Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






21 June 2009

Program Rakyat Bersama Pemimpin

















PEGOH : Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dikehendaki lebih cergas dan proaktif mengatur dan menyusun bagi menggerakkan program rakyat bersama pemimpin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, Datuk Abd.Ghafaar Atan berkata, pembangunan dan kemajuan JKKK adalah terletak pada keupayaaaan, kesungguhan dan bertanggungjawab dalam menjalankan amanah bagi mencapai matlamat program JKKK bersama rakyat.






Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Karnival Bakti Siswa Perdana Info Bestari dan Hari Keluarga JKKK Pegoh, di Sekolah Kebangsaan Pegoh Alor Gajah, di sini, semalam.

“Kekuatan JKKK adalah ditadbir oleh orang yang cekap, jujur dan ikhlas akan lebih maju dan kukuh dengan semangat perpaduan sudah tentu komuniti sesebuah kampung itu maju dalam semua bidang,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek itu berkata, jaminan ke arah perubahan pemikiran, bentuk dan sikap masyarakat dikampung adalah terletak atas kebijaksanaan kepimpinan JKKK.

Oleh itu beliau berharap JKKK di kawasan DUN Gadek supaya tidak lemah semangat mahupun leka tanpa bertindak melakukan aktiviti bagi memastikan kampung tidak ketinggalan dari arus pembangunan fizikal dan minda.

Turut hadir isteri beliau Datin Rabiah Hassan, wakil Pengarah Jabatan Penerangan Melaka, Daud Md Nor, Ketua Timbalan Pendaftaran Universiti Teknikal Melaka (UTeM) Zainal Bidin, Pengerusi Info Bestari DUN Gadek, Ismail Ibrahim dan Pengerusi JKKK Pegoh, Zahari Md Som serta 140 pelajar UTeM.

Abd.Ghafaar turut menyentuh peranan dan bakti siswa UTeM merupakan agen penggerak ke arah masyarakat bermaklumat sekaligus menjelaskan dasar-dasar kerajaan negeri dan pusat terutama Gagasan 1Malaysia.

“Melalui konsep 1Malaysia sudah tentu wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat kepada kaum-kaum lain,” tegasnya.

Justeru, program karnival bakti siswa melibatkan 140 peserta dan 58 keluarga angkat terdiri dari pelbagai kaum mencerminkan konsep 1Malaysia mulai bercambah dan berakar umbi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek.
Beliau berharap program ini meninggalkan kesan positif kepada semua pihak terutama siswa UTeM sebagai warisan kepimpinnan negara yang akan datang.





No comments: