Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






01 December 2008

Jom Ke Kompleks Air Panas Gadek,Alor Gajah !

Kompleks Air Panas Gadek terletak kira-kira 4 kilometer dari SK Pegoh, 7 kilometer dari pekan Alor Gajah dan kira-kira 32 kilometer dari Bandar Melaka.Kompleks ini yang terkenal dengan kolam air panas sentiasa menjadi tumpuan pengunjung bukan saja dari sekitar Melaka tetapi juga Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Selangor.


Pada cuti hujung minggu atau cuti umum kompleks yang diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka(PKNM)sentiasa menjadi tumpuan pengunjung lebih-lebih lagi di musim cuti persekolahan ini. Difahamkan air panas di situ mempunyai belerang yang dikatakan mampu mengubati penyakit kulit. Pelbagai kemudahan juga disediakan untuk keselesaan pengunjung antaranya bilik salin pakaian, kerusi meja untuk berehat, gerai makanan dan taman permainan kanak-kanak. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM 4.00 untuk dewasa dan RM 2.00 untuk kanak-kanak yang berusia enam hingga 12 tahun.
(Sumber gambar:Berita Harian)

No comments: