
Prakash Suriya Murthy yang cacat penglihatan tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk mencapai matlamat hidup yang lebih sempurna.
Oleh SUBASHINI RAJANDRA
subashini.rajandra@kosmo.com.my
SEBAGAI seorang penulis, kesilapan dan kesalahan yang tidak disengajakan boleh berlaku. Hakikatnya, sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada kekurangan yang cuba disembunyikan. Ada pula sesetengah orang menyedari dan memperbaiki kekurangan yang ada dengan mempelajari perkara-perkara baru yang berlaku di sekeliling.
Prakash Suriya Murthy, 27, dari Cheras, Kuala Lumpur membuktikan bahawa insan cacat sepertinya mampu menongkah arus kehidupan seperti individu normal. Tuan empunya badan ini juga aktif membangunkan masyarakat cacat penglihatan. Sumbangan itu dilakukannya dengan memperkemaskan penterjemahan buku falsafah hidup bertajuk Thirukural daripada bahasa Tamil ke bahasa Melayu.
Ditulis oleh Thiruvalluvar kira-kira 2,000 tahun lalu, buku ini membicarakan mengenai sifat kasih mengasihi, hubungan di antara suami dan isteri, anak beranak, kerjaya, kewangan dan sebagainya. Murthy kini menunggu penerbitan buku setebal 200 muka surat itu.
"Saya mengenali Murthy ketika dia bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selama enam bulan di bawah program anjuran Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB). Saya tidak ragu-ragu dengan kemahirannya untuk kerja-kerja penterjemahan."
"Bak kata orang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Beliau telah mengaplikasikan bakatnya di saluran yang betul," kata Norhisyam Karno, bekas Pegawai Perancang Bahasa DBP yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Rompin, Pahang.
Murthy disahkan menghidap retina blastoma iaitu sejenis penyakit kanser mata ketika umurnya dua bulan.
Kesannya, mata kanan Murthy perlu dibedah segera bagi mengeluarkan bola matanya yang rosak.
"Oleh kerana mata kiri turut diserang sel kanser, ia tidak mampu berfungsi dengan baik. Rawatan laser mahupun penggunaan bola mata yang baru, tidak dapat menjanjikan harapan yang cerah," ujar Prakash ketika ditemui di Perpustakaan Utama, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini.
Layanan sama rata
Beliau berterima kasih kepada ibu bapanya yang tidak pernah berputus asa. Tidak membiarkannya merana sebatang kara, Murthy diberikan dengan segala kemudahan asas. Beliau dihantar ke Sekolah Rendah Pendidikan Khas, Jalan Batu, Kuala Lumpur diikuti dengan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.
MASALAH cacat penglihatan boleh ditangani sejak kecil lagi.
Murthy memperoleh Pangkat 1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 5 prinsipal penuh ketika di tingkatan enam. Ketika menunggu keputusan permohonan masuk ke universiti, Murthy bekerja dengan Tanco Resort sebagai wakil pemasaran selama tiga bulan.
"Walaupun ibu saya seorang suri rumah manakala bapa seorang pemandu lori di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mereka melayan saya seperti seorang anak yang normal. Saya tidak dimanjakan atau didiskriminasi.
"Mereka mahu saya berdikari dan menyemai sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri," jelasnya yang mempunyai seorang adik perempuan yang normal dan kini bekerja sebagai pegawai bank. 
MURTHY tidak banyak beza daripada insan lain yang sempurna anggota badannya.
Murthy ditawarkan program Seni Persembahan Drama tetapi dalam tempoh dua minggu, dekan fakulti mencadangkan supaya beliau menukar program kerana tidak sesuai dengan keadaan fizikalnya.
Akhirnya, tuah memihak kepada diri Murthy apabila beliau diletakkan di Fakulti Pengajian Melayu untuk program Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Melayu. "Sudah separuh jalan mengikuti kursus tersebut, saya mula sedar bahawa sejak kecil, saya mempunyai kemahiran menterjemah apa sahaja yang didengar dalam bahasa Tamil ke dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.
"Saya menamatkan pelajaran tanpa menghadapi masalah. Selain itu, kemudahan bilik Karel yang disediakan di perpustakaan, banyak membantu saya menyiapkan tugasan dalam sebuah ruang peribadi," katanya.
Kata Murthy, golongan cacat penglihatan sepertinya diberi borang bagi mendapatkan khidmat siswazah membaca dan merakamkan nota bertulis. JAWS, sebuah perisian komputer khas menjadi teman dan mata yang menjanjikan pulangan pendapatan yang berterusan
JAWS, sebuah perisian komputer membantu Murthy menjalankan tugasan penterjemahan.
Sementara menunggu tawaran Ijazah Lanjutan Perterjemahan di UM pada tahun 2007, Murthy giat mencari klien dan kerja-kerja penterjemahan dari bahasa Tamil ke bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan sebaliknya. Bagaimanapun, ramai yang menolak kerana Prakash cacat penglihatan.
Memandangkan teknik bertemu kurang berkesan, Murthy mencuba strategi baru iaitu menelefon klien yang berpotensi supaya menghantar kerja-kerja penterjemahan melalui e-mel. Jika perlu berjumpa, beliau mengambil inisiatif pergi sendiri ke pejabat klien dari Kuala Lumpur ke Petaling Jaya sehinggalah ke Puchong, Selangor.
"Ada yang agak terkejut melihat saya seorang yang cacat penglihatan. Tetapi oleh kerana mereka berpuas hati dengan hasil kerja saya sebelum ini, saya diberi kerja sambilan dari semasa ke semasa," katanya yang mempunyai empat orang klien tetap dan lima orang klien sementara.
Menepati masa
Antara topik terjemahan yang dikendalikan oleh Murthy ialah perundangan, psikologi, buku cerita, keagamaan, prinsip hidup dan lain-lain. Suresh Maniam, salah seorang klien beliau sejak awal tahun ini melahirkan rasa gembira melihat komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Murthy.
"Orang yang sempurna anggota fizikal pun belum tentu dapat menunjukkan kesungguhan," ujar Maniam yang sejak sekian lama mencari seorang pakar penterjemah yang arif dalam isu-isu keagamaan dan budaya untuk disiarkan di laman sesawang.
Merupakan seorang bendahari di sebuah kuil Hanuman di Brickfields, Kuala Lumpur, Suresh terlebih dahulu menguji kebolehan Prakash. Ujian itu dilakukan bukan kerana kecacatannya tetapi bagi memastikan hasil kerjanya sesuai dengan pembaca di peringkat antarabangsa.
"Saya terkejut membaca artikelnya dengan kesalahan yang minimum. Justeru, saya mahu terus menjalin kerjasama dengan golongan sepertinya pada masa akan datang dan tidak kisah dengan soal pembayaran," kata Maniam.
Haryati Mohd. Taha, pemilik syarikat penterjemahan Medatta Creations, merupakan klien baru yang menghantar kerja penterjemahan dari bahasa Tamil ke bahasa Inggeris. Haryati juga tidak menyangka bahawa orang yang berbual dengannya selama ini cacat penglihatan.
"Itu tidak penting bagi saya. Yang penting, dia dapat menghantar hasil kerjanya tepat pada masa dan lebih-lebih lagi, menepati kehendak saya. Saya menghargai orang sepertinya," ujar Haryati yang mengupah seramai 50 penterjemah bebas termasuk seorang yang cacat jari.
Di sisi Murthy pula, beliau mengutamakan ketepatan masa dan kualiti kerja yang kemas agar mengekalkan kedudukannya di sebuah industri yang menyaksikan persaingan sengit.
"Dalam hidup ini, nak makan pun susah kalau tidak ada duit. Susah bukan untuk orang cacat sahaja, tetapi sekiranya kita melepasi tembok itu, semuanya mudah ditangani.
"Sebab itulah, saya tidak mahu menjadi seorang guru, pemuzik atau tukang urut badan. Itu semua sudah sinonim dengan golongan seperti saya. Saya mahu mencapai sesuatu yang berbeza. Beri peluang kepada kami untuk mengenali bakat kami. Bukan simpati!" tambah Prakash yang memandang tinggi terhadap bekas Presiden India, Dr. A.P.J Abdul Kalam dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 
Merupakan seorang ahli jawatankuasa Kelab Golongan Kurang Upaya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, beliau kini membuat tesis tentang aspek budaya dalam penterjemahan buku Harry Porter.
Kalau tiada aral melintang, Murthy mahu meneruskan pengajian di peringkat ijazah Doktor Falsafah sambil mengeluarkan buku Braille kedua bahasa Tamil yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Buku Braille itu bakal menghimpunkan peribahasa Tamil dari suasana desa sehingga kawasan bandar.
Selain itu, Murthy juga menanam cita-cita untuk membuka agensi penterjemahan yang menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang cacat penglihatan dan berpenglihatan.
Read more...
Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com
HEBAHAN
10 June 2009
Cacat penglihatan bukan halangan
09 June 2009
Genetik ketagih makan

SELERA makan yang ketara di peringkat awal usia kanak-kanak perlu diberi perhatian serius
MEMANG menjadi keseronokan bagi sepasang ibu bapa apabila melihat anak sendiri membesar dengan cepat. Sekali pandang, tiada bezanya si pemilik pipi gebu dan lengan berisi itu dengan kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Dalam masyarakat kita, sering kali kanak-kanak yang gemuk dikatakan 'sihat'.
Cuma apabila diteliti, terdapat satu ciri yang ketara iaitu saiz dan bentuk badan anak yang agak pendek. Mengenai tabiat pemakanannya pula, nafsu makan anak mereka yang berumur tiga tahun itu cukup luar biasa malah kadangkala membuatkan ibu bapa 'takut' melihatnya.
"Kalau dulu, hendak menyusu pun susah. Tapi bila saja umur tiga tahun, makannya terpaksa kami pantau. Boleh dikatakan apa saja yang diberi akan dimakannya. Dia tidak ubah seperti mesin makanan," luah Karim Bakar (bukan nama sebenar) mengenai anaknya itu.
Karim memberitahu, doktor yang menyambut kelahiran anaknya itu pernah memberitahu tentang kemungkinan anaknya menghidap masalah berkaitan genetik. Tetapi dia tidak menyangka pemerhatian doktor itu bakal menjadi masalah serius.
"Penyakit ini dikenali sebagai Sindrom Prader Willer (PWS) dan ia sangat jarang berlaku. Ia melibatkan struktur genetik yang kompleks yang seterusnya memberi kesan terhadap banyak bahagian pada tubuh," kata Jururunding Genetik Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Sime Darby, Dr. Choy Yew Sing.
Jelas Yew Sing, ketika bayi, mereka dikenal pasti melalui keadaan ketegangan otot yang lemah (hypotonia), kesukaran untuk menyusu, pembesaran dan perkembangan yang perlahan.
"Pada fasa pembesaran awal, nafsu terhadap makanan amat tinggi malah sukar dikawal. Perkembangan ini akan menyebabkan mereka mengalami obesiti. Dalam kes yang pernah direkodkan, seorang kanak-kanak berusia empat tahun mempunyai berat badan sehingga 90 kilogram (kg)," katanya kepada Jurnal.
Ibu bapa yang tidak prihatin tentang masalah yang dilalui oleh anak mereka akan terus memberikan makanan setiap kali diminta oleh kanak-kanak itu. Lebih membimbangkan, ibu bapa itu langsung tidak mengetahui soal zat, nutrisi atau kualiti makanan itu secara asas.
Tanpa bimbingan dan kesedaran aspek kesihatan, keputusan dan tindakan kanak-kanak ini secara tidak langsung dipengaruhi. Bukan suatu yang mustahil jika kanak-kanak tersebut melatih diri 'mencuri' makanan setiap kali terasa lapar pada waktu malam atau ketika tidak diperhatikan ibu bapa atau penjaga. Dalam fikiran mereka, perbuatan itu tidak menyalahi peraturan dalam rumah.
"Sesetengah gen hanya akan aktif apabila salinannya diwarisi daripada sebelah ayah. PWS wujud apabila kromosom 15 daripada sebelah ayah ini hilang atau tidak terbentuk dengan sempurna lalu mengganggu kromosom daripada sebelah ibu untuk menyalin set kromosom," jelasnya mengenai keadaan genetik abnormal ini
Antara petunjuk lain mengenai penyakit ini ialah kaki dan tangan yang pendek, struktur muka yang tersendiri, ton kulit serta warna rambut yang luar biasa cerah.
Bagi mengesan penyakit yang dialami oleh satu dalam 10,000 hingga 15,000 bayi, pemeriksaan klinikal terhadap genetik diperlukan.
"Lazimnya, pemeriksaan ini disyorkan kepada bayi yang baru lahir apabila hypotenia dikesan. Pemeriksaan awal PWS akan memudahkan rawatan susulan diberikan terutama pemberian hormon pembesaran," jelasnya.
Suntikan hormon secara berkala boleh membantu perkembangan otot serta mengurangkan pengambilan makanan serta menaikkan berat badan bayi.
"Ini adalah penting kerana pada awal kelahiran, bayi PWS mempunyai berat badan yang amat kurang kerana kesukaran menyusu. Jadi, dengan suntikan hormon ini, pembesaran tubuh bayi akan terjadi secara normal," katanya. - SHANIKA ABDULLATIB
Read more...
08 June 2009
Risiko mati katak

BERANINYA! Hanya itu yang mampu diluahkan tatkala melihat gelagat pelajar berkonvoi pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal masing-masing.
BERANINYA! Hanya itu yang mampu diluahkan tatkala melihat gelagat pelajar berkonvoi pulang dari sekolah dengan menunggang motosikal masing-masing.
Kelihatan dari jauh, masing-masing ingin menunjukkan kebolehan dan kemahiran mengendalikan motosikal dengan aksi berbahaya tanpa menggunakan topi keledar. Si pembonceng pula, sibuk bergurau dengan kawan berlainan motosikal tanpa memegang si penunggang untuk langkah keselamatan.
Melihat gelagat mereka, hati terdetik, sejauh mana ibu bapa mereka mengetahui apa yang sebenarnya dilakukan pelajar bermotosikal itu?
Jarak antara kawasan perumahan dengan sekolah yang sangat dekat mungkin menyebabkan ibu bapa berasa anak mereka dalam keadaan selamat walaupun menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar dan tiada lesen.
Tetapi, mereka juga mungkin tidak sedar malang tidak berbau, apa juga boleh berlaku tanpa diduga.
Contohnya, kes kemalangan baru-baru ini membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun maut bersama anak saudaranya selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah lori.
Pada usia 14 tahun, dia sememangnya belum cukup umur untuk menunggang motosikal apatah lagi mempunyai lesen, tetapi sudah diberi kebenaran menghantar kakaknya ke pekan yang jaraknya tujuh kilometer dari rumah bersama anak saudaranya berusia dua tahun.
Persoalannya, wajarkah pelajar bawah umur diberi kebenaran menunggang motosikal? Ini kerana, syarat seseorang itu boleh menunggang motosikal serta mendapatkan lesen adalah pada usia 16 tahun dan ke atas.
Bagaimanapun, kini rata-rata pelajar yang masih di bawah umur sudah diberi kepercayaan dan kebenaran menunggang motosikal. Lebih mengejutkan, keberanian mereka menunjukkan aksi ganas seperti yang dilakukan Mat Rempit.
Siti Rahmah Jamaluddin, 45, berkata dia sememangnya tidak membenarkan anaknya menunggang motosikal tanpa lesen tetapi perkara itu tidak dapat dielakkan.
Ini kerana, menurutnya, walaupun tanpa kebenaran, anak-anak biasanya menunggang motosikal secara sembunyi tanpa ibu bapa sedari.
“Setiap anak punya kehendak serta mahu mencuba sesuatu yang baru dan biasanya, kegilaan mereka adalah menunggang motosikal.
“Apabila sudah minat, sekeras manapun kita larang, mereka tetap melakukannya tanpa kita sedari.
“Oleh itu, lebih baik kita merestui atau membenarkan mereka menunggang motosikal. Sekurang-kurangnya kita tahu apa mereka lakukan dan tahu keadaan motosikal ditunggangnya,” katanya.
Menurutnya, memberi kebenaran anak-anak menunggang motosikal dapat membantu dalam pelbagai hal di samping menyenangkan mereka ke sekolah.
“Jarak antara sekolah dan rumah bukanlah jauh, jadi dengan adanya motosikal, mereka senang untuk ke sekolah dan pulang awal ke rumah.
“Mereka juga boleh membantu dalam pelbagai hal jika boleh menunggang motosikal seperti membeli barangan dapur di kedai,” kata ibu empat anak lelaki itu.
Walaupun memberi kebenaran anaknya menunggang motosikal tanpa lesen, itu tidak bermakna Rahmah tidak menyayangi anaknya dan membiarkan mereka melanggar undang-undang jalan raya.
“Saya sedar, memberi kebenaran anak menunggang motosikal tanpa lesen adalah salah dan berbahaya.
“Oleh itu, saya sentiasa pastikan mereka menunggang motosikal dengan berhemah dan menggunakan topi keledar walaupun hanya ke kedai runcit yang hanya terletak 100 meter dari rumah.
“Selain itu, apabila genap saja usia anak 16 tahun, saya pastikan mereka mendapatkan lesen sekali gus sebagai hadiah hari jadi,” katanya.
Bagi bapa tiga anak, Mohd Zaidi Mohamed Alias, 50, dia sama sekali tidak membenarkan anaknya menunggang motosikal.
Menurutnya, pengalaman dialaminya 35 tahun lalu menjadi punca dia tidak membenarkan anaknya menunggang motosikal termasuk menjadi pembonceng.
“Walaupun motosikal adalah kenderaan yang cukup memberi kesenangan kepada pengguna untuk melakukan aktiviti harian, ia juga kenderaan yang sangat berbahaya.
“Cukuplah hanya saya yang merasa sakit dan sengsara serta terlantar di hospital kerana terbabit dalam kemalangan kerana menunggang motosikal, bukannya anak-anak,” katanya.
Zaidi tidak menafikan anak muda kini tetap akan menunggang motosikal walaupun dilarang keluarga seperti yang dilakukan anaknya.
“Sebagai ibu bapa, kita punya kuasa dan pengaruh terhadap anak. Walaupun mereka berkeras mahu menunggang motosikal, kita masih boleh berbincang dengan mereka dan menggantikan motosikal dengan pelbagai benda lain yang mereka inginkan.
“Kita juga perlu tegas dan tidak mengikut apa saja yang diinginkan kerana larangan itu untuk kebaikan mereka,” katanya.
Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, Hamzah Masri, berkata membenarkan anak yang tidak punya lesen menunggang motosikal adalah satu kesalahan.
“Menjadi satu kesalahan seseorang itu membenarkan orang lain yang tidak punya lesen memandu kenderaan. Jika didapati bersalah, pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Oleh itu, kesatuan berharap pemilik kenderaan lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan kenderaannya dipandu orang lain,” katanya.
Dengan kesedaran dariada pemilik kenderaan, isu berkaitan permasalahan ini boleh dibanteras dan ia tidak akan memberikan masalah kepada pemilik kenderaan di belakang hari,” katanya.
Selain itu, menurutnya, kesatuan berharap ibu bapa lebih bertanggungjawab menangani masalah penggunaan motosikal.
“Membenarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen bagi menyelesaikan sesuatu perkara bukan langkah terbaik kerana ia membabitkan undang-undang.
“Ia juga salah sama sekali. Jadi, pastikan anak mempunyai lesen memandu yang sah barulah benarkan menggunakan kenderaan.
“Tindakan itu boleh mengelakkan ibu bapa berdepan masalah di masa akan datang dan tidak menyusahkan anggota masyarakat lain terutama isu penggunaan motosikal di kalangan pelajar sekolah di bawah umur,” katanya.
Read more...
07 June 2009
Bersenam wajib
Gambar Hiasan.
Bersama Dr Haizal Haron Kamar
GAYA hidup sedentari atau tidak aktif adalah satu daripada faktor risiko untuk mendapat penyakit jantung koronari, pembunuh nombor satu di Malaysia dan di kebanyakan negara di dunia.
Individu yang mengamalkan gaya hidup begini berisiko 30 hingga 50 peratus lebih tinggi untuk mengalami hipertensi atau tekanan darah tinggi yang menjadi antara penyebab utama strok, kegagalan buah pinggang dan kerosakan mata.
Boleh dikatakan setiap hari kita mendengar saranan untuk mengamalkan gaya hidup aktif.
Walaupun saranan ini dilihat lebih mudah diucap daripada dilaksanakan, kita perlu berusaha melakukannya kerana ia terbukti kaedah paling berkesan untuk menjaga kesihatan jantung dan mengekalkan kesejahteraan secara keseluruhan.
Bagaimana senaman boleh membantu kesihatan jantung?
Senaman membantu jantung melalui beberapa cara iaitu:
Seperti otot-otot lain, senaman boleh membuat jantung menjadi lebih kuat dengan keupayaan mengepam lebih banyak darah bagi setiap denyutan. Kadar denyutan jantung ketika rehat lebih perlahan dari biasa kerana jantung tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah.
Senaman membantu mengekalkan keanjalan arteri. Ini membolehkan kelancaran aliran darah lantas mengekalkan tekanan darah yang normal. Proses ini berlaku walaupun usia meningkat tua.
Senaman boleh memperbaiki profil kandungan lemak darah badan. Selain mengurangkan kolesterol-LDL atau ‘kolesterol tidak baik’, ia secara langsung membantu meninggikan paras kolesterol-HDL atau juga dikenali sebagai ‘kolesterol baik’. Berat badan juga boleh dikurang dan dikawal melalui aktiviti senaman untuk pesakit yang ada masalah obesiti. Kandungan kolesterol tidak normal berserta obesiti antara dua faktor utama penyakit jantung koronari.
Apakah senaman yang baik untuk jantung?
Senaman kardiovaskular atau aerobik adalah senaman yang membabitkan kumpulan otot besar. Aktiviti fizikal sebegini memperkuatkan jantung dan paru-paru sambil meningkatkan kemampuan badan menggunakan oksigen.
Jika dilakukan dengan kerap, senaman aerobik boleh merendahkan kelajuan denyutan jantung dan tekanan darah serta memperbaiki sistem pernafasan.
Contoh senaman aerobik ialah berjalan laju, berlari, berbasikal, berenang, berkasut roda, menari dan mendayung sampan. Senaman aerobik ini harus dilakukan berterusan lebih kurang 30 minit, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Namun beberapa kajian mendapati, untuk mendapat perlindungan jantung, yang penting bukan jangkamasa senaman yang panjang tetapi jumlah tenaga digunakan setiap hari. Ini bermakna, seseorang itu boleh bersenam dengan melakukan aktiviti cergas untuk tempoh pendek beberapa kali sehari.
Mengapa masih ramai tidak bersenam?
Ramai tahu senaman itu baik bukan saja untuk jantung tetapi juga kesihatan secara umumnya. Namun, kajian mendapati hanya satu daripada 10 orang dewasa bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti disyorkan. Kenapa perkara ini berlaku?
Mengikut kajian, ketiadaan masa kerana kesibukan kerja menjadi sebab utama aktiviti senaman diabaikan, diikuti alasan mengatakan mereka mendapat cukup aktiviti fizikal ketika di rumah atau tempat kerja.
Alasan lain yang sering diberi ialah aktiviti senaman membosankan, terlalu tua atau cepat penat. Ada juga yang berpendapat senaman tidak penting!
Sebenarnya, badan manusia dicipta untuk bergerak. Tiada alasan yang tidak membolehkan kita bersenam, kecuali anda ada masalah kesihatan dan doktor menasihatkan supaya tidak bersenam.
Namun, jenis penyakit yang dilarang bersenam sangat sedikit, malah pesakit yang ada masalah lemah jantung juga disyorkan bersenam mengikut program khusus untuk mereka.
Pesakit yang menjalani pembedahan jantung juga dinasihatkan bersenam sebaik keluar dari unit penjagaan rapi. Pada hari pertama, mereka disaran bersenam di atas katil dengan menggerakkan anggota badan, diikuti berjalan keliling katil pada hari kedua.
Pesakit yang diserang strok juga perlu menjalani latihan fisioterapi iaitu senaman khusus untuk cepat pulih. Lebih cepat pesakit menjalani latihan fisioterapi, terutama dalam beberapa bulan pertama selepas serangan, kesan pemulihan jauh lebih baik.
Luangkan masa 30 minit sehari untuk bersenam. Banyak masalah kesihatan terjadi kerana ramai memikirkan senaman tidak penting dan hanya melakukannya ‘jika ada masa’.
Ini sikap yang tidak sihat dan patut diubah kerana senaman adalah ‘resipi wajib’ untuk sihat. Sebarang masalah mengenai jantung atau gaya hidup boleh e-mel ke ruangan ini atau haizal@tropicanamedicalcentre.com.
SOALAN
SAYA berumur 45 tahun dan didapati mempunyai kandungan kolesterol darah yang tinggi beberapa bulan lalu ketika menjalani pemeriksaan saringan kesihatan.
Doktor menasihati saya supaya mengelak makanan yang tinggi kandungan lemak serta bersenam. Bagaimanapun, ujian darah ulangan baru-baru ini mendapati kandungan kolesterol hanya turun sedikit daripada 7.8 mmo/L kepada 7.3 mmol/L.
Bagaimanakah ia boleh berlaku, padahal saya sudah mengubah gaya hidup mengikut nasihat doktor?
HASANUDIN MH
Kajang, Selangor
JAWAPAN
Tahniah di atas pengubahsuaian gaya hidup saudara. Ini langkah bijak tetapi perlu dinyatakan di sini, ada beberapa punca kolesterol serta kandungan lemak yang tinggi selain daripada pemakanan.
Kolesterol adalah satu bahan yang sangat diperlukan untuk kesihatan badan, di mana ia antara lain digunakan untuk membina dinding sel badan. Tanpa kolesterol, tidak mungkin badan boleh berfungsi dengan sempurna.
Kolesterol dimaksudkan ini dihasilkan oleh hati kita. Masalah timbul apabila kolesterol dihasilkan secara berlebihan. Ini selalunya disebabkan faktor genetik, di mana masalah ini dialami beberapa orang dalam satu keluarga.
Kolesterol berlebihan ini mendatangkan masalah kepada jantung apabila ia menyaluti dinding dalam arteri koronari (salur darah) melalui proses aterosklerosis dan jika tidak diambil tindakan awal ia boleh menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung.
Awasi faktor risiko lain untuk mendapat penyakit jantung koronari iaitu hipertensi, diabetes dan merokok. Faktor ini penting dan perlu dikawal.
Doktor saudara mungkin memulakan rawatan untuk mengurangkan kandungan kolesterol berdasarkan maklumat itu. Walaupun kemungkinan besar masalah berlebihan kolesterol saudara adalah faktor keturunan, saudara perlu meneruskan penjagaan pemakanan.
Read more...
06 June 2009
Hati-hati pilih makanan
.jpg)
MAKAN dan minum adalah fitrah semula jadi manusia. Sejak di alam janin, seterusnya saat mula mengenal dunia, sehinggalah ke penghujung usianya, rantaian hidup manusia tidak pernah terpisah daripada makan dan minum.
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my
MAKAN dan minum adalah fitrah semula jadi manusia. Sejak di alam janin, seterusnya saat mula mengenal dunia, sehinggalah ke penghujung usianya, rantaian hidup manusia tidak pernah terpisah daripada makan dan minum.
Tetapi sekiranya terkurang atau terlebih ia akan mengundang penyakit, malah apabila tersalah makan dan minum akan mengakibatkan diri merana
Oleh itu, Islam melihat makan dan minum adalah suatu aspek yang sangat penting dan harus diberikan perhatian sepanjang waktu supaya yang dimakan dan diminum memberikan kesihatan, bukannya penyakit.
"Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata." (Al-Quran, surah al-Baqarah: ayat 168)
Ayat di atas bersifat perintah terhadap manusia supaya memakan hanya yang halal iaitu makanan yang menepati syarak. Ia juga sebagai satu panduan kepada umat Islam dalam menilai serta memilih makanan dan minuman.
Kepentingan makanan halal dan baik itu disebut Allah di dalam al-Quran lebih 1,400 tahun lampau, menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna.
Imam Ibnu Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim, mentafsirkan makanan yang baik sebagai yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal.
Dalam Islam, makan dan minum bukan hanya semata-mata bersifat tabiat, bahkan ia sebagai ibadat. Makanan yang halal diredai Allah dan mendapat ganjaran, manakala makanan haram dimurkai dan menjejaskan hubungannya dengan Allah.
Nabi s.a.w menjelaskan: "Seorang lelaki musafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadahkan tangannya dan berdoa kepada Allah, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya." (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi)
Daripada peristiwa di atas, dapatlah kita fahami, dengan makanan halal ibadat seseorang akan diterima Allah, sedangkan makanan haram menyebabkan ibadat jadi rosak, malah doanya tidak diperkenankan dan diri dekat dengan azab.
At-Tirmizi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w, bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram, api nerakalah yang lebih utama baginya." Sahabat, Abdullah bin Abbas pula berkata: "Tidak diterima solat seseorang yang di dalam tubuh badannya terdapat benda yang haram."
Sekiranya makanan halal disukai Allah, usaha untuk mendapatkannya juga dirahmati dan diberkati. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Sesiapa berusaha untuk keluarganya daripada harta yang halal, dia berkedudukan seperti seorang yang berjihad pada jalan Allah."
Di negara berbilang kaum dan agama, seperti Malaysia, masyarakat Islam sewajarnya lebih prihatin dengan aspek ini, bahkan memikul tanggungjawab untuk menyebarluaskan konsep pemakanan halal lagi bermutu ini.
Makanan yang haram tidak hanya daripada babi atau anjing dan haiwan mati yang tidak disembelih (bangkai), malah ada lagi beberapa jenis haiwan yang diharamkan seperti haiwan liar bertaring dan burung berkuku mencengkam.
Ini sesuai dengan pesanan Nabi Muhammad s.a.w seperti dilaporkan al-Bukhari, yang melarang (umat Islam) memakan semua haiwan buas yang bertaring dan burung yang memiliki kuku yang mencengkam.
Bukan semua jenis minuman halal, bahkan sesetengahnya diharamkan, seperti arak dan darah. Dalam al-Quran, pada ayat 173 surah al-Baqarah, Allah mengharamkan darah, manakala pada ayat 90 surah al-Maidah turut dijelaskan mengenai arak.
Dalam sesetengah kes pula ada bahan makanan dan minuman yang asalnya harus, tetapi apabila disalah guna, ia menjadi haram. Contoh paling ketara ialah dadah dan ubat batuk, sepatutnya bagi tujuan perubatan, tetapi disalah guna menjadi haram.
Majlis Fatwa Kebangsaan (1982) menjelaskan, sebarang penyalahgunaan termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya haram.
"Dadah hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan yang sah mengikut syarak."
Sheikh Yusuf al-Qardawi, dalam kitab Halal dan Haram dalam Islam, berkata: "Hukum berkenaan haramnya narkotik disepakati oleh kalangan ahli fiqah dan ia dikenali sebelum ini sebagai al-khabaith (suatu bahan yang keji)."
Begitupun, dalam persoalan halal haram makanan dan minuman, beberapa konsep perlu diberikan perhatian:
* Punca makanan seperti daging yang digunakan. Konsep haiwan yang haram dimakan dalam Islam seperti haiwan bertaring serta hidup dua alam dan haiwan yang jijik seperti cicak.
* Kaedah penyembelihan haiwan yang menepati syarak. Lebih menakutkan sekiranya orang bukan Islam menyembelih haiwan yang dijual dipasaran terbuka, sedangkan antara syarat penyembelihan dalam Islam, penyembelih mesti orang Islam.
Cara pengurusan dan pemprosesan makanan mesti terhindar daripada najis dan tidak bercampur dengan bahan haram di sisi Islam, termasuk dari segi pengangkutan tidak bercampur dengan bahan makanan yang haram.
Ramuan dalam makanan dipastikan suci, misalnya tidak mengandungi alkohol dan minyak daripada lemak babi.
Peralatan yang digunakan untuk memasak dan memproses makanan, seperti kuali, periuk dan pisau, tidak pernah digunakan untuk memasak makanan yang haram mengikut syariat Islam.
Persekitaran yang bersih, terutama di bahagian dapur.
Sumber untuk mendapatkan makanan juga mestilah halal. Sekiranya makanan dibeli hasil daripada wang rasuah, peras ugut, rompakan dan curi, ia tidak bertepatan dengan konsep halal dalam Islam.
Dalam surah al-Baqarah, ayat 172, menegaskan: "Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya."
Read more...
05 June 2009
Sebar khasiat susu

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my
SEKALI pandang, reka bentuk luarannya tidak ubah seperti sebuah pengangkutan bas awam. Bezanya cuma tiada tingkap. Bas berwarna biru langit dengan dua pintu itu mempamerkan gambar seorang kanak-kanak perempuan memegang segelas susu.
Melihat isi perut bas tersebut, ia bukan sebuah kenderaan awam biasa yang membawa dan mengambil lebih 30 penumpang di setiap stesen.
Menariknya, dengan kapasiti penumpang seramai 15 orang, saiz bas tersebut mampu memenuhi sehingga 28 ruang parkir, bas bermuatan 16 tan beserta penyambungan rangkaian hidraulik itu boleh ditransformasikan sehingga mencecah kelebaran tujuh kaki.
Dikenali sebagai NutriBus, ia merupakan sebuah kenderaan yang digunakan dalam program pendidikan mobil pertama Dutch Lady Malaysia.
Tertera tulisan NutriBus di setiap sudut bas, konsep tersebut diperkenalkan bagi memudahkan para pengunjung mendekatinya dan mendapatkan pelbagai maklumat berguna mengenai kesihatan keluarga.
"Kita perlu menyedari nilai asas kebaikan susu yang membantu melancarkan pertumbuhan badan dan minda tanpa mengira peringkat usia. Sama ada di peringkat bayi, kanak-kanak, remaja mahupun warga emas, susu adalah minuman yang terbaik.
Itulah perkataan pertama Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Malaysia Berhad, Hans Laarakker berkaitan bas yang direka khas untuk menyebarkan khasiat susu kepada orang ramai.
KANAK-KANAK ini berpeluang mendapat khidmat rundingan percuma daripada pakar pemakanan
Sebagai peneraju pasaran dalam jenama susu dan jenama tempatan yang terkenal di Malaysia, Dutch Lady ingin mengorak langkah bagi menerajui usaha mendidik warga Malaysia berhubung nilai dan khasiat susu kepada seluruh ahli keluarga.
"Pada masa yang sama, kehebatan reka bentuk dalamannya juga dapat menarik perhatian kanak-kanak dan orang dewasa untuk mengetahui kebaikan susu yang membina pertumbuhan gigi dan tulang sihat serta memperbaiki kesihatan mental dan kecantikan kulit.
"Bukan itu sahaja, para pengunjung berpeluang menyertai permainan interaktif dan melawat kios maklumat yang disediakan.
"Malah, pengunjung Nutribus berkesempatan mendapatkan khidmat perundingan percuma daripada pakar pemakanan yang dilantik khas sepanjang 120 sesi penjelajahan di Semenanjung Malaysia," katanya. Program pendidikan mobil, NutriBus bermula sejak 3 Jun lalu.
PELBAGAI permainan interaktif dan pemeriksaan kesihatan boleh dimanfaatkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa
SEKALI pandang, reka bentuk luarannya tidak ubah seperti sebuah pengangkutan bas awam. Bezanya cuma tiada tingkap. Bas berwarna biru langit dengan dua pintu itu mempamerkan gambar seorang kanak-kanak perempuan memegang segelas susu.
Melihat isi perut bas tersebut, ia bukan sebuah kenderaan awam biasa yang membawa dan mengambil lebih 30 penumpang di setiap stesen.
Menariknya, dengan kapasiti penumpang seramai 15 orang, saiz bas tersebut mampu memenuhi sehingga 28 ruang parkir, bas bermuatan 16 tan beserta penyambungan rangkaian hidraulik itu boleh ditransformasikan sehingga mencecah kelebaran tujuh kaki.
Dikenali sebagai NutriBus, ia merupakan sebuah kenderaan yang digunakan dalam program pendidikan mobil pertama Dutch Lady Malaysia.
Tertera tulisan NutriBus di setiap sudut bas, konsep tersebut diperkenalkan bagi memudahkan para pengunjung mendekatinya dan mendapatkan pelbagai maklumat berguna mengenai kesihatan keluarga.
"Kita perlu menyedari nilai asas kebaikan susu yang membantu melancarkan pertumbuhan badan dan minda tanpa mengira peringkat usia. Sama ada di peringkat bayi, kanak-kanak, remaja mahupun warga emas, susu adalah minuman yang terbaik.
Itulah perkataan pertama Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Malaysia Berhad, Hans Laarakker berkaitan bas yang direka khas untuk menyebarkan khasiat susu kepada orang ramai.
Justeru katanya, menyedari jurang perbezaan yang ketara mengenai tahap kesedaran nutrisi di kalangan ibu bapa, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, ia memberi ilham kepada syarikat Dutch Lady Malaysia dan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) memperkenalkan NutriBus.
Sebagai peneraju pasaran dalam jenama susu dan jenama tempatan yang terkenal di Malaysia, Dutch Lady ingin mengorak langkah bagi menerajui usaha mendidik warga Malaysia berhubung nilai dan khasiat susu kepada seluruh ahli keluarga.
"Pada masa yang sama, kehebatan reka bentuk dalamannya juga dapat menarik perhatian kanak-kanak dan orang dewasa untuk mengetahui kebaikan susu yang membina pertumbuhan gigi dan tulang sihat serta memperbaiki kesihatan mental dan kecantikan kulit.
"Bukan itu sahaja, para pengunjung berpeluang menyertai permainan interaktif dan melawat kios maklumat yang disediakan.
"Malah, pengunjung Nutribus berkesempatan mendapatkan khidmat perundingan percuma daripada pakar pemakanan yang dilantik khas sepanjang 120 sesi penjelajahan di Semenanjung Malaysia," katanya. Program pendidikan mobil, NutriBus bermula sejak 3 Jun lalu.
PELBAGAI permainan interaktif dan pemeriksaan kesihatan boleh dimanfaatkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
Bagaimanapun, bas sepanjang 12.2 meter itu bukan sahaja berfungsi menyebar kan kebaikan susu, malah bertujuan mengumpul data tentang tabiat pemakanan dan nutrisi di kalangan keluarga yang mempunyai anak berusia di antara empat hingga enam tahun.
Hasil kajian tersebut akan digunakan untuk program NutriBus bagi tahun-tahun akan datang, dan seterusnya memastikan keperluan nutrisi ibu bapa dan penjaga di Malaysia sentiasa dipenuhi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E Siong berkata, pengetahuan tentang kandungan nutrisi makanan mempengaruhi perkembangan kesihatan manusia.
Banyak kes yang terjadi melibatkan kanak-kanak yang mengalami obesiti atau kekurangan zat makanan kerana tidak mendapat maklumat tentang pemakanan sihat.
"Sehubungan itu, didikan awal tentang pemakanan sihat harus dimulai pada peringkat kanak-kanak.
"Ini kerana, panduan amalan pemakanan sihat dari awal dapat memastikan pembesaran kanak-kanak yang sihat," katanya.
Dalam hal ini, nutrisi mempunyai impak secara langsung terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Konsep itu bukan hanya tertumpu kepada pemakanan sempurna, malah tumbesaran sempurna perlu dimulakan dari rumah.
Pengetahuan tentang nutrisi yang sempurna dan hidangan yang menyihatkan jelasnya, boleh menentukan secara keseluruhan pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam kumpulan usia antara empat dan 14 tahun yang masih tidak mencukupi.
"Ini kerana kanak-kanak yang sedang membesar perlu mengekalkan tenaga mereka menerusi hidangan yang berlandaskan nutrisi agar cergas dalam aktiviti harian, sukan dan prestasi akademik mereka," katanya pada majlis pelancaran nutriBus di pusat beli-belah Sunway Pyramid baru-baru ini.
Tambah Lee, ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendidik kanak-kanak tentang hidangan yang sempurna dan mengapa ia perlu.
"Amat penting untuk memastikan seseorang kanak-kanak itu membesar dengan sempurna dan sihat secara mental dan fizikal dalam tahun-tahun awal kehidupan mereka," katanya.
NUTRIBUS mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.
Tambah Lee, ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendidik kanak-kanak tentang hidangan yang sempurna dan mengapa ia perlu.
"Amat penting untuk memastikan seseorang kanak-kanak itu membesar dengan sempurna dan sihat secara mental dan fizikal dalam tahun-tahun awal kehidupan mereka," katanya.
Read more...
03 June 2009
Gelatin miliki multifungsi
.jpg)
Gelatin adalah salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Dengan gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan dan ia menjadi pelengkap kepada sesuatu dalam pelbagai industri.
Sumber: KOSMO
IA dihasilkan melalui proses hidrolisis daripada kulit, tulang dan usus haiwan mamalia seperti babi, lembu atau kerbau. Justeru, gelatin merupakan protein tulen yang dianggap sebagai bahan paling ajaib di dunia.
Ini kerana boleh dikatakan, tanpa gelatin kehidupan kita tidak akan lengkap kerana bahan ini mempunyai pelbagai fungsi yang sukar dinafikan kehebatannya
KAPSUL gel lembut dalam produk farmaseutikal menggunakan gelatin untuk dihasilkan
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Makanan dan Teknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Jamilah Bakar, keunikan fungsi gelatin menyebabkan ia tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bahan lain di dunia.
"Gelatin adalah salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Dengan gelatin, pelbagai perkara dapat diselesaikan dan ia menjadi pelengkap kepada sesuatu dalam pelbagai industri.
"Contohnya dalam industri makanan, gelatin digunakan untuk berfungsi sebagai penebal, pelekat, pengemulsi, egen pembuih, penahan lembapan, pembaik tekstur dan egen pengikat yang menjadikan sesuatu makanan kelihatan dan dilihat lebih baik.
"Oleh itu, tanpa gelatin sesetengah produk mungkin tidak dapat dihasilkan," kata Jamilah mengenai kehebatan gelatin ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.
PROSES keluar dan masuk aiskrim dari peti sejuk tidak menjejaskan rasa dan kehalusan tekstur jika aiskrim mempunyai gelatin
Beliau telah menjalankan kajian ke atas gelatin yang diekstrak daripada sisik ikan patin sejak sembilan tahun lalu dan masih meneruskannya sehingga hari ini.
Berdasarkan sejarah, gelatin telah digunakan oleh manusia sejak beratus-ratus tahun lalu dalam aspek pemakanan di negara-negara Eropah.
Namun, seiring dengan peredaran zaman, kegunaan gelatin juga telah diperluaskan ke dalam industri tertentu seperti farmaseutikal, kosmetik, produk kesihatan dan sebagainya.
"Ini kerana gelatin merupakan bahan semula jadi yang tidak terjejas dengan apa juga suhu. Sama ada dalam suhu yang paling sejuk di bawah paras negatif darjah celsius hinggalah pada suhu paling panas, ia langsung tidak terkesan.
"Sebab itulah, jika sesuatu bahan dicampurkan gelatin, ia akan sentiasa kekal seperti sewaktu dibeli. Contoh paling mudah ialah aiskrim. Jika tiada gelatin, aiskrim tersebut akan mudah cair dan teksturnya bertukar menjadi kasar apabila melalui proses dikeluar dan dimasukkan ke dalam peti sejuk berulang kali.
"Dengan penggunaan gelatin di dalam aiskrim, ia akan menjadi agen pembaik tekstur dengan memekatkan aiskrim agar lebih tahan lama dan sedap dimakan," ujar Jamilah sambil menambah gelatin mudah dihadam, rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol walaupun diambil dalam jumlah yang banyak.
CARTA menunjukkan kira-kira 500,000 ribu ekor haiwan bovine diperlukan bagi tempoh setahun untuk menghasilkan 1,500 tan metrik gelatin.
Selain daripada aiskrim, barang makanan yang biasa menggunakan campuran gelatin adalah jeli, coklat, gula-gula lembut, marshmallow, toffee, gula-gula getah, yogurt, keju, mentega dan produk daging.
Bagi industri farmaseutikal, gelatin digunakan dalam pembuatan kapsul keras, kapsul lembut, tablet, serum gantian dan suntikan manakala dalam industri kosmetik pula, ia termasuklah produk penjagaan kulit, alat solek, pengilat kuku dan krim muka.
Tidak ketinggalan, industri fotografi turut menggunakan gelatin dalam menghasilkan filem gambar, kertas cetak, filem x-ray dan sebagainya. Sementara itu, penggunaan gelatin juga melibatkan industri teknikal dan sukan seperti pengeluaran kertas, pembuatan kotak, mancis dan paintball.
BUKAN sahaja krim wajah atau gel lembut malah mancis juga memerlukan gelatin sebagai pelengkap produk.
GELATIN bertindak sebagai agen pengikat dalam tablet ubat-ubatan
Dalam pada itu, Prof. Abd. Karim Alias, Timbalan Dekan Bahagian Penyelidikan dan Pengajian Siswazah dari Fakulti Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata, terdapat dua jenis gelatin yang dihasilkan di seluruh dunia iaitu jenis A dan B.
"Gelatin jenis A biasanya terdiri daripada sumber haiwan porsine atau tidak halal iaitu babi. Gelatin jenis ini diproses menggunakan asid dan ia boleh menghasilkan kuantiti gelatin yang banyak dan berkualiti.
"Untuk gelatin jenis B pula, ia diproses menggunakan alkali atau air kapur dan menggunakan sumber tulang serta kulit-kulit haiwan bovine seperti lembu, kambing dan kerbau.
"Bagaimanapun, gelatin yang dihasilkan daripada haiwan-haiwan ini agak sedikit kuantitinya berbanding dengan babi. Justeru, masalah yang timbul dalam kalangan umat Islam adalah bagaimana mengetahui produk gelatin yang digunakan itu halal atau tidak?
"Ini merupakan persoalan penting yang harus diteliti kerana kebanyakan daripada kita tidak menyedari bahawa adakah gelatin yang digunakan itu disahkan halal atau sebaliknya memandangkan kita kurang mengambil berat mengenai masalah tersebut," jelas Abd. Karim.
Tambahnya, sehingga kini Malaysia masih belum dapat menghasilkan gelatin sendiri. Semua gelatin yang ada merupakan produk yang diimport dari luar negara.
Justeru, dengan peningkatan populasi umat Islam hari ini, permintaan terhadap gelatin halal juga perlu diutamakan.
"Harus diingat, jika sumber gelatin diambil daripada haiwan halal seperti lembu, kerbau atau kambing, tetapi cara penyembelihan haiwan tersebut tidak menepati syariat Islam, ia tetap daripada sumber yang haram," jelas Abd. Karim yang banyak menjalankan kajian menghasilkan gelatin dari sumber lain seperti ikan dan tumbuh-tumbuhan.
Apa yang membuatkan gelatin begitu istimewa ialah ia mengandungi 84 hingga 90 peratus protein tulen, lebih kurang dua peratus garam mineral dan selebihnya adalah air.
Disebabkan kandungannya itulah, maka gelatin tidak mempunyai kolesterol dan bahan pengawet atau aditif berbanding dengan agar-agar, gam Arab dan gam locus yang mengandungi karbohidrat.
Antara nama gelatin yang biasa digunakan pada label sesuatu produk adalah gelatin, gelatin halal, bovin gelatin, gum base, pengemulsi, penstabil dan E441.
Proses untuk menghasilkan gelatin mengambil tempoh yang agak lama. Terdapat tujuh langkah yang perlu dilakukan sebelum gelatin berjaya dihasilkan iaitu proses pra-rawatan, direndam dalam asid atau alkali, diekstrak, pembersihan, kawalan kualiti, pensterilan dan pengeringan.
Kesemua langkah itu mengambil masa 60 hingga 80 hari untuk menghasilkan satu lot gelatin.
Read more...
02 June 2009
Makanan sihat untuk pelajar

ROTI bijirin dan susu menggantikan makanan segera yang tinggi kandungan lemak.
Los Angeles kini menerajui kempen antimakanan rapu dengan menyingkirkan makanan bergoreng, membanyakkan makanan segar dan mengurangkan jumlah sodium
dalam makanan serta mengharamkan minuman soda.
PAOLA VILLATORO, 17, dari Sekolah Tinggi Downtown Magnet di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) sedang menikmati makanan di kafeteria sekolah seperti piza rendah lemak dengan roti bijirin penuh yang agak enak rasanya.
"Sebahagian daripada makanan ini sedap juga rasanya," katanya.
Tetapi, pelajar sebuah sekolah persediaan Best Adams, Alfredo Segura tidak menyukainya.
"Rasanya seperti makanan di penjara," kata Segura, 16, ketika dia bersama beberapa pelajar lain menikmati snek di sebuah kedai makanan segera berhampiran sekolahnya.
Los Angeles Unified School District merupakan peneraju kepada kempen antimakanan rapu.
Cabarannya adalah untuk menukar amalan pemakanan tidak sihat yang telah dibentuk dan dipromosikan oleh gergasi-gergasi industri makanan segera sejak berdekad-dekad lamanya.
Jabatan Perkhidmatan Makanan di daerah itu telah menyingkirkan makanan bergoreng yang tinggi lemak dengan menambah lebih banyak makanan segar dan mengurangkan jumlah sodium dalam makanan di kafeteria sekolah.
Ia juga mengharamkan minuman soda yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, selain melupuskan mesin-mesin runcit di dalam kampus.
Namun, penguatkuasaannya tidak menyeluruh. Malah, rangkaian-rangkaian makanan segera dan kedai serbaguna sentiasa bersiap sedia menunggu para pelanggannya di luar pagar sekolah.
Walaupun dia menggemari beberapa makanan di sekolah, Villatoro ada menyertai rakan-rakannya untuk menikmati makan tengah hari di kedai makanan segera yang terletak berhadapan dengan sekolahnya, seminggu sekali.
Bilangan restoran makanan segera di AS berkembang pesat kepada 220,000 buah pada tahun 2001, berbanding hanya 30,000 buah sekitar tahun 1970.
Menurut sebuah badan yang memberi fokus kepada kesihatan awam, Trust for America's Health dan Yayasan Robert Wood Johnson, sejak tiga dekad lalu, perbelanjaan ke atas makanan ringan mencecah AS$110 bilion (RM385 bilion) daripada AS$6 bilion (RM21 bilion) sebelumnya. 
Memandangkan golongan ibu bapa cenderung untuk mendapatkan makanan yang banyak dan murah, tabiat pemakanan orang dewasa serta kanak-kanak telah berubah, sekali gus membuatkan ukuran pinggang semakin besar.
Pada masa yang sama, sekolah-sekolah juga telah menggantikan kelas-kelas jasmani dan fizikal yang bertujuan untuk bersenam bagi memberi lebih banyak masa untuk pelajaran akademik.
Sejak tahun 1980-an, kadar obesiti dalam kalangan murid sekolah telah meningkat tiga kali ganda kepada 17 peratus. Pada kadar ini, wujud satu epidemik di AS, jelas seorang jurucakap dari Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika.
Para pakar bimbang terhadap kadar penyakit diabetes, penyakit jantung dan kondisi kronik lain yang mungkin dihidapi oleh kanak-kanak ini sewaktu membesar. Situasi ini turut memburukkan krisis kesihatan yang sedia wujud.
Mengikut perangkaan Jabatan Kesihatan Daerah Los Angeles, 23 peratus pelajar sekolah mengalami obesiti, sementara 19 peratus lagi mempunyai berat badan berlebihan pada tahun 2007.
Kerajaan Amerika membelanjakan kira-kira AS$11.7 bilion (RM41 bilion) setahun untuk menyediakan program makanan sekolah.
Seramai 30 juta pelajar menikmati makan tengah hari dan lebih daripada 10 juta lagi diberi makanan untuk sarapan. Tetapi, piawaian khasiat dan keperluan makanan tidak dikemaskini sejak 1995.
Ada negeri-negeri yang cuba melakukan sesuatu tanpa menunggu pelaksanaan kerajaan persekutuan. Sehingga Ogos tahun lalu, sebanyak 18 buah negeri telah menggunakan standard nutrisi makanan lebih ketat berbanding dengan apa yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.
Malangnya, kuasa penguatkuasaannya terhad dan mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman ke atas sesiapa yang melanggarnya, jelas pihak Trust for America's Health, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang berusaha meningkatkan standard kesihatan komuniti.
Data terkini menunjukkan, kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak mungkin menurun. Beberapa pakar memberitahu program-program seperti makanan tengah hari yang lebih sihat di sekolah mula menunjukkan kesannya, tetapi masih ramai yang bersikap skeptikal.
Presiden Barack Obama mahu menambah dana program nutrisi kanak-kanak Amerika sebanyak AS$1 bilion (RM3.5 bilion) setahun bagi mengelakkan golongan ini lapar sewaktu kemelesetan ekonomi yang menyebabkan kadar pengangguran tertinggi dalam tempoh 25 tahun.
"Kami berharap program ini akan berjaya," kata Laura Benavidez, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Makanan untuk sekolah-sekolah di daerah Los Angeles yang mempunyai kira-kira 690,000 orang pelajar.
Bajet perkhidmatan makanan sebanyak AS$325 juta (RM1.13 bilion) tahun ini bukan sekadar merangkumi makanan, malah meliputi gaji kakitangan, faedah-faedah, kemudahan insurans dan kelengkapan alat tulis.
Pihak jabatan itu juga membelanjakan 70 sen untuk setiap hidangan, tidak termasuk susu yang berharga sekitar di antara 18 hingga 20 sen. Buat masa sekarang, pihak berkuasa daerah mengalami kerugian bagi setiap hidangan yang disediakannya. 
Baru-baru ini, di sekolah Castelar Elementary yang terletak di Chinatown Los Angeles, para pelajarnya mengambil makanan di kaunter salad seperti oren, pisang dan kacang pis hijau. Hasilnya, tidak banyak makanan yang dibuang ke dalam tong sampah.
Namun, mesej berkaitan pemakanan sihat sering 'digagalkan' oleh acara-acara meraih dana yang dianjurkan sekolah. Di sana, mereka menjual makanan ringan untuk mendapatkan dana bagi pasukan sukan atau kelab-kelab akademik.
"Kami tidak boleh menghilangkan tabiat lama," kata Dennis Barrett yang bertanggungjawab memantau operasi perkhidmatan makanan di daerah tersebut.
Dalam pertarungan antara sayur-sayuran dan burger, burger mungkin sangat sukar untuk dikalahkan. - Reuters
Read more...
01 June 2009
Cukup 10 subjek
-Gambar Hiasan
Sumber Harian Metro:
EMPAT tahun lalu, masyarakat dikejutkan dengan kejayaan Nur Amalina Che Bakri yang memperoleh 17 A1, sekali gus mencatat sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sejak itu, pelajar berlumba-lumba untuk memperoleh keputusan yang lebih cemerlang.
Rentetan daripada kejayaannya itu, seorang lagi pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan, Kedah, Azali Azlan, berjaya memecahkan rekod Nur Amalina dengan mendapat 21 A dan Nik Nur Madihah Nik Kamal, 20 A dalam SPM 2008.
Kejayaan mereka memang mengagumkan dan setiap pelajar mengimpikan untuk mencatatkan keputusan sama.
Namun, keputusan cemerlang SPM yang tidak seragam seperti 14 A, 15 A atau 19 A menimbulkan pelbagai isu termasuk tawaran biasiswa.
Kebanyakan pelajar yang memperoleh biasiswa terutama daripada kerajaan mendapat lebih 10 A dalam SPM.
Ini memberi tekanan kepada pelajar yang hanya mengambil 10 mata pelajaran.
Justeru, bagi memberi keadilan kepada semua pihak, mulai tahun depan, calon SPM hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu membolehkan guru memberi tumpuan kepada pengajaran subjek teras dan menangani kemelut kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran.
Ibu bapa juga tidak perlu menghantar anak mengikuti kelas tuisyen berikutan waktu pembelajaran subjek tambahan di sekolah tidak mencukupi.
Keputusan yang diumumkan beliau yang juga Menteri Pelajaran, Khamis lalu disambut baik masyarakat terutama golongan pendidik, ibu bapa dan pelajar sekolah.
Bekas Pengetua Kolej Tunku Kurshiah (TKC) Seremban, Negeri Sembilan, Tengku Azuan Tengku Mohamed, berkata keputusan memaksimumkan bilangan mata pelajaran kepada 10 subjek satu langkah yang wajar dan baik.
Menurutnya, pengambilan lebih daripada 10 mata pelajaran membuatkan pelajar itu terlalu memfokuskan kepada pelajaran semata-mata.
“Kini, bidang pendidikan sudah berubah. Cemerlang dalam akademik saja tidak mencukupi dan ia perlu diseimbangi dengan kokurikulum dan sahsiah diri.
“Jadi, dengan mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran, ia tidak akan dapat membentuk insan atau pelajar yang seimbang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah diri,” katanya.
Beliau yang berkhidmat lebih 32 tahun dalam bidang pendidikan berkata, pelajar gagal memberi tumpuan jika mengambil lebih mata pelajaran dalam SPM.
“Masa terluang mereka juga terhad kerana perlu dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran.
“Jika tiada masa terluang, bagaimana untuk bersukan dan melakukan aktiviti rekreasi,” katanya.
Sistem sekarang yang membenarkan pelajar mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran tidak adil terutama kepada pelajar di sekolah berasrama.
“Pelajar sekolah berasrama mampu memperoleh keputusan cemerlang seperti mereka yang mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.
“Namun, tiada peluang mengambil subjek lain, mereka hanya mampu memperoleh 10 A dalam SPM,” katanya.
Oleh itu, mengehadkan pengambilan mata pelajaran bagi calon SPM bermula tahun depan adalah wajar dan adil.
Sementara itu, Pesara Tentera, Othman Hassan, 49, berkata keputusan itu wajar.
Katanya, ia meringankan beban pelajar yang menghadapi beban dengan subjek sedia ada.
“Sebagai bapa, saya merasai tekanan mereka kerana banyak tumpuan perlu diberikan kepada subjek tertentu.
“Jika 10 subjek pun mereka tidak mampu memperoleh A dalam setiap mata pelajaran, inikan pula jika jumlah mata pelajaran wajib bertambah,” katanya.
Othman yang mempunyai lima anak berkata, guru kini boleh memberi tumpuan kepada subjek penting.
Read more...
