Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

28 November 2008

'Our Beloved Children 2008'


Murid-murid SK Pegoh Sesi Persekolahan 2008.

Terpancar wajah-wajah gembira.
Wajah-wajah gembira yang
memerlukan bimbingan dan
tunjukajar daripada guru-guru
dengan harapan bukan sahaja
dapat melahirkan modal insan
berkualiti tetapi juga mempunyai
nilai akhlak yang terpuji.

Semoga ianya menjadi realiti !!
Read more...

25 November 2008

Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah(PGSR)


' Guru perlu berilmu,tugas hakikinya menyampaikan ilmu kepada muridnya.Untuk terus menyebarkan ilmu,guru perlu sentiasa bersedia untuk menambah ilmu demi pembangunan ilmu anak didiknya'.Justru,
En.Mohd Isa Barom,Guru Bahasa Melayu SK Pegoh menyahut cabaran untuk mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) membabitkan tempoh pengajian selama 4 tahun yang bermula pada 17 November 2008 dan dijangka tamat pada akhir Disember 2012.


Program yang dilaksanakan dalam setiap cuti persekolahan ini adalah pengambilan yang pertama.
Menyedari deretan pengorbanan dalam pelbagai bentuk terpaksa dihadapi dalam usaha untuk menambah ilmu,bapa kepada lima orang anak juga terpaksa bijak membahagikan masa antara pelajaran,tugas di sekolah dan keluarga.Kami warga SKP mengucapkan tahniah kepada Cikgu Mohd Isa dan sentiasa berdoa akan kejayaan beliau.

Read more...

Program Jejak Kegemilangan Anjuran TNB


Tahniah kepada Ainur Nadhirah Anuar,murid tahun 5 SK Pegoh kerana telah dipilih sebagai Peserta Perempuan Terbaik dalam Program Jejak Kegemilangan.

Bertemakan TNB-Penjana Generasi Gemilang,program ini bermula pada 4-8 Ogos 2008 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).Seramai 140 pelajar terdiri daripada Tahun 5 dan Tingkatan 2 dari luar bandar seluruh tanah air dipilih menyertai program ini. Warga SKP sangat berbangga dengan kejayaan anda. SKP Boleh !! (Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Majalah
e@Siswa edisi November 2008,halaman 12 & 13)
Read more...