Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






27 August 2009

Menjadi suami terbaik pada bulan Ramadan























Gambar hiasan.

SUAMI harus memahami keadaan isteri berkerjaya dan sering sibuk di luar rumah terutama ketika Ramadan.

Sikap saling memahami antara pasangan sememangnya penting dengan panduan berikut mungkin dapat membantu:



Ringan tulang

Jangan jadi tuan di rumah dengan memerhatikan saja isteri melakukan semua kerja rumah. Sesekali, ringankan tulang membantu isteri menyiapkan meja makan untuk berbuka dan bersahur.



Ambil hati isteri




Beri kata pujian terutama apabila masakan pilihannya untuk berbuka memang enak. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh si suami contohnya masakan kurang garam atau minuman tawar.

Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji.



Uruskan anak-anak

Jika lihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, tolong uruskan anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Layan kerenah anak supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang sibuk di dapur.


Tunjukkan kasih sayang

Bekerja seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, lelaki harus faham jika isteri kurang melayan suami ketika Ramadan ini.

Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi vitamin untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.


Belikan juadah berbuka puasa.

Sesekali, beli juadah untuk berbuka, sekurang-kurangnya isteri dapat berehat sedikit. Jika mampu, bawalah isteri dan anak berbuka puasa di luar untuk mengeratkan kemesraan sekeluarga.


Sediakan pembantu rumah

Kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan mengatur bukanlah tugas isteri. Justeru jika mampu, sediakan pembantu rumah untuknya. Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga tiada masa untuk suami dan anak.


Doakan kebaikan untuk isteri

Ambil kesempatan untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada isteri ketika Ramadan ini. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri

No comments: