
Pada cuti hujung minggu atau cuti umum kompleks yang diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka(PKNM)sentiasa menjadi tumpuan pengunjung lebih-lebih lagi di musim cuti persekolahan ini. Difahamkan air panas di situ mempunyai belerang yang dikatakan mampu mengubati penyakit kulit. Pelbagai kemudahan juga disediakan untuk keselesaan pengunjung antaranya bilik salin pakaian, kerusi meja untuk berehat, gerai makanan dan taman permainan kanak-kanak. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM 4.00 untuk dewasa dan RM 2.00 untuk kanak-kanak yang berusia enam hingga 12 tahun.
(Sumber gambar:Berita Harian)
No comments:
Post a Comment