Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






21 October 2010

Melaka membanggakan negara












Ahli Exco Melaka, Ab. Karim Sulaiman menerangkan sesuatu kepada Najib Tun Razak pada Pelancaran Melaka Maju 2010 di PWTC, Kuala Lumpur, petang semalam

MELAKA 20 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan Melaka diisytihar sebagai negeri maju 2010 adalah menepati dengan Wawasan 2020 menerusi empat tonggak utama yang telah digariskan oleh kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan dan seluruh rakyat negara ini merasa bangga di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) itu.

Najib sebelum ini telah menggariskan empat tonggak utama perubahan pembangunan negara iaitu konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh rakyat Melaka di atas pengisytiharan sebagai negeri maju 2010.

“Sesungguhnya rakyat Melaka harus berbangga kerana mempunyai pemimpin yang kuat bekerja dan berwawasan dalam usaha membangunkan negeri ini. Sudah tentu usaha ini akan sentiasa mendapat sokongan padu daripada kerajaan Pusat,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian menerusi sidang video secara langsung dari Bilik Melur, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur ke Stadium Hang Jebat di sini malam ini.

Turut hadir pada sidang video tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menerima surat pengiktirafan daripada Ketua Penyelaras OECD, Jon Hall sambil disaksikan oleh Najib dari PWTC.

Selepas itu, beliau telah menandatangani surat ucap tahniah sebelum dimasukkan ke dalam kapsul secara simbolik yang diserahkan kepada Mohd. Ali sambil disaksikan kira-kira 50,000 masyarakat berbilang kaum di Stadium Hang Jebat di sini.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan.

Sejurus Perdana Menteri mengisytiharkan Melaka sebagai negeri maju 2010, percikan bunga api menggegarkan seluruh stadium sambil kira-kira 5,000 peserta perarakan berbaju warna hijau mengibarkan bendera Melaka diiringi paluan kompang.

Sementara itu Mohd. Ali dalam ucapannya selepas itu berkata, perisytiharan Melaka sebagai negeri maju oleh OECD membuktikan negeri ini sudah bertaraf maju dan kredibiliti semakin kukuh.

Menurutnya, kerajaan negeri telah merancang dengan teliti ke arah memastikan Melaka mampu mencapai status negeri maju sepanjang tempoh 10 tahun dengan menggubal dasar pembangunan negeri yang mantap, dan merangka objektif pembangunan yang konkrit.

Katanya, apabila rakyat negeri ini memberi kuasa kepada BN untuk memerintah sejak 10 tahun lalu di bawah tiga Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib, ia telah memberi keyakinan kepadanya untuk merealisasikan sasaran negeri maju.

Selepas itu lagu berjudul Melaka Maju Jaya dicipta oleh pelajar dari Universiti Limkokwing dinyanyikan oleh kumpulan koir daripada pelbagai jabatan bagi memulakan sambutan penuh gilang-gemilang.

Kemudian menyusul empat lagi lagu iaitu Muhibah, Kemegahan Negaraku, Nyalakan Tekad dan 1Malaysia.

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

No comments: