Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






12 June 2010

Argentina cari kemenangan pertama














Argentina tidak mempunyai kelebihan di peringkat kelayakan bagaimanapun mereka tetap menjadi pilihan untuk muncul juara Piala Dunia 2010.
MATA peminat bola sepak dunia sudah pasti tertumpu kepada pasukan gergasi Amerika Selatan, Argentina yang akan turun dalam perlawanan pertama Piala Dunia 2010 menentang Nigeria di Johannesburg.

Jurulatih Diego Maradona menganggap perlawanan bertemu Super Eagles itu amat penting sekali selepas bertekad untuk menyenaraikan penyerang Carlos Tevez, Lionel Messi dan Gonzalo Higuain.

Status pasukan pilihan dalam Kumpulan B yang turut disertai oleh Greece dan Korea Selatan, tidak bermakna tugas Maradona untuk memimpin pasukan ini amat mudah sekali selepas aksi buruk di peringkat kelayakan.

Maradona juga dijangkakan akan menyenaraikan Sergio Romero, sebagai penjaga gawang, Gabriel Heinze, Martin Demichelis dan Walter Samuel sebagai pertahanan, Jonas Gutierrez, Angel Di Maria, Mascherano dan Juan Sebastian Veron sebagai pemain tengah bersama tiga penyerang tersebut.

Heinze berkata, penyeneraian kesebelasan utama Argentina dilakukan tanpa kekeliruan dan pertengkaran ini wujud ketika perlawanan kelayakan, apabila Maradona menggunakan 107 pemain untuk memperolehi 11 pemain.

“Kami semua sangat baik tanpa sebarang masalah dan bersedia untuk beraksi. Kami telah berlatih pada tahap sangat baik dan anda akan dapat menyaksikannya Sabtu ini (hari ini),” katanya baru-baru ini.

Heinze bagaimanapun mengambil sikap berhati-hati berbanding terlalu yakin dalam perlawanan menentang skuad Nigeria.

“Nigeria terlalu meletakkan banyak tekanan, ia agresif dengan pemain-pemainnya yang berbakat. Kami tahu kebanyakan pemain mereka bermain di kelab Eropah,” jelas Heinze.

Argentina, pemenang dua kali Piala Dunia telah menewaskan Kanada 5-0 dalam perlawanan persahabatan terakhir pada 24 Mei lalu di Buenos Aires.

Selepas kemenangan itu, Maradona berjanji akan berlari dalam keadaan bogel di sekitar Obelisk, pusat bandar Buenos Aires jika Argentina menjuarai Piala Dunia untuk kali ketiga.

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

No comments: