Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






31 January 2010

Mana bantal saya?




















Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.

BU, mana Kiki?” soal Aliyah Afifah Zamrud kepada ibunya. “Tak payah bawa Kikilah. Kita nak pergi stesen minyak saja,” balas ibunya. “Ala, nak Kiki juga....” rengek anak sulung daripada tiga beradik itu kepada ibunya lagi.

Kiki yang dimaksudkan kanak-kanak comel berusia enam tahun ini adalah anak patung Garfield yang sudah berwarna pudar. Anak patung ini menjadi teman karib si comel ini sejak dia berusia satu tahun lagi.

Menurut ibunya, Suhaiza Sharudin, bukan sahaja anak sulungnya, malah anak keduanya, Aliyah Athirah juga mempunyai tabiat yang sama. Bezanya, si kakak mengendong Kiki manakala adik pula dengan bantal kecil yang sudah pun bertukar warna (bantal busuk).

Namun ibu berusia 34 tahun ini mungkin bernasib baik sedikit kerana Aliyah Athirah ‘merelakan’ bantal busuk itu ditukar sarung tetapi tidak isi dalamnya. Jika tidak katanya, malu juga memandangkan bantal ini mempunyai ‘corak’ tersendiri dan tidak lagi berwarna putih bersih.

Kedua-dua teman karib kanak-kanak dikendong ke mana sahaja mereka pergi.

“Balik kampung atau melancong sudah pasti dibawa. Keluar dari rumah untuk ke kedai sekejap pun hendak bawa malah ke taska juga, cuma mereka tinggalkan dalam kereta kerana malu dengan kawan-kawan,” katanya lagi.

Situasi seperti ini pastinya bukan sahaja dialami oleh Suhaiza malah ramai ibu di luar sana melalui pengalaman yang sama. Anak sukar untuk berpisah dengan teman akrab mereka - “si bantal busuk.”

Punca

Mengulas isu minggu ini, Pakar Psikologi Kanak-kanak dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Mastura Badzis berkata tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.

Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.

Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal,” katanya.

Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.

“Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.

Kata beliau lagi, sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka.

“Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi,” kata beliau.

Selamat

Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).

“Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara,” katanya.

Jelasnya, mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.

“Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan,” jelasnya.

Risau

Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.

“Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan,” katanya.

Ibu bapa atau pengasuh katanya perlu cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan.

Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini katanya adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain.

“Aktiviti seharian di taska yang banyak juga mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka,” katanya.

Bantal busuk hingga dewasa

Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.

“Memanglah tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal,” kata Dr. Mastura.

Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama.

Dalam hal ini katanya, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto HAYAT SUET

Read more...

30 January 2010

Meredah hutan mencari herba




























BUAH kecil ini dikatakan berfungsi memutuskan susu ibu.

Ekspedisi selama tiga jam mencari tumbuhan herba di hutan yang terletak berhampiran Perkampungan Orang Asli Sungai Rengsak, Batu 7, Tapah, Perak memberi satu pengalaman bahawa bukan mudah untuk mendapatkan penawar dari hutan.AWAN mendung pagi itu membuatkan rombongan Jabatan Muzium Malaysia bersama wakil media dari Kuala Lumpur agak khuatir. Jika hujan, aktiviti meredah hutan untuk mencari tumbuhan herba berhampiran Perkampungan Orang Asli Sungai Rengsak, Tapah, Perak pasti tergendala.

Ini kerana ekspedisi tersebut bukan sekadar menguji ketahanan fizikal dan mental, bahkan bertujuan mengenali pokok herba tradisional yang sering digunakan Orang Asli bagi tujuan perubatan.

Mujurlah nasib menyebelahi kami. Awan mendung itu beransur cerah ketika rombongan memulakan perjalanan yang turut ditemani oleh beberapa pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan penduduk kampung.

Ekspedisi itu diketuai oleh seorang lelaki kaum Semai yang sangat berpengalaman, Bah Dom Bah Hap, 80. Beliau disertai kira-kira 30 orang dari Jabatan Muzium Malaysia, selain beberapa kanak-kanak dari perkampungan itu.

Perjalanan bermula pada pukul 9 pagi. Semua peserta dimaklumkan bahawa mereka bakal menemui 20 jenis pokok herba sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu.

Bagi kebanyakan rakan media, meredah hutan untuk mencari tumbuhan herba merupakan pengalaman pertama masing-masing. Tidak banyak gambaran awal atau jangkaan yang terbayang di fikiran sewaktu kaki mula melangkah memasuki hutan.


Tidak sampai 30 minit berjalan, semua peserta berhenti di sebuah lokasi. Kami menemui pokok senduduk yang merupakan antara ramuan yang akan digunakan untuk mengubat pesakit.

Hati kami terdetik, mungkin perjalanan tidaklah sesukar mana memandangkan kami sudah menemui pokok herba yang dicari walaupun belum jauh memasuki hutan.

Tetapi keadaan sebaliknya yang berlaku. Selepas hentian itu, Bah Dom memberi arahan: "Kita naik ikut sini!"




Para peserta tergamam seketika apabila melihat laluan yang ditunjukkan oleh Bah Dom tadi. Kami semua perlu mendaki denai curam yang tidak ada tanda-tanda ada pernah dilalui orang sebelum ini. Malah laluan itu pula hanya muat-muat mereka yang bertubuh sederhana.

Ada yang yang sempat mencelah: "Redah sahaja. Janji boleh sampai." Dari situlah bermulanya kerjasama lebih erat antara peserta. Dengan keadaan permukaan tanah yang licin dan dikelilingi dahan-dahan kayu berduri, masing-masing saling mengharapkan bantuan untuk mendaki laluan yang agak berbahaya itu.

Jika seorang peserta mengambil masa lebih 10 minit untuk sampai ke sana, lain pula ceritanya dengan kanak-kanak Orang Asli yang mengambil masa tidak sampai lima minit.

Ketika kami masih terkial-kial untuk mendaki, sempat pula seorang kanak-kanak itu mengusik: "Ada banyak pacat di situ." Dengar sahaja perkataan pacat, para peserta semakin bersungguh-sungguh untuk sampai ke atas secepat mungkin.

Menuruni bukit

Di atas, Bah Dom sudah menunggu. Kami mesti meneruskan perjalanan yang masih berbaki kira-kira dua setengah jam itu.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail yang sudah berusia lebih 50 tahun itu kelihatan masih gagah mendaki bukit curam.

Beliau sangat teruja untuk mengetahui semua jenis tumbuhan yang dilihat sambil bercerita mengenai pengalaman zaman remajanya di kampung.

Bah Dom membawa kami melalui jalan yang belum pernah diteroka. Keadaan itu menyebabkan kami terpaksa menebas belukar dan pokok berduri untuk meneruskan pencarian pokok herba.

Mungkin kasihan melihat ada peserta yang lelah berjalan, kanak-kanak tadi menyanyi bagi menghiburkan kami.

Salah seorang kanak-kanak itu, Sam, 12, berkata beliau sudah biasa dengan selok-belok hutan itu.

Beliau akan masuk ke hutan untuk mencari makanan dan bermain. Sam mendakwa beliau mengenali hampir kesemua pokok di situ.



"Saya biasa ikut bapa dan kawan-kawan masuk hutan sejak kecil lagi. Jadi tiada apa yang hendak ditakutkan.

"Semua di dalam hutan adalah makanan dan ia baik untuk kehidupan kami," ujar Sam yang berkaki ayam.

Selepas mendaki curaman tadi, laluan berikutnya ialah menuruni bukit. Itulah antara saat yang paling getir. Ada peserta yang tergelincir walaupun sudah berhati-hati semasa menuruninya.

Paling sukar pastinya rakan media yang membawa kamera dan kakitangan Jabatan Muzium Malaysia yang perlu membawa pulang sampel pokok herba untuk dijadikan rujukan.

Selepas hampir dua jam berjalan, terdengar bunyi deruan air sungai. Riak lega terpancar di wajah kami yang sudah kepenatan. Langkah diatur semakin laju menuju ke arah sungai.




Tiba di anak sungai, kami terus mambasahkan muka dengan air sungai yang sejuk dan menyegarkan bagi mengumpul semula kekuatan untuk meneruskan perjalanan selama kira-kira sejam lagi.

Rawat pesakit

Bah Dom kemudiannya mengajak kami menyeberangi sungai yang cetek itu. Ia nyata satu pengalaman yang cukup menarik. Malah kami menemui banyak spesies pokok yang cantik dijadikan tanaman hiasan di rumah.

"Tolong petik untuk saya. Kalau tanam di laman rumah memang cantik. Kalau hendak dapatkan pokok macam ini di Kuala Lumpur, kena beli di kedai landskap," kata Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Muzium Malaysia, Mahani Muhammad sambil jarinya menunjuk ke arah pokok-pokok orkid hutan.

Tamat sesi orkid, peserta seakan-akan sudah tidak sabar lagi untuk keluar kerana sudah terlalu letih.

Untuk pulang, kami terpaksa mendaki sekali lagi. Laluan itu begitu licin kerana hujan turun pada sebelah malamnya.



Ramai juga yang tergelincir. Mujurlah tiada yang mengalami kecederaan serius.

Hampir setengah jam mendaki, kami berehat kira-kira 15 minit sambil merakamkan gambar.

Kemudian, kami terus kembali ke tempat memulakan ekspedisi tadi sebelum menuju ke rumah Tok Batin untuk memproses tumbuhan herba yang dipetik untuk merawat pesakit pada sebelah malam nanti.

Kira-kira pukul 4 petang, kami diberi penerangan mengenai tumbuhan yang diproses untuk dijadikan ubat. Sementara itu, Bah Dom sudah pun merebus tumbuhan herba tadi di sebuah pondok buluh berhampiran rumah Tok Batin.




Pada malam itu, Tok Khalaq mengetuai tarian sewang bagi tujuan berubat. Tok Khalaq kedengaran membaca mentera tertentu untuk menyembuhkan penyakit.

Untuk mengubati pesakit, waktu rawatan hanyalah pada waktu malam dan mestilah dalam keadaan gelap. Penari pula akan menari hingga masing-masing berada dalam keadaan tidak sedar.

Cukup sejam, mentera habis dibaca dan upacara mengubat pesakit dengan tumbuhan herba itu juga selesai.

Read more...

29 January 2010

Kata-kata pujian merangsang potensi diri





















Usah lokek memberikan kata-kata pujian kepada murid kita.Gambar hiasan.

Potensi diri begitu unik sebenarnya. Ramai yang menyatakan potensi sebagai nasib atau tuah yang berlaku di luar kawalan individu. Sebenarnya potensi boleh dikesan, dipupuk seterusnya digilap untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

Melalui kekuatan dan kelemahan yang kita ketahui memudahkan kita membuat perancangan. Sebarang kesilapan perlu diperbaiki dan kekuatan wajar dikekalkan.

Individu yang gagal berkemungkinan tidak kenal dirinya sendiri. Sebaliknya, mereka yang terus mencipta kejayaan demi kejayaan faham dan tahu tentang kehendak diri .

Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources Sdn. Bhd., Dr. Azizan Osman berkata, setiap individu perlu mengenalpasti potensi diri dan mencari kekuatan serta mengetengahnya secara positif.

Tidak dinafikan manusia memiliki sifat-sifat negatif, namun ia boleh dikurangkan. Apa yang penting ialah kita perlu mendalami diri sendiri, cuba melakukan terbaik dan seterusnya menerima diri seadanya.

''Untuk mencari potensi diri, pelbagai cara boleh dilakukan. Namun kepercayaan dan daya usaha menjadi pemangkin kepada kejayaan mencapai potensi diri. Begitu juga dengan tindakan yang menjurus kepada apa yang ingin dicapai mestilah selari dengan matlamat yang diimpikan.

"Pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengenali potensi diri seperti melalui cap jari, senarai soalan, anak mata, tahi lalat dan tarikh lahir,'' katanya ketika ditemui di Shah Alam, baru baru ini.

Beliau yang mempraktikkan kaedah tarikh lahir menyatakan, apabila telah mengenali potensi diri sekali gus boleh membangunkan diri, kenal pasti rakan bisnes yang sesuai atau tidak, suami isteri, anak tidak mahu belajar, pekerjaan dan pelajaran.

Lafazkan kata-kata seronok

Sementara itu, seseorang itu perlu sentiasa melafazkan kata-kata seronok bagi memberi lonjakan semangat kepada diri, keluarga atau rakan.

''Mulakan melafazkan kata-kata seronok atau puji-pujian kepada pasangan atau anak-anak. Insya-Allah apabila sifat-sifat positif itu telah tertanam di dalam minda, maka kejayaan akan menyusul kemudian dan seterusnya kekayaan,'' ujarnya.

Menurut Dr. Azizan, kata-kata pujian atau seronok memang agak susah untuk diterima. Bagaimanapun, kita harus memulakannya kerana inilah sebenarnya kunci kepada menaikkan semangat kita dalam mencapai kejayaan dan matlamat yang diimpikan.

''Selalunya, saya akan menasihatkan pasangan suami isteri untuk menulis kata-kata seronok atau impian mereka. Contohnya suami buat kenyataan; saya kacak, saya kaya, saya berjaya. Buat dalam lima hingga 10 kenyataan. Isteri juga buat seperti; saya cantik, saya kurus, saya berjaya.

''Lepas tu tukar kenyataan-kenyataan itu. Suruh suami baring dan usap kepala dan baca kenyataan yang suami buat. Suami juga lakukan untuk isteri. Seeloknya buat sebelum tidur selama 21 hari.

Lakukan selama 21 hari

''Kenapa 21 hari kerana kitaran lengkap sel di dalam minda lengkap selama 21 hari. Setiap sel ada ingatan kepada apa yang selalu diperkatakan atau diprogramkan. Sekiranya dilakukan selalu, insya-Allah apa yang dihajati akan menjadi realiti dan hubungan suami isteri lebih rapat, kurang bergaduh dan lebih memahami,'' ujar penerima anugerah Platinum Awards 2004/2005 dari Cobra Group, England.

Beliau yang fasih berbahasa Cina memberitahu, perkara ini boleh juga dibuat untuk anak-anak. Sebagai contoh, jika anak susah hendak mendengar cakap atau susah hendak belajar, dinasihatkan semasa anak itu tidur, usap kepalanya lalu katakan seperti dia anak yang baik, dengar cakap ibu, dia anak yang pandai dan kata-kata positif yang lain.

''Ramai ibu bapa silap jika anaknya nakal, dia cakap jangan nakal, psikologi itu tidak betul. Cara yang betul ialah kamu anak yang baik, kamu ini anak yang dengar cakap.

''Kenyataan positif ini penting sebab minda ini mempunyai berjuta-juta sel yang mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Bila kita menyatakan perkataan yang gembira, serotonin ini akan mengeluarkan sel-sel yang padu yang boleh menerima kenyataanbagi disimpan di dalam minda. Waktu tidur dipilih kerana pada masa inilah alpha brain wave berada pada tahap tenang dan maksimum. Bila buat seterusnya selama 21 hari, anda akan lihat perubahannya.

''Jika tidak gembira, minda akan mengeluarkan ceretin. Bila keluar ceretin negatif, dia menarik situasi negatif. Sebagai contoh, bangun pagi dah terlambat, kelam kabut, pergi pula gosok baju, bocor pula, ada sahaja yang tidak kena sepanjang hari. Ini kerana bangun pagi pada frekuensi alpha, minda kita sudah negatif lalu akan menarik lebih banyak perbuatan menjadi huru hara.

''Sebab itulah kita kena bertenang, selawat untuk lebih relaks,'' katanya yang telah mendalami ilmu metafizik iaitu mengenal diri melalui tarikh lahir sejak di tingkatan tiga lagi.

Bodoh, nakal jangan disebut

Pemegang Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik Gordon University, Florida, Amerika Syarikat ini turut menegaskan, kesan sekiranya disebut 'bodoh', 'nakal' berulangkali kepada isteri atau anak-anak turut akan tertanam di dalam minda mereka. Akhirnya mereka mengakui sendiri bahawanya mereka sememangnya bodoh dan nakal.

''Sebab itulah kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terutama pada anak-anak dan suami isteri kerana ia adalah sebahagian daripada doa,'' katanya yang bermentor kepada seorang pakar bidang metafizik terkenal, T. Harve Eker dari Kanada.

Menurut Dr. Azizan, pasangan juga harus saling puji memuji kerana ia boleh membuatkan getaran kebahagiaan dan kekayaan. Selain itu, sentiasa berterima kasih pada suami isteri selain berterima kasih kepada Tuhan.

Sementara itu, mengenai program percuma bengkel Rahsia Tarikh Lahir- Kenali Potensi Diri yang akan diadakan di seluruh negara bermula 30 Januari ini di Shah Alam, bolehlah layari www.skpd2010.com untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi

Read more...

28 January 2010

Meneroka Gua Niah






















GUA-GUA di Taman Negara Niah pernah didiami oleh manusia zaman batu lebih 40,000 tahun lalu.

SEJAK perkhidmatan penerbangan AirAsia dari Singapura ke Miri, Sarawak diperkenalkan September lalu, bekas bandar minyak di bumi Kenyalang itu mula mendapat perhatian pelancong dari kota Singa.

Sebelum ini, pelawat dari pulau Temasek biasanya akan ke negeri-negeri di Semenanjung seperti Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk bercuti atau menikmati keindahan alam semula jadi.

Walaupun Sarawak hanya dipisahkan oleh Laut China Selatan atau sejam penerbangan dari Changi ke Kuching, bumi Kenyalang itu belum begitu dikenali dalam kalangan warga Singapura.

Sebelum AirAsia memperkenalkan laluannya ke Miri, memang terdapat penerbangan dari Singapura ke Kuching melalui penerbangan syarikat lain tetapi ia tidak menawarkan tambang murah dan jadual penerbangan yang kerap.

Sebagai sebuah negeri yang besar, kurang kemudahan pengangkutan dan penginapan, para pelancong dari Singapura hanya berpeluang berkunjung ke Kuching dan kawasan berhampiran seperti Santubong, Bau, Kota Samarahan, Lundu, Serian dan Tebedu.

Tentunya lawatan mereka terhad di sekitar Kampung Budaya Sarawak di Santubong, Taman Hidupan Liar Matang dan Semenggoh, Taman negara Bako dan Batang Ai serta Tanah Tinggi Borneo, Tasik Biru, dan rumah panjang Iban dan Bidayuh yang berdekatan.














GUA Besar dan rumah peninggalan kurator Muzium Sarawak Tom Harrison yang diteroka sejak 1957.

--------------------------------------------------------------------------------


Pelancong yang hanya bertumpu di Kuching mungkin tidak dapat menikmati tarikan sebenar Sarawak yang cukup terkenal dengan hutan rimba, bukit-bukau, gunung-ganang dan sungai-sungai yang menjadi nadi pengangkutan negeri itu.

Sehubungan itu, Lembaga Pelancongan Sarawak (LPS) mengambil langkah proaktif menerusi pelbagai pameran pelancongan di Singapura anjuran National Association of Travel Agents Singapore dan Pelancongan Malaysia.

Letitia Samuel dari LPS berkata, Miri menawarkan pelbagai tarikan unik dan semula jadi yang masih belum dikenali. Antaranya Gua Niah dan hutan belantara Borneo yang terletak di pinggir bandar raya

Jika sebelum ini ramai pelancong yang terlepas peluang mengunjungi Taman Negara Niah kerana laluan penerbangan, bagi mengatasi masalah itu Miri kini dijadikan transit menukar pesawat.

Bagi menggalakkan lebih ramai pelancong berpeluang mengunjungi Taman Negara Niah, lapangan terbang Miri kini menjadi transit untuk menukar pesawat ke destinasi tersebut.

Gua-gua di Taman Negara Niah pernah didiami oleh manusia zaman batu lebih 40,000 tahun lalu.

Gua-gua itu mula diteroka pada 1957 oleh kurator Muzium Sarawak yang dikenali sebagai Tom Harrison. Harrison mengendalikan ekspedisi arkeologi untuk mengkaji peninggalan sejarah manusia zaman itu.

Di kawasan gua itulah artifak zaman batu dan rangka manusia moden tertua di Asia Tenggara ditemui. Penemuan itu menandakan wujudnya satu peradaban manusia dan menjadikan taman itu sebagai satu pusat arkeologi terpenting di dunia.

Burung walit


















Chalet atas air yang terdapat di Borneo Tropical Rainforest Resort.

--------------------------------------------------------------------------------


Terdapat tiga gua utama di Taman Negara Niah iaitu Gua Pedagang, Gua Besar dan Gua Lukisan.

Gua Pedagang mengambil sempena kawasan gua itu yang dijadikan oleh pedagang tempatan untuk berjual-beli sarang burung walit yang dipungut di sekitar gua-gua yang terdapat di Taman Negara Niah.

Pelawat yang ke gua itu masih dapat melihat bekas tapak atau rangka seperti tiang pondok dan kedai tempat pemungut dan penjual sarang burung walit yang dibina lebih lima dekad lalu.

Walaupun kegiatan memungut sarang burung walit tidak serancak seperti pada tahun 50-an hingga lewat 70-an, pelawat yang masuk ke gua itu pada hari ini dapat melihat kegiatan memungut sarang burung walit oleh pemungut-pemungut tempatan.

Lebih mengagumkan ialah pelancong dapat melihat bagaimana pemungut-pemungut itu dengan lampu suluh yang diikat di kepala. Mereka akan memanjat tiang-tiang kayu atau buluh yang disambung dan digantung di siling gua yang tingginya menyamai tujuh atau lapan tingkat bangunan untuk mencari sarang burung walit.

Pemungut-pemungut itu sanggup bertarung nyawa seperti Spiderman kerana nilai harga sarang burung walit yang belum diproses itu mencecah sekitar RM3,000 hingga RM7,500 sekilogram.

Selain tarikan Gua Pedagang, pelancong juga berpeluang melawat Gua lukisan. Terdapat lebih 100 lakaran atau lukisan neolitik dari zaman batu di beberapa bahagian dinding Gua Lukisan.

Lukisan itu terdapat dalam pelbagai saiz dan ukuran serta mempunyai rupa bentuk manusia, perahu, dan lakaran abstrak dan geometri. Ia dipercayai dilukis dengan menggunakan pewarna merah yang diperoleh daripada tumbuhan.

Sementara itu, di Gua Besar terdapat pembentukan lapisan batu-batan gua seperti stalagmit dan stalaktit serta kesan kerja-kerja arkeologi.
















POKOK periuk kera antara flora yang paling banyak ditemui di kawasan tanah lembab sekitar Tasik Loagan Bunut, di Miri.

--------------------------------------------------------------------------------



Selain gua, Miri juga menawarkan peluang kepada pelancong yang mahu mendekati diri mereka dengan alam semula jadi seperti kehijauan hutan belantara, melihat binatang liar, memetik buah-buahan dan mandi-manda di air terjun yang jernih dan sejuk airnya.

Seorang pengusaha hotel, Henry Law Ing Hua, 59, membina sebuah pusat peranginan dinamakan Borneo Tropical Rainforest Resort bersebelahan dengan Taman Negara Bukit Lambir.

Terletak 36 kilometer (km) dari Miri atau 30 minit memandu dari Lapangan terbang Miri, pusat peranginan seluas lebih 300 hektar itu dilengkapi 50 bilik tidur dan calet, serta hostel untuk mereka yang datang secara berkumpulan.

Pusat peranginan itu dibuka secara berperingkat sejak 1 Jun 2007 menyediakan pelbagai aktiviti seperti meredah hutan, menaiki bot menyelusuri sungai, melihat ternakan peliharaan dan berjalan di dalam hutan pada waktu malam.

Pusat itu juga dilengkapi kemudahan untuk berkhemah di hutan, memanjat dinding, memancing ikan di dalam kolam dan beriadah seperti bermain badminton, bola keranjang dan futsal.

Terdapat juga dusun buah-buahan seperti buah nangka, cempedak, rambutan, longan dan nanas. Selain itu terdapat mempelam, sukun, durian, jambu, laici dan sebagainya.

Ing Hua yang merupakan pengarah urusan pusat penginapan itu berkata, beliau merancang untuk membuka safari.

Dengan kemudahan yang terdapat Miri, para pelancong dari Singapura yang ingin mengharungi kehidupan alam semula jadi, tidak perlu lagi pergi jauh untuk menikmati peluang itu. - Bernama

Read more...

27 January 2010

Anak asyik tonton TV

















ASYIK...usah biarkan anak-anak menonton televisyen mengikut masa mereka sebaliknya hadkan tempoh menonton. Gambar hiasan.

"ANAK saya baru berusia tiga tahun, tetapi sangat suka menonton televisyen sehingga kami tidak boleh menonton rancangan lain. Kalau tidak membuka rancangan kegemarannya, dia mengamuk.

"ANAK saya baru berusia tiga tahun, tetapi sangat suka menonton televisyen sehingga kami tidak boleh menonton rancangan lain. Kalau tidak membuka rancangan kegemarannya, dia mengamuk. "Malah, sekarang sudah pandai menekan alat kawalan bagi memilih programnya sendiri. "Jika ditukar siaran lain, dia menangis. Kalau boleh, makan pun di hadapan televisyen. Ini sangat merisaukan tambah pula dia sudah pandai meniru aksi yang dilakonkan watak dalam rancangan itu," demikian rungut seorang ibu mengenai anak lelakinya yang terlalu fanatik dengan televisyen. Mungkin bukan ibu ini saja, malah ramai lagi ibu yang bimbang mengenai kesan dan pengaruh televisyen kepada minda serta tingkah laku anak-anak. Jika dulu sebuah rumah hanya memiliki satu televisyen, tetapi kini kebanyakan anak-anak memiliki televisyen sendiri lantaran ibu bapa tidak mahu mendengar pekikan dan tangisan anak-anak yang mahu menonton kartun kegemaran mereka pada saat ibu bapa mahu menonton rancangan lain. Rancangan kartun pula lazimnya bermula seawal pagi sehingga keesokan paginya. Perkara ini berterusan setiap hari sehingga anak itu bercakap, berjalan dan bersekolah. Namun untuk menyekat tabiat anak-anak supaya tidak menonton televisyen memang sukar dan mustahil. Tambah pula pada awal usia dua sehingga enam tahun kerana ketika ini, fikiran mereka masih belum matang dan belum mampu berfikir. Justeru, apa cara terbaik bagi memastikan televisyen membawa kebaikan kepada anak-anak? Menurut pembimbing keluarga, Zaid Mohamad, yang juga penulis buku, Ibu Bapa Bijak Anak Hebat, kanak-kanak adalah kain putih dan ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih itu. Berdasarkan kata-kata itu, Zaid mencipta strategi sendiri yang dikenali sebagai 7S bagi memanfaatkan televisyen kepada ibu bapa dan anak-anak seterusnya melahirkan insan cemerlang.


Strategi ini dimanfaatkan kepada empat anaknya dan terbukti berkesan apabila mereka dianugerahkan pelajar terbaik serta pemimpin pelajar di sekolah. Strategi 7S itu ialah sayang-menyayangi, sekatan, studi secara bijak, santai bersama keluarga, semaikan bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan serahkan kepada Tuhan. Zaid yang juga pengurus kanan sebuah syarikat multinasional ingin menerapkan strategi 7S kepada ibu bapa bagi membantu menangani masalah anak-anak yang gemar menonton televisyen, sekali gus menjadikan televisyen sebagai medium yang lebih interaktif.


"Mengatakan televisyen itu baik atau buruk tidaklah tepat kerana televisyen hanyalah alat. Apa yang penting, ibu bapa harus bersama-sama memilih program sesuai untuk anak-anak dan sentiasa di sisi mereka ketika menonton," kata pembimbing yang dilantik menjadi pakar ibu bapa oleh CyberSAFE Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.


Perkara pertama yang penting diambil perhatian ialah tunjukkan kasih sayang ketika menonton televisyen bersama anak-anak. Jangan jadikan televisyen sebagai 'pengasuh' supaya ibu bapa mudah melakukan kerja.


"Kini kebanyakan ibu bapa bekerja, namun ini bukan halangan supaya mereka tidak membabitkan diri bersama anak-anak ketika menonton televisyen. "Biasanya masa menonton kira-kira 10 sehingga 15 minit saja sehari. Jadi masa yang singkat ini wajar dimanfaatkan sebaik mungkin," katanya.


Perkara kedua yang sering diabaikan ibu bapa ialah menyediakan tempoh masa menonton. Biasanya ibu bapa membiarkan anak-anak menonton televisyen seberapa lama yang mereka mahu supaya ibu bapa sendiri dapat berehat.


Selain menetapkan masa, pilih program tertentu misalnya beberapa siaran di saluran Astro seperti Playhouse Disney's, Handy Manny dan Special Agent OSO.


"Semua program ini sangat baik untuk perkembangan minda kanak-kanak kerana kanak-kanak boleh berinteraksi dengan ibu bapa ketika menonton. "Rancang waktu menonton bersama anak-anak dan sentiasa berkomunikasi dengan mereka menerusi soalan dan jawapan. Jika boleh masukkan unsur positif dalam setiap interaksi itu," jelasnya.


Secara tidak langsung, menurut Zaid, televisyen boleh dijadikan alat pembelajaran dan perkembangan minda kepada anak-anak dengan pembabitan seisi keluarga secara langsung dalam setiap program yang ditayangkan di televisyen. Tanyakan anak mengenai watak yang paling disukai, apa yang berlaku pada permulaan cerita dan pentingnya sifat tolong-menolong antara satu sama lain. "Apabila ibu bapa menganggap televisyen sebagai alat pembelajaran maka masa menonton televisyen akan menjadi waktu yang sangat penting serta menggembirakan. "Minta mereka menari dan menyanyi mengikut aksi watak. Sentiasa memberikan tindak balas dalam setiap aktiviti dilakukan," katanya.


Menonton televisyen juga boleh membentuk semangat kepimpinan kepada anak-anak. Apabila mereka melihat watak dalam rancangan itu, mereka akan menjadikan watak itu sebagai idola. Apabila watak menampilkan tingkah laku kurang baik, ibu bapa harus bertanya baik buruk perlakuan itu. Kemudian anak-anak diberitahu penyelesaiannya. Dengan cara ini anak-anak mampu menilai perkara baik dan buruk, seterusnya sikap ini akan diteruskan ketika mereka belajar atau bermain bersama kawan. Selain televisyen, Internet dan permainan video juga bagus untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak, tetapi ibu bapa harus memantau selain hadkan masa.


"Saya sendiri menetapkan hanya enam jam seminggu untuk menonton televisyen, selebihnya masa itu digunakan membuat kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran dan bermain bersama kawan. Biarkan mereka sendiri membuat jadual dan memilih untuk menonton televisyen. "Bagi anak yang dihantar ke rumah pengasuh, pilih pengasuh yang mempunyai aktiviti seharian. Sebagai ibu, cadangkan aktiviti yang boleh mereka lakukan di rumah pengasuh. "Begitu juga dengan pembantu rumah, pastikan anda membuat jadual waktu dan meminta pembantu rumah mengikut jadual itu. "Biarkan dia melakukan kerja rumah pada waktu pagi. Selepas anak-anak pulang dari sekolah, pembantu rumah harus menemankan anak-anak menonton televisyen atau bermain," jelasnya.


Zaid berkata, paling penting ibu bapa perlu memahami peringkat perkembangan anak-anak supaya lebih memahami setiap perubahan tingkah laku mereka. Misalnya ketika bayi, perkembangan otak berlaku terlalu cepat, kemudian kanak-kanak mula memberi tindak balas apabila usia meningkat dua sehingga enam tahun. Pada usia remaja, barulah mereka menunjukkan emosi dan boleh berfikiran rasional apabila dewasa. "Dengan memahami peringkat perkembangan usia anak-anak, ibu bapa akan lebih memahami mengapa anak remaja sering melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Pada peringkat ini, pentingnya menunjukkan kasih sayang bukannya kemarahan kepada anak-anak," jelasnya.


Tulisan Zaid berjudul Smart Parents, Brighter Kids, memasuki senarai jualan terlaris kedai buku terkenal Ogos tahun lalu. Hasil kerja pembimbing ini boleh dilayari menerusi www.SmartParents.com.my.
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Read more...

26 January 2010

20 sekolah hebat

















Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

BERITA UTAMA 20 sekolah hebat
Oleh Johari Ibrahim




Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:

•Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
•Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
•Kolej Melayu Kuala Kangsar
•Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
•Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
•Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
•Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
•Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
•Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
•SMS Muzaffar Syah (Melaka)


Sekolah Menengah Harian:
•Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
•SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
•SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
•SMK (P) St George (Pulau Pinang)


Sekolah Rendah:
•Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
•SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
•SK Bukit Damansara (KL)
•SK Zainab (2) (Kota Bharu)
•SK Convent Kota (Taiping)
•SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)


Sekolah diberi autonomi:
•Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
•Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
•Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
•Memanjangkan waktu persekolahan.
•Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
•Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
•Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
•Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
•Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
•Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
•Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
•Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.


Kriteria pemilihan SBT :
•Pencapaian akademik yang cemerlang.
•Melahirkan personaliti unggul.
•Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
•Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
•Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
•Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.
Read more...

23 January 2010

Pakar bola sepak gaya bebas




















Mohd Shuhaimi digelar 'Dr Freestyler football' kerana kebolehannya menimang bola dengan pelbagai aksi

KETIKA berlangsung perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2005 di Stadium Putra, Bukit Jalil, hampir 80,000 penonton memenuhi ruang tempat duduk. Jumlah kehadiran itu dianggap yang terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah bola sepak negara.

Ketika waktu rehat selepas tamat perlawanan separuh masa pertama, seorang remaja lelaki memasuki padang, berdiri di tengah lautan manusia, mencuri tumpuan mempamerkan skil menimbang bola dengan pelbagai gaya.



Pergerakannya tidak terhad di situ, bergerak sambil menimang bola di kepala tanpa henti menuju ke trek mengelilingi stadium. Anak muda ini berhenti di depan tempat duduk orang kenamaan termasuk Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Di situlah beliau mempamerkan segala aksi dan skil yang memukau penonton. Detik gemilang itu pastinya dikenang sepanjang hayat oleh Mohd Shuhaimi Mohd Khizari, 26, atau lebih popular dengan gelaran ‘Dr Freetsyler’ di kalangan peminat bola sepak.

Suhaimi yang juga lebih mesra dengan panggilan Amy mengakui detik bersejarah itu membuatkannya menggeletar kerana beraksi di depan hampir 80,000 penonton.





“Memang menggigil. Perasaan gemuruh memang ada dan ketika itu, ibu jari dalam kasut pun menggigil. Saya kuatkan semangat, yakinkan diri sendiri bahawa saya boleh beraksi walaupun untuk tempoh singkat.

“Mengikut perancangan asal, saya cuma beraksi di tengah padang, tetapi seorang rakan mencabar supaya saya memasuki trek dan berhenti di depan tempat duduk VIP. Saya sahut cabaran itu dan berjaya membuktikan saya memang boleh buat,” katanya.

Kenangan manis itu adalah sebahagian daripada aktiviti yang disertai ‘Dr Freetsyler’ kerana setiap hujung minggu, anak muda kelahiran Kampung Baru Subang ini akan menjelajah ke seluruh pelusuk gelanggang, pelancaran program sukan atau bersama teman-teman mempamerkan aksi mereka.

Bakat dan minatnya sering diberi perhatian, namun bergerak sendirian tanpa sokongan pihak kadang kala membuatkan anak muda ini hampir putus asa. Namun, minat dan cita-citanya berkongsi pengalaman, kemahiran serta hasrat mendidik lebih ramai pelapis membuatkannya terus bertahan.

Sejak berkecimpung secara serius dalam aktiviti gaya bebas mempamerkan skil menimang bola lapan tahun lalu, Amy menghabiskan masa tiga jam sehari untuk berlatih sendiri di mana-mana saja termasuk di laman rumahnya.

Kini, tanpa sebarang kerja tetap, beliau meningkatkan latihan kepada lima jam sehari dengan mencuba pelbagai skil baru yang direka sendiri tanpa tunjuk ajar daripada mana-mana jurulatih.

Berkongsi pengalaman mengenai sejarah pembabitan dalam aktiviti ini yang dianggap sesetengah pihak sebagai masih baru, Amy mempunyai cara tersendiri mencari kaedah untuk menarik perhatian ramai.

“Di awal pembabitan, saya akan menghabiskan masa hujung minggu beraksi percuma di Bukit Bintang. Mencari kawasan tumpuan dan saya mula menimang bola dengan pelbagai aksi. Memang pada mulanya tiada siapa yang peduli.

“Lama kelamaan, makin ramai pejalan kaki di situ berhenti dan seronok melihat aksi. Saya pula jenis yang memang seronok jika ramai penonton, jika dapat menghiburkan mereka, saya anggap sebagai hadiah untuk diri sendiri.

“Itu sebenarnya adalah latihan bagaimana membentuk keyakinan diri beraksi di depan penonton dan pada masa sama berlatih memantapkan skil,” katanya.

Mengakui masih ada ‘pemain gaya bebas’ sepertinya di negara ini, Amy menjelaskan mereka memang berbakat tetapi tidak berani mempersembahkan skil kerana kurang keyakinan sedangkan aktiviti ini perlu dikembangkan dengan kerjasama semua pihak.

Di kala usia akan mencecah 30 tahun dalam tempoh empat tahun akan datang, anak muda ini berhasrat untuk bernaung di bawah mana-mana agensi atau persatuan seperti FAM semata-mata mahu berbakti mencurah bakatnya.

“Saya memang risau aktiviti ini akan terhapus begitu saja jika tidak dikembangkan. Perlu ada sokongan dan jika perlu, saya sanggup mengajar di mana-mana akademi,” katanya yang kini mendapat tajaan pakaian daripada syarikat pencetak pakaian, mystickerstation.

Setakat ini, hanya Milo dan SportsUnite yang banyak membantu memberi ruang kepadanya untuk mengembangkan bakat dan berharap kerajaan terutama Kementerian Belia dan Sukan serta FAM lebih proaktif dalam menggalakkan lebih ramai pemain bola sepak kreatif sepertinya.

Biodata: MOHD SHUHAIMI MOHD KHIZARI



•Tarikh lahir: 8 Jun 1982
•Asal: Kampung Melayu, Subang, Selangor
•Anak keenam daripada 13 beradik.


Profil: Antara aktiviti yang pernah disertai


•Persembahan sempena Final Piala Eropah 2008 di Genting Highlands 2008


•Klinik Futsal Jelajah Malaysia Milo Hidup Bola Futsal 2008.


•Persembahan sempena ulang tahun ke-10 Berjaya Times Square di Kuantan, Pahang (2008).


•Demonstrasi pelancaran siri televisyen Program Bola Sepak My Team 2006.


•Kempen Piala Dunia oleh Breeze 2006.


•Pelancaran acara menggelecek bola paling lama Pepsi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur (12 jam 5 minit) dan dicatatkan dalam Malaysia Books of Records.


•Persembahan di perlawanan akhir Piala Malaysia 2005 di Stadium Bukit Jalil.


•Malaysia Books of Records 2004.


•Rekod paling lama menimang bola menggunakan kepala


•Mega Kick Off Euro 2004


•Lima terbaik ‘Nike Freestyler 2003’.


•Rekod peribadi: menimang bola 250 kali menggunakan kepala dan menimang bola tanpa henti selama dua jam.
Read more...

22 January 2010

Cipta permainan CSI














PRODUK CSI forensik edukit mampu menanam minat kanak-kanak dalam sains.

PROGRAM televisyen penyiasatan popular saintifik, Crime Scene Investigation (CSI) New York, Miami dan Las Vegas memang cukup diminati di Malaysia, terutama golongan muda yang tertarik dengan skil kerja petugas makmal forensik dalam menjalankan siasatan kes jenayah.

Apa yang berlaku sebenarnya berkait rapat dengan semua benda yang boleh dijadikan bukti, cara hidup, tempat tinggal atau apa saja yang ada di tempat kejadian atau mangsa. Dalam erti kata lain, sains forensik ialah analisis saintifik berkaitan keadaan sekeliling.

Ini bermakna anak muda terutama pelajar sekolah tanpa pendidikan khas dalam bidang itu juga boleh melakukannya di rumah bermula pada peringkat asas kerana ia mampu membentuk minat mereka dalam bidang sains sekali gus membantu memberi gambaran jelas pembelajaran di sekolah.

Atas dasar menyahut cabaran kerajaan yang menggalakkan generasi muda terbabit dalam bidang inovasi, bekas jurutera muda sebuah syarikat swasta, Mohamad Fazdlee Mohamad Isa, 27, tampil dengan idea sendiri merealisasikan impian rakyat Malaysia.














MOHAMAD Fazdlee menunjukkan pelbagai jenis produk kanak-kanak berasaskan sains keluaran Ardent Educational Consultants.



Menggunakan pengetahuan ketika menuntut dalam bidang Kejuruteraan Kimia di University of Minnesota, Amerika Syarikat, Fazdlee sanggup meletakkan jawatan sebagai jurutera demi mencapai cita-cita menghasilkan produk sains berinovasi.
Kini, beliau boleh berbangga kerana usaha kerasnya sudah berjaya apabila menghasilkan produk Ardent Gooey Slime Edukit dan CSI Forensic Kit yang menjurus kepada permainan kanak-kanak berasaskan sains.

Produk CSI Forensic Kit sebenarnya lebih kepada permainan mengesan cap jari di sesuatu tempat dan membandingkannya dengan corak cap jari. Pelajar juga berpeluang mempraktikkan teknik merekod dan mendapatkan cap jari dengan betul.

Setiap set produk itu mengandungi beg, gunting, VU light, serbuk arang atau karbon, bekas cap jari, sarung tangan getah, carta cap jari, kad contoh cap jari, kad plastik latihan, pelekat terang dan buku panduan aktiviti.

“Pelajar boleh menggunakan kanta pembesar untuk mengesan cap jari pada permukaan dan menggunakan berus yang dicelup serbuk karbon untuk disapu secara perlahan ke atas kesan cap jari.






















“Kesan jari akan kelihatan dan mereka perlu membuat salinan menggunakan sekeping pelekat yang ditampal pada kesan berkenaan. Pelekat itu mesti ditampal perlahan sebelum dilekatkan semula ke atas sekeping kad yang disediakan,” katanya.

Contoh cap jari itu boleh dibandingkan dengan jenis cap jari yang ada berdasarkan carta yang disediakan untuk menentukan coraknya yang dibahagikan kepada tiga kumpulan besar iaitu Arch, Loop dan Whorl.

Selain tiga corak utama itu, jenis cap jari juga boleh dibahagikan lagi kepada kumpulan kecil iaitu plain arch, tentd arch, radial ulnar loop, plain whorl, central pocket whorl, double loop whorl dan acditental whorl.

Aktiviti itu pastinya menarik perhatian dan minat pelajar bahkan mereka boleh berkongsi dengan rakan atau ahli keluarga kerana ia sebenarnya memudahkan pemahaman bagaimana proses mengesan cap jari dijalankan.

Fazdlee selaku Koordinator dan Pemaju Program Ardent Educational Consultants Sdn Bhd bercita-cita menjadi ikon dalam bidang pendidikan berasaskan sains turut menjadikan kejayaan pakar motivasi dan kekeluargaan, Datuk Dr Fadzilah Kamsah sebagai idolanya.

“Pembelajaran sains di sekolah tidak boleh dipisahkan dengan melakukan eksperimen kerana pelajar akan lebih faham sesuatu teori sains apabila melakukannya sendiri.

“Hipotesis dan kesimpulan daripada eksperimen itu memberi gambaran jelas kepada mereka apa yang dipelajari. Jadi, produk sains ini adalah kesinambungan kerja makmal tetapi boleh dilakukan di rumah tanpa perlu diawasi guru,” katanya.

Melalui produk itu, beliau yakin ia secara tidak langsung mempromosikan budaya pembelajaran secara holistik menggabungkan pengetahuan, fungsi dan aplikasi mengenai sesuatu cabang ilmu sains bahkan mampu meningkatkan kreativiti serta inovasi pelajar.

Produk Ardent Gooey Slime Edukit pula ia teknik menghasilkan slime iaitu sejenis polimer yang didefinisikan sebagai rantaian molekul panjang dan mempunyai unit sub molekul sama secara berulang.

Melalui produk ini, pelajar boleh menghasilkan sendiri slime berdasarkan campuran cecair Polyvinyl Alcohol (PVA) dan cecair Cross Linker yang diadun bersama dan hasilnya boleh dilentur mengikut pelbagai bentuk dikehendaki.

Ditanya adakah produk itu berbahaya, Fazdlee menegaskan ia selamat kerana menggunakan bahan sama yang digunakan dalam proses pembuatan sabun.

“Kami sediakan panduan mudah bagaimana menghasilkan slime cuma jangan sesekali memasukkan ke dalam mulut,” katanya.

Profil
Mohamad Fazdlee Mohamad Isa

Asal: Bentong, Pahang,

Tarikh lahir: 13 Ogos 1982.

Adik beradik: Anak ketiga dari 5 beradik.

Pendidikan:



•Maktab Rendah Sains Mara, Jasin, Melaka (semua A di dalam peperiksaan SPM 1999)


•University of Minnesota, Amerika Syarikat (Kejuruteraan Kimia) tajaan Mara
Read more...

21 January 2010

Meraih kasih sayang anak






















Wujudkan kasih sayang sejati tulus dari hati terhadap si anak. - Gambar hiasan

SEORANG rakan penulis yang juga seorang ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun pernah mengadu kepada penulis bahawa bayinya tidak menyayanginya.

Dia dapat merasakan bahawa anak perempuannya itu tidak menyayanginya apabila anaknya tidak pernah mahu memeluk atau mengadu kepada dirinya apabila terjatuh atau terjadi sesuatu perkara yang menyakitkan padanya.

Malah menurut ibu tersebut, bayinya akan cenderung mengadu, memeluk atau berlari ke arah pengasuh ataupun si nenek tetapi tidak pada ibunya sendiri apabila terjadi satu hal yang menyakitinya.

Hal ini menyebabkan si ibu terasa bahawa anaknya tidak menyayanginya dan amat risau sekiranya perkara tersebut berlanjutan hinggalah usia anak tersebut menginjak remaja.

Mengimbas sejarah, selepas kelahiran anak tersebut si ibu terpaksa 'berpisah sementara' kerana si ibu perlu menghadapi pembedahan akibat komplikasi bersalin.

Hal tersebut memang menyebabkan si ibu tadi agak trauma dengan keadaan tersebut dan sukar menzahirkan kasih sayangnya kepada bayi yang dilahirkan.

Namun seiring perkembangan masa, perasaan tersebut berubah, namun apa yang dirisaukan ialah si anak pula tidak mahu mendekati dirinya.

Isu ikatan kasih sayang memang rumit

Apabila pakar kanak-kanak berbicara tentang ikatan antara ibu dan anak, mereka selalunya akan merujuk kepada bagaimana cara si ibu membina pertalian kasih sayang tersebut bersama bayi mereka.

Proses tersebut haruslah berlaku sejak dari dalam kandungan lagi.

Pakar juga bersepakat mengatakan ikatan tersebut adalah satu perasaan yang tidak ternilai tentang bagaimana si ibu mahu mencurahkan seluruh kasih sayangnya kepada bayi mereka.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kasih sayang si ibu itu ibarat sanggup bergadai nyawa demi anak kesayangan mereka.

Bagi sesetengah ibu bapa, proses mewujudkan ikatan kasih sayang tersebut mungkin mengambil masa selama beberapa hari sahaja.

Tidak mustahil juga selama beberapa minit selepas kelahiran bayi mereka. Tetapi tidak bagi sesetengah ibu bapa lain yang mungkin mengambil masa lebih lama dari itu.

Satu masa dahulu, para penyelidik yang mengkaji tentang proses ikatan antara bayi dan ibu berpendapat bahawa masa yang diperuntukkan antara si ibu dan anak tersebut adalah penentu ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.

Tetapi kini kita dapati ikatan kasih sayang antara ibu dan anak tersebut boleh dipupuk seiring perkembangan masa.

Ada juga ibu yang tidak dapat bersama-sama dengan bayi mereka selepas melahirkan kerana masalah kesihatan atau mungkin juga faktor lain.

Perpisahan tersebut berlaku dalam satu jangka masa yang agak lama kerana kedua-dua pihak belum bersedia untuk menerima keadaan tersebut pada masa itu. Namun si ibu jangan khuatir kerana tidak mustahil ikatan kasih sayang tersebut boleh dibentuk semula.

Ada juga ibu yang mengutarakan soalan bagaimana jika mereka tidak boleh memberikan kasih sayang terus kepada bayi yang wujud dalam keluarga mereka.

Hal ini terjadi mungkin kerana mereka kurang bersedia dari segi mental untuk menjaga dan mencurah kasih sayang kepada 'orang baru'. Untuk persoalan tersebut, pakar berpendapat, ibu tidak perlu panik.

Isu ikatan kasih sayang antara ibu dan anak memang satu perkara yang agak rumit dan mengambil masa untuk menjadi subur.

Bagi pakar, paling penting bagi si ibu mengambil berat tentang segala keperluan bayi mereka dan dekati anak sekerap mungkin.

Menurut pakar psikologi kanak-kanak dari Kansas City, Missouri, Edward Christophersen berkata, memang ramai ibu yang rasa bersalah apabila membincangkan tentang ikatan kasih sayang terhadap bayi mereka.

Perasaan tersebut terjadi kerana mereka tidak pasti wujudkan kasih sayang sejati tulus dari hati terhadap si anak itu tadi.

"Ikatan kasih sayang itu sebenarnya perasaan peribadi, ia bukan mudah untuk dibentuk secepat itu dan ia mengambil masa," ujar beliau lagi.

Terdapat juga persolaan "bila saya patut merasa risau?" Ia berlaku bila ikatan kasih sayang dari diri anda susah dibentuk walaupun selepas beberapa minggu anda melahirkannya.

Bila keadaan tersebut berlaku segeralah berjumpa dengan doktor atau bidan anda kembali kerana anda mungkin juga mengalami tekanan selepas bersalin atau postpartum depression.

Dapatkan bantuan secepat mungkin kerana pencegahan awal boleh mengelakkan hubungan antara anak dan anda menjadi semakin teruk. Lebih lama anda membiarkan keadaan tersebut, lebih susah untuk anda memenangi hati serta kepercayaan anak.


Read more...

20 January 2010

Ainan si pintar istimewa






















CERIA...Ainan bersama ibu dan dua adiknya

KETIKA mengandungkan Ainan Celeste Cawley, 10, dia mengakui tiada apa yang pelik berlaku. Dia juga sama seperti wanita lain, mengalami sedikit alahan, makan makanan biasa dan tidak pernah teringin makanan pelik.

Kemudian, Ainan melanjutkan pengajian dalam bidang kimia peringkat ijazah di Politeknik Singapura. Syahidah dan suaminya, Cawley mengajar Ainan mata pelajaran fizik secara tidak formal di rumah tanpa membabitkan mana-mana sekolah.


Menurut Syahidah, selepas melahirkan Ainan, dia mendapati perkembangan Ainan terlalu cepat, berbeza dengan kanak-kanak lain. Pada usia sebulan dia boleh menyebut perkataan pertamanya, merangkak ketika empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari setelah berusia lapan bulan. Malah pada usia setahun, dia sudah boleh membaca dengan lancar tanpa bantuan ibu bapa. Paling mengejutkan ketika mengunjungi nenek (Sabariah) di Johor, dia menunjukkan kebolehan dalam kimia.


"Ketika itu usianya baru enam tahun, tetapi dia sudah menunjukkan minat mendalam dalam bidang sains apabila membaca buku teks kimia yang dijumpai di rumah neneknya. Saya sendiri terkejut selepas ditegur adik saya yang memberitahu Ainan seolah-olah faham apa yang dibacanya. "Kemudian, kami memberi Ainan kertas ujian kimia untuk diselesaikan dan dia menjawab dengan betul semua soalan. "Ketika itu barulah saya mengakui keistimewaan dan kepintaran Ainan dan mahu melakukan sesuatu untuknya," kata Syahidah.


Malah adik Ainan, Fintan Nadym, 6, dan Tiarnan Hasyl, 3, turut menunjukkan perkembangan hampir sama, namun memiliki kekuatan masing-masing dalam bidang berbeza. Fintan memiliki kebolehan dan cenderung dalam seni dan matematik manakala Tiarnan suka berfikir dan personalitinya adakalanya menunjukkan dia seorang pelakon.


Pada usia sembilan tahun, Syahidah memberitahu, Ainan mengambil peperiksaan fizik peringkat O Level yang dikendalikan London Edexcel, Januari lalu di British Council, Singapura dan lulus dengan cemerlang. Sebelum itu, Cawley menghantar Ainan menduduki peperiksaan kimia peringkat sama yang turut dikendalikan London Edexcel pada usia lapan tahun sekali gus meletakkan Ainan sebagai orang paling muda lulus peperiksaan O Level ketika itu.


"Bagi tidak mensia-siakan keupayaan Ainan, kami menghantarnya bersekolah bersama kanak-kanak seusia dengannya selain menjalani pembelajaran intensif di rumah untuk subjek fizik sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kimia di Politeknik Singapura pada 2008. "Setahun di Politeknik Singapura, kami berasakan perlu mencari pendidikan sesuai untuknya terutama dalam bidang kimia dan fizik supaya keistimewaan Ainan digunakan sepenuhnya. Selain dua subjek teras ini, Ainan juga menunjukkan kecenderungan dalam matematik dan biologi malah dia semakin menyukainya," kata Syahidah. Menurut Syahidah, menjaga Ainan tidaklah sukar kerana sejak kecil dia sudah menunjukkan sifat yang baik dan mendengar kata. Malah dia sangat aktif dan gemar berfikir. Makanan kegemarannya ialah roti canai dan biskut coklat yang dimakan bersama teh panas. Pada waktu lapang, Ainan suka membuat latihan fizik, berenang bersama dua adiknya, menulis dan menonton dokumentari sains menerusi saluran Discovery Channel. Bagaimanapun, keseluruhan masanya digunakan untuk berfikir. "Ainan juga sangat aktif dan tidak boleh duduk diam. Sebab itu dia suka bermain dengan adik-adiknya. Jika tidak, dia suka bermain permainan komputer atau ke pusat bowling bersama keluarga. Kegemaran Ainan adalah bermain dan mengumpul kereta mainan. Kereta kegemaran Ainan ialah Bugatti Veyron. Pada usia 10 tahun, Ainan berazam melawat bangunan tertinggi di Dubai iaitu Burj Khalifa dan berada di puncaknya," katanya. Sebagai ibu, Syahidah berharap suatu hari nanti Ainan membesar sebagai seorang pemikir dan gembira dengan apa yang dia lakukan. Menurut bapa Ainan, dia mencari pendidikan yang terbaik untuk anaknya. Di Singapura, Ainan belajar selama tiga tahun, tetapi akhirnya Cawley berasakan sistem pendidikan di sana terlalu tegas, tidak fleksibel dan tidak sesuai dengan usia Ainan yang masih muda. Katanya, Ainan tidak berhak menjadi seperti dirinya ketika menuntut di Universiti Cambridge iaitu dikelilingi persekitaran yang sentiasa menekan kerana budaya persaingan, selain tidak membantu perkembangan minda kreatif.


"Saya berasakan universiti ternama tidak terbuka kepada orang kreatif, mereka bukannya peramah dan ini dapat dilihat pada peringkat pensyarah serta pelajarnya kerana masing-masing tidak mesra. Jadi, Ainan tidak mungkin dihantar belajar di tempat begini, sebaliknya saya cenderung dia menyambung pengajian di universiti yang persekitarannya kondusif, mesra serta menyokong sama seperti pendidikan di rumah," katanya yang akhirnya memilih Malaysia untuk Ainan melanjutkan pelajaran. Cawley memberitahu pada mulanya dia tidak tahu bagaimana memulakannya. Jadi dia menghubungi Presiden Pertubuhan Kanak-Kanak Pintar Malaysia, Zuhairah Ali yang mencadangkan menghantar Ainan mengikuti pengajian di Kolej Universiti Help.


"Setelah menyelidik, saya memilih Kolej Universiti Help kerana mereka memberi galakan sepenuhnya kepada pelajar pintar seperti Ainan untuk mendapatkan pelajaran. Paling penting Help meletakkan standard yang tinggi, tetapi kos jauh lebih murah berbanding universiti lain. "Tenaga pengajarnya juga sangat membantu dan berusaha menyediakan keperluan pembelajaran untuk Ainan. Saya juga tertarik dengan Help kerana fleksibel daripada segi masa dan pemilihan kursus sesuai dengan minatnya. Sebab terakhir sudah tentu suasana pembelajaran dan persekitaran di Help sangat membina terutama daripada segi sosial yang akan membantu Ainan membentuk peribadi yang tinggi," kata Cawley yang turut bekerja sebagai penyelidik psikologi di Help. Ainan mengambil ijazah kimia dan A Level dalam fizik dan matematik di bawah program Ijazah Amerika. Dia juga akan mengambil kesenian liberal sebagai mata pelajaran tambahan. Cawley akui tidak tahu apa yang akan berlaku kepada Ainan pada masa akan datang, tetapi peluang yang diberikan kolej universiti berkenaan memberi kelebihan kepada Ainan untuk mengembangkan bakat yang ada padanya. "Sebenarnya bukan mudah memastikan Ainan kekal bijak, tetapi kami berusaha sebaik mungkin memberikan yang terbaik kepadanya. Saya berharap Ainan membesar sebagai seorang penyumbang kreatif yang baik kepada masyarakat dan negara amnya," kata Cawley yang memuatkan catatan perkembangan harian anaknya itu dalam laman web www.scientific-child-prodigy.blogspot.com.

Read more...

Amalan harian untuk panjangkan usia




















Senaman setiap hari boleh menjadikan anda seorang yang sihat, menguatkan sistem imunisasi, otot dan menambah tenaga.

LIHAT gaya hidup anda hari ini. Adakah anda menjalani kehidupan dengan sebaiknya atau sebenarnya telah banyak mengabaikan kesihatan diri? Atau adakah anda terlalu menuruti tabiat buruk yang tidak sepatutnya anda ikuti?

Sebenarnya ramai daripada kita yang mengamalkan cara hidup yang memudaratkan kesihatan diri.

Tetapi bak kata orang perkara lepas jangan dikenang. Yang penting sekarang jangan biarkan tabiat buruk itu terus menguasi diri. Masih belum terlambat untuk melakukan perubahan.

Apa yang telah anda lakukan kepada tubuh badan anda boleh diubah dan tubuh sudah tentu akan memberi reaksi positif terhadap perubahan tersebut. Yang penting, perubahan segera perlulah dilakukan dan jangan tunggu lagi.

Untuk memulakan perubahan memang mengambil masa. Lazimnya otak memerlukan kira-kira 14 hingga 21 hari untuk tindak tanduk ulangan supaya ia betul-betul 'meresap' dalam diri sebagai amalan harian.

Apabila amalan tersebut sudah sebati dalam diri maka secara automatik ia akan menjadi satu tindak balas perlakuan normal pada individu tersebut.

Apa amalan baik yang boleh digunakan untuk menggantikan tabiat buruk itu?

Kadang-kadang kita lupa, nenek moyang kita banyak meninggalkan petua dan amalan yang cuku baik untuk tubuh badan.

Jika anda tidak percaya anda boleh mencubanya dan buktikan sendiri.

Amalan atau tabiat pertama yang perlu diberi perhatian ialah pastikan anda makan lima sajian bersaiz kecil setiap hari.

Masyarakat di Barat mengambil makanan sebanyak tiga kali sehari, tetapi sebenarnya adalah lebih baik untuk anda menikmati makanan sebanyak lima kali sehari. Tetapi mesti ingat, ia perlulah dalam kuantiti yang kecil sahaja.

Kenapa begitu? Kerana apabila anda kerap makan namun dalam kuantiti yang sedikit, anda akan kekal menyalurkan nutrien, tenaga, darah dan gula untuk keperluan tubuh sepanjang hari.

Makan dengan cara ini juga tidak membebankan sistem penghadaman dan sistem metabolisme. Ia sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Amalan kedua ialah menukar tabiat menaiki lif dengan menaiki tangga. Senaman setiap hari boleh menjadikan anda seorang yang sihat, menguatkan sistem imunisasi, otot dan menambah tenaga.

Jangan jadikan kerja yang padat sebagai alasan untuk anda tidak melakukan aktiviti fizikal. Cuba cari peluang untuk berjalan laju, berjoging atau mungkin juga menaiki basikal ke tempat kerja sekiranya tempat kerja dan kediaman tidak terlalu jauh.

Selepas solat Subuh boleh menyertai kumpulan tai chi di taman perumahan atau mungkin juga boleh mula mendaftar di mana-mana pusat gimnasium berhampiran. Mulakan sekarang dan anda pasti akan nampak kesannya.

Ketawa dan bergembiralah. Ketawa sebagai ubat memang telah diketahui kemujarabannya. Ketawa juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan sel semula jadi yang melindungi tubuh dari kesakitan dan penyakit kanser.

Apabila kita ketawa, hormon endorfin dihasilkan sekali gus memberikan satu perasaan tenang dan puas. Memang tidak dinafikan lagi mereka yang hidup dalam kegembiraan hidup lebih lama dan sihat daripada mereka yang sentiasa bersedih.

Pastikan minum lapan gelas air setiap hari. Air amat penting bagi memastikan tubuh berfungsi secara sihat. Para saintis juga bersetuju bahawa air yang bersih daripada pencemaran kimia dan toksik adalah baik untuk kesihatan dan umur yang panjang.

Jadi pilihlah air yang telah ditapis di mana proses penapisan yang terbaik ialah menerusi arang yang diaktifkan kerana ia mengasingkan benda asing tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kandungan mineral.

Perlu juga diingat, jangan menyimpan air di dalam bekas plastik kerana bahan yang terkandung dalam plastik tersebut yang disebut polychlorinated biphenyls (PCBs) boleh meresap ke dalam air.

Menambah amal ibadah bagi umat Islam dan bermeditasi bagi yang bukan Islam.

Memang tidak dinafikan tekanan boleh memendekkan usia seseorang. Dalam kehidupan kita yang serba moden hari ini memang tidak boleh lari daripada tekanan, tapi ia boleh dielakkan jika anda pandai mencari jalan mengelakkannya.

Beribadah atau bermeditasi adalah salah satu cara terbaik untuk melegakan tekanan dan menyegarkan anda semula. Menerusi ibadah dan meditasi anda akan dapat bernafas dengan baik.

Apabila pernafasan anda sempurna ia secara tidak langsung menyingkirkan sebanyak 70 peratus toksin dan benda kotor dalam tubuh anda.

Amalan tersebut juga menjadikan minda anda tenang, mengurangkan hormon tekanan dan mengajar tentang disiplin diri. Ini semua memang penting untuk memastikan kehidupan yang anda lalui sihat dan diberkati.

Jika ada masa terluang boleh juga mencuba senaman ini. Duduk dengan selesa di atas kerusi empuk atau boleh juga bersila di atas lantai.

Pejam mata dan setiap kali masalah timbul di fikiran anda bayangkan masalah tersebut berada dalam sebiji belon. Bayangkan belon yang membawa masalah tersebut terbang tinggi di langit dan akhirnya hilang daripada pandangan.

Cuba ulang cara ini hingga anda tidak lagi memikirkan tentang masalah tersebut. Selepas beberapa ketika anda pasti akan berasa ringan dan fikiran anda akan lebih fokus.

Mungkin dengan mengamalkan lima amalan ini akan mengubah diri anda menjadi seorang yang lebih berkualiti di muka bumi ini. Cubalah dan jangan bertangguh untuk setiap perkara yang baik.


Read more...

19 January 2010

Kisah Tanggang moden






















IKLAN Petronas ini membawa mesej yang cukup dalam tentang hubungan kekeluargaan.
Perlukah kita menggubal satu akta baru apabila di sebalik angka warga emas yang semakin meningkat, peristiwa anak-anak membuang ibu bapa mereka juga semakin kerap berlaku?MASIH ingatkah lagi dengan sebuah iklan Aidilfitri mengenai seorang wanita yang gagal membalas jasa ayahnya kerana perlu menjaga hati suami?

Iklan Petronas itu bermula apabila wanita tersebut mengambil bapanya yang tua dari hospital untuk pulang ke rumah. Pada masa yang sama suaminya bertanya tidak bolehkah bapanya tinggal lebih lama di hospital?

Di rumah anaknya, lelaki tua itu menerima layanan dingin daripada menantu sehingga ketika makan pun orang tua itu terpaksa makan berseorangan di tempat lain.

Iklan itu berakhir apabila wanita tersebut sedar dia gagal membayar balik segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh bapanya.

Walaupun ia sekadar sebuah iklan, hakikatnya ia satu sindiran dan peringatan buat kita semua. Kisah anak melupakan jasa, keringat dan pengorbanan ibu bapa bukanlah sesuatu yang baru. Menyorot filem lama yang paling dekat mengingatkan kita tentang kisah anak derhaka adalah filem Si Tanggang.

Hari ini dalam dunia realiti kisah si Tanggang semakin berleluasa. Lebih menyedihkan, bagaimana tragisnya kisah Tanggang, begitulah keras dan kejamnya hati sebilangan Tanggang moden hari ini.

Dibuang













WARGA emas mempunyai peranan yang cukup besar dalam masyarakat. - Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------


Baru-baru ini contohnya, media melaporkan mengenai dua insiden seorang bapa telah 'dibuang' oleh anaknya.

Dalam kes pertama, seorang pesakit buah pinggang berumur 60 tahun telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kemudian menempatkan lelaki tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri kenangan di Jejawi.

Seminggu sebelum itu, seorang bapa berumur 57 tahun telah ditinggalkan di tepi jalan bersama bungkusan pakaiannya di Behor dekat Kangar. Beliau yang baru menjalani pembedahan jantung terpaksa berlindung dan tidur di sebuah perhentian bas.

Mengulas mengenai peristiwa Tanggang moden yang kerap berlaku menurut Pegawai Kemajuan Masyarakat (Kemas), Rafia'ah Jaafar, cara ibu bapa mendidik anak-anak menjadi salah satu sebab kenapa zuriat mereka sanggup membuang mereka seperti mana kisah Si Tanggang.

Katanya, kebanyakan ibu bapa hari ini mungkin mahukan anak-anak mereka menjadi yang terbaik atau lebih daripada mereka sehingga memberikan kasih sayang melimpah ruah.

"Ramai ibu melakukan kesilapan dengan terlampau memanjakan anak mereka. Bila besar, anak itu tidak dapat menilai perkara yang dikorbankan oleh ibu bapa dan berasa mereka berhak terhadap apa yang diberikan ibu bapanya," katanya.

Apabila ibu bapa semakin tua, anak-anak berasa bukan tanggungjawab mereka untuk menjaga keperluan fizikal dan emosi ibu bapa, kata Rafia'ah.

Ada juga anak yang mementingkan diri sendiri dan memandang sambil lewa terhadap ibu bapa.

Namun katanya sekiranya anak-anak menjalani hidup yang terlalu sukar atau tertekan ia mungkin mendorong mereka melupakan ibu bapa mereka apabila sudah dewasa.

"Sesetengah kanak-kanak membesar penuh traumatik kerana didera secara mental atau fizikal. Mereka mungkin dalam diam membentuk sifat benci ibu bapa. Jadi bila anak ini besar, mereka membalas apa yang mereka alami semasa kecil terhadap ibu bapa," tambah beliau.

Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan sesiapa yang membuang ibu bapa telah melakukan satu perbuatan yang kejam.

Beliau menasihati mereka yang tidak mampu menjaga ibu bapa supaya menghubungi pejabat kebajikan yang terdekat.

"Jangan tinggalkan mereka di hospital atau di jalanan. Juga jangan tinggalkan orang tua yang tidak berdaya keseorangan tanpa jagaan di rumah," kata beliau.














TIMBALAN Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa (kanan) bertanyakan sesuatu kepada warga emas, Othman Samah, 60, (kiri) yang ditinggalkan anaknya selepas sidang akhbar di pejabat JKM Perlis, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------


Tambah Shahrizat, budaya membuang ibu bapa perlu dikekang segera agar ia tidak menjadi satu budaya di negara ini.

Bagi pendidik Abdul Rahman Noordin, sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang terhadap isu tersebut.

Mengikut Abdul Rahman, pertalian ibu bapa-anak adalah satu komponen yang amat penting dalam masyarakat yang penyayang dan maju.

"Tetapi kini terdapat satu trend di mana ibu bapa ditinggalkan di rumah orang tua tanpa apa-apa bantuan dan perhatian. Agak malang kerana negara ini masih belum mempunyai akta yang mewajibkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka.

"Ibu bapa memerlukan undang-undang bagi menjaga keperluan mereka pada peringkat usia yang lanjut," tambah Abdul Rahman. - Bernama

Read more...

18 January 2010

Budak boleh kena diabetes

















TIDAK ramai yang mengetahui kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami masalah kandungan gula tinggi dalam darah ataupun lebih dikenali sebagai diabetes.Gambar hiasan.

Terdapat tiga jenis diabetes iaitu Jenis 1, hanya berlaku pada kanak-kanak atau remaja disebabkan kekurangan hormon insulin yang serius dan keadaan ini memerlukan pengambilan suntikan insulin seumur hidup mereka.


Jenis 2 disebabkan insulin yang dihasilkan tidak berfungsi dengan sempurna dan tidak berupaya menurunkan kadar glukosa darah dengan berkesan hingga menyebabkannya mengalami peningkatan.


Diabetes Jenis 3 pula lebih bersifat sementara waktu dan hanya berlaku kepada wanita mengandung dan akan hilang selepas bayi dilahirkan.


Presiden Persatuan Diabetes Malaysia, Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail, berkata pesakit diabetes tidak mempunyai simptom nyata yang menunjukkan mereka mengalami penyakit berkenaan.


Bagaimanapun katanya, terdapat ciri kelainan yang ditonjolkan pesakit diabetes iaitu sentiasa dahaga, kerap membuang air kecil, letih dan tidak bermaya, pengurangan berat badan, sering berasa lapar, luka lambat sembuh, kabur penglihatan serta jangkitan kulit.


Tetapi menurutnya, kebiasaannya pesakit menyatakan semua gejala terbabit disebabkan cuaca dan tidak mengendahkannya hingga mengakibatkan ia merebak ke seluruh badan.


"Sebarang keganjilan yang berlaku pada diri perlu diambil penekanan dan individu terbabit perlu mendapatkan rawatan segera.


"Jangan tunggu hingga penyakit bertambah teruk baru hendak berjumpa doktor. Sebaliknya, lakukan pengesanan awal bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Masyarakat perlu memahami keadaan tubuh sendiri dengan sewajarnya bagi tujuan pengesanan penyakit dengan lebih awal.


Selain itu, beliau yang juga Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) berkata, tiada perbezaan jantina dalam mengklasifikasikan penyakit ini kerana masing-masing memiliki sebab tersendiri sekiranya mengalami diabetes.


Katanya, diabetes paling banyak berlaku disebabkan faktor genetik. Sekiranya ada antara ahli keluarga terdahulu mengalami diabetes kebarangkalian mengalaminya adalah tinggi jika mereka tidak menjaga pemakanan.


Bagaimanapun, ia dapat dikawal jika individu mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman dan mengamalkan pemakanan seimbang.


"Tiada istilah sembuh sepenuhnya jika menghidap diabetes tetapi ia dapat dikawal dengan mengamalkan cara hidup sihat serta mengelakkan pengambilan gula berlebihan dan makanan berlemak.


"Walaupun memiliki genetik diabetes, individu terbabit dapat melambatkan kewujudan penyakit berkenaan dalam tubuh sekiranya mengawal pemakanan dan melakukan senaman secara tetap," katanya.


Menurutnya, tiada faktor khusus penyebab bagi penghidap diabetes Jenis 1. Bagaimanapun, disebabkan ia berlaku secara tiba-tiba, banyak teori menyatakan ia berpunca daripada virus tertentu.


Tetapi kesahihan mengenainya masih diragui kerana tiada bukti khusus menunjukkan ia sebenarnya disebabkan jangkitan virus.


Malah, tanggapan masyarakat mengenai mereka yang kurus tidak akan mengalami diabetes juga tidak benar sama sekali disebabkan faktor genetik dan jumlah lemak yang terkumpul dalam badan.


Sementara itu, pelbagai kempen kesedaran dijalankan Persatuan Diabetes Malaysia untuk memastikan permasalahan ini ditangani sebaik mungkin.


Kata Dr Ikram, pihak persatuan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk seminar, ceramah dan demonstrasi penyediaan makanan untuk penghidap diabetes bagi memberi penerangan kepada masyarakat mengenai kepentingan menghadapi penyakit ini sebaik mungkin.


"Kami berusaha sebaik mungkin untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai bahaya diabetes terhadap kehidupan masyarakat.


"Justeru, kami tidak hanya tertumpu kepada pesakit tetapi pasangan, keluarga dan masyarakat perlu diberi pengetahuan sewajarnya mengenai penyakit berkenaan," katanya.


Selain itu, bagi memastikan statistik penghidap diabetes bagi generasi muda tidak mengalami peningkatan, Dr Ikram berkata, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak untuk mengamalkan gaya hidup sihat.


"Bentuk mereka sebaik mungkin dalam mengambil makanan seimbang dengan melebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan serta pastikan aktiviti fizikal dilakukan secara tetap.


"Kerjasama ini perlu untuk memupuk sikap mengutamakan kesihatan di kalangan kanak-kanak dan remaja," katanya.

Read more...

16 January 2010

Gerhana matahari separa















Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan gerhana matahari separa dengan menggunakan teleskop,kaca mata suria,skop solar dan projektor lubang jarum di Dataran Planetarium negara di Kuala Lumpur.

GAMBARAN lintasan gerhana matahari separa.





Rakyat berpeluang lihat fenomena bulan menutupi matahari, petang Jumaat depan

AMARAN: Jangan lihat gerhana matahari dengan mata kasarSELEPAS kali terakhir fenomena gerhana matahari berlaku pada 26 Januari 2009 dan disusuli gerhana bulan pada malam tahun baru lalu, kali ini penduduk Malaysia bakal melihat pula bagaimana kekuasaan Allah SWT menerusi kejadian gerhana matahari separa pada Jumaat ini.

Gerhana matahari terbahagi kepada tiga jenis iaitu gerhana penuh, gerhana separa dan gerhana anulus. Gerhana penuh berlaku apabila matahari diliputi sepenuhnya oleh bulan akibat kedudukan bulan yang berada dekat dengan bumi dalam orbit bujurnya. Gerhana separa pula merujuk kedudukan bulan yang hanya menutup sebahagian matahari.

Gerhana analus pula berlaku apabila bulan hanya menutup sebahagian matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya di sekeliling bayangan bulan yang dikenali 'corona.' Gerhana matahari anulus akan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur. Fenomena ini terjadi apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada saiz matahari. Oleh itu, matahari kelihatan seperti gelungan cincin yang terang atau Anulus di sekeliling luar cakera bulan.

Lintasan bayang umbra bulan (bahagian bayang yang amat gelap) bermula di Afrika dan melalui Chad, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Uganda, Kenya dan Somalia. Manakala selepas melepasi Afrika, lintasan itu melalui Lautan Hindi yang mana tempoh maksimum anulus mencapai sehingga kira-kira 11 minit 8 saat. Lintasan itu kemudian melintasi Asia melalui Bangladesh, India Myanmar dan China. Fenomena ini pernah berlaku pada 26 Januari 2009, sewaktu Tahun Baru Cina.

Gerhana matahari separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra bulan (bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah)

yang lebih luas meliputi Eropah Timur, Afrika dan Asia.

Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Lau Chen Chen, berkata di Malaysia, fenomena ini paling jelas disaksikan penduduk di utara Semenanjung dan Langkawi, menjadi lokasi strategik dengan liputan maksimum di Malaysia sebanyak 40 peratus dan bahagian pantainya yang menghala ke arah barat begitu sesuai dengan 'sentuhan terakhir' ketika matahari terbenam.

"Matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung Malaysia pada waktu petang. Peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. "Sehubungan itu, rakyat negara ini akan berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa mulai jam 3 petang hingga 5.45 petang pada Jumaat ini," katanya.

Lau berkata, secara amnya, gerhana matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru yang berlaku serentak dan selari dengan bulan melintasi laluannya di antara matahari dan bumi. Ini menyebabkan matahari tertutup sebahagian atau secara keseluruhannya.

Oleh itu, katanya, gerhana matahari separa yang berlaku kira-kira jam 3 petang bakal kelihatan apabila bulan mula menyentuh cakera matahari.

"Keadaan ini dikenali 'sentuhan pertama' iaitu permulaan fenomena gerhana matahari separa berkenaan. Bagaimanapun, kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan 'sentuhan pertama' gerhana pada masa ini disebabkan cahaya matahari yang terlalu terang," katanya.

Tambah Lau, gerhana hanya akan dapat dilihat apabila bulan menutupi matahari secara perlahan dan membentuk sabit tua (gerhana matahari separa) sehingga liputan maksimum dicapai kira-kira jam 4.25 petang. Sentuhan akhir iaitu pada kira-kira jam 5.40 petang, bayangan bulan mula hilang secara beransur-ansur.

Lau turut mengingatkan, fenomena itu tidak dapat dilihat terus menerusi mata kasar kerana boleh memudaratkan dan membutakan mata manusia.

"Untuk melihat gerhana matahari secara selamat, Angkasa mencadangkan beberapa cara seperti penggunaan Projektor Pinhole dengan kotak panjang, Projektor Pinhole dengan kadbod, solarscope, kaca mata khas gerhana matahari dan teleskop dengan penapis matahari," katanya.

Selain Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari, satu lagi fenomena gerhana akan datang ialah Gerhana Bulan Penuh di Sabah dan Sarawak pada 21 Disember 2010.

INFO: Program Cerap Gerhana



•Angkasa akan mengadakan program pencerapan gerhana matahari separa mulai jam 2.30 hingga 6 petang di Planetarium Negara Kuala Lumpur, Jumaat ini. Bagi yang tidak berkesempatan, boleh layari www.angkasa.gov.my untuk menyaksikan siaran langsung mulai 3 hingga 5.40 petang pada tarikh sama.


•Program pencerapan itu turut diadakan di tempat letak kereta, Kompleks Pekan Rabu, Langkawi di Kedah, pada jam 3 hingga 6 petang pada tarikh sama.

Read more...

15 January 2010

Jelmaan pocong




















Tiga jam ditenung makhluk halus

TINGGAL bersendirian di sebuah pangsapuri di Serdang tidak pernah menjadi masalah kepada Balqis yang bekerja di sebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur.

Walaupun sesekali timbul rasa bimbang kerana blok pangsapurinya dihuni ramai warga asing, Balqis masih boleh bertahan kerana mereka tidak menunjukkan tindak tanduk kurang disenangi.



Apatah lagi kemudahan yang disediakan agak memuaskan, selain sewanya berpatutan dan mempunyai kemudahan lebuh raya untuk ke pusat bandar walaupun agak jauh.

Bukan tidak pernah cerita seram yang diceritakan rakan yang tinggal di kawasan pangsapuri sama singgah di telinganya tetapi Balqis lebih senang duduk sendiri.

Baginya, lebih mudah bersendirian daripada berkongsi rumah dengan orang yang belum dikenali hati budinya.

Satu ketika heboh penghuni pangsapuri bercerita mengenai jelmaan pocong yang dilihat berlegar di lif blok bersebelahan blok yang dihuni Balqis. Beberapa penghuni yang balik jauh malam terserempak dengan makhluk itu yang melompat-lompat di sekitar blok.

Pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan penghuni dan harta benda turut menceritakan kisah sama tetapi bagi Balqis ia sekadar satu cerita yang kesahihannya masih boleh dipertikaikan. Bukan bertujuan bercakap besar tetapi sudah menjadi darah daging Balqis mempercayai apa yang disampaikan selepas mengalaminya sendiri.

Entah mengapa satu malam Balqis sukar tidur. Puas dia bergolek di katil memujuk dirinya supaya lena kerana ingin bangun awal keesokannya untuk kerja tetapi matanya tetap berdegil.

Bagi melayan mata yang tidak mahu pejam, Balqis membaca buku sementara menanti dia betul-betul mengantuk. Lampu dibiarkan terpasang kerana membaca buku. Akhirnya Balqis terlelap dengan lampu biliknya terpasang dan buku menutup mukanya.

Balqis tiba-tiba tersedar kerana berasa seperti diperhatikan orang. Perlahan dia mengangkat buku yang menutup mukanya dan Balqis benar-benar terkejut kerana ada yang memerhatikannya tetapi bukan orang, sebaliknya ia adalah makhluk yang pernah menjadi sumber bualan penghuni di pangsapuri itu.

Balqis terkedu di katil melihat makhluk yang berdiri betul-betul di hujung katil. Dalam cahaya lampu yang terang Balqis dapat melihat kain putih yang membaluti tubuh makhluk itu dikotori tanah dan wajah berwarna hijau dengan dahi berkedut dan mata yang terjegil. Wajah makhluk itu juga dikotori tanah.

Dia tidak bergerak. Tubuhnya kaku di katil sambil membalas renungan makhluk itu kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Ayat Quran yang dibaca lintang pukang lantaran terlalu terkejut dan takut.

Jika orang lain berdepan keadaan itu mungkin sudah tidak sedarkan diri tetapi berlainan dengan Balqis. Selama hampir tiga jam dia sekadar berbalas pandang dengan pocong yang entah dari mana datangnya. Anehnya Balqis tidak dapat mengalih mata ke arah lain seolah-olah dipaksa untuk melihat makhluk di depannya.

Seperti ia hadir, makhluk itu juga hilang secara tiba-tiba apabila azan kedengaran menandakan masuknya waktu Subuh. Sehingga kini pengalaman itu masih belum hilang daripada ingatan. Apabila ada saja rakan yang membuka cerita mengenai makhluk halus, Balqis tidak lupa menceritakan pengalaman ngeri yang dialaminya.

Namun kini Balqis agak lega selepas adik perempuannya turut menghuni pangsapuri sama tetapi Balqis berpesan kepada rakan-rakan supaya kisah itu tidak diceritakan kepada adiknya yang lebih penakut.

Ketika ditanya sama ada dia tidak takut, Balqis berkata: "Memang takut sangat-sangat tetapi dalam keadaan itu apa yang saya boleh buat. Kaku dan tidak boleh bergerak. Tetapi dalam hati sempat juga saya berkata, 'Dari manalah engkau datang?'. Harap-harap ia tidak berulang."






Read more...