Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






09 September 2010

Jaga adab anak ketika berziarah













Pemberian duit raya semakin menjadi kebiasaan tapi jangan ajar anak meminta duit raya dari tuan rumah ketika berziarah.Gambar hiasan

HARI Raya Aidilfitri adalah hari di mana kaum keluarga dan sanak-saudara saling ziarah-menziarahi di antara satu sama lain. Pada hari itulah semuanya berpeluang berjumpa setelah lama tidak bertemu.

Pada hari-hari biasa sudah tentu semuanya sibuk dengan tugas masing-masing dan tidak sempat berjumpa. Justeru pada hari mulia itulah digunakan oleh setiap orang untuk beramah mesra dengan kaum keluarga.

Yang tinggal di bandar akan pulang ke kampung bertemu ibu bapa dan kaum keluarga. Sebenarnya kemeriahan hari raya lebih dirasai di kampung. Sebab itulah mereka yang masih mempunyai kampung pasti akan pulang juga.

Dalam berziarah, perlu diingat akan adab-adab sopan semasa berada di rumah orang lebih-lebih lagi bagi mereka yang membawa anak-anak.

Walaupun elok membawa bersama anak-anak bagi diperkenalkan kepada saudara-mara namun ada peraturannya semasa berkunjung ke rumah orang.

Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab untuk mendidik dan memberitahu anak-anak untuk menjaga tingkah laku.

Ini supaya tuan rumah berasa gembira dan ikhlas menerima kita sebagai tetamu. Janganlah dengan kehadiran kita dan anak-anak menyusahkan tuan rumah pula.

Rozilah Ahmad, 42, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Harlin Azali, berkata, beliau amat menjaga tata susila dan tingkah laku anaknya semasa pergi berziarah ke rumah saudara-mara atau jiran.

Katanya, awal-awal lagi semasa merancang hendak ke rumah orang, Rozilah akan memberitahu Harlin akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

''Tidak kiralah anak lelaki ke anak perempuan, perangai dan adab kena jaga. Ini juga mencerminkan akan didikan kita sendiri. Jika perangai anak kita tidak baik, nanti dikata orang bahawa kita tidak pandai mendidik anak. Sebab itulah saya dan suami amat menitik beratkan akan perkara ini,'' kata Rozilah semasa ditemui di rumahnya di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Beliau yang berasal dari Raub, Pahang berkata, pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini mereka sekeluarga akan pulang ke kampungnya kerana pada hari raya tahun lepas mereka beraya di kampung suaminya di Alor Star, Kedah.

Menurut Rozilah lagi, semasa berada di kampung, beliau dan suami akan membawa Harlin menziarah rumah semua saudara-mara tidak kira yang tua, muda, miskin atau kaya.

Ini semua dilakukan supaya anak tunggalnya itu mengenali saudara-mara dan jangan memilih rumah ketika berziarah.



No comments: