Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






29 January 2009

Makanan Berkhasiat Otak Sihat Akademik Meningkat !



















SEMUA orang tahu, tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap.

Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.

Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kalangan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.

Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan.Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama.
Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan fizikal (menjadikan anak lebih tinggi dan kuat), tetapi juga merangsang keupayaan minda yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih lumayan.

Kajian membabitkan 1,500 responden daripada empat perkampungan di Guatemala dari 1969 hingga 1997 mendapati, lelaki yang diberi bubur nasi kaya khasiat sebelum umur tiga tahun mempunyai pendapatan 46 peratus lebih tinggi bagi setiap jam berbanding kumpulan kawalan yang menerima kurang khasiat.

Bagaimanapun, didapati tiada perbezaan ekonomi bagi responden yang diberi makanan berkhasiat selepas berumur tiga tahun, baik lelaki mahupun wanita. Dalam kajian itu, aspek persekitaran dan kualiti sekolah turut diberi perhatian supaya tidak menjejaskan keputusan.

Pakar pemakanan mengenal pasti umur sehari ke dua tahun atau sehari ke tiga tahun sebagai jendela emas (tempoh paling berharga). Kekurangan zat boleh memberi kesan yang sangat merugikan kerana ia memperlahankan pertumbuhan fizikal (menyebabkan anak rendah) dan perkembangan minda.

Mempunyai saiz badan tinggi dan kuat boleh membantu meningkatkan pendapatan daripada segi kemampuan tenaga, tetapi paling penting ialah keupayaan minda.

Walaupun kajian ini mensasarkan kesan jangka panjang makanan berkhasiat kepada kanak-kanak di bawah tiga tahun, ia bukan bermakna keperluan anak yang lebih tua boleh diabaikan.

Banyak kajian menunjukkan anak yang bersarapan menunjukkan prestasi dan daya tumpuan lebih baik di bilik darjah. Jadi tidak kira berapa umur anak anda, mereka masih boleh mendapat manfaat daripada sarapan berkhasiat.

Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus. Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak.
(Sumber:Harian Metro)

No comments: