Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






25 January 2009

KAKA Kebanggaan Italy.



















KEPUTUSAN Kaka menolak tawaran lumayan Manchester City dan terus kekal di AC Milan membuktikan bahawa wang bukanlah segala-segalanya dalam bola sepak.
Sejak beberapa tahun lalu, bola sepak Itali dilanda skandal mengatur perlawanan dan masalah keganasan di kalangan penyokong.
Musim lepas pula menyaksikan kelab handalan Itali dimalukan kelab dari England dalam kempen Liga Juara-Juara.
Apa yang lebih penting, kesanggupan Kaka kekal di Milan memberi harapan baru kepada peminat bola sepak dunia mengenai status saingan bola sepak di Itali.
"Ia satu petanda yang penting kepada semua pemain bola sepak di Itali," kata Presiden Serie A, Antonio Matarrese.
"Keuntungan dalam sumber pendapatan mungkin tidak berhasil, tapi aset penting tetap berjaya dikekalkan. Ia adalah satu prestij hebat yang mengangkat lagi martabat Milan dan liga kami."
Begitulah hebatnya impak yang dibawa oleh Kaka kepada bola sepak dunia terutama kepada jutaan peminatnya di Itali.
Jadi, siapakah sebenarnya Kaka sehingga kelab terkaya dunia, Manchester City sanggup menawarkan 108 juta pound (RM564 juta) untuk mendapatkannya?
Lebih penting, mengapa begitu besarnya nilai Kaka dalam bola sepak era ini?
Kaka atau nama sebenarnya Ricardo Izecson dos Santos Leite mula menarik perhatian dunia selepas berhijrah dari Sao Paulo ke Milan pada 2003.
Setelah memenangi Piala Dunia bersama skuad Brazil pada 2002, perancang itu menambah koleksi kejuaraannya dengan menjulang gelaran Serie A dan Piala Itali bersama Milan pada 2004.
Tiga tahun kemudian, gelaran Liga Juara-Juara dan anugerah individu, Pemain Terbaik Dunia 2007 pula dalam genggamannya.
Dengan reputasinya sebagai antara perancang terbaik dalam era bola sepak moden, mengapa tidak kelab yang dimiliki pelabur Abu Dhabi Group, City mencuba nasib mereka untuk membawa Kaka ke Eastlands?
Namun, Kaka yang dikenali sebagai seorang yang pendiam dan memiliki kemahiran yang menakjubkan, telah menolak tawaran kontrak lumayan itu yang bakal menyaksikan dia sebagai pemain terkaya dalam sejarah bola sepak dunia.
Baru-baru ini, Kaka sendiri mendedahkan bahawa dia hanya mengikut gerak hati untuk kekal di Milan daripada menerima gaji yang dilaporkan bernilai 15 juta euro (RM70.1 juta) semusim bersama City.
Pemain berusia 26 tahun itu memberitahu bahawa kesetiaan peminat kelab gergasi Itali itu memainkan peranan besar untuk meyakinkan dia kekal di San Siro.
"Semua mesej yang saya terima (daripada peminat) meyakinkan saya untuk menurut kata hati dan saya rasa itulah apa yang telah saya lakukan. Jelas sekali ia bukan mengenai wang," kata Kaka.
"Terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan saya bergaduh dengan bapa saya (ejen Bosco Leite). Itu tidak benar. Saya selalu membuat keputusan bersama keluarga dan isteri saya. Mereka amat menakjubkan dan sentiasa menyokong segala keputusan saya.
"Keputusan ini adalah keputusan saya sendiri, pilihan saya sendiri mengikut gerak hati yang menyuruh kekal di tempat yang telah menaikkan nama saya.
"Untuk pergi ke City, ia mungkin satu projek yang hebat, tapi sejak beberapa hari ini saya banyak berdoa untuk memastikan pasukan mana yang sesuai dengan saya dan akhirnya saya pilih untuk kekal di sini.
"Saya tidak mahu apa-apa lagi, saya hanya mahu hidup dengan aman dan gembira di tempat yang mana semua orang sayangkan saya.
"Daripada kejadian ini, baru saya faham betapa sayangnya pemniat di Milan terhadap saya. Mereka banyak membantu saya membuat pilihan ini," tambahnya.
Real Madrid dan Chelsea telah pun gagal dalam usaha mereka membawa bintang Amerika Selatan itu, namun kedua-dua tawaran itu dinafikan oleh Milan sebelum perbincangan dengan Kaka bermula.
Kaka juga menafikan bahawa dia menggunakan 'modal' dengan apa yang ditawarkan City itu untuk menaikkan gajinya di Milan.
Ketika ini, dia merupakan pemain kedua yang mendapat gaji yang banyak di Itali selepas penyerang Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic.
"Itu tidak benar. Setiap kali ada kelab lain membuat tawaran terhadap saya, Milan akan cuba memujuk saya. Oleh itu, saya perlu berterima kasih kepada semua orang yang bekerja di Milan.
"Rakan sepasukan saya juga amat mengagumkan dan mereka benar-benar menyentuh hati saya," katanya lagi.
Presiden Milan yang juga Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi memuji keputusan Kaka yang menolak tawaran City.
"Kami semua amat gembira," katanya.
"Kami memberitahu Kaka supaya memikirkan dahulu seperti yang kami nasihatkan kepada (Andrei) Shevchenko (ketika dia menyertai Chelsea), tapi dia tidak mahu. Dia memang mempunyai nilai dan budi pekerti yang tinggi sebagai pemain bola sepak.
"Sebagai seorang peminatnya, saya perlu katakan yang saya memang gembira dengan keputusannya kerana tawaran yang dibuat terhadapnya mungkin sukar untuk ditolak oleh mana-mana pemain era ini," kata Berlusconi. - Agensi
Sumber:Akhbar KOSMO.

No comments: