Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com
HEBAHAN
31 May 2009
30 May 2009
Sentuhan luahan kasih sayang
Bayi yang kerap mendapat sentuhan ibunya, lebih mahir berinteraksi berbanding bayi yang kurang mendapat belaian.
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my
BENAR apa yang diungkap, sentuhan seorang ibu banyak mempengaruhi perkembangan seseorang bayi. Perubahan ini boleh dilihat sewaktu bayi mula berkomunikasi dan bersosial dengan orang di sekeliling melalui senyuman, lirik mata, gerakan tangan, tindak balas mahu dipeluk dan gelak ketawa.
"Sentuhan memberi perlindungan dan menjadi pengikat kasih sayang antara seorang bayi dengan ibunya.
"Ini adalah waktu terbaik bagi seorang ibu untuk menyentuh dan membelai bayinya memandangkan ketika itu jugalah mereka mula belajar mengenali ibunya," ujar Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anna Padmavathy Soosai pada majlis pelancaran Johnson's BabyMost Loving Moments, di Delicious @ Dua Residency, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut beliau, sentuhan manja seorang ibu merupakan pengikat kasih sayang dalam perkembangan sosial seorang bayi.
Salah satu cara paling berkesan bagi seorang ibu dan bayinya meluahkan kasih sayang adalah menerusi sentuhan. Sentuhan berlaku sama ada pada waktu makan, bermain, mandi atau menukar lampin. Sentuhan juga menghasilkan perasaan yang lebih mendalam buat si manja kepada ibu mereka.
"Adalah satu kerugian sekiranya si ibu menyerahkan sentuhan itu kepada pembantu rumah. Anda akan kehilangan peluang berkasih sayang dengan bayi anda," jelasnya
Menurut Anna, kebanyakan ibu kini sibuk dengan tugasan seharian sehingga tiada masa merangsang kasih sayang melalui sentuhan dan belaian jari-jemari.
"Walau sibuk sekali pun, seorang ibu seharusnya membina rangsangan dan perkembangan si bayi menerusi komunikasi, sentuhan, belaian dan urutan.
"Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh ibu bapa yang baru memperoleh anak ialah membeli pelbagai jenis permainan berwarna-warni. Sebenarnya ia tidak perlu terutama bayi yang berumur kurang empat bulan. Ini kerana, bayi hanya boleh melihat pelbagai warna selepas mereka berumur empat bulan.
"Bagi si bayi, sentuhan ibu memberi makna yang mendalam pada mindanya. Melalui wajah riang ibu, mereka juga dapat mewarnai kehidupan," kata Anna bahawa seorang ibu perlu meluangkan masa bersama anaknya selepas beberapa bulan mereka dilahirkan.
Terdapat empat tanda jalinan kasih sayang yang sering dilihat pada bayi yang mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada seorang ibu. Ia boleh dilihat mengikut peringkat umur.
"Pada umur sebulan, bayi mula tersenyum, dua bulan kemudian mereka mula bersuara, usia empat bulan mereka cuba mencapai ibunya, menatap mata si ibu lebih lama dan gelak ketawa," tambahnya.
Kenali empat tanda jalinan kasih sayang iaitu:
Bayi lebih kerap tersenyum
Menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua.
Ketika bayi sedang membesar, dia akan mengukir senyuman setiap kali anda berada di sampingnya atau ketika dia menjangka kehadiran anda. Senyuman-senyuman ini menandakan bahawa dia berasa selamat dan bersedia mempelajari tentang dunia di sekelilingnya.
Bayi cuba mencapai ibunya
Apabila bayi cuba mencapai si ibu, bayi mahu memberitahu bahawa ibu supaya memeluk, membelai dan merapatinya. Ia juga membawa maksud bayi gembira dengan kehadiran ibunya.
Tindak balas positif anda tiap kali si manja mencapai ke arah anda akan membantu bayi lebih sedar pergerakannya dan akan membuat pergerakan yang bermakna.
Bayi bergelak ketawa
Bayi ketawa untuk menunjukkan perasaannya. Selain menunjukkan rasa teruja dan gembira, gelak pertama bayi menandakan perkembangan sosialnya. Ini merupakan satu tindak balas yang berlaku apabila dia berkongsi dunianya dengan orang tersayang.
Apabila bayi gelak, ia menunjukkan salah satu cara untuk bertindak balas dengan anda dan ingin memberitahu anda betapa seronoknya dia meluangkan masa dengan anda.
Dengan berbunyi-bunyi manja sewaktu kehadiran anda, bayi menunjukkan bahawa mereka mengenali si ibu dan sedang berhubung dengan anda.
Bunyi-bunyi tersebut menandakan kegembiraannya dan juga sebagai tindak balas kasih sayang, sentuhan dan perhatian yang anda berikan.
Bayi menatap mata
Bayi juga menggunakan isyarat mata untuk berhubung. Apabila bayi menatap mata anda, satu mesej berbaur kasih sayang sedang mengalir antara bayi kepada anda.
Ia merupakan salah satu kebolehan bayi yang dapat dikenal pasti. Pada hari-hari awalnya, bayi akan memberi sepenuh perhatian kepada anda dan lirikan matanya akan mengekori anda apabila anda hampir dengannya.
Bagi si manja, melihat wajah ibu mampu menenangkan dirinya. Adakalanya si manja seolah-olah sedang menenung anda. Mengapa? Bayi sedang cuba mengingat wajah anda dan mengenal pasti sebuah kasih sayang dan keselesaan
Read more...
29 May 2009
Fahami subjek sebelum menghafal
RAMAI yang sukar memahami apa yang diajar guru. Lantas, ada yang tidak berminat untuk belajar dan lebih parah, ada yang sanggup ponteng atau lari dari rumah apatah lagi menganggap proses pembelajaran satu bebanan yang tidak terpikul.
Adakah masalah lupa menjadi halangan besar yang merunsingkan diri?
Cuba hayati perkara berikut yang mungkin boleh membantu diri dalam menghadapi pelajaran:
Jangan cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulang kaji terlalu awal.
"Buat apa baca sekarang, esok lupa juga." Ini antara kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma belum melakukan cukup usaha supaya tidak lupa.
Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan. Belajar awal perlu untuk menyediakan nota bermutu dan membolehkan seseorang memahami setiap mata pelajaran sebaik-baiknya.
Jangan risau jika masih banyak yang belum diingat. Apa yang penting, sudah banyak tajuk yang difahami.
Fahami apa yang dibaca. Memahami mata pelajaran adalah langkah pertama sebelum melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan sia-sia.
Belajar awal membolehkan seseorang itu punya banyak masa dan berpeluang bertanya kepada guru serta rakan supaya setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat.
Selepas benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk digunakan setiap kali musim peperiksaan. Sediakan juga nota saku dan peta minda bagi memudahkan diri merujuk semula apa yang dipelajari tanpa perlu membelek semula buku asal.
Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.
Pastikan anda faham mesej yang mahu disampaikan dalam fakta terbabit. Kemudian, barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat.
Hafal hanya perkataan yang menjadi kata kunci kepada fakta. Mengingati kata kunci ini pasti mudah bagi anda menerangkan maksud di sebaliknya.
Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal semuanya serentak.
Tidak perlu terburu-buru. Pecahkan fakta terbabit kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.
Read more...
28 May 2009
Kitar semula air kencing
ANGKASAWAN meminum air kencing yang dikitar semula ketika berada di angkasa lepas
sUMBER:KOSMO
DI stesen antarabangsa angkasa lepas, para angkasawan meminum kencing yang dihasilkan dengan memprosesnya menjadi air yang boleh diminum. Ini termasuk peluh badan.
“Rasanya sedap,” kata seorang angkasawan Amerika Syarikat, Michael Barratt. Gennady Padalka dari Rusia berkata, beliau mendapati ada buih dalam air yang diminum. Air ini juga datang dengan label yang menyebut: “Minum air ini apabila berada 200 batu dari sini.”
Sistem kitar semula air kencing ini menjimatkan kos Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) kerana tidak perlu meletakkan stok air yang banyak di stesen antarabangsa angkasa lepas.
Sistem kitar semula air telah pun dibawa ke stesen antarabangsa angkasa lepas pada bulan November lalu tetapi tidak boleh digunakan sehingga sampel dibawa balik ke bumi. Di bahagian ruang stesen Rusia, kelembapan dalam air, bukan air kencing ditukar menjadi air untuk diminum.
Dengan enam orang angkasawan, mereka mampu menghasilkan enam gelen air kencing dalam masa enam jam.
Read more...
27 May 2009
Ibu bapa contoh anak
Jadikan diri teladan supaya anak tak hilang pedoman
KEBANYAKAN ibu bapa beriltizam apabila anak dewasa, mereka menjadi insan berjaya dan berjasa kepada keluarga. Namun, harapan hanya tinggal harapan jika hasrat itu tidak diseimbangkan dengan perbuatan dalam memacu arah bagi menuju kejayaan.
Dalam memenuhi harapan itu, pasti ada cara atau halangan yang menunggu. Hanya mereka yang merancang dengan penuh berhemah, disiplin yang tinggi mencapai apa yang dihasratkan.
Dalam mencapainya bukan hanya memastikan anak 24 jam duduk di meja menghadap buku, sebaliknya mereka memerlukan ruang bermain dan melakukan aktiviti lain yang berfaedah.
Perkara berikut mungkin membantu ibu bapa memandu anak mereka menuju kejayaan.
- Ibu bapa sebagai model
Ibu bapa model contoh paling berkesan untuk anak-anak. Segala apa yang mereka lakukan akan dilihat dan diikuti anak-anak. Oleh itu, setiap ibu bapa hendaklah menunjukkan contoh terbaik dari segi akidah. Ibu bapa yang tidak mementingkan persoalan ini boleh menjadikan anak-anak hilang pedoman. Merekalah yang akan menentukan arah mana yang menjadi ikutan anak-anak.
- Membaca al-Quran
Ibu bapa dan sekolah perlu memperuntukkan masa untuk mengajar al-Quran kepada kanak-kanak. Di rumah, ibu ataupun bapa boleh mengajar anak-anak dengan al-Quran. Ia boleh dimulakan dengan mengajar buku Iqra' atau buku lain permulaan bagi membolehkan kanak-kanak mengenal dan kemudian dapat membaca al-Quran dengan lancar.
Selepas itu, mempelajari al-Quran bukan terhad kepada pembacaan semata-mata tetapi menjurus kepada pemahaman dan pengamalan kandungannya. Pendedahan awal kepada bahasa Arab memudahkan usaha memahami al-Quran.
- Berbincang
Ibu bapa perlu memperuntukkan masa berbincang dengan anak-anak dan berusaha mewujudkan suasana perbincangan dalam keluarga. Pendekatan demikian akan memudahkan kanak-kanak meluahkan masalah dihadapi.
- Pendidik tidak formal
Ibu bapa juga bertindak sebagai pendidik secara tidak formal. Pendekatan secara nyata dan tersurat boleh digunakan dalam pendidikan akidah. Misalnya, memperkenalkan cerita Rasul dan orang-orang soleh. Begitu juga dengan mendedahkan anak-anak kepada al-Quran atau tulisan jawi. Dengan ini pegangan agama dan akidah yang kuat, mereka boleh menghubungkan segala aspek kehidupan dengan pegangan akidah.
- Pendorong anak-anak
Ibu bapa bertindak sebagai pendorong kepada anak-anak. Mereka boleh menguatkan pegangan akidah dengan menyediakan segala kemudahan pembelajaran.
Mereka boleh menjawab persoalan yang dikemukakan anak-anak dengan mewujudkan suasana mesra di rumah. Ibu bapa adalah penghalang utama kepada pengaruh negatif yang mungkin menyerang kanak-kanak dari pelbagai sudut seperti bahan bacaan, hiburan dan keadaan sekeliling.
Di samping itu, ibu bapa bertindak sebagai penyampai maklumat atau ilmu. Ini kerana ibu bapa orang pertama yang dikenali kanak-kanak. Mereka hendaklah menyampaikan maklumat sepenuhnya mengenai Islam terutama akidah keimanan dan tatacara kehidupan seorang Muslim.
- Pendidikan kolektif
Kanak-kanak juga perlu mendapat pendidikan secara kolektif di rumah. Antaranya solat berjemaah, membaca al-Quran, makan bersama, lawatan ke tempat bersejarah yang ada hubungan dengan Islam, perbincangan atau sambutan hari kebesaran Islam.
Salah satu amalan yang boleh dilakukan pihak keluarga dan sekolah untuk kanak-kanak adalah solat berjemaah.
Setiap hari, pihak sekolah misalnya menyediakan suatu waktu supaya murid-murid dapat melaksanakan amalan solat secara berjemaah dengan bapa sebagai imam.
- Makan bersama
Anak-anak perlu dididik dengan amalan makan bersama ahli keluarga. Di samping menikmati hidangan bersama, ibu bapa boleh menggunakan kesempatan memberi nasihat sambil berbual dengan anak.
Ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan pada waktu berbuka puasa ketika Ramadan. Ini peluang yang baik memberi nasihat kerana semua ahli keluarga berkumpul untuk menanti waktu berbuka dan menikmati hidangan bersama.
Dalam sejarah dakwah Rasulullah, baginda pernah menjemput kaum keluarga baginda bagi menyampaikan seruan Islam.
- Lawatan ke tempat bersejarah
Satu lagi aktiviti yang boleh dijalankan oleh ibu bapa ialah lawatan ke tempat bersejarah. Hal ini bertepatan dengan ajaran al-Quran yang menganjurkan umatnya mengembara ke merata tempat bagi mengambil pengajaran dan menambah pengalaman hidup.
Anak-anak tidak sepatutnya dibiarkan terperap di dalam rumah sehingga membantutkan akal dan pemikiran mereka. Kata orang, banyak berjalan banyak pengalaman.
- Sambutan hari besar
Meraikan sambutan hari penting dalam kalendar Islam seperti Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban, permulaan puasa bulan Ramadan, tahun baru Hijrah, Maulidur Rasul dan sebagainya boleh mengeratkan hubungan anak-anak dengan Islam. Ia boleh membentuk jati diri anak-anak apabila kuatnya tautan mereka dengan ajaran agama.
Read more...
25 May 2009
Cara terbaik pelihara alam
Kesedaran kanak-kanak agar mencintai dan memelihara khazanah alam menerusi kempen pendidikan ekologi perlu ditingkatkan.
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my
HIDUPAN hijau yang paling berharga di negara kita kian pupus menyembah bumi. Semuanya angkara kerakusan manusia yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh-Nya.
Malah sikap angkuh manusia dalam memelihara dan mengekalkan ekologi dunia pada hari ini menjadikan kehidupan flora dan fauna terancam sekali gus menjejaskan habitat dan kawasan pembiakan.
Air sungai yang dahulunya jernih, bersih dan menjadi sumber utama untuk menyiram pokok kini semakin likat dengan sisa kumbahan dan sampah sarap.
Siapakah yang harus dipersalahkan? Di mana tanggungjawab kita sebagai manusia yang sepatutnya memulihara kehidupan alam semula jadi?
Walaupun pelbagai langkah telah disaran, namun kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan rakyat negara ini masih berada di tahap yang kurang memuaskan.
Menyedari hakikat itu, kafe Starbuck Coffee dan Wild Asia mengambil inisiatif menganjurkan program pendidikan ekologi khusus untuk golongan kecil.
Baru-baru ini, program yang berlangsung di Taman Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu menyaksikan seramai 30 kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun mengambil bahagian.
Bertemakan, Projek Hijau program tersebut memberi fokus pada sesi pembelajaran di luar bilik darjah dengan pendedahan mengenali ekosistem dan isu persekitaran semasa.
Di samping itu, mempelajari langkah-langkah menangani isu melibatkan pencemaran alam sekitar, para peserta turut diberi latihan untuk memelihara habitat alam semula jadi.
Menariknya, mereka berpeluang menikmati kejernihan air sungai sambil ditugaskan mengumpul spesies hidupan air yang terdapat di dalamnya.
Hasilnya, setiap kumpulan berjaya memperoleh pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan hijau dan hidupan air seperti paku-pakis, lumut, katak dan berudu.
Setelah masing-masing berjaya mengumpul semua tugasan yang diberi, fasilitator dari Wild Asia, Khing Su Li, memberi penjelasan mengenai kitaran hidup spesies berkenaan dan langkah menjaganya agar tidak pupus di tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tinjauan Kosmo! mendapati, para peserta begitu teruja dengan peluang yang diperoleh dan tekun menghabiskan setiap tugasan yang diberi.
Bukan itu sahaja, mereka turut didedahkan mengenai cara-cara menggunakan semula barang-barang terpakai seperti cawan kertas dan bahan-bahan promosi Starbuck Coffee.
Menurut Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Berjaya Starbuck Coffee Sdn. Bhd., Sydney Quays, program pendidikan persekitaran itu merupakan penganjuran kali pertama.
Objektif utama pelaksanaan program tersebut adalah menyampaikan mesej berguna kepada golongan muda agar memelihara khazanah alam.
"Mereka ialah pewaris bangsa, siapa lagi yang harus kita warisi selain daripada golongan muda seperti mereka.
"Aktiviti hijau ini diadakan bagi mendekatkan diri golongan muda mengenai langkah-langkah melindungi habitat alam dan mula berfikir mengenai gaya hidup habitat tersebut
"Berdasarkan program yang dijalankan ini, ia sememangnya memberi impak positif kepada diri peserta, selain meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar," ujarnya sambil menegaskan bahawa golongan ini sepatutnya diberi pendedahan yang cukup supaya mereka mengerti asas-asas kepentingan menjaga flora dan fauna agar tidak pupus di pihak tertentu yang kurang prihatin terhadap nasib alam sekitar.
Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Wild Asia, Dr. Reza Azmi berkata, Projek Hijau tersebut merupakan antara program paling bernilai buat generasi muda seperti kanak-kanak.
"Pelaksanaan program ini dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dan kesedaran golongan kecil terhadap habitat hijau di bumi ini.
"Kehadiran peserta membawa satu misi dan azam yang sama iaitu harapan dapat berkongsi dan menimba pengalaman baru dalam mempelajari selok-belok kepentingan memelihara alam semula jadi dan habitat di sekeliling mereka.
"Ia secara tidak langsung dapat memupuk sifat kreatif, mengasah komunikasi dan kemahiran pengurusan bekerja satu kumpulan yang efektif dalam kalangan generasi muda," jelasnya sambil memberitahu menerusi program itu, para peserta juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang datang dari daerah yang berbeza.
KANAK-KANAK didedahkan punca berlakunya pencemaran sungai.
"Berdasarkan program yang dijalankan ini, ia sememangnya memberi impak positif kepada diri peserta, selain meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar," ujarnya sambil menegaskan bahawa golongan ini sepatutnya diberi pendedahan yang cukup supaya mereka mengerti asas-asas kepentingan menjaga flora dan fauna agar tidak pupus di pihak tertentu yang kurang prihatin terhadap nasib alam sekitar.
Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Wild Asia, Dr. Reza Azmi berkata, Projek Hijau tersebut merupakan antara program paling bernilai buat generasi muda seperti kanak-kanak.
"Pelaksanaan program ini dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dan kesedaran golongan kecil terhadap habitat hijau di bumi ini.
"Kehadiran peserta membawa satu misi dan azam yang sama iaitu harapan dapat berkongsi dan menimba pengalaman baru dalam mempelajari selok-belok kepentingan memelihara alam semula jadi dan habitat di sekeliling mereka.
"Ia secara tidak langsung dapat memupuk sifat kreatif, mengasah komunikasi dan kemahiran pengurusan bekerja satu kumpulan yang efektif dalam kalangan generasi muda," jelasnya sambil memberitahu menerusi program itu, para peserta juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang datang dari daerah yang berbeza.
AKTIVITI ini mendekatkan lagi diri kanak-kanak dengan alam sekitar.
Dalam pada itu, ibu peserta, Malina Shafiee, 32, berkata, pelaksanaan program sebegitu mampu meningkatkan tahap motivasi golongan muda, khususnya kanak-kanak.
"Bersikap berani dan berfikiran terbuka antara kesan yang boleh dicapai para peserta dalam program ini.
"Keperluan memelihara alam sekitar amat penting untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja kerana zaman kini sudah memasuki era teknologi canggih. Jadi, kita perlu tahu tentang pemuliharaan dan kesannya kepada manusia.
"Malah, ia juga penting untuk menambah pengetahuan anak saya dalam kehidupan dunia sekarang yang canggih dan moden," ujarnya yang merupakan salah seorang pelanggan tetap Starbuck Coffee.
Sementara itu, bapa peserta, Lo Keng Lai, 30 memberitahu, latihan yang dianjurkan itu telah mengubah personaliti anaknya iaitu daripada seorang yang pemalu kepada seorang yang periang.
"Sebelum ini, dia hanya mengenali rakan-rakan yang paling rapat sahaja, tetapi dengan menyertai program latihan ini, anak saya dapat berinteraksi dengan lebih baik bersama rakan-rakan lain," ujarnya.
Menurutnya, dengan mengadakan aktiviti berkumpulan, ia memberi petunjuk kepada diri kanak-kanak untuk membina jati diri remaja yang lebih berdedikasi.
Read more...
24 May 2009
Santapan Minda Pagi Ahad
Sumber :Oleh AMREE AHMAD (KOSMO)
Kawasan perkuburan, rumah tinggal, tempat penyembelihan haiwan dan lokasi kejadian bunuh dikenal pasti paling tinggi dengan aktiviti hantu. Mungkinkah lokasi terbaru adalah lebuh raya berikutan kemunculan misteri hantu kebaya merah di Gurun, Kedah?
MUNGKIN ada yang tersenyum menonton iklan terbitan Proton yang memaparkan adegan puntianak ditegur ibunya kerana tidak memakai tali keledar penumpang belakang.
Akibatnya dia terhumban ke jalan raya apabila pemandu wanita kereta Proton itu terkejut sewaktu menekan brek kecemasan.
Iklan 30 saat itu cukup popular sekitar akhir 2007 kerana ia dipaparkan dalam bentuk lucu biarpun sekadar kempen kerajaan berhubung kesedaran pemakaian tali pinggang keledar.
Ironi, ramai pasti seram sejuk jika paparan sedemikian adalah realiti dalam kehidupan sebenar.
Namun ada juga yang pesimis kononnya hantu tidak wujud dan sekadar mainan perasaan semata-mata. Malah berdasarkan rekod saintifik, belum pernah ada manusia mati akibat dibunuh oleh hantu.
Terbaru, kawasan Gurun di Kedah mendapat perhatian ramai ekoran pendedahan beberapa pihak yang mendakwa melihat hantu hingga mereka terlibat dalam kemalangan.
Anehnya, lembaga eksentrik itu dikenali berdasarkan jenis pakaiannya - baju kebaya merah.
Kisahnya bertambah menarik apabila 'wanita kebaya merah' itu dipercayai roh jelmaan mangsa kemalangan maut yang tidak tenteram.
Kawasan lebuh raya makhluk itu berlegar kebetulan pernah mencatatkan banyak nahas ngeri suatu ketika dulu.
"Hakikatnya sejak dulu lagi manusia mudah takut kepada hantu akibat pengaruh filem cereka yang sebetulnya tidak berasaskan logik," jelas Ketua Penyelidik Kumpulan Pengkaji Paranormal terkenal tempatan atau PSI, Syed Abdullah Hussien Alattas.
Popular dengan gelaran Uncle Seekers, beliau mendedahkan Malaysia kemungkinan besar ialah negara yang paling banyak memiliki hantu.
Lebih menarik, perkara itu disahkan pula ramai pengkaji Barat berdasarkan kepada buku tulisan mereka sejak tahun 1896 hingga 1960-an.
Peliknya dalam tempoh kurang 100 tahun itu, ribuan buku penulis asing bercakap mengenai hantu di Malaysia mendedahkan negara kita 'mewah' dengan lebih 700 jenis hantu. Itu setakat jumlah yang baru sahaja dikenal pasti dan didaftarkan di dalam katalog.
"Angka sebenar mungkin banyak lagi tetapi mujur Malaysia selepas dibentuk pada 1963, menyaksikan semakin kurang penulisan ilmiah berkaitan hantu.
"Jika tidak tentu jumlah hantu negara kita sudah mencecah lebih 1,000 jenis," terang beliau dalam nada berseloroh.
Mengulas mengenai kepercayaan kepada hantu, masyarakat Orang Asli dikenal pasti paling tinggi memiliki jumlah hantu.
Ini berkait rapat dengan faktor kehidupan mereka yang banyak bergantung kepada alam sekeliling kerana mereka tinggal di dalam hutan.
Manakala kaum Melayu, ujar Syed Abdullah, tidak ketinggalan mempercayai sejumlah besar hantu, menjadikan mereka sebagai bangsa bertamadun moden yang 'meriah' dengan pelbagai makhluk halus.
Setakat ini, bilangan hantu dalam masyarakat Melayu dianggarkan ada 300 jenis.
Ini berdasarkan kajian beliau selama 19 tahun sejak 1989 dengan sokongan 17 penyelidik tetap dan 26 lagi separuh masa yang membentuk kumpulan PSI.
Mereka turut mendapat bantuan daripada sembilan bomoh dan 85 sukarelawan yang menjelajah ke seluruh negara.
Tidak hairanlah tema hantu juga menjadi pilihan pembikin filem genre seram bermula dengan Pontianak pada 1957 membawa kepada 33 filem. Antaranya Sumpah Orang Minyak (1958), Badang (1962), Si Tora Harimau Jadian (1964), Puaka (1974) dan Toyol (1981).
Namun, hantu biarpun sering dikaitkan dengan orang mati tetapi berdasarkan tinjauan Uncle sendiri ke atas bilik mayat Hospital Kuala Lumpur mendapati para petugasnya langsung tidak bimbang diganggu oleh makhluk halus itu walaupun bekerja keseorangan pada lewat malam.
Jurnal yang sempat menemu bual beberapa pekerja mortuari awam di sebilangan hospital kerajaan turut terkejut melihat mereka bertugas seperti biasa. Bagi individu terbabit, tiada apa yang perlu ditakutkan apatah lagi momokan hantu.
Mengarutlah, mana mungkin orang mati boleh hidup!" Itu jawapan standard mereka.
Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, ada juga yang mengamalkan petua tertentu seperti membaca ayat Kursi selain tidak takbur dan yang penting, jangan panik!
"Mungkin sudah biasa bertugas di situ namun pemerhatian pasukan saya menunjukkan tiada aktiviti paranormal di sekitar bilik mayat atau kejadian aneh meskipun dipenuhi dengan ribuan mayat termasuk yang mati dibunuh, lemas atau terbakar," terang beliau lagi.
Bagaimanapun, pada umumnya kawasan perkuburan dan jirat Cina merupakan tempat paling banyak aktiviti hantu dicatatkan diikuti rumah tinggal atau bangunan terbiar lama, tempat penyembelihan haiwan ternakan, lokasi kejadian bunuh dan langgar lari mati.
Bercakap mengenai makhluk halus, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelaskan bahawa umat Islam perlu mempercayai kewujudan hantu sebagai ciptaan Allah berpandukan kepada pelbagai dalil al-Quran dan hadis Nabi.
"Namun Islam sebagai agama yang lengkap berasaskan sumber kitab Allah dan sunah Rasulullah mendidik umatnya menitikberatkan soal ilmu.
"Ini bermakna kita perlu melakukan banyak kajian tertentu berhubung kehadiran hantu di alam dunia," katanya.
Justeru beliau merujuk usaha pihak tertentu menggunakan teknologi canggih untuk mengesan makhluk halus yang boleh dianggap sebagai pendekatan sesuai bagi mendedahkan masyarakat dengan kewujudan hantu secara ilmiah selain memperbetulkan salah tanggapan umum selama ini
Read more...
23 May 2009
22 May 2009
Bersenamlah setiap hari
SHEIKH MUSZAPHAR menyarankan orang ramai supaya bersenam setiap hari, selain menjaga pemakanan mereka
Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
fatiminadiah.zainudeen@kosmo.com.my
Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor, mengajak orang ramai bersenam dengannya di Taman Rekreasi Taman Jaya, Petaling Jaya, Ahad ini.
ANGKASAWAN Negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor, 36, belum melupakan bidang ortopedik yang sebelum ini giat diburunya.
"Memang artritis tidak membunuh, tetapi ia penyakit degeneratif. Ia menjadi semakin teruk seiring dengan peningkatan usia. Saya pernah berjumpa dengan pesakit yang menghidap artritis dan sudah menjalani dua pembedahan lutut. Kini dia tergolong dalam kelompok OKU. Baru dia pelajari betapa susahnya menjadi OKU di Malaysia.
"Rugi kalau sakit semasa usia sudah meningkat. Waktu itulah kita hendak menikmati kehidupan dengan keluarga. Sekarang pula sudah ada yang hidap artritis pada umur semuda 30 tahun," ujar Sheikh Muszaphar yang menekankan penyakit tulang ini lebih berisiko tinggi di kalangan wanita.
Kalau sendi terasa kaku atau sakit, pesan Sheikh Muszaphar, segeralah berjumpa doktor kerana artritis boleh dirawat. Kalau ditangguh, kos pembedahan untuk penyakit ini boleh mencecah sehingga RM18,000 di pusat rawatan swasta dan RM4,000 di pusat rawatan awam iaitu satu angka yang nyata membebankan.
Bagaimanapun katanya, pencegahan merupakan penyelesaian yang terbaik.
"Bersenam sepatutnya dilakukan setiap hari, bukan sekali seminggu. Ia juga perlu konsisten dan berterusan, selain menjaga pemakanan seperti mengelakkan makanan berminyak, terlalu manis atau bersantan," kata Sheikh Muszaphar yang terkilan dengan jawapan 'tidak cukup masa' daripada kebanyakan orang memandangkan beliau masih berkesempatan untuk melakukannya pada penghujung setiap hari.
"Saya pasti semua orang sibuk dengan kerja dan rumah tangga, tetapi kesihatan sepatutnya menjadi keutamaan," ujarnya yang mengamalkan gaya hidup aktif sejak kecil.
Dididik minum susu dan mengambil lebih banyak protein oleh ibunya, Sheikh Muszaphar pernah menjadi perenang negara di samping bermain pelbagai jenis sukan sewaktu di bangku sekolah dan terlibat dalam bidang peragaan. Bukti paling hebat yang pernah dicapai sehingga kini, tentulah menjadi angkasawan negara yang perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seoptimumnya.
Disebabkan keprihatinan terhadap kesihatan tulang itu jugalah Sheikh Muszaphar memilih untuk menyokong Larian Amal Kordel's - Yayasan Artritis Malaysia 2009 yang bakal berlangsung pada 24 Mei ini di Taman Rekreasi Taman Jaya, Petaling Jaya pada pukul 7 pagi.
"Acara keluarga yang turut disertai Yayasan Artritis Malaysia (AFM) itu ialah salah satu cara untuk mendekati orang ramai dan berkongsi dengan mereka tentang penyakit ini. Tambahan, ramai penghidap yang tidak tahu ke mana hendak dituju dan untuk bertanya soalan, jadi inilah peluang mereka," jelasnya.
Malah, Sheikh Muszaphar juga bersetuju dengan acara berbentuk larian beramai-ramai ini.
"Bukan saja ia memberi peluang kepada orang ramai untuk bersosial, tetapi juga untuk orang ramai bersenam. Lebih ramai, lebih seronok. Seharusnya penghidap melakukan senaman berimpak rendah seperti berjalan perlahan seperti ini atau berenang (untuk mengurangkan kesan artritis) selain mengambil ubat-ubatan. Mengambil ubat atau suplemen semata-mata tidak memadai untuk mengembalikan kesihatan tulang," ujarnya yang mengakui ada mengambil suplemen seperti vitamin dan kalsium.
Jika wanita hari ini lebih cenderung untuk meneroka gedung membeli-belah berbanding berkunjung ke gimnasium, komen Sheikh Muszaphar: "Ia tentunya lebih baik daripada melepak di rumah dan menonton televisyen. Tetapi pakailah kasut yang bersesuaian."
Pemilik bersama restoran Rebung di Bangsar, Kuala Lumpur ini yang mengakui rindu hendak menjalankan pembedahan berkata, dia juga tidak akan melupakan pengajian yang terpaksa ditangguhkan sebelum ini.
"Walaupun sekarang saya terikat dengan program Angkasawan, saya masih (bekerja) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selepas tamat program ini saya akan sambung semula pengajian peringkat sarjana dalam bidang pembedahan ortopedik yang terpaksa saya tinggalkan sebelum ini," luahnya.
Malah, Sheikh Muszaphar juga sudah merangka untuk menunaikan impiannya untuk bekerja di Afrika selama dua tahun dan menjadi seorang juruterbang menjelang 2013.
"Saya mahu mencuba banyak benda. Saya tak mahu menutup mana-mana pintu peluang mahupun mengatakan tidak mempunyai masa (yang cukup)," ujarnya.
Read more...
Perlu rasa seronok ketika belajar
PELAJAR menggunakan pelbagai cara mencari ilmu dan meraih kejayaan. Mereka yang bercita-cita besar akan memberi fokus mencapai matlamat hidup.
Ada pelajar yang mengomel, mereka belajar bersungguh-sungguh, tetapi tidak dapat memberi sepenuh tumpuan.
Bahkan ada yang mengatakan dia terlalu fokus, tetapi gagal memberi tumpuan sepenuhnya.
Berikut ini adalah petua yang dapat dimanfaatkan dalam mempersiapkan diri menghadapi ujian sama ada kecil atau besar.
Jika ada cara tersendiri, mungkin panduan berikut berguna buat ibu bapa memacu anak-anak dalam menentukan kejayaan menerusi pembelajaran
Belajar berkumpulan (berkelompok)
Belajar berkumpulan atau berkelompok dapat menjadi kegiatan belajar menjadi lebih menyenangkan kerana ditemani rakan atau di rumah sendiri sehingga kelihatan lebih santai.
Namun, orang dewasa atau keluarga masih ada dan mengawasi seperti kakak, saudara-mara, adik-beradik atau orang tua supaya objektif belajar itu tidak disalah guna.
Jika belajar berkumpulan ada baiknya mengajak teman yang pandai dan rajin belajar supaya mereka yang tidak pandai dapat memanfaatkan kepintaran teman yang pandai.
Dalam belajar berkelompok kegiatannya adalah membahas pelajaran yang belum difahami semua atau menggunakan kaedah mengupas persoalan yang sudah dikemukakan guru mahupun belum dijelaskan guru.
Rajin membuat catatan atau ringkasan
Sebahagian penting daripada pelajaran sebaiknya dibuat catatan di kertas atau buku kecil yang dapat dibawa ke mana-mana sehingga dapat dibaca di mana pun anda berada. Namun, catatan itu jangan disalahgunakan untuk tujuan meniru kerana merugikan diri sendiri.
Membuat perencanaan yang baik
Untuk mencapai suatu tujuan biasanya diiringi perencanaan yang baik. Oleh itu ada baiknya membuat rencana belajar dan rencana pencapaian penilaian untuk mengetahui apakah kegiatan belajar yang dilakukan sudah maksimum atau perlu ditingkatkan.
Sesuaikan sasaran pencapaian dengan kemampuan yang anda miliki. Jangan mensasarkan yang nombor satu jika dalam keseluruhan kelas anda dalam kelas terakhir. Buat susunan jadual belajar dengan memberi fokus kepada subjek yang lemah. Buatlah jadual belajar yang baik.
Disiplin ketika belajar
Apabila anda membuat jadual belajar, hendaklah dilakukan dengan penuh disiplin. Contohnya seperti belajar tepat waktu dan serius tidak main-main. Jika waktu makan, mandi dan ibadah, jangan ditunda-tunda lagi.
Teruskan susulan belajar sesudah melakukan kegiatan itu jika waktu belajar belum habis dan jangan bermain dengan rakan-rakan atau permainan yang boleh merosakkan konsentrasi belajar.
Sebaiknya kegiatan bermain juga dijadualkan dengan waktu yang cukup panjang namun tidak mengganggu jika dilakukan sebelum waktu belajar.
Jika bermain video game, pilih game yang mendidik dan tidak menimbulkan rasa bosan, kekecewaan yang keterlaluan jika anda kalah teruk.
Aktif bertanya dan ditanya
Jika tidak faham, tanya guru, teman atau orang tua. Jika bertanya, tanyalah secukupnya dan jangan pula menguji orang yang ditanya.
Tawarkan teman untuk bertanya kepada perkara yang belum dia fahami. Semakin banyak ditanya, anda semakin ingat dengan jawapan dan apabila tidak tahu jawaban yang betul, anda dapat membahasnya bersama-sama dengan teman.
Belajar dengan serius dan tekun
Ketika belajar di kelas, dengar dan catat apa yang guru jelaskan. Catat amat penting kerana ada kalanya perkara itu tiada dalam buku.
Ketika ada kesempatan, baca kembali catatan yang dibuat dan hafalkan sambil memahami. Jika merasa mantap dengan suatu pelajaran, uji diri sendiri dengan soal itu. Pelajari kembali soal-soal yang salah dijawab.
Hindari belajar berlebihan
Andai waktu ujian sudah dekat, ramai yang panik apatah lagi jika belum ada persiapan rapi. Jalan pintas yang sering dilakukan pelajar yang belum siap adalah dengan belajar hingga larut malam.
Sebaiknya ketika menempuh ujian, tidur tepat waktunya kerana jika tidak akan berlaku sesuatu yang buruk menyebabkan anda hilang tumpuan atau mengantuk.
Jujur ketika menjalani ujian
Hindari meniru ketika menghadapi peperiksaan. Meniru dapat membuat sifat curang dan pembohong. Jika perbuatan meniru diketahui guru, ia pasti berakhir dengan perkara yang tidak disenangi.
Emel Artikel Cetak Artikel
Read more...
21 May 2009
Uruskan masa dengan baik
SEKIRANYA pengurusan masa dijadikan amalan harian, kita berpeluang menambah masa dengan melakukan sesuatu perkara. - Gambar hiasan
Sumber : KOSMO
APABILA dinasihati menambah simpanan bulanan sambil melakukan pekerjaan sementara, pasti kebanyakan daripada kita akan mengeluh bahawa tiada masa yang cukup. Oleh itu, kaedah terbaik yang perlu dilakukan adalah dengan menguruskan masa dengan baik dan bijak. Ini kerana, apabila pengurusan masa dilakukan dengan sebaik mungkin dan penuh disiplin, pengurusan hidup kita akan berjalan dengan lancar.
Sekiranya pengurusan masa yang baik dijadikan amalan setiap hari, kita dapat menambah masa untuk melakukan sesuatu perkara. Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana kita dapat menambah masa, sedangkan semua orang mempunyai masa 24 jam dalam sehari. Caranya adalah seperti berikut:
Jika kita merupakan seorang yang biasa tidur melebihi lapan jam sehari, sampailah masanya untuk kita melakukan satu pengorbanan.
Mulai esok, kita mulakan setiap hari dengan bangun tidur satu jam lebih awal daripada biasa.
1 jam x 30 hari = 30 jam tambahan. (24 jam + 6 jam)
Ini bermakna, kita mempunyai satu hari tambahan dalam sebulan dan masih ada enam jam tambahan yang boleh kita gunakan untuk melakukan apa sahaja yang kita gemar.
Tentu anda berasa gembira dengan keputusan masa itu. Ini kerana, anda dapat meluangkan lebih banyak masa dengan melakukan pelbagai kerja-kerja tambahan seperti melakukan kerja tambahan di pejabat untuk menambah pendapatan atau membuka kedai bagi menarik ramai pelanggan.
Lima prinsip pengurusan masa.
1) Tanggungjawab
Kita hendaklah memikul tanggungjawab sepenuhnya cara kita menghabiskan masa seharian.
2) Naluri
Kita hendaklah mempercayai gerak hati kita. Kadangkala terdetik di hati agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang akan membawa kepada pembaziran. Oleh itu, percayalah pada hati apabila ia mula berdetik.
3) Bina sistem pengurusan masa
Apa kata kita membina sendiri sistem pengurusan masa khusus untuk diri sendiri. Ini bermakna, masa yang dibina itu dipenuhi dengan melakukan kerja-kerja yang penting atau munasabah. Perkara-perkara yang kurang penting boleh diagihkan kepada ahli keluarga yang lain seperti isteri atau suami, anak-anak atau ahli keluarga lain. Pada setiap akhir minggu, kita perhatikan semula tugas-tugas mingguan yang telah dilaksanakan dan tandakan sama ada kita suka atau tidak. Apabila kita perhatikan penjimatan masa yang dilakukan pada setiap bulan, secara tidak langsung masa untuk menambahkan pendapatan juga akan meningkat.
4) Merasai kejayaan
Apabila sistem di atas menunjukkan tanda-tanda positif, kita hendaklah merasakan kejayaan ini dan kongsi rahsia dengan insan yang tersayang atau rakan-rakan di pejabat.
5) Peluang orang lain
Perkara yang perlu disedari adalah kita tidak boleh melakukan semua kerja seorang diri. Kadangkala kita harus sedar bahawa kita perlu melepaskan kerja-kerja ini dan berikan peluang kepada orang lain.
Kita adalah insan paling bertuah pada zaman ini. Kita bukan sahaja berjaya memperoleh bantuan dari segi kewangan, pendidikan, dan kemahiran, malah kita boleh menentukan naik dan turun keadaan hidup diri sendiri.
Walau apa pun kerjaya yang dilakukan, pengurusan masa yang baik dapat membantu meningkatkan pendapatan sampingan.
Read more...
20 May 2009
Asuh anak hormati orang tua
Gambar Hiasan
RASA kurang hormat anak terhadap ibu bapa semakin terhakis seiring dengan pengaruh persekitaran dan rakan. Justeru, ibu bapa perlu menerap nilai murni supaya mereka membesar sebagai insan yang bersopan dan berakhlak.
Berikut panduan berguna kepada ibu bapa dan anak dalam membentuk akhlak yang mulia:
Salam dan cium tangan kedua-dua ibu bapa pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur atau pada waktu lain yang munasabah.
Doakan keampunan bagi mereka seperti doa: "Ya Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mereka mengasihaniku sejak kecil dulu."
Tidak masuk ke kamar ibu bapa sebelum mendapat keizinan mereka.
Meminta izin daripada ibu bapa apabila hendak keluar rumah.
Tidak melunjurkan kaki ketika duduk di hadapan ibu bapa.
Tidak tidur atau berbaring, sementara ibu bapa duduk melainkan mendapat izin mereka.
Tidak memotong percakapan ibu bapa terutama ketika kedua-duanya berbual mengenai sesuatu perkara sama ada secara serius atau sebaliknya.
Tidak duduk di tempat yang lebih tinggi sedangkan ibu bapa duduk di bawah.
Tidak lalu atau melintas di hadapan orang tua kecuali meminta keizinan.
Menjawab panggilan ibu bapa dengan segera walaupun anda melakukan amalan sunat.
Segera melakukan suruhan dan patuh meninggalkan larangan.
Jangan mengejutkan ibu bapa dengan tujuan mengusik atau bergurau kerana cara sedemikian dianggap agak keterlaluan.
Tidak berjalan mendahului mereka pada siang hari, tetapi boleh pada waktu malam.
Tidak menjamah hidangan makanan sebelum ibu bapa mendahuluinya dan tidak memanjangkan tangan untuk mengambil makanan di hadapan mereka.
Berbincang segala masalah tanpa mengetepikan ibu bapa dalam urusan hidup.
Read more...
18 May 2009
Virus kini lebih pintar
Sebanyak 5,000 virus telah ditemui di seluruh dunia namun ada juga virus yang memberi kebaikan kepada manusia
Sumber: MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
lutfi.abdulrahim@kosmo.com.my
PAKAR virologi Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Siti Suri Arshad, 46, telah lebih 20 tahun terlibat dengan pengkajian virus penyakit pada haiwan terutama ayam dan arnab.
Jadi, apabila wabak influenza A (H1N1) melanda dunia kini, beliau sudah menjangkakan keadaan itu. Wabak ini pada mulanya dikatakan berpunca daripada babi di Mexico.
Selepas merebak ke 34 buah negara dan mencatatkan hampir 7,300 kes termasuk 65 kematian, H1N1 dikesan di Malaysia minggu ini.
Mangsa pertama itu dipercayai seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari New York, Amerika Syarikat, Rabu lalu.
Kini mangsa ditempatkan di Hospital Sungai Buloh sejak dan keadaannya dilaporkan stabil.
Menurut Siti Suri, pengkajian beliau khusus kepada virus yang menyebabkan kematian, mencacatkan pertumbuhan serta mencari vaksin penawar bagi haiwan terbabit.
Namun beliau sangat khuatir wabak penyakit yang disebabkan oleh virus.
"Virus ialah organisma yang bergantung kepada perumah untuk terus hidup.
"Malah sekarang terdapat 80 famili virus dengan 5,000 jenis. Banyak lagi masih belum dikesan terutama disebabkan influenza yang mampu menyebarkan penyakit kepada manusia," ujarnya.
Sifat virus yang sering berubah-ubah telah menyukarkan pencarian vaksin kepada wabak yang melanda. Kerana itulah ada orang menganggap virus kini 'lebih pintar' malah boleh melepasi pemeriksaan ketat di lapangan terbang!
Bagaimanapun, kemajuan dalam bidang perubatan moden memudahkan pengkaji perubatan mengenal pasti virus dengan lebih cepat.
"Mengesan virus secara konvensional mengambil masa selama sebulan tetapi kini dalam masa dua hingga tiga jam sahaja. Kaedah lama ialah percambahan virus dalam sel hidup (tisu kultura atau dari telur).
"Kini ujian pantas kaedah reaksi perubahan polineras masa sebenar (PCR) memudahkan kita melihat reaksi tisu sampel serta kehadiran virus berdasarkan graf komputer.
"Jika graf naik, ia menunjukkan ada virus dikesan dan begitulah sebaliknya," katanya.
Siti Suri menambah, terdapat beberapa kaedah lain untuk mengenal pasti virus iaitu antigen (virus itu sendiri) dan kaedah morfologi menggunakan mikroskop elektron.
Beliau tidak menolak haiwan liar dan serangga berupaya membawa mikroorganisma berbahaya kepada manusia.
"Pembukaan hutan untuk industri, perumahan dan perladangan mendedah manusia kepada hidupan liar.
"Patogen yang ada di dalam badan haiwan boleh menyebabkan penyakit pada manusia.
"Sebagai contoh, Virus Nipah yang berasal daripada kelawar menyebabkan penyakit pada manusia melalui perantaraan babi dan juga mereka yang terlibat dengan babi itu sendiri.
"Faktor demografi haiwan dan manusia, perubahan cuaca, patogen yang berubah-ubah dan perubahan dalam amalan perladangan turut membawa kepada penyakit ini," ujarnya.
Beliau memberitahu, kumpulan subviral yang lebih ringkas daripada virus juga berbahaya. Agen subviral hanya mempunyai sama ada asid nukleik atau protein.
"Agen subviral ini boleh menyebabkan penyakit lembu gila. Manusia yang memakan daging lembu tercemar boleh mengalami kerosakan pada sel otak dan mengakibatkan gangguan saraf yang teruk," katanya.
Kebaikan virus
Virus juga mempunyai kebaikan kepada manusia.
"Bacteriophage (virus yang membunuh bakteria) digunakan sebagai vektor untuk terapi gen bagi penyakit Parkinson.
"Virus tidak merosakkan sel tetapi terus membiak bersama dengan gen perumah. Ia menukarkan gen virus berbahaya menyebabkan gen cacat pesakit diperbetulkan," ujar Siti Suri.
Katanya lagi, virus Vesicular stomatitis (VSV) pula boleh digunakan untuk merawat kanser yang dimasukkan ke dalam sel darah putih jenis Tsel yang bertindak sebagai 'pemburu kanser'.
"Ia berperanan menjejak dan membunuh sel barah dalam nodus limpa, hati, dan limpa tanpa menjejaskan sel normal spleen," katanya.
Prof. C.T Tan, 55, pakar perubatan dari Universiti Malaya yang mempunyai pengkhususan dalam kajian otak manusia adalah seorang lagi 'pemburu virus' yang aktif di negara ini.
Beliau ialah salah seorang daripada kumpulan saintis perubatan Universiti Malaya (UM) yang mengenal pasti virus Nipah.
"Bayangkan anda menyelamatkan ratusan nyawa manusia apabila satu wabak melanda pada September 1998 dan Jun 1999 di kawasan penternakan babi di Perak, Negeri Sembilan serta Selangor.
"Sebanyak 265 orang individu dijangkiti dan mengakibatkan 105 kematian. Jika kita tidak mengenal pasti dengan cepat mungkin wabak ini akan mengakibatkan jumlah kematian yang lebih besar.
"Malah ramai menyangka wabak ini disebabkan oleh Japanese Ensefalitis (JE) tetapi punca sebenarnya ialah virus Nipah bawaan kelawar yang terus menyerang otak manusia.
"Mangsa akan mengalami sakit kepala yang teruk, sawan, loya dan demam panas," katanya.
Untuk mengenal pasti penyakit seseorang, kaedah Pengimejan Resonan Magnetik digunakan untuk mengesan bahagian otak pesakit yang terjejas.
Kemudian ujian serologi iaitu kajian tentang serum darah dan juzuk-juzuk khususnya sumbangan kepada perlindungan tubuh menentang penyakit dilakukan.
Ini untuk mengenal pasti antibodi yang menentang virus serta menentukan sama ada seseorang itu dijangkiti virus atau tidak.
"Namun saya begitu khuatir dengan penyebaran wabak disebabkan oleh virus selesema yang menyebabkan banyak kematian dan memberi kesan ekonomi yang teruk.
"Bayangkan kesan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang berlaku di Asia dahulu apabila tersebar ia kepada manusia," ujar Tan.
Kuasa membunuh yang menakutkan
Bagi pakar virologi terkenal dan juga bekas pengarah Pusat Influenza Kebangsaan (Malaysia) WHO, Prof. Emeritus Datuk Dr. Lam Sai Kit, 66, minatnya untuk mengkaji virus tercetus apabila mendapati virus berbeza daripada bakteria dan mempunyai kuasa membunuh yang menakutkan.
"Malah kesukaran mencari penawar virus menyebabkan saya menyambung pengajian di universiti di Australia dengan mengutip pengalaman daripada pakar virologi terkenal di sana.
"Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah semasa menyiapkan projek sarjana. Bagi melaksanakan tugasan itu saya dihantar ke sebuah kawasan hutan di Papua New Guinea untuk mengkaji virus baru di kalangan haiwan liar.
"Bayangkan di hutan tebal kita tidak biasa dengan persekitarannya. Namun apabila Universiti Malaya membuka Fakulti Perubatan saya ditawarkan menjadi pakar virologi," katanya kepada Jurnal.
Dr. Lam memberitahu, beliau suka mencabar diri mengenal pasti virus yang menyebabkan penyakit kepada pesakitnya.
"Beribu-ribu ujian dilakukan seperti wabak denggi EV71 encephalitis yang bermula di Malaysia Timur pada 1997, Chikungunya pada 1998 dan virus Nipah pada 1999.
"Malah kita berbangga kerana penyelidik negara kita sendiri yang menemui Virus Nipah serta membantu negara lain seperti Bangladesh yang sedang menghadapi wabak itu kini," katanya.
Namun Dr. Lam melahirkan kebimbangan tidak ramai saintis perubatan yang minat mengkaji virus.
"Virus sendiri banyak merebak contohnya virus H1N1. Baru kita mencari vaksin bagi virus selesema burung yang baru pula timbul. Malah tiada vaksin ditemui bagi kes demam denggi selain vaksin HIV.
"Realitinya penyakit mampu merebak dengan pantas dan kini satu kes H1N1 dikesan di Malaysia.
"Kerana itu perlunya kajian berterusan dan melahirkan ramai lagi pakar virus untuk kebaikan sejagat," katanya.
Read more...
17 May 2009
Murid Zaman Teknologi Cabar Kemahiran Guru
Muhyiddin melihat medal Tokoh Guru Kebangsaan 2009, Seng Tiong (tiga dari kanan) selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuala Terengganu semalam. Turut kelihatan ialah (dari kiri) Abdul Rahim, Ahmad Said, Alimuddin dan Shahul Hamid
Sumber: KOSMO
KUALA TERENGGANU – Guru hari ini berdepan dengan tugas jauh lebih mencabar kerana kebanyakan pelajar lebih bijak ekoran terdedah kepada kemajuan teknologi terkini.
Ia diakui sendiri oleh tiga Tokoh Guru Kebangsaan 2009, Datuk Abdul Rahim Tahir, 63, Phua Seng Tiong, 64, dan Shahul Hamid Mydin Shah, 60.
Bagi Shahul Hamid, untuk menjadi pendidik berjaya, guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan mengetahui peranan masing-masing dalam mendidik pelajar.
“Meskipun peranan guru dalam mendidik pelajar semakin mencabar, itu adalah satu perkara yang biasa sekiranya mereka menganggap murid-murid seperti anak sendiri.
MUHYIDDIN melawat gerai pameran Kumpulan Utusan sambil diperhatikan Pengerusinya, Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin (belakang, dua dari kiri) di Kuala Terengganu semalam.
“Guru perlu menjalankan tugas dengan baik terutama dalam menyatupadukan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini semalam.
Penganugerahan Tokoh Guru Kebangsaan 2009 itu membolehkan ketiga-tiga tokoh guru berkenaan menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta hadiah iringan, pingat emas dan sebuah plak setiap seorang.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Read more...
16 May 2009
Kucup anak setiap hari
ANAK adalah harta yang tidak ternilai dalam rumah tangga.
Justeru, Islam memerintahkan ibu bapa menanamkan nilai murni dalam diri anak sebaik saja mata si kecil terbuka melihat dunia.
Di zaman serba mencabar ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran anak-anak.
Pakar dalam perilaku kanak-kanak, Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak, lakukan panduan ini:
Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan kurang baik akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.
Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan
Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia membuatkan anak lebih yakin.
Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian, ciuman hadiah atau senyuman.
Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.
Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibu bapa mereka.
Dengar cerita anak anda. Tunggu giliran anda untuk bercakap.
Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.
Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.
Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka.
Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.
Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
Terimalah keadaan anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.
Emel Artikel Cetak Artikel
Read more...
Selamat Hari Guru -"Guru Pembina Negara Bangsa"
Warga SK Pegoh mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua warga pendidik di mana sahaja anda berada.
Tema hari guru
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
Read more...