Dua wira Melaka, Ho Mun Hua (kiri) dan Chai Fong Wei ceria bersama pingat dan habuan yang diterima selepas muncul juara wusyu nanquan dan changquan Sukma XIII di Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, semalam.
MELAKA - Tuan rumah Melaka, yang menyasarkan 60 pingat emas membuka langkah awal apabila menuai tiga emas itu dalam acara wusyu individu lelaki dan wanita di Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka di Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), semalam.
Emas pertama milik tuan rumah hadir menerusi Ho Mun Hua dalam acara nanquan individu lelaki sebelum pingat kedua pula menyusul selepas itu dalam acara changquan individu wanita menerusi Chai Fong Wei dan Ng Shin Yii bagi acara taijiquan.
Kompleks Sukan UTeM riuh-rendah dengan pekikan Melaka Boleh bergema sebaik atlet wusyu tuan rumah, Ho Mun Hua dalam acara tersebut diumumkan sebagai pemenang pingat emas dalam acara nanquan apabila mencatatkan 9.70 mata.
Lebih manis kemenangan Mun Hua dan Fong Wei itu turut diraikan oleh kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali yang turut menyampaikan pingat kepada pemenang dalam acara changquan individu wanita.
Selepas majlis tersebut juga, Mohd. Ali turut menyampaikan hadiah wang tunai RM3,000 sebagai ganjaran yang dijanjikan oleh kerajaan negeri kepada mana-mana atlet Melaka yang meraih pingat emas sepanjang temasya Sukma berlangsung.
Mun Hua yang juga juara dunia acara tersebut memperoleh 9.70 mata diikuti oleh atlet dari Pulau Pinang, Kevan Cheah memenangi pingat perak apabila mencatat 9.65 mata manakala gangsa menjadi milik Lau Hui Wei dari Sarawak dengan catatan 9.57 mata.
Selepas itu, sebutir lagi pingat emas menyusul buat tuan rumah apabila Fong Wei memenangi acara changquan individu wanita memperoleh 9.60 mata diikuti oleh Amelia Su dari Sarawak meraih pingat perak (9.40) dan gangsa dimenangi oleh Khaw Jing Yee dari Negeri Sembilan (9.22).
Dalam acara nanquan individu wanita pula, atlet dari Negeri Sembilan memenangi pingat emas dan perak masing-masing menerusi Wong Yik Yan dengan catatan 9.52 mata diikuti oleh Tai Cheau Xuen (9.45) dan gangsa menjadi milik See Min (9.26) dari Wilayah Persekutuan.
Kedah meraih pingat emas pertama menerusi Ng Say Yoke dalam acara changquan individu lelaki apabila mencatat 9.70 mata, perak dimenangi oleh Bong Teck Fuu dari Sarawak (9.67) dan gangsa diraih oleh Ong Shi Chuan dari Melaka (9.55).
Pingat emas ketiga milik tuan rumah Melaka dihasilkan menerusi Shin Yii dalam acara taijiquan individu wanita apabila mencatat 9.65 mata diikuti oleh dua atlet dari Negeri Sembilan memperoleh pingat perak dan gangsa menerusi Pang Tung Yee (9.52) serta Phoon Eyin (9.38).
Dalam acara taijiquan individu lelaki, emas dimenangi Loh Jack Chan dari Sarawak (9.75), perak milik Go Boon Xiong dari Melaka (9.59) dan Foong Foo Mun dari Negeri Sembilan meraih gangsa (9.52).
Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com
HEBAHAN
10 June 2010
Melaka gagah di gelanggang wusyu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment