Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






26 June 2010

Mi segera tetap pilihan
















PENGELUAR mi segera mencadangkan pengguna menambahkan sayuran dan protein untuk menjadikan ia sajian lebih berkhasiat.

SETIAP kali perkataan mi segera disebut, mungkin ramai antara kita terbayangkan pelbagai slogan iklan produk makanan itu yang sering dipaparkan di kaca televisyen. Ramai berpendapat walaupun terdapat banyak hidangan enak pelbagai bangsa, mi segera tetap menjadi pilihan ramai walaupun dimakan hanya sekali dalam sebulan.

Apakah sebenarnya rahsia perencah makanan yang berasal dari negara Matahari Terbit itu sehingga menyebabkan ramai rakyat di negara ini terus menyukai makanan ringkas ini?

Menurut Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan Makanan Nestle Products Sdn. Bhd., Izham Mohamed, pada tahun lepas sahaja sebanyak 1.2 bilion paket hidangan mi segera dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Ia menjadikan secara puratanya 38 paket bagi seorang penduduk di Semenanjung dan 44 paket bagi seorang penduduk di Sabah dan Sarawak.

Untuk mengekalkan prestasi mi segera sebagai antara makanan paling digemari bukanlah satu perkara mudah memandangkan mi segera mempunyai banyak saingan.

Izham berkata satu daripada perkara yang perlu dititikberatkan dalam memastikan keunggulan mi segera sebagai hidangan kegemaran ramai ialah daya usaha pengeluar mi segera dalam inovasi produk mereka.

"Pengubahsuaian dan inovasi adalah amat penting untuk mengekalkan pertumbuhan industri mi segera dalam jangka masa panjang. Sebagai pembuat mi segera, kita perlu sentiasa inovatif.

"Contohnya, mencipta perisa baru, meningkatkan khasiat mi segera atau memberikan produk berkualiti tinggi kepada pengguna," katanya pada Persidangan Persatuan Mi Segera Dunia (WINA) yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, kecekapan pengusaha amat penting dalam memastikan peningkatan kos tambahan tidak ditanggung oleh pengguna yang sekaligus boleh menaikkan harga mi segera.

"Ini kerana faktor harga murah menjadi tarikan utama menjadikan mi segera mampu dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat," kata Izham.

Makanan global

Izham berkata mi segera terus digemari di seluruh dunia dan kerana itulah WINA mahu menjadikan mi segera sebagai makanan global seperti nasi dan roti pada masa hadapan. Ini disokong oleh Pengerusi WINA, Koki Ando, yang menyatakan industri mi segera dunia kini dianggarkan bernilai AS$25 bilion (RM80 bilion).


"Penggunaan mi segera juga dijangka meningkat kepada 100 bilion sajian dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi berbanding 92 bilion sajian tahun lepas," katanya pada persidangan yang sama.

Menurut Ando, mi segera kini boleh dikategorikan sebagai makanan dunia disebabkan ia selamat dari segi tempoh lupusnya yang panjang dan boleh dibawa ke mana sahaja dengan mudah.

Ando yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Nissin Foods Holdings Co. Ltd. dari Jepun adalah anak kepada pencipta mi segera, Momofuku Ando.

Isu sodium

Walaupun dilihat sebagai industri yang mempunyai masa hadapan yang cerah, industri mi segera juga tidak terlepas daripada cabaran yang perlu dihadapi oleh pengusaha.

Antara cabaran itu ialah penggunaan bahan perisa seperti sodium (garam) yang sering menjadi punca terhadap pelbagai dakwaan yang mengatakan mi segera tidak mempunyai zat yang secukupnya untuk menjadi makanan berkhasiat.

"Pengurangan sodium di dalam mi segera merupakan cabaran terbaharu industri ini. Kita tidak boleh mengurangkannya secara drastik, tetapi boleh melakukannya secara berperingkat," kata Ando.

Bagi Nestle pula, Izham berkata pihaknya sendiri berusaha mengurangkan penggunaan sodium sebanyak 15 peratus dalam kandungan perisa mi segeranya sejak lima tahun lepas.

Namun katanya, selepas menerima maklum balas daripada pengguna yang merungut akibat rasa mi segera yang kurang sedap menyebabkan Nestle mengurangkan kandungan sodium sebanyak lima peratus sahaja dalam perisa mi setiap tahun. - Bernama



No comments: