Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






12 January 2010

Usah abai penjagaan diabetes

Rawatan diabetes adalah tanggungjawab sepanjang hayat, baik bagi penghidap mahupun ahli keluarga terdekat.



















TABIAT makan yang tidak terkawal membawa mudarat.Gambar Hiasan.

BUKAN sekadar orang yang gemuk cenderung menghidap diabetes. Mereka yang kurus juga berisiko mendapat penyakit kencing manis ini jika corak pemakanan dan gaya hidup sihat tidak dijaga atau diamalkan.

Paterikan dalam fikiran tentang peringatan ini - diabetes adalah penyakit yang serius.

Maka, bagi mereka yang telah didiagnosis menghidapinya, hendaklah membulatkan tekad untuk mengikuti komitmen penjagaan kesihatan sepanjang masa.

Percayalah, usaha itu berbaloi kerana bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kesihatan, malah menghindarkan masalah yang mengancam nyawa.

Berikut adalah 10 kaedah rawatan dan penjagaan yang membolehkan penghidap menikmati hari mendatang dengan lebih baik:

1. Komitmen untuk menangani diabetes

Pasukan perubatan seperti doktor, jururawat dan pakar diet boleh membantu anda dalam memahami dan menyokong rutin penjagaan diabetes. Pokok pangkalnya, diri anda perlu berjanji untuk berubah dan melaksanakan penjagaan itu demi masa depan sendiri.

Antara aspek gaya hidup yang perlu diberi tumpuan adalah soal pemakanan sihat, senaman dan berat badan.

Pada masa yang sama, pastikan paras gula dalam darah selalu diperiksa supaya paras sasaran seperti yang dinasihatkan doktor dapat dicapai.

Jangan berlengah jika memerlukan perhatian dan rawatan diabetes dari pihak klinik atau hospital.

2. Hentikan tabiat merokok

Jika anda menghisap rokok atau apa juga jenis tembakau lain, dapatkan panduan doktor untuk menghentikan tabiat tersebut.

Merokok akan meningkatkan risiko terhadap pelbagai komplikasi diabetes seperti serangan jantung, strok, kerosakan saraf dan penyakit buah pinggang.

Perokok yang menghidap diabetes adalah tiga kali ganda berhadapan dengan maut akibat penyakit kardiovaskular berbanding penghidap diabetes yang tidak merokok.

3. Kawal tekanan darah dan paras kolesterol

Tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah.

Paras kolesterol yang tinggi juga perlu diberi tumpuan memandangkan kemungkinan kerosakan saluran darah itu lebih berganda bagi penghidap diabetes.

Apabila kedua-dua masalah ini bergabung, seseorang penghidap boleh diancam masalah kesihatan yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan strok.

Semua itu boleh dicapai dengan mengambil pemakanan sihat dan sering bersenam.


















RUJUK kepada pakar diet untuk memahami konsep pemakanan ideal.

4. Ikuti pemeriksaan tahunan untuk mata dan fizikal

Dengan mengikuti rutin pemeriksaan diabetes, tidak bermakna pemeriksaan tahunan terhadap tubuh dan mata boleh diabaikan.

Semasa pemeriksaan kesihatan tubuh, doktor boleh mengenal pasti komplikasi yang berkaitan diabetes seperti tanda-tanda kerosakan fungsi buah pinggang, saraf atau masalah jantung.

Pemeriksaan mata pula boleh mengesan sekiranya seseorang pesakit mengalami katarak, glaukoma atau kerosakan pada retina.

5. Pastikan vaksin yang terkini

Gula dalam darah tinggi boleh melemahkan sistem imunisasi seterusnya meningkatkan kepentingan pengambilan vaksin. Dapatkan konsultasi doktor tentang vaksin flu untuk menghindar komplikasi demam selesema.

Vaksin pneumonia yang lebih daripada satu dos suntikan amat penting bagi penghidap diabetes yang ebrusia 65 tahun ke atas. Tidak ketinggalan, pastikan anda mengambil tahu tentang suntikan tetanus dan juga hepatitis B.

6. Jaga kebersihan gigi

Diabetes membuatkan penghidapnya cenderung kepada jangkitan gusi. Maka, nasihat mengenai rutin memberus gigi sekurang-kuragnya dua kali sehari itu banyak kepentingannya.

Selain itu, pastikan amalan flos dilakukan dan pastikan temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Temui doktor gigi segera jika terlihat gusi dalam keadaan berdarah, bengkak atau kemerah-merahan.

7. Beri perhatian kepada kaki

Gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan saraf di kaki lantas menjejaskan pengaliran darah ke bahagian tersebut. Jika dibiarkan kemelaratan itu tanpa dirawat, sebarang kejadian luka dan lepuhan boleh menjadi jangkitan serius.

Antara langkah penjagaan kaki adalah seperti membasuh kaki dengan air hangat setiap hari, mengeringkannya dengan baik terutama di celah-celah jari, sapukan pelembap hingga ke pergelangan kaki dengan losyen serta rawat kaki secepat mungkin jika terdapat luka, ruam, lepuhan atau bengkak.

8. Ambil aspirin harian

Aspirin mengelakkan darah anda daripada tersumbat. Dengan mengambil aspirin setiap hari. ia mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Kedua-dua penyakit ini adalah kemungkinan yang berbahaya jika seseorang itu menghidap diabetes. Maklumat lanjut tentang terapi pengambilan aspirin harian boleh ditanyakan terus kepada doktor. Tanyakan juga dos yang bersesuaian.



















SELAIN suntikan insulin, penghidap perlu peka kepada vaksin terkini bagi penyakit lain.

9. Elakkan minuman beralkohol

Bergantung kepada berapa banyak anda minum dan makan pada waktu yang sama, alkohol akan menyebabkan gula dalam darah menjadi rendah.

Bagi mereka yang memilih untuk minum, dinasihatkan agar tidak berlebihan dan jangan lupa untuk makan. Kiraan pengambilan kalori harian juga perlu dikira dalam makanan dan minuman beralkohol itu.

10. Hindari stres

Kalau anda dalam keadaan stres, pastikan rutin penjagaan diabetes anda akan terganggu. Penghasilan hormon akibat daripada stres yang berpanjangan boleh menghalang insulin daripada menjalankan fungsinya dengan baik.

Bagi menanganinya, pastikan anda meletakkan had kepada stres dan mulakan pengkhususan keutamaan dalam kerja. Kalau punya masa terluang, pelajari teknik relaksasi dan dapatkan tidur yang secukupnya.

2 comments:

muhammad raihan said...

besarnye buger die...

Zarul's said...

Pertama kali sahabat ingin mengucapkan terima kasih diatas melayari blog ini. Kita semua sedia maklum bahawa sehingga saat ni negara kita sering dilanda masalah pelbagai penyakit yang disebabkan GULA(Sugar Cane) antaranya penyakit kencing manis. Penyakit ini amat serius dikalangan masyarakat kita. Mengikut kajian 1 daripada 8 rakyat Malaysia menghadapi masalah ini sehingga kehilangan nyawa. Gula yang berada dipasaran bukan tidak bagus tetapi mempunyai kalori yang tinggi yang tidak baik untuk kesihatan kita. Justeru itu sahabat telah menemui satu revolusi penukaran gula yang baik sejak 2 bulan yang lepas. Mulanya sahabat tidak begitu mempercayai produk ini,akan tetapi selepas melihat rakan sekerja sendiri telah menjadi mangsa ketagih gula, ibu jari kakinya hampir2 dipotong. Syukur Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT dan menggunakan produk SweeterMix dan CCF (Stevicorp Japan) ibu jari kakinya kembali menunjukkan tanda yang positif untuk pulih. Sahabat2 sekalian tahu bahawa rakyat malaysia secara purata mengambil 25 sudu teh kecil gula iaitu bersamaan 350 kalori,bukan kah ini tabiat yang buruk yang merosakkan tubuh badan kita. Untuk pengetahuan Sweeter Mix yang dihasilkan oleh Syarikat ternama di Japan (Stevico) telah mempelopori bidang R&D dan menghasilkan Sweeter Mix campuran daun stevia yang sesuai untuk tubuh badan kita,malah ia baik untuk kegunaan seharian masyarakat kita hari ini. Bayangkan SweeterMix yang dihasilkan sebanyak 1gram=2.6 kalori mampu membuat segelas air teh 'O' yang manis. Cuba sahabat2 sekalian renungkan betapa tingginya ilmu manusia yang telah dikurniakan ALLAH SWT untuk menjamin kesejahteraan manusia sejagat. Antara fungsi lain produk ini adalah bagi mencegah penyakit kardiovaskular,memelihara kesihatan jantung kita,dan sesuai digunakan dalam pengawalan berat barang. Tidak mustahillah rakyat malaysia akan sedar akan penggunaannya. Fikir2kan lah untuk masa depan kita semua......
0196572108