Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






17 September 2010

Adab anak di meja makan












Amat penting untuk menerapkan nilai sopan dan adab kepada anak-anak, terutamanya apabila berhadapan dengan makanan. - Gambar hiasan

BEBERAPA tahun lepas ketika ibu bapa penulis menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri, ramai kenalan, saudara mara, sahabat handai jauh dan dekat datang memeriahkan suasana.

Dalam ramai-ramai tetamu, mata tertarik pada sebuah keluarga berketurunan Cina terdiri daripada ibu, bapa dan dua anak lelaki dan perempuan berusia lingkungan 10 dan 11 tahun.

Apa yang membuatkan mereka dikagumi ialah dua anak kecil itu bersalaman dengan dengan cara mencium tangan.

Kedua-duanya juga makan biskut raya dengan penuh sopan tanpa secebis biskut jatuh ke lantai.

Lebih mengejutkan mereka berdua tunduk membongkok sedikit apabila melintas di hadapan tetamu lain di ruang tamu.

Sesungguhnya amat kagum dengan cara ibu bapa dua beradik itu mendidik anak mereka tentang kesopanan.

Dalam masyarakat kita hari ini sepertinya ada sesuatu yang kurang - kesopanan dan adab yang semakin luntur dari diri anak-anak kita.

Dari segi perkataan, adab bermaksud perwatakan, gaya, perangai dan cara bertindak terhadap orang lain. Manakala sopan pula merujuk kepada budaya dan perlakuan baik terhadap orang lain.

Tahukah anda bahawa amat penting bagi anda untuk menerapkan nilai sopan dan adab kepada anak-anak, terutamanya apabila berhadapan dengan makanan? Tetapi bagaimanakah caranya?

Kita pernah dengar pendapat bahawa meletakkan siku di mega makan adalah perbuatan yang kurang sopan. Benarkah pernyataan ini?

Bagi penulis buku Advice With Dr. Dave and Dr. Dee, untuk situasi tidak formal, tidak salah meletakkan siku di atas meja makan tetapi jika sedang menghadap makanan sebaiknya hanya pergelangan tangan dan lengan di penjuru meja.

Jika berada pada majlis formal sebaiknya letakkan tangan di bawah.

Namun tidak kiralah sama ada anak anda makan di rumah sendiri, majlis atau berhari raya di rumah orang sentiasalah ingatkan mereka tentang adab makan yang baik.

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

No comments: