Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






14 September 2010

Hari Malaysia rapatkan jurang











PEMANDANGAN di Padang Merdeka, Kota Kinabalu sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 1963.

SEHINGGA tahun lalu, tarikh 16 September yang merupakan hari kelahiran Malaysia adalah cuti umum kepada penduduk di Sabah dan Sarawak sahaja. Bagaimanapun, di Sabah, tarikh itu tidak meraikan hari penubuhan Malaysia secara langsung.

Sebaliknya, hari tersebut diraikan sebagai hari jadi rasmi Yang Dipertua Negeri dengan acara perbarisan dan pengurniaan pingat di Istana Negeri.

Tidak ramai yang menyedari bahawa sambutan hari jadi Yang Dipertua Negeri itu bertujuan memperakui penyatuan Sabah dalam gagasan Malaysia bersama Malaya dan Sarawak.

Tetapi semuanya berubah Oktober tahun lalu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Hari Malaysia

Dengan erti kata lain, bermula tahun ini tarikh tersebut diraikan sebagai Hari Malaysia.

Najib berpendapat, cuti itu adalah selaras dengan semangat 1Malaysia untuk menjalin perpaduan di kalangan pelbagai kaum, termasuk memperkukuh integrasi nasional antara rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Mohamed Nazim Maduarin, 30, berkata, langkah kerajaan mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum di seluruh negara tepat pada masanya kerana tidak ramai warga Malaysia sedar akan pentingnya tarikh itu dalam sejarah negara.

Peguam yang berketurunan Bajau itu memberitahu, dengan meraikan Hari Malaysia, penduduk di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bukan sahaja dapat memperingati tarikh kelahiran Malaysia tetapi juga dapat menghargai konsep Malaysia itu sendiri.

Turut bersetuju dengan pendapat Mohamed Nazim ialah Pengurus Komunikasi dan Kawalan Mutu, Shanti Doraisingam, 37. Shanti berkata, langkah itu mengingatkan rakyat bahawa Sabah dan Sarawak juga adalah sebahagian daripada Malaysia.


PEMANDANGAN di Padang Merdeka, Kota Kinabalu sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 1963.

--------------------------------------------------------------------------------


“Semua orang tahu Semenanjung mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos, sementara Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan pada 16 September.

“Jika Sabah dan Sarawak sahaja yang bercuti pada 16 September, seolah-olah kedua-dua negeri itu bukan sebahagian daripada Malaysia,” kata beliau.

Selepas 47 tahun Persekutuan Malaysia diwujudkan, hari ini menyaksikan sambutan Hari Malaysia buat julung-julung kalinya. Mulai tahun ini, tarikh 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum dan dikenali sebagai Hari Malaysia bagi meraikan penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

Sebelum ini penduduk di Semenanjung meraikan Hari Merdeka pada 31 Ogos dan rakyat di Sabah dan Sarawak meraikan penubuhan Malaysia pada 16 September.

Mulai tahun ini rakyat Malaysia di seluruh negara akan menyaksikan sambutan berganda pada setiap tahun iaitu Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Sejak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia, Negeri Bawah Bayu itu telah bertukar wajah dan berkembang dalam semua aspek termasuk pembangunan prasarana, pendidikan, sosial dan ekonomi.

Shanti yang berdarah kacukan India Cina berkata, ia juga menunjukkan Perdana Menteri menepati janjinya untuk menyatukan rakyat dan langkah mengisytiharkan 16 September sebagai cuti di seluruh negara membayangkan semangat sebenar 1Malaysia.

“Saya harap tiada lagi jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” tambah beliau.

Perniagaan bertambah maju

Sementara itu, Lam Chee Wah, 36, pemilik bersama Fook Yuen, sebuah kedai kopi popular di Kota Kinabalu, Sabah berkata, pengisytiharan tersebut bermakna berita baik untuk perniagaannya.

“Apabila penduduk mempunyai masa untuk diluangkan, mereka boleh beristirehat bersama keluarga atau rakan-rakan dari Semenanjung boleh datang bercuti di Sabah.

“Mereka boleh menikmati cara hidup di Sabah, yang mewakili cara hidup di Malaysia. Di kedai-kedai kopi milik bukan Islam pun kelihatan orang Melayu duduk bersama rakan-rakan Cina atau Kadazan menikmati teh tarik dan roti bakar,” kata beliau.

Lam berkata, tahap penerimaan di kalangan penduduk Sabah sangat tinggi sehinggakan ada penganut agama Islam yang membeli minuman dalam tin di restoran bukan halal hanya untuk berbual dengan rakan-rakan bukan Islam.









CUTI umum 16 September memberi ruang kepada orang ramai untuk beristirehat dan berkumpul bersama keluarga.

--------------------------------------------------------------------------------


“Banyak restoran bukan Islam di Sabah berusaha memenuhi cita rasa pelanggan Islam, khasnya dari Semenanjung yang mencari kedai-kedai makan yang mempunyai sijil halal,” tambah beliau.

Lam berkata, memandangkan kedai kopinya menggunakan nama Cina, kedai kopi seolah-olah kelihatan tidak halal, tetapi ia tetap popular di kalangan umat Islam kerana restoran tersebut tidak menghidangkan daging babi.

Hari ini, kedai kopi itu mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memberi jaminan kepada masyarakat Islam berhubung status halal dan harganya yang berpatutan. – Bernama



No comments: