dwibahasa menjadikan otak lebih fleksibel.

Kovacs telah menguji seramai 44 bayi berusia 12 bulan untuk melihat bagaimana mereka mengenali paten tiga suku kata - perkataan merapu bagi menguji pembelajaran bunyi.

Pengesan mendapati bayi dwibahasa belajar dua jenis corak pada masa sama menyebut 'lo-ba-lo' atau 'lo-lo-ba' - manakala bayi ekabahasa hanya belajar satu corak sahaja.

Justeru itu, bagi bayi ekabahasa, tanpa sebarang dorongan dan sokongan, maka otak mereka kurang fleksibel.


No comments: