Filem Alvin And The Chipmunks 2 tetap membawa mesej kalau salah ada hukumannya
Filem: Alvin And The Chipmunks 2
Genre: Muzikal, Komedi
Pengarah: Betty Thomas
Pelakon: Zachary Levi, David Cross, Wendie Malick, Jason Lee, Justin Long, Matthew Gray Gubler, Jesse McCartney, Christina Applegate, Anna Faris, Amy Poehler
Tayangan: Mulai 24 Disember 2009
SEKIRANYA tidak ada apa-apa rancangan menarik hujung minggu ini, sebelum anak-anak kembali ke sekolah, apa kata bawa saja mereka menonton filem susulan Alvin And The Chipmunks 2 yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Kali ini, tiga tupai tanah yang comel, Alvin, Theodore dan Simon kembali untuk menggeletek penonton dengan lebih kuat lagi.
Kisah bermula apabila bintang rock yang menggelarkan diri mereka The Chipmunks itu mengadakan konsert untuk kebajikan di Paris. Kemalangan berlaku sewaktu konsert berlangsung menyebabkan penjaga mereka, Dave, terpaksa dimasukkan ke hospital.
Sepanjang ketiadaannya, tiga haiwan bersuara nyaring itu dijaga oleh anak saudaranya, Toby, yang membuat keputusan menghantar The Chipmunks ke sekolah.
Di sekolah tinggi terbabit, ketiga-tiganya dibuli beberapa remaja, menyebabkan tupai tanah itu membalas balik sehingga dipanggil menghadap pengetua. The Chipmunks dikenakan ‘hukuman’ mewakili sekolah mereka untuk memenangi hadiah berjumlah AS$25,000 bagi membolehkan sekolah berkenaan menghidupkan semula kursus muzik.
Namun, ia tidak semudah disangka apabila trio berkenaan sekarang turut berdepan dengan cabaran baru, dalam bentuk tiga ekor tupai tanah betina yang mempunyai bakat menyanyi tidak kurang hebatnya. Dikenali sebagai The Chipettes, kumpulan berkenaan diuruskan oleh bekas pengurus The Chipmunks, Ian Hawke.
Filem kedua ini masih cukup menghiburkan, terutama bagi golongan muda. Mereka pasti terpesona dengan watak tiga tupai tanah hasil lukisan grafik komputer yang sememangnya nampak hidup, walaupun dalam bentuk kartun. Keseronokan itu ditambah kemunculan tiga lagi tupai tanah betina yang menggunakan suara aktres popular, Christina Applegate, Anna Faris dan Amy Poehler.
Kali ini, The Chipmunks bagai diberikan tanggungjawab untuk menghidupkan cerita menerusi beberapa peristiwa serta konflik dialami mereka sebagai pelajar, penghibur dan keluarga. Manakala bahagian hiburan pula seperti banyak diambil alih The Chipettes yang mengalunkan beberapa lagu popular semasa termasuk Hot ‘N’ Cold, So What, Single Ladies, Put Your Records On dan No One. Mereka turut berduet dengan The Chipmunks menerusi lagu Shake Your Groove Thing, We Are Family dan I Gotta Feeling.
Pemilihan lagu yang popular begitu kuat membantu penonton berseronok bersama pengembaraan keenam-enam tupai tanah berkenaan sepanjang tayangan. Bayangkan, tiba-tiba kedengaran lagu I Want To Know What Love Is, tatkala The Chipmunks terpandang The Chipettes buat kali pertama. Kemunculan lagu itu saja sudah cukup membuat anda ketawa.
The Chipmunks sendiri mempersembahkan lagu You Spin Me Round (Like a Record), Bring It On, Staying Alive dan It’s Okay.
Walaupun pelakon asal, Jason Lee yang memegang watak Dave diturunkan pangkat kepada pelakon undangan, namun penggantinya, Zachary Levi daripada siri terkenal Chuck, berjaya membawa watak lelaki pemalas dan kurang prihatin, Toby, dengan baik. Sifatnya yang cemerkap banyak menimbulkan suasana lucu.
Begitu juga dengan David Cross sebagai Ian yang mewakili golongan lelaki jahat, tetapi masih kuat dengan elemen kelakarnya.
Ketika peminat berhibur bersama aksi dan muzik yang terhidang, renungkan juga pesanan yang diselitkan penulisnya, Jon Vitti, Jonathan Aibel dan Glenn Berger menerusi filem arahan Betty Thomas ini. Perhubungan adik-beradik, umpamanya, usah dipandang remeh tatkala kita bergembira bersama
Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com
HEBAHAN
02 January 2010
Apabila tupai menyanyi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment