SOTONG kurita ungu dalam imej yang dikeluar oleh Jabatan Perikanan dan Lautan Kanada ini ditemui di kawasan pantai Newfoundland, timur negara itu. - AGENSI
LONDON - Hasil kajian rangkaian penyelidik global, Cencus of Marine Life yang didedahkan hari ini mendapati, terdapat lebih sejuta spesies mendiami lautan dengan sekurang- kurangnya tiga perempat daripadanya masih belum dikenal pasti.
Kajian antarabangsa bernilai AS$650 juta (RM2.08 bilion) itu berjaya menemui lebih 6,000 spesies baru dan beberapa spesies hidupan yang sebelum ini dikategorikan jarang dijumpai, tetapi sebenarnya banyak terdapat di dalam laut.
Penyelidikan tersebut melibatkan lebih 2,700 saintis, 670 institusi dan lebih 540 lawatan yang mengambil masa kira-kira 9,000 hari di laut.
Hampir 30 juta pemerhatian dilakukan ke atas 120,000 jenis spesies hidupan sepanjang kajian dijalankan.
"Apa yang didedahkan hari ini adalah satu penemuan yang tidak pernah diperolehi sebelum ini.
"Ia adalah gambaran tentang kepelbagaian, taburan dan betapa banyaknya hidupan marin di muka bumi ini, daripada mikrob kepada paus, dari kawasan kutub berais ke kawasan tropika, daripada ombak di tepi pantai hingga ke dasar laut yang paling dalam," jelas kajian tersebut.
Kajian itu dijalankan bagi mengenal pasti hidupan yang pernah mendiami lautan, yang tinggal di laut masa kini dan kemungkinan spesies yang boleh hidup di laut pada masa depan.
Menurut hasil penyelidikan itu, sebanyak 16,764 spesies ikan berjaya dikenal pasti setakat ini, tetapi kira-kira 5,000 spesies lagi masih belum dapat ditentukan jenisnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pengendali Cencus of Marine Life, Ian Poiner dari Australia berkata, penyelidik buat kali pertama dapat menentukan antara spesies yang dikenali dan yang tidak dikenali secara sistematik.
"Semua hidupan di permukaan bergantung kepada kehidupan di dalam dan dasar laut. Hidupan laut membekalkan separuh daripada oksigen dan banyak makanan kepada kita selain mengawal perubahan iklim," katanya. - AFP
Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com
HEBAHAN
23 September 2010
Lebih sejuta spesies tinggal di dalam lautan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment