Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






14 June 2010

‘Perokok rakyat kelas bawahan’























Asap dari bilik merokok yang ada dalam sesuatu bangunan memberi kesan besar kepada kualiti udara pejabat

“KAWASAN bangunan berhawa dingin patut dianggap seperti dalam pesawat. Kenapa penumpang boleh bersabar dan patuh arahan tidak merokok dalam pesawat tetapi ingkar arahan dilarang merokok dalam bangunan,” kata Syed Khairul Afizi Syed Ahmad.

Hujah Naib Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi A&B itu cukup mudah, katanya jika penumpang pesawat boleh bertahan sehingga lebih 10 jam, kena mereka tidak melakukan perkara sama dalam tempoh waktu bekerja lapan jam sehari.

Katanya, kawasan dibenarkan merokok patut dihapuskan terus dan diubahsuai dengan secepat mungkin bagi mengelak aktiviti merokok dalam bangunan terus berulang. Tegasnya, ia perlu dilaksanakan pada semua peringkat, baik sektor awam dan swasta. Memberikan contoh jika wanita mengandung disahkan penghidap penyakit berpunca daripada asap rokok dalam bangunan menyebabkan bayi dalam kandungan juga terjejas, Syed Khairul menegaskan ia sebenarnya adalah satu bencana.

“Cuba fikirkan, jika kita menjadi penyebab sesuatu bencana dan bayangkan mangsa yang terkena penyakit itu adalah isteri atau saudara mara kita, tidakkah wujud sedikit rasa bersalah dalam diri. Memang kita akui, tabiat merokok sukar dibuang tetapi ia masih boleh dikawal,” katanya.

Selain itu, beliau juga bersetuju jika kerajaan menaikkan jumlah cukai rokok bagi memastikan perokok terutama yang berpendapatan rendah berfikir 20 kali untuk menghabiskan duit membeli rokok.

Hakikat itu diakui Pengarah Urusan Aeroline Autotech (M) Sdn Bhd, Mohd Karim Abdul Rahman yang menyifatkan perokok sebenarnya berada dalam kelas paling bawah dalam kalangan pekerja di pejabat dan mereka perlu dipulau jika masih berdegil merokok dalam kawasan larangan.
“Kerajaan patut wartakan lebih banyak kawasan larangan merokok supaya ‘zon panas’ itu semakin kecil. Itupun masih ada yang ‘curi-curi’ merokok dalam tandas atau di tangga. Sebab itulah saya katakan mereka ini berada dalam kasta paling bawah.

“Apa guna kerajaan dan majikan lekatkan poster besar ‘Dilarang merokok’ di dalam tandas, jika kawasan itu dipenuhi puntung rokok dan berbau busuk. Sedangkan semua sudah maklum, merokok tidak bagus untuk kesihatan,” katanya.

Beliau turut menyarankan kawasan merokok patut diasingkan terus daripada bangunan berhawa dingin kerana setakat ini bilik merokok masih beroperasi di bangunan sama yang dikongsi majoriti golongan sihat yang tidak merokok.

Tinjauan mendapati banyak bangunan tumpuan ramai terutama pusat beli belah masih berlaku kegiatan merokok di dalam tandas dan kawasan tangga membuktikan kurangnya aktiviti penguatkuasaan pengurusan bangunan atau majikan.

Walaupun terpampang besar poster larangan merokok, ia dianggap sekadar gimik oleh golongan perokok kerana mereka tidak pernah didakwa atau dikenakan hukuman.


No comments: