Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com
HEBAHAN
20 February 2009
19 February 2009
18 February 2009
17 February 2009
16 February 2009
08 February 2009
Kejohanan Catur Terbuka Klang 2009
Anjuran:Badan Kebajikan Kakitangan Pejabat Agama Islam Klang dan Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Agama Daerah Klang.
Tarikh : 7 Februari 2009. Masa :8.00am Tempat:Pusat Sumber Pendidikan Daerah Klang.
Read more...
07 February 2009
05 February 2009
04 February 2009
03 February 2009
02 February 2009
Baitullah From The Top View
Kaabah enggan bergerak
Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid kampong berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit gelap. Ketika melalui 'Karak Highway' hujan mula turun setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjalanan. Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke rumah dan mandi. Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah bulanan yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.
Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.
Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun
kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi
kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga...
(Koleksi Pegawai KGSK)Sumber:Portal PPD Jasin.
Read more...
01 February 2009
Chikungunya Oh Chikungunya..Lemah seluruh sendi dibuatnya !!
Mengikut risalah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Ia pertama kali dikesan di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu, ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di negara-negara Eropah.
Walaupun ia adalah endemik, iaitu selalu terjadi di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, dan Asia Tenggara, namun ia bukanlah sejenis penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.
SIKAP masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan hanya menambah kemungkinan buruk.
Penyakit Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae. Ia berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut.
Ramai melabelkan Chikungunya sebagai 'adik-beradik' denggi yang turut berpunca daripada gigitan aedes yang menyebarkan virus penyakit tersebut.
AWASI kediaman anda terutamanya kesihatan orang yang anda sayangi.
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari tiga hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya adalah di antara dari tiga hingga tujuh hari.
Soalan yang sering ditanyakan apabila muncul sesuatu penyakit adalah 'apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?'.
Maka, jawapan kepada soalan itu sangat bersifat kritikal, lantaran tindakan seseorang untuk mengenal pasti simptom-simptom penyakit Chikungunya boleh mempercepatkan proses rawatan dan untuk pesakit itu sembuh.
Antara simptom-simptom adalah seperti demam panas mengejut (demam yang mendadak boleh mencapai suhu 39 darjah Celcius), sakit teruk pada sendi (terutamanya sendi lutut, pergelangan dan jari), ruam pada badan dan sakit kepala. Seseorang pesakit boleh mengalami demam dari satu hingga lima hari atau seminggu.
Penyakit Chikungunya sering disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berusia pula boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.
Seperti penyakit-penyakit lain yang disebabkan oleh virus, tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagi Chikungunya. Penyakit ini biasanya akan berakhir dan pesakit boleh sembuh dengan sendirinya. Rawatan untuk pesakit luar lazimnya diberi berdasarkan simptom yang dialami pesakit.
Pendek kata, penyakit ini tiada vaksin. Namun pada masa yang sama, doktor akan memeriksa pesakit secara keseluruhan bagi mengenepikan kemungkinan penyakit lain yang lebih berbahaya.
Maka, sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, anda dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
Read more...