Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






09 April 2009

SK Bukit Rambai muncul juara bola sepak bawah 12 tahun MSSM








Sumber : Akhbar Sinar

SUNGAI UDANG – Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rambai muncul juara setelah menundukkan SK Lereh 1-0 dalam pertandingan akhir bola sepak bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah-sekolah Melaka (MSSM).

Gol sulung dalam perlawanan akhir itu dijaringkan P. Yugan, sekali gus membolehkan SK Bukit Rambai dinobatkan sebagai juara pada kali ini.

SK Bukit Rambai yang diletakkan dalam kumpulan C bersama Sekolah Rendah Agama Jaim Batang Tiga Timur dan SK Cheng berjaya melangkah ke peringkat akhir setelah menumpaskan SK Sungai Udang di peringkat suku akhir dan SK Taman Bukit Rambai di peringkat separuh akhir.

Satu lagi pertandingan separuh akhir menyaksikan SK Lereh menumpaskan SK Cheng 2-0 untuk menempah tiket ke pertandingan akhir.

Pertandingan tersebut diadakan di Padang SK Kem Gerak Khas di sini.


No comments: