Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






25 November 2008

Wirawati-Wirawati SK Pegoh !

'Kegembiraan kami bukan kepalang. Segala penat lelah hilang, meraih 5A bukannya senang. Segala-galanya memerlukan pengorbanan,kini impian menjadi kenyataan.' Itulah luahan rasa tiga murid Tahun 6 SK Pegoh yang berjaya meraih 5A dalam Peperiksaan UPSR 2008.

Keputusan yang diumumkan pada 13 November lalu ternyata mengubah segala-galanya.Perasaan gembira terpancar di wajah Nur Ainina Nabilah,Nurul Nabila dan Syafinaz Zulaika.Menurut mereka segala usaha gigih yang dilakukan selama ini membuahkan hasil. Banyak membuat ulangkaji dan latihan,menghadiri setiap kelas tambahan yang dibuat oleh guru-guru dan yang paling penting ialah memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru sedang mengajar.Itulah antara resipi kejayaan mereka.Semoga kejayaan mereka menjadi perangsang kepada semua murid SK Pegoh terutamanya pada mereka yang akan menduduki UPSR 2009.

1 comment:

farhan said...

hi..this is me ainina..
nice blog sir..
i've tried the quiz..
it's interesting..
anyway..this is my brother's mail/blog..
k..it's time for me to go..
till see you again..
bye..