Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






29 November 2008

Meninggal Dunia Ketika Bermain Badminton


Datuk Razali Ismail

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, ninggal dunia selepas
rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, petang semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika Razali menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan. Kelmarin, Razali, 59, menutup konvensyen berkenaan dan pagi semalam Allahyarham ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri Konvensyen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebelum ke IAB semula bagi menyertai permainan badminton.

Jenazah Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu dibawa ke Hospital Bentong, kira-kira jam 8 malam tadi untuk dibedah disiasat. Isteri Allahyarham, Datin Nooraini Lob Yusoff tiba di IAB sebaik dimaklumkan pegawai kementerian berkenaan. Allahyarham meninggalkan lima anak.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika dihubungi menyifatkan kematian Razali sebagai satu kehilangan besar bukan saja kepada keluarganya, malah generasi muda, guru, warga kementerian dan negara. "Sukar untuk saya gambarkan rasa sedih atas kehilangan seorang yang cukup ikhlas, jujur, komited dan profesional dalam melaksanakan amanah memimpin Kementerian Pelajaran dan kakitangannya. "Kita semua tidak akan lupa pengorbanan Allahyarham kepada agama, bangsa dan tanah air," katanya yang turut bergegas ke Hospital Bentong bagi membantu menguruskan jenazah. Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Jalan Kenanga, Kuala Terengganu sebelum dikebumi
. (Sumber dipetik :Berita Harian)

No comments: