Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau 12 auns jus epal sehari
RAMAI yang bimbang diserang penyakit jantung. Tetapi, ramai juga yang tidak berusaha untuk mencegahnya.
Antara perkara yang mudah dilakukan adalah mengubah suai pemakanan seharian bagi mengurangkan risiko diserang penyakit jantung.
Ada beberapa jenis makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung, ini termasuk:
Ikan
Antara pilihan yang baik ialah salmon. Ikan adalah sumber asid lemak omega-3 yang baik. Ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah.
Lemak ini juga membantu untuk mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang menyihatkan. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti ikan tuna, sardin atau hering dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Untuk lebih sihat, panggang salmon yang dimakan dengan sayuran.
Oat
Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol LDL.
Serat yang boleh larut juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu saja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya itu boleh dicampur dengan hirisan buah-buahan segar.
Epal
Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah.
Ia juga mengandungi vitamin dan serat, malah enak dijadikan snek ringan atau menambah hirisan epal dalam masakan.
Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau 12 auns jus epal sehari.
Sayuran berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau bukan saja mengandungi vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila kita meningkat tua.
Tomato
Tomato juga baik untuk kesihatan jantung kerana ia kaya dengan vitamin dan lycopene yang terbukti membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Hanya tambahkan hirisan tomato pada sandwic atau banyakkan sos tomato dalam makanan.
Malah, sos tomato yang dimasak dan sos tomato di dalam tin yang mudah didapati di kedai itu mengandungi lebih banyak lycopene berbanding tomato mentah.
Soya
Protein soya adalah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia terbukti dapat membantu mencegah penyakit jantung.
Minyak zaitun
Minyak zaitun yang mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol LDL.
Bijirin penuh
Bijirin penuh menyediakan vitamin dan serat yang membuatkan jantung kekal sihat. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh.
Badam
Badam dan jenis kacang lain mengandungi minyak menyihatkan, vitamin E dan bahan lain yang membantu mengekalkan paras kolesterol. Ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.
Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com
HEBAHAN
27 September 2010
9 makanan cegah sakit jantung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment