Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






30 December 2008

Taklimat Profesionalisme Guru Besar & Pengetua Daerah Alor Gajah.











Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah telah menganjurkan satu Taklimat Profesionalisme Guru Besar & Pengetua Daerah Alor Gajah pada 30 Disember 2008 bertempat di Dewan Perbandaran Alor Gajah.Taklimat ini dihadiri oleh Guru-Guru Besar dan Pengetua-Pengetua dari sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah.

Taklimat pertama disampaikan oleh Tuan Abu Bakar Awang,Ketua Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah. Beliau telah menyampaikan amanat daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah dan seterusnya mewakili Pegawai Pelajaran Daerah merasmikan majlis ini.
Taklimat seterusnya disampaikan oleh Tuan Hj.Arshad Othman,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Unit Akademik),En.Aziz Jantan,Penyelia Sukan dan En.Harun Bakri,Penyelia Kanan Sekolah Rendah.Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

No comments: