Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






02 September 2010

Budak suka main video susah belajar











Keasyikan bermain video akan mengurangkan masa belajar dan aktiviti sosial kanak-kanak.Gambar hiasan.

Tiada peningkatan prestasi di sekolah: Kajian

SPOKANE: Satu kajian baru mendapati budak lelaki yang mempunyai alat mainan video tidak menunjukkan perkembangan cepat di sekolah berbanding pelajar lain yang tidak memiliki peralatan berkenaan.
“Markah penulisan dan bacaan secara purata di kalangan pemain video tidak merosot, tetapi tidak menunjukkan peningkatan,” kata Robert Weis dari Universiti Denison di Ohio, penulis bersama kajian berkenaan. “Bagi kanak-kanak tanpa permainan, markah mereka meningkat mengikut peredaran masa. Bagi pelajar yang sentiasa bermain mainan video, markah mereka tetap stabil, tetapi tiada perkembangan dalam bacaan dan penulisan,” kata Weis.

Kajian terbabit mendapati bahawa pemain video menghabiskan selama 40 minit setiap hari bagi PlayStation II akan mengurangkan masa belajar dan aktiviti sosial mereka.

“Kanak-kanak tanpa permainan berkenaan di rumah memperuntukkan secara purata sembilan minit sehari untuk permainan video, biasanya di rumah rakan,” kata kajian terbabit.

Seorang pegawai Persatuan Perisian Permainan (sebuah kumpulan perdagangan pembuat permainan video) berkata, keputusan kajian itu bukan sesuatu mengejutkan, tetapi tidak juga membimbangkan.
“Adakah sesiapa terkejut kanak-kanak lebih cenderung bermain permainan video baru atau permainan atau basikal baru berbanding yang lama?” kata Naib Presiden Kanan bagi kumpulan komunikasi terbabit, Richard Taylor.

Weis mengakui pentingnya satu kajian dibuat bagi memperoleh kesan jangka panjang memiliki permainan video.

“Mungkin selepas setahun mereka menjadi kurang berminat atau tidak lagi sentiasa bermain dengannya,” kata Weis, walaupun budak lelaki dalam kajian beliau tidak menunjukkan sebarang penurunan dalam tempoh empat bulan.

Kanak-kanak perempuan terkecuali daripada kajian kerana penyelidik bimbang mereka tidak bermain permainan video secukupnya bagi menghasilkan keputusan yang lebih tepat dan menyeluruh. – AP




No comments: