Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






30 December 2008

Keputusan Peperiksaan PMR 2008 Negeri Melaka.

Keputusan PMR Negeri Melaka 2008

Tuesday, 30 December 2008
Keputusan PMR 2008 Negeri Melaka telah diumumkan oleh Tuan Haji Isa Bin Haji Abu, Pengarah Pelajaran Melaka di Dewan Bestari, Jabatan Pelajaran Melaka pada 30 Disember 2008.



Seramai 14,692 calon di negeri Melaka telah mendaftar untuk mengambil peperiksaan PMR 2008. Daripada jumlah ini, 14,368 (97.79%) adalah calon Sekolah Kementerian Pelajaran, 140 (0.95%) calon MRSM dan 184 (1.25%) adalah calon sekolah swasta.
Dari segi kecemerlangan individu di peringkat negeri didapati seramai 879 (6.17%) calon telah mencatat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 873 pada tahun 2007, meningkat 6 orang.

Bilangan Tahun 2008

9A 122
8A 591
7A 166
Jumlah 879

Dari seramai 14,251 calon yang menduduki peperiksaan, 9272 (65.06%) calon telah mencapai keputusan A, B, C atau D dalam semua mata pelajaran yang diambil. Warga Jabatan Pelajaran Melaka mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya.

Sumber :Laman Web Jabatan Pelajaran Melaka.

No comments: