Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






09 August 2009

Sindrom anak mengamuk


















Kanak-kanak lingkungan usia dua hingga tiga tahun cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami.

'Temper tentrum' atau mudah marah dialami budak gagal berkomunikasi dengan baik

PERNAHKAH anda menjadi perhatian di pusat beli belah gara-gara kerenah si kecil yang tiba-tiba mengamuk? Dia menangis tanpa henti, menghentak-hentak kaki sehinggakan orang yang lalu lalang tersenyum sinis pada anda.

Salahkah kalau anda mencubitnya supaya dia diam? Atau menarik telinganya? Atau mungkin anda patut mendukungnya saja dan pulang terus ke rumah.

Kemarahan secara tiba-tiba ini disebut ‘temper tantrum’ dan ia bukanlah kemestian pada setiap kanak-kanak. Namun, di kalangan sesetengah ibu bapa, sikap anak yang baran atau mudah marah memang memeningkan kepala. Lebih sukar lagi jika anak kecil ini tidak makan pujukan dan menangis lebih kuat apabila mereka tidak diendahkan.

Pakar sebuah pusat perubatan Amerika Syarikat, Dr Jay Hoecker menyifatkan tantrum adalah satu proses tumbesaran yang normal. Ia juga bukan penyakit dan mulai hilang apabila usia kanak-kanak semakin meningkat.

“Apatah lagi jika anda dan dia sudah boleh berbual dan berkongsi pendapat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh. Sebenarnya, tantrum dilihat oleh kebanyakan pakar psikologi kanak-kanak sebagai luahan rasa kekecewaan seseorang kanak-kanak tidak kiralah sama ada ia dari sudut fizikal, mental atau emosi.

“Kekecewaan itu ada kalanya kerana kesukaran anda sebagai ibu bapa memahami kehendaknya disebabkan penguasaan perbendaharaan kata yang sedikit,” katanya yang menulis di Mayoclinic.com.

Tantrum dianggap normal kerana sebahagiannya berpunca daripada kegagalan anak kecil itu menguasai kemahiran asas. Misalnya, gagal membuka atau menutup butang baju. Ini disebabkan ada segelintir kanak-kanak memiliki kecenderungan untuk mudah marah berbanding kanak-kanak lain dan lazimnya faktor seperti letih, lapar atau tertekan menyebabkan mereka mengamuk.

Apabila usianya semakin bertambah, dia akan belajar menangani emosi yang mencetus kemarahan. Dia juga selalunya sudah mampu menguasai pertuturan dengan baik serta semakin berdikari.

Namun, dalam lingkungan usia dua hingga tiga tahun, anak kecil ini cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami. Membaling barang, menghentak-hentak kaki atau menjerit sekuat-kuat hati adalah cara meluahkan kekecewaan itu. Ada kala luahan kemarahan itu berlaku selama 20 saat atau mungkin hingga berjam-jam lamanya.

Dr Hoecker berkata, kanak-kanak mula memperlihatkan kemarahan (tantrum) pada usia dua atau tiga tahun. Namun, ada juga kanak-kanak yang mula mempamerkan sikap tantrum pada usia yang lebih muda daripada itu. Apabila dia berusia empat atau lima tahun, dia masih mudah mudah tetapi apabila usia semakin meningkat, penguasaan bahasanya juga meningkat dan anda boleh mengajaknya berbual dan mudah bertolak ansur.

Tantrum ialah tingkah laku untuk menarik perhatian. Justeru, satu cara untuk meminimumkan tantrum si kecil anda adalah dengan tidak mempedulikannya. Selalunya, dia akan menjerit lebih kuat dan menarik perhatian. Jadi, ambil peluang itu untuk berbincang tentang sikapnya.

Apabila si kecil meradang, penting untuk anda bertenang dan mengawal kemarahan. Menjerit padanya atau memukul hanya akan memburukkan lagi keadaan. Selalunya, apa yang terbaik untuk anda dan si kecil yang mengamuk ialah suasana senyap tanpa anda mengalah dan tunduk padanya. Dia akan diam dengan sendiri apabila dia gagal menarik perhatian anda.

Jadi perlukah anda menghukumnya sebagai balasan ‘mengamuk’? Logiknya tentulah tidak. Walau sebesar mana pun kemarahan anda kepadanya, cara terbaik ialah mengingatkannya sikap itu tidak betul.

Justeru, mengelak kemarahan anak kecil itu adalah lebih baik. Mulakan dengan diri sendiri dengan memberi perhatian dan pujian padanya bagi membina keyakinan dirinya. Secara tidak langsung dia tahu anda menyayangi dan mengambil berat.

Perhatikan juga tanda-tanda yang boleh menyebabkannya marah dan cuba alihkan perhatiannya.

Beri sedikit kebebasan pada si kecil anda. Misalnya, jika memesan minuman tanya dia apakah air yang diinginkan, jus atau teh. Jika memintanya memberus gigi tanya padanya, hendak berus gigi sebelum atau selepas mandi?

Beri perhatian kepada permintaannya dan jika tidak boleh ditunaikan beritahu sebabnya. Sebagai ibu bapa anda lebih memahaminya, jadi jangan bawa dia membeli belah pada waktu tidur semata-mata hendak mengejar jualan murah.

Bagaimana jika dia tiba-tiba mengamuk walaupun anda sudah cuba sedaya upaya mengelak berlaku tantrum?



Jangan marah, sebaliknya cuba bertenang dan senyum.


Cuba fahami mengapa si kecil anda marah.


Alih perhatiannya.


Dakapnya, belai rambutnya dan tenangkan dia - mungkin kadang kala anak-anak akan terus menjerit, jadi tinggalkan dia sekejap. Jangan pedulikan dia dan lihat bagaimana reaksinya.



Info

Tip tangani anak mengamuk

Tiada cara atau kaedah mengelak anak mengamuk tetapi masalah ini boleh ditangani dengan menggalakkan sikap positif kepada anak.


Konsisten - Adakan rutin harian yang tetap bagi memudahkan jangkaan anak seperti waktu tidur mengikut waktu ditetapkan.


Buat perancangan awal - Jika perlu membeli-belah barangan keperluan, lakukan seawal mungkin iaitu pada waktu pagi ketika anak tidak lapar atau keletihan. Bawa sekali bekalan snek atau permainan untuk anak jika ada kemungkinan anda perlu beratur panjang.


Kreatif - Galakkan anak anda bercakap. Jika dia masih belum boleh bertutur, gunakan kreativiti anda dengan mengajarnya bahasa isyarat ringkas dan mudah difahami bagi merujuk perkataan seperti 'Saya Mahu', 'Cukup', 'Sakit' dan 'Penat'. Lebih mudah komunikasi anda dan anak, lebih kurang anda berdepan masalah anak mengamuk.


Buat pilihan - Benarkan anak kecil membuat pilihan bagi membolehkannya berasakan dia juga boleh memilih. Ini seperti menyuruhnya memilih antara baju warna putih atau biru, jenis buah-buahan yang diingininya atau mainan pilihan.


Beri pujian - Pujilah anak anda jika dia berkelakuan baik seperti berkongsi mainan, patuh dan mendengar arahan.

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my



Read more...

08 August 2009

Positif marah




















GUNAKANLAH pendekatan yang lembut tetapi tegas untuk mendidik anak-anak.

PENGALAMAN memarahi orang lain mungkin membuatkan ramai berpendapat rasa marah adalah satu perkara buruk. Menengking anak-anak semata-mata untuk mendapatkan kerjasama mereka tidak selalu meninggalkan rasa positif kepada diri ibu bapa.

Malah, menyaksikan pergaduhan anak ketika mereka melenting juga tidak mendatangkan sebarang perasaan yang menggembirakan.

Namun, mungkin tidak ramai yang sedar bahawa kemarahan itu ada tujuannya dalam kehidupan kita. Ia datang dengan hikmah mengajar manusia seperkara dua tentang cara memperoleh hubungan yang lebih sihat dan bahagia.

Berikut adalah lima kaedah bagaimana kemarahan sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang baik:

1. Kemarahan sebagai pelindung

Apabila anak berada dalam situasi merbahaya atau mencemaskan, minda anda secara automatik akan mencetuskan satu rangkaian reaksi yang boleh menaikkan kemarahan.

Maka, anda tidak mempunyai masa untuk berhenti dan memikirkan tindakan berikutnya. Kemarahan sebenarnya memintas fikiran bagi membolehkan manusia terus bertindak serta-merta. Ini sekali gus merupakan kaedah alam atau natural untuk melindungi keluarga daripada sebarang kecederaan.

2. Kemarahan sebagai petanda

Tujuan kemarahan itu wujud adalah untuk menghapuskan masalah-masalah dalam kehidupan, bukannya perhubungan. Apabila sesuatu memerlukan perubahan dramatik, kemarahan tidak hanya memberitahu anda apa yang perlu diketahui, malah, ia memberi anda kuasa untuk melakukan sesuatu.

Misalnya, apabila doktor anak tidak mendengar keluhan anda, maka, menjadi marah mungkin boleh 'merancakkan' suasana dan mencari punca masalah agar ia boleh diselesaikan.

3. Kemarahan mengawal

Anak anda membiarkan semua barangan permainannya berselerak di serata rumah lagi! Terlalu penat untuk menengking perlakuan anak itu untuk mendapatkan kerjasamanya, kemarahan mungkin membantu. Perasaan marah boleh memberitahu bahawa anda mempunyai harapan terlalu tinggi atau peraturan yang ditetapkan tidak cukup jelas.

Gunakan tenaga daripada kemarahan anda untuk berkomunikasi tentang peraturan tersebut. Disusuli dengan disiplin yang konsisten serta berpatutan, seiring dengan usia anak.

4. Kemarahan sebagai suara

Apa yang kita katakan kepada diri biasanya akan menjejaskan tahap emosi. Jika kita memberitahu diri sebagai ibu bapa yang teruk, maka, teruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita berkata kepada diri agar melakukan yang terbaik dalam apa juga situasi, maka, kita akan bertindak tanpa rasa terlalu tertekan.

Belajarlah mendengar 'suara kecil' dan cuba mencabar sebahagian persepsi salah yang telah anda terapkan untuk diri dan si anak. Mintalah pandangan jujur daripada rakan-rakan. Jika apa yang anda katakan tentang diri itu benar, maka, gunakan maklumat ini untuk membuat perubahan dalam hubungan anda dan anak.

5. Kemarahan sebagai pengajaran

Gaya pengurusan kemarahan biasanya diwarisi daripada ibu bapa. Andainya ibu anda merupakan seorang yang suka menengking atau menjerit, maka besar kemungkinan, anda akan mengikut jejaknya. Biarpun setelah anda bersumpah tidak akan bersikap sepertinya.

Buangkan idea bahawa kemarahan itu satu perasaan yang buruk. Kemarahan ialah satu proses natural dan tidak dapat dielakkan. Tetapi, pastikan anda faham emosi ini boleh dikawal. Buktinya, menerusi sedikit latihan.

Berikan diri anda masa untuk mencari kaedah berdepan dengan cabaran mendidik anak, sama ada melalui bacaan buku ataupun menghadiri kelas mengurus kemarahan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.angermanagementgroups.com/

Read more...

07 August 2009

Revolusi perisian sekuriti



















Selamatkah komputer kita daripada virus-virus baru yang tidak dikenali walaupun ia telah dilengkapi perisian-perisian antivirus?

DALAM masa yang terdekat ini, satu revolusi dijangka akan tercetus dalam industri perisian antivirus komputer. Anda bakal boleh mengoperasikannya tanpa perlu sambungan Internet dan tidak perlu mengemas kini perisian dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, kebanyakan pengeluar perisian antivirus komputer menyifatkan ia seperti tidak akan berlaku. Bagi mereka, adalah mustahil untuk sesuatu perisian antivirus itu bersifat stand alone atau beroperasi secara di luar talian Internet (offline) sepenuhnya.

Ia dianggap sukar untuk berlaku kerana produk antivirus konvensional mengesan atau mengimbas virus apabila ancaman itu berada di dalam memori capaian rawak (RAM) komputer. Kenyataan bahawa virus atau ancaman-ancaman seumpamanya turut disebar menerusi laman web Internet dan e-mel, maka sambungan ke Internet dilihat sebagai keperluan bagi mengesan kewujudannya.

Berdasarkan mekanisme biasa juga, produk antivirus konvensional mengesan virus-virus atau kolektifnya digelar 'malware', dengan menghubungkannya pada pangkalan data virus yang dibina syarikat pengeluar produk berkenaan. Ini juga perlu dilakukan dengan mengakses Internet.

Sebelum ini juga, perisian antivirus perlu dikemas kini selalu atau secara berkala kerana realitinya virus-virus terus terbentuk dari semasa ke semasa. Pakar-pakar teknologi menganggarkan sekurang-kurangnya terdapat 500 virus komputer baru yang dilepaskan ke Internet setiap bulan. Maka, jika anda tidak melakukan kemas kini, anda mungkin tidak boleh mendapatkan 'ubat' bagi melindungi komputer anda daripada serangan virus terbaru.

Tetapi, itupun bergantung kepada sejauh mana syarikat pengeluar produk antivirus anda 'mengenali' virus berkenaan. Jika mereka tidak mengenalinya, perlindungan komputer anda untuk diselamatkan daripada virus tersebut mungkin sifar.

Produk antivirus konvensional memerlukan capaian ke pangkalan data virus sedia ada kerana mereka menggunakan kaedah signature atau padanan untuk mengesan virus. Dalam erti kata lain, sekiranya virus tersebut baru atau tidak dikenali, maka ia mungkin tidak dapat membantu pengguna. Justeru, timbul persoalan selamatkah komputer kita daripada virus-virus baru yang tidak dikenali walaupun telah menggunakan perisian-perisian antivirus?

Memang ada kaedah lain yang digunakan untuk mengesan virus terbaru seperti heuristic, namun kaedah itu tidak semestinya berkesan.

Bagi sesetengah orang proses mengemas kini agak melecehkan dan mengambil masa. Lebih buruk, jika ia menyebabkan operasi komputer menjadi perlahan.
















SEBAGAI perlindungan optimum, pengguna seharusnya melindungi komputer mereka dengan produk antivirus yang mampu menghapuskan virus yang sudah dikenali dan virus baru yang tidak dikenali. - Gambar hiasan

Namun begitu, sebuah syarikat Ikonasoftware AG sudah membuktikan bahawa perkara yang dianggap mustahil itu boleh direalisasikan. Syarikat milik bumiputera Malaysia yang berdaftar di Bahnhoffstrasse, Switzerland itu bakal melancarkan produknya yang dinamakan Ikona MAPS (Sistem Perlindungan Serangan Malware) tidak lama lagi. Didakwa sebagai produk antivirus pertama stand alone di dunia, ia melindungi komputer daripada serangan siber meliputi malware seperti virus, cecacing, eksploit, backdoor, key logger, trojan, wabbit, root kit, spyware serta penggodam.












MOHAMAD RAZALI menerangkan mengenai produk antivirus tanpa menggunakan talian Internet, Ikona MAPS di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Di peringkat global, syarikat ini berpangkalan di Switzerland manakala ibu pejabat Asia Pasifiknya terletak di negara ini.
"Pengeluar-pengeluar produk antivirus Amerika Syarikat (AS) mengatakan yang ia mustahil. Tapi, kami, anak Malaysia membuktikan yang mereka salah," kata ketua pegawai operasinya, Mohamad Razali Salleh ketika ditemui Infiniti di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Kita akan melancarkannya bermula di Malaysia sebelum di negara-negara yang lain. Walaupun 12 buah negara Eropah telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan kita, tetapi kita tetap mahu memulakan pelancarannya di negara kita sendiri. Sebuah negara Eropah bahkan mahu kita membantu mereka bagi sekuriti komputer dalam bidang militari," tambahnya sambil menjelaskan sistem sekuriti Ikona sesuai untuk segala peringkat daripada sekolah, rumah, pejabat, firma, bank, kerajaan sehingga ke bidang pertahanan.

Tidak menggunakan kaedah pengesanan ancaman virus dan seumpamanya menerusi pangkalan data virus, Mohamad Razali berkata, ia bermakna, Ikona mampu membunuh virus yang dikenali dan tidak dikenali.

"Kita tidak ada pangkalan data virus yang menyenaraikan virus yang kita sudah kenal. Ini kerana, kita tidak memerlukannya. Ikona boleh membunuh virus sama ada yang dikenali atau virus baru yang tidak dikenali," katanya.

"Ikona adalah perisian pintar. Apa yang dilakukan Ikona hanyalah memfokuskan agar sistem komputer tidak 'mesra malware' dan melindungi data komputer daripada penceroboh. Ikona juga bukan membunuh virus apabila ia melepasi RAM sebaliknya sebelum ia memasuki RAM lagi," katanya.

Menerima platform Microsoft XP SP1/2/3 dan Vista, ia juga mengawasi muat turun dan fungsi salinan. Ikona MAPS memudahkan kawalan sekuriti automatik sama ada pada dalaman dan luaran sistem serta memantau rangkaian sekuriti termasuk penggunaan peranti luaran seperti pemacu storan dan cakera padat.

Instalasi Ikona juga unik kerana menggunakan pemacu storan (thumbdrive) berbanding penggunaan cakera atau muat turun di Internet bagi produk antivirus konvensional. Ini kerana, kata Mohamad Razali, ia bagi mengelak sebarang bentuk penyalinan.

Semasa instalasi, Ikona akan melakukan imbasan ke seluruh sistem dan perisian yang ada dalam komputer dan ia dilakukan di antara 5 hingga 9 minit. Imbasan default Ikona pula disetkan setiap 30 saat dan diselesaikan dalam masa 8 saat. Ia tidak memperlahankan komputer.

"Ikona juga boleh diadaptasikan menurut kehendak pihak pengurusan sesuatu pejabat yang tidak membenarkan penggunaan internet, komunikasi secara talian atau pengaliran keluar-masuk data dalam kalangan pekerjanya," katanya.

Ikona MAPS bakal boleh didapati pada harga di antara RM150 hingga RM500.

"Ikona MAPS dijangka akan meledak di pasaran kerana belum ada pesaing yang menawarkan perisian yang berciri sepertinya," kata Mohamad Razali sambil memberitahu pihaknya telah melakukan demonstrasi ujian produk di salah sebuah kementerian di negara ini, baru-baru ini.

Enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai produk tersebut dan insan-insan di sebalik pembuatannya, Mohamad Razali berkata, ia hanya akan didedahkan apabila produk itu dijangka dilancarkan dalam pertengahan bulan ini.

Oleh ADHAM SHADAN dan AQMAR ALLADAD
rencana@kosmo.com.my
Read more...

06 August 2009

Taklimat Pencegahan Penularan Wabak Influenza A H1N1 Bersama Jabatan Kesihatan Melaka.





















Tarikh :06 Ogos 2009 Masa:2.30 Tempat: Dewan Bestari,Jabatan Pelajaran Melaka,Bukit Baru.Penceramah :Dr.Rosli dan Dr.Nur Aishah Buang,Pejabat Kesihatan Awam,Unit Epidemiologi Kesiapsiagaan,Jabatan Kesihatan Melaka.Tetamu Kehormat,Tuan Hj.Isa Hj.Abu,Pengarah Pelajaran Melaka.Sasaran :Guru Besar- Guru Besar Dan Pengetua-Pengetua Sekolah Kawasan Alor Gajah.






















Read more...

Gerbang terbaik Windows 7











SELEPAS beberapa kontroversi dan kritikan yang dilontarkan mengenai prestasi Windows Vista yang dikeluarkan syarikat gergasi sistem operasi (OS) iaitu Microsoft, mereka terus beralih kepada produk seterusnya, Windows 7.

SELEPAS beberapa kontroversi dan kritikan yang dilontarkan mengenai prestasi Windows Vista yang dikeluarkan syarikat gergasi sistem operasi (OS) iaitu Microsoft, mereka terus beralih kepada produk seterusnya, Windows 7.

Ada yang menyatakan Microsoft mula panik dengan kegagalan Windows Vista menyebabkan mereka mahu memperkenalkan Windows 7 walaupun Vista baru setahun jagung berada di pasaran.

Windows 7 dijangka menemui pengguna awal tahun depan pada asalnya dikenali dengan kod Blackcomb dan Vienna yang dikeluarkan menerusi dua versi iaitu kepada pengguna dan pelayan.

Kali ini, Microsoft menjanjikan kelainan untuk OS Windows 7 dengan mengatakan ia jauh terhandal serta penuh inovasi.

Mungkin Microsoft terpaksa mengakui pengguna seluruh dunia lebih sayangkan Windows XP namun berdasarkan maklum balas orang ramai, Microsoft menjadikannya jauh lebih baik termasuk keupayaan penukaran program sehingga merekod televisyen.

Ia dikatakan memudahkan pelayaran komputer peribadi (PC) serta keupayaannya berhubung dengan dunia lain.

Microsoft bersedia memperkenalkan kemuncak generasi perisian akan datang yang direka bagi mengatasi rungutan mengenai perisian OS Vista keluarannya yang memberikan persaingan kepada pesaing utamanya, Google.





















Versi Windows 7 yang sedang dibangunkan itu dipertontonkan di California pada satu Persidangan Pembangun Profesional mengandungi beberapa sesi yang mana pakar perisian boleh mendapatkan gambaran mengenai sistem operasi Microsoft yang akan datang.

Ketua Arkitek Perisian Microsoft, Ray Ozzie, berkata syarikatnya melabur besar untuk platform Windows 7 dan berbangga dengan sasarannya selepas ini.

"Antara ciri kelebihan Windows 7 termasuk membolehkan orang ramai menjadikan komputer lebih menuruti kehendaknya dan menyediakan rangkaian yang boleh dihubungkan dengan telefon mudah alih, pencetak, gambar digital, komputer dan perkakasan pintar lain," katanya.

Menurut penganalisis dari Redmond, sebuah syarikat perisian berpangkalan di Washington, Matt Rosoff berkata beliau menjangkakan Microsoft menghasilkan Windows 7 seawal tahun depan.

Windows 7 direka bentuk untuk menjadikan semua tugasan harian membabitkan komputer lebih pantas dan menampilkan ciri baru sambil memfokus terhadap aplikasi dan kepelbagaian kesesuaian penggunaan perkakasan itu.

Rungutan mengenai Vista termasuk konfliknya dengan program lama.

"Kami membawakan yang terbaik mengenai Web kepada Windows dan yang

terbaik mengenai Windows kepada Web.

"Daripada PC kepada Web seterusnya telefon dan dari pelayan kepada semua sistem lain, kami memfokus pengalaman penciptaan generasi seterusnya yang mengubah cara kita hidup, bekerja dan bermain," kata Ozzie.

Windows 7 mempunyai ciri yang memudahkan tugasan harian antaranya:





Taskbar diperbaharui dengan previu skrin penuh

Taskbar yang terletak di bahagian bawah skrin digunakan untuk melancarkan program dan menukarnya apabila ia dibuka. Ini bermakna anda akan dapat melihat visual ikon dipilih sebelum membukanya.




Pembaharuan desktop

Ia memberi peluang kepada anda menyusun ikon di permukaan skrin termasuk membukanya, menutup, mengubah saiz dan mengemaskininya.




Carian Windows

Windows 7 memudahkan carian subjek dalam PC dengan membahagikannya mengikut segmen tertentu seperti dokumen dan muzik dengan satu klik saja.




Internet Explorer 8

Semestinya ia diperbaharui bagi memudahkan pelayaran 'online' pantas seperti alamat bar, carian, 'tabs' dan bar 'Favorites.'




Pengurusan perkakasan lebih baik.

Kalau dulu, sebarang ikon di My Computer agak 'kosong' tanpa grafik namun dengan keupayaan Windows 7 baru, ia mampu mengecam perkakasan yang disambungkan ke PC.



Microsoft juga berusaha mengenal pasti keupayaan prestasinya yang dipertingkat menerusi Windows 7 agar ia tidak berkompromi dengan kehendak pengguna.

Melalui sistem baru di bawah Windows 7, PC akan dibuka, ditutup, bersedia dan memberi respons dengan pantas yang mendapat maklum balas daripada pengguna sebelum ini.

Selain itu, ia jauh berbeza dengan Windows XP apabila Microsoft memajukan jangka hayat bateri dengan menambah sistem penjimatan tenaga untuk kecerahan paparan dan penggunaan tenaga minimum untuk memainkan pemain DVD.

Kali ini, Microsoft juga mahu mengurangkan sistem amaran membabitkan 'pop-up' memberi ingatan kepada pengguna walaupun ia tidak serius berbanding pop-up yang sering terpampang.

Bagai bulan jatuh ke riba apabila mendengar ciri hiburan menggunakan Windows 7 yang bersedia untuk menampilkan fungsi ajaibnya terutama membabitkan televisyen menggunakan PC, filem dan video.

Ia membabitkan penukaran besar-besaran antaramuka hiburan yang memberi impak kepada emosi pengguna ketika berhibur.

Tidak dilupakan, Windows 7 dijangka akan menitikberatkan fungsi skrin sesentuh yang kian didapati dalam mana-mana perkakasan di dunia ini menjadikannya lebih mesra pengguna.

Kehadiran Windows 7 bertepatan dengan aplikasi sentuhan seperti hasil kajian menyentuh hubungan antara pengguna dan mesin yang dijelaskan secara disiplin ilmu dalam Interaksi manusia-komputer (Human-Computer Interaction-HCI).

Ia mengkaji komunikasi atau interaksi antara pengguna dengan sistem termasuk berkaitan UI serta skrin sesentuh.

Model interaksi antara pengguna dengan sistem membabitkan tiga komponen iaitu pengguna, interaksi dan sistem itu sendiri.

Interaksi terbabit mewujudkan sistem yang mudah digunakan, memberi keselesaan kepada pengguna, mudah dipelajari dan sebagainya.

Satu kajian terpenting dalam bidang HCI adalah UI yang menjadi sebahagian sistem yang akan dikendalikan oleh pengguna untuk mencapai dan melaksanakan fungsi sesuatu sistem.

Tidak dinafikan juga ia dianggap sebagai jumlah keseluruhan keputusan reka bentuk.

Sistem UI yang membabitkan skrin sesentuh menggabungkan elemen komunikasi apabila pengguna boleh berinteraksi dengan produk terbabit melaluinya seperti ditonjolkan Windiws 7 kelak.

Menurut nama yang tidak asing dalam bidang komputer iaitu Bill Gates ketika mengulas mengenainya berkata Windows 7 bermaksud jika anda beralih dari satu PC ke PC yang lain, anda perlu memasang aplikasi satu demi satu serta mengemaskini setiap satunya.

"Memindahkan maklumat sangat leceh namun ia boleh diselesaikan menggunakan Perkhidmatan Live untuk mengetahui kemahuan anda.

"Jadi, walaupun anda menggunakan kios atau menumpang PC seseorang, kami boleh membawa laman web anda, fail anda, jenis tulisan anda, kegemaran anda dan apa saja. Jadi itulah bentuk perkara berpusatkan pengguna yang Perkhidmatan Live boleh lakukan," katanya.

Jangan terkejut dengan kemunculan Windows 7 nanti yang pastinya lebih berinovasi dan penjadi pelopor kemajuan manusia.

Sejauh manakah kita mampu menerimanya?
Read more...

05 August 2009

Kelainan untuk pencinta haiwan




















PELBAGAI spesies burung seperti helang, enggang dan kakak tua boleh dirapati.

APABILA menyebut Pulau Langkawi, perkara yang bermain di fikiran anda adalah keindahan pantainya dan keseronokan membeli-belah tanpa cukai.

Di bandar itu juga terdapat sebuah tempat yang menghimpunkan pelbagai binatang liar, spesies burung dan landskap yang begitu indah.

Taman Hidupan Liar Langkawi (THLL) yang terletak tujuh kilometer dari jeti Kuah dan kira-kira 30 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat membawakan sesuatu yang berbeza kepada mereka yang cintakan haiwan.

Taman yang mula beroperasi sejak Disember 2003 itu menelan belanja RM9 juta untuk menghimpunkan hampir 70 peratus burung daripada 50 spesies dari dalam dan luar negara. Antaranya termasuklah Afrika, Amerika Selatan, Papua New Guinea, Belanda, Belgium dan Australia.

Burung tempatan

Antara spesies burung tempatan yang terdapat di THLL ialah burung hantu, helang, serindit, merpati, ruak, tempua dan tiong manakala 20 ekor burung kakak tua dari Amerika Selatan, Golden Pheasant, Flamingo, Barn-Owl dan King Bird Paradise adalah antara spesies burung yang terawal ditempatkan di situ.

Menurut Pengurus Besarnya, Teoh Cheng Kung, bagi menjadikan THLL sebagai destinasi wajib dilawati, pihaknya mengambil inisiatif dengan membawa masuk beberapa spesies haiwan liar. Antaranya termasuklah memerang, musang, buaya, ular dan terbaru lapan ekor keldai. Ini sekali gus menjadikan taman ini seperti hutan mini dengan latar belakang air terjun dan kemerduan kicauan burung.

"Kita yakin ia boleh menjadi destinasi menarik di Langkawi kerana THLL mampu menarik purata pengunjung kira-kira 5,000 sebulan dari dalam dan luar negara














TAMAN Hidupan Liar Langkawi berkonsepkan mesra alam dan pengunjung
"Di taman ini, pengunjung berpeluang menyaksikan kira-kira 100 burung eksotik yang jarang ditemui dan terbang bebas dalam sebuah sangkar gergasi yang dibina khas bagi mengekalkan habitat asal burung.

"Berkonsepkan mesra alam, pengunjung boleh mendekati burung dan sebahagian haiwan liar ketika berada dalam sangkar kerana kebanyakannya telah dijinakkan oleh kakitangan kami yang terlatih," katanya.

Sangkar gergasi

Selain sangkar burung gergasi bersaiz 50 meter lebar dan 60 meter panjang serta tinggi 12 meter, pengunjung juga dapat menyaksikan gelagat pelbagai binatang jinak. Terutamanya burung kakak tua yang diberi nama Wendy yang mudah mesra dengan setiap pengunjung.

Orang kurang upaya

Cheng Kung berkata, pihaknya juga memberikan keutamaan kepada pengunjung orang kurang upaya (OKU) ke THLL. Sehubungan itu, pihaknya menyediakan kemudahan lorong pejalan kaki berbumbung bagi memudahkan lagi pengunjung mengenali binatang itu dengan lebih dekat melalui maklumat yang dipamerkan.

Pengunjung THLL juga dibenarkan memberi makan kepada binatang di taman tersebut dengan makanan yang disediakan.

Lebih menarik, pengunjung juga dapat menyentuh dan merakam foto dengan haiwan ataupun burung di THLL secara percuma.

Antara kemudahan yang terdapat di THLL adalah tempat letak kereta dan kafeteria. Cenderamata juga ada dijual di situ.

Taman hidupan liar ini beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 6 petang. Bayaran masuk orang dewasa adalah RM22, manakala kanak-kanak RM15.

Taman Hidupan Liar Langkawi

Lot 1485 Jalan Ayer Hangat,

Kampung Belanga, 07000 Langkawi.

Telefon: 04-966 5844

E-mel: wildlifeplatnet@ gmail.com

-Turut dikenali sebagai Bird of Paradise.

-Hanya 15 minit dari jeti Kuah.

-30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

-Dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang.

-Harga tiket RM22 untuk dewasa, kanak-kanak RM15.
Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR


Read more...

04 August 2009

'Semuanya bagus-bagus'



















Walaupun semakin dihimpit arus pemodenan bandar raya Melaka, Kampung Jawa tetap berdiri megah bersama peninggalan sejarahnya.

DARI jauh, deretan kedai papan yang kelihatan usang, sepi tanpa sebarang tarikan. Malah, ketika itu tidak banyak kedai yang beroperasi, sebaliknya hanya ada tiga empat buah yang dibuka sambil setia menanti kunjungan pelanggan.

Sejurus kaki melangkah memasuki kawasan tersebut, seorang wanita Cina dalam lingkungan usia 60-an mendekati penulis. Mulutnya ramah menegur sambil bertanyakan barang yang mahu dicari di sana.

"Cari apa amoi? Baju semua ada, murah-murah punya. Jangan takut, semuanya bagus-bagus!!" ayat-ayat itu meluncur laju daripada mulut Koh Lian Neo.

Bila ditanya kembali khabar perniagaannya sekarang, dia menjawab:

"Biasalah zaman sekarang mana ada untung. Susah juga nak cari makan. Lagipun, di Melaka sudah banyak pasar raya dan gedung beli-belah dibuka. Jadi, tak ramai lagi orang datang berbelanja di Kampung Jawa ini," luah wanita itu.

Sedar atau tidak, itulah antara realiti yang kini dihadapi oleh golongan peniaga di Kampung Jawa, Melaka yang dulunya pernah dikenali sebagai syurga beli-belah dalam kalangan penduduk setempat. Kampung Jawa suatu ketika ibarat 'Petaling Street Melaka'.

Namun, dek arus pemodenan yang semakin menghimpit, rezeki yang dahulunya melimpah-ruah bagi mereka, kini hanya sekadar cukup untuk menyara kehidupan seharian keluarga.














Kawasan Dataran Kampung Jawa bersebelahan Sungai Melaka yang lapang dan bersih


Bagaimanapun, dalam kepesatan pembangunan Melaka, Kampung Jawa masih mampu bertahan sebagai sebuah destinasi yang mesti dikunjungi.

Jika tidak, mustahil untuk sesebuah perniagaan itu bertahan sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya sejak ia dimulakan pada tahun 1950-an.

Bagi Lian Neo yang mewarisi perniagaan menjual pakaian siap untuk semua peringkat usia itu daripada ibu mentuanya, dia sudah menjadi peniaga di sana selama lebih 25 tahun. Walaupun bisnes yang dijalankan ada pasang surutnya, namun dia tetap tegar menghadapi cabaran yang datang.

"Kalau diikutkan, memanglah susah untuk dapatkan pelanggan sekarang. Persaingan sangat hebat.

"Tapi, sebenarnya Kampung Jawa ada pelanggannya sendiri. Contohnya, golongan keluarga yang berpendapatan sederhana.

"Bayangkan kalau mereka bawa RM100 sahaja, ia sudah dapat membeli baju untuk satu keluarga yang mempunyai tiga orang anak berbanding berbelanja di pasar raya.

"Selain boleh tawar-menawar, kualiti barang yang dijual juga ada nilainya," jelas Lian Neo.













PENGUNJUNG boleh membeli pakaian siap di Kampung Jawa dengan harga yang berpatutan.
Berdasarkan tahun pembinaan (1953) yang tertera di Madrasah Al-Hidayah yang terletak di kawasan itu, terbukti Kampung Jawa sudah dibangunkan sejak sebelum merdeka lagi.

Ini bermakna, sudah 56 tahun perniagaan bertapak di tempat tersebut. Menurut salah seorang peniaga terawal di Kampung Jawa, Omar Ismail, 75, seingat beliau sebelum merdeka lagi, sudah ada beberapa orang peniaga kecil mencari rezeki di sana.

"Kalau tidak silap, tahun 1952 lagi sudah ada yang berniaga. Saya pula memulakan perniagaan pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum negara mencapai kemerdekaan. Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan menjual pakaian siap, akhirnya saya berjaya sampai ke tahap ini.

"Malah, dengan duit berniaga inilah saya menyara isteri dan anak-anak seramai sembilan orang. Alhamdulillah, itu satu kebanggaan bagi saya sebagai seorang ketua keluarga," ujar Omar yang kini dibantu oleh anak-anaknya dalam menguruskan perniagaan pakaian.











PENIAGA terompah, Tham Fong Ling tekun menyiapkan kerjanya di dalam sebuah pondok kayu kecil
Hakikatnya, tambah Omar, situasi 50 tahun dahulu amat berbeza dengan sekarang. Dalam tempoh 30 tahun pertama, proses jual-beli memang berjalan lancar dengan kehadiran ramai pengunjung.

"Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pendapatan kami agak berkurangan. Cuma, ia tidaklah sampai membuatkan golongan peniaga tutup kedai. Kami harap nasib kami akan terbela apabila kerajaan bakal membangunkan kawasan ini kelak," kata Omar penuh pengharapan.





















DERETAN terompah tergantung menunggu untuk dijual.
Harapan Omar itu merupakan rentetan daripada kebimbangan sekumpulan penduduk dan peniaga di situ mengenai rancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan perkampungan Arab di tiga lokasi termasuk Kampung Jawa. Dua lokasi lain ialah di Klebang dan Pulau Melaka.

Projek yang diusahakan salah sebuah syarikat hartanah dari Arab Saudi itu kini dalam peringkat perundingan pengambilan tanah oleh kerajaan negeri daripada penduduk terbabit. Ia melibatkan kos sebanyak RM200 juta.

Seorang lagi peniaga, Abdullah Omar, 59, turut melahirkan harapan supaya peniaga asal tidak dipindahkan dari lokasi tersebut jika sudah dibangunkan kelak.

"Sebagai rakyat, kami memang menyambut baik cadangan tersebut. Tetapi, banyak perkara perlu diambil kira terutama nasib golongan peniaga lama di sini.

"Maklumlah, setiap projek pembangunan itu, pasti ada kesannya kepada golongan tertentu. Begitu juga kami," tutur Abdullah yang mula menjalankan perniagaan pada tahun 1980.

Kebanyakan peniaga biasanya mendapatkan bekalan barang yang dijual dari serata tempat. Antaranya Kelantan, Thailand, China, Indonesia dan sebagainya.

Selain deretan kedai papan, ada juga kedai bangunan batu lama yang beroperasi. Mereka menjual pelbagai jenis barangan keperluan seperti terompah, pinggan mangkuk, peralatan dapur dan perkakasan.

















kampung jawa masih bertahan meskipun semakin terpinggir oleh arus pemodenan.

Bagi kedai yang menawarkan perkhidmatan pula termasuklah kedai gunting rambut dan kedai pajakan emas.

Tidak ketinggalan, terdapat juga kedai-kedai yang menjual haiwan ternakan seperti itik, ayam, ikan, kucing, arnab dan lain-lain, sekali gus membuatkan semua yang dikehendaki ada di sana.

Bila sudah puas membeli-belah dengan harga yang berpatutan, pengunjung juga boleh menikmati keenakan aneka jenis makanan yang dijual menerusi gerai-gerai. Menu paling diminati dan sering diminta pastinya rojak, sate dan cendol.


Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my



Read more...

03 August 2009

Memahami, kenali cara jangkitan H1N1 kekang penularan






















KERJASAMA orang ramai untuk patuh kepada arahan dikeluarkan dan cepat mendapatkan rawatan jika ada simptom dijangkiti H1N1 mampu menghalang penularan wabak.

Tindakan menguatkuasa perintah kuarantin di semua sektor perlu dipatuhi rakyat tanpa sebarang persoalan

TINDAKAN menguatkuasakan perintah kuarantin di semua sektor, termasuk institusi pendidikan iaitu sekolah, kolej dan universiti sudah dikeluarkan untuk mengelak risiko penularan wabak Influenza A (H1N1) yang lebih tinggi. Begitu juga arahan paling tegas Kementerian Kesihatan untuk menutup serta-merta kampus mengikut Prosedur Standard (SOP) bagi mengawal jangkitan lebih besar di seluruh negara.

Namun, sejauh mana pematuhan orang ramai terhadap perintah kuarantin itu, terutama kalangan pelajar? Adakah dengan penutupan itu memberi kesempatan mereka untuk bersantai sesuka hati atau dikuarantin dengan duduk saja di rumah.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, baru-baru ini dilaporkan tidak berpuas hati apabila Kementerian Kesihatan tidak membenarkan pegawainya memasuki empat kampus di Lendu, Melaka; Sri Iskandar (Perak); Permatang Pauh (Pulau Pinang) dan Dungun (Terengganu) atas keperluan menjalankan tugas pengurusan selepas kampus itu diarah tutup sementara berikutan ada pelajarnya dikesan dijangkiti Influenza A.

Dalam keadaan ini, siapa harus dipersalahkan? Kementerian Kesihatan sudah menjalankan tanggungjawab mengeluarkan perintah kuarantin kepada golongan berisiko itu, tetapi masyarakat pula seakan tidak prihatin terhadap bahaya jangkitan virus Influenza A dan bebas keluar.

Hakikatnya, statistik wabak H1N1 meningkat setiap hari. Sehingga semalam, lapan orang terkorban dengan sejumlah 17 kes baru dilaporkan. Semalam saja dua kematian dilaporkan. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Jumlah keseluruhan ialah sebanyak 1,446 kes.

Pada peringkat global, bagi tempoh sama, sejumlah 183,854 kes dengan 1,307 kematian dilaporkan di 167 negara. Peningkatan sebanyak 28 kes dengan enam kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Tiada pertambahan negara yang terbabit. Sebelum ini, dilaporkan empat penambahan kes baru di negara baru juga dilaporkan iaitu Georgia, Kazakhstan, Kosovo dan Swaziland.

Berdasarkan senario itu, wabak berkenaan tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia sudah menjadi pandemik pada peringkat global kerana mudah berjangkit daripada manusia kepada manusia. Walaupun keadaan di Malaysia masih terkawal, ia boleh disekat dengan kerjasama orang ramai untuk patuh kepada arahan dikeluarkan dan cepat mendapatkan rawatan jika ada simptom dijangkiti.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Datuk Hassan Abdul Rahman, berkata wabak H1N1 masih berada pada peringkat awal pandemik atau sekadar penularan berbentuk tempatan.

Katanya, disebabkan wabak itu adalah pandemik pada peringkat global dan mudah berjangkit daripada manusia kepada manusia, kerajaan sentiasa mengambil langkah memperlahankan jangkitan virus daripada merebak. Setakat ini, tiada strategi khusus lebih komprehensif untuk membendung penularan virus itu, sebaliknya sudah cukup dengan langkah sedia ada Kementerian Kesihatan, iaitu menerusi pemeriksaan dan kuarantin.

"Apa yang penting, kita akan mengambil langkah secepat mungkin untuk memperlahankan penularan. Pesakit yang berisiko tinggi dijangkiti virus H1N1, kita akan kuarantin supaya tidak bercampur atau bergaul dengan orang ramai.

"Kita juga akan arahkan sesiapa yang ada simptom mendapat rawatan segera dan lakukan kuarantin sendiri di rumah. Bagi institut pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang ada pelajarnya dijangkiti wabak itu, Kementerian Kesihatan sudah arahkan ditutup sementara.

"Ini adalah tindakan terbaik kerana sekolah, kolej dan universiti adalah sebuah premis yang luas, sesak serta diduduki ramai pelajar. Dalam kawasan sesak, wabak itu mudah merebak. Justeru, kita halang pelajar bercampur sesama mereka kerana dalam premis yang begitu luas, risiko penularan terhadap virus berkenaan adalah tinggi.

"Ini berbanding di rumah yang saiznya adalah jauh lebih kecil dan hanya diduduki sejumlah ahli keluarga yang sedikit," katanya.

Kenyataan itu, sekali gus menolak andaian sesetengah ibu bapa yang mempersoalkan langkah kementerian menutup sekolah atau kolej, seolah-olah mahu 'menyebarkan' virus itu di kampung atau taman perumahan apabila pelajarnya pulang.

Hassan bagaimanapun, berkata, tanggungjawab memperlahankan wabak itu bukan saja terletak kepada pihak berkuasa, sebaliknya semua individu dengan memahami apa itu H1N1 dan patuh arahan dikeluarkan.

Apa yang dilihat tahap kesedaran masyarakat terhadap wabak H1N1 ini masih terlalu rendah dan mereka dilihat seakan tidak bimbang mengenai penularan itu.

"Mungkin ramai kalangan masyarakat yang masih tidak faham mengenai wabak berkenaan kerana baru muncul sejak April lalu. Wabak H1N1 sangat berbahaya kerana belum ada vaksin yang mampu melawan penyakit itu. Cuma penemuan virus itu dijangka akan ditemui, hujung tahun ini," katanya.

Hassan berkata, masyarakat harus tahu bahawa Influenza A adalah lebih berbahaya daripada denggi. Nisbah kematian bagi Influenza A ialah 1:200, manakala demam denggi pula 1:500 kematian. Apa yang penting kematian tetap boleh dielakkan jika semua pihak tahu peranan masing-masing.

"Seharusnya apabila diserang batuk, selesema atau demam, mereka terus mendapatkan rawatan dan mengasing atau menjarakkan diri dengan orang lain. Jika bekerja, majikan patut mengarahkan pekerjanya bercuti sebagai langkah pencegahan awal mengelak virus merebak ke pihak lain.

"Ada baiknya mereka ini duduk di rumah dan mengurangkan aktiviti lain. Jika mereka benar-benar mengikut nasihat doktor, demam atau selesema boleh sembuh dalam tempoh singkat iaitu antara dua hingga tiga hari.

"Kita lihat seorang pesakit yang meninggal dunia akibat H1N1 itu adalah disebabkan lewat mendapatkan rawatan. Oleh itu, pesakit yang ada simptom serta bertubuh gemuk dan menghidap kencing manis perlu segera membuat pemeriksaan doktor kerana mereka lebih berisiko," katanya.

Hassan berkata, walaupun kebanyakan kes yang ada di Malaysia tidak dianggap berisiko tinggi, tindakan berwaspada perlu sentiasa diambil. Dua peratus kes yang dikesan menghidapi virus itu juga perlulah membiasakan diri memakai penutup muka supaya tidak merebak ke pihak lain.

"Kita sepatutnya mengikut cara rakyat di Jepun, Korea dan China yang menjadikan amalan memakai penutup muka sebagai perkara biasa. Semuanya bermula daripada diri sendiri," katanya.

Oleh Jami'ah Shukri
jamia@bharian.com.my

Read more...

02 August 2009

Kelebihan Syaaban






















SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.
Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada

segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih

mengetahui."

Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.

Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

Read more...

01 August 2009

Harry Potter 6 kuasai pawagam seluruh dunia





















FILEM Harry Potter and the Half-Blood Prince menguasai pawagam seluruh dunia

KETIKA ini, tentunya tumpuan penggemar filem lebih terarah kepada siri keenam filem Harry Potter, Harry Potter and the Half-Blood Prince, yang bukan saja menguasai carta di Malaysia, bahkan mencipta beberapa rekod kutipan di Amerika Syarikat (AS).

Ketika perbualan hangat masih berkisar pada kemunculan kedua robot Transformers, serta kebanyakan panggung IMAX di AS masih menayangkan filem arahan Michael Bay itu, namun ia tidak menghalang Harry Potter 6 untuk merampas kejuaraan carta.

Filem Harry Potter and the Half-Blood Prince dilaporkan memungut kira-kira RM278 juta pada tayangan hujung minggunya, manakala tayangan lima harinya pula berjaya menghasilkan sejumlah RM559 juta. Sementara pungutan seluruh dunianya dianggarkan RM1.4 bilion! Filem ini muncul filem terbesar pembukaannya di seluruh dunia.


Ia tentunya satu penantian yang berbaloi buat peminat (apabila filem itu ditunda tayangannya selama lapan bulan daripada tarikh asal), walaupun banyak juga ulasan yang kurang berpihak kepada filem arahan David Yates itu.

Apa saja kata mereka, filem lakonan Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson dan ramai lagi bintang British itu pastinya bakal mengumpul laba yang banyak, seterusnya muncul antara edisi filem Harry Potter paling berjaya.

Sementara peminat budak sihir itu berhibur dengan pengembaraan terbarunya, beberapa filem lain dari AS bakal menemui penonton sedikit masa lagi. Sebahagiannya kini ligat diputarkan termasuk filem Land of the Lost, lakonan Will Ferrell, Anna Friel, Danny McBride, Jorma Taccone dan John Boylan.

Filem lain yang bakal ditayangkan sepanjang Ogos ini, seperti G.I Joe: Rise of Cobra, Dance Flick dan Imagine That.

Dengan kos pembikinan sebanyak RM595 juta, filem G.I Joe menjanjikan persembahan yang pastinya menggegarkan di bawah arahan Stephen Sommers. Apatah lagi, ia menampilkan barisan bintang ternama Barat dan Timur seperti Channing Tatum, Sienna Miller, Dennis Quiad, Marlon Wayans, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Christopher Eccleston, Rachel Nichols, Jonathan Pryce, Ray Park, Byung Hun Lee dan Saïd Taghmaoui.

Bakal memasuki panggung pada 6 Ogos, filem aksi masa depan ini kononnya berkisar kepada sekumpulan pasukan pencegah jenayah sepuluh tahun akan datang. Ia bakal menunjukkan kisah bagaimana bermulanya pasukan G.I Joe serta kemunculan Pertubuhan Cobra dengan misi jahat mereka.

Filem yang dibuat berdasarkan karakter wira mainan keluaran Hasbro itu dirakam di pelbagai lokasi di seluruh dunia termasuk kota Perancis, Russia, AS, Australia dan Afrika.

Pada 20 Ogos pula, syarikat pengedaran filem antarabangsa itu mempersembahkan sebuah judul komedi yang dikatakan bakal menggeletek hati peminat filem genre tarian, Dance Flick. Sebagai filem parodi, peminat akan dapat menyaksikan semula babak yang pernah menghiasi layar lebar sedikit masa lalu, kini dalam bentuk lebih kelakar. Antara filem berkenaan termasuklah Save the Last Dance, Stomp the Yard, Step Up, Flashdance, Hairspray, Dirty Dancing, High School Musical, Fame, Honey dan Bring It On.

Diarahkan oleh Damien Dante Wayans, filem ini dibintangi Shoshana Bush, Damon Wayans, Jr, Chelsea Makela, Brennan Hillard, Amy Sedaris, Chris Elliott, David Alan Grier dan Essence Atkins.

Sebuah lagi filem komedi, Imagine That, lakonan bintang lawak terkemuka Hollywood, Eddie Murphy akan menemui peminat pada 27 Ogos. Selain Eddie, turut beraksi dalam filem arahan Karey Kirkpatrick ini ialah Thomas Haden Church, Ronny Cox, Martin Sheen dan Yara Shahidi. Ia diterbitkan oleh Paramount Pictures dengan kerjasama Nickelodeon Movies.

Imagine That berkisar pada seorang eksekutif kewangan, Evan Danielson (Eddie Murphy) yang mengalami kemerosotan karier diundang memasuki alam khayalan anak perempuannya, di mana penyelesaian kepada setiap masalah menunggunya di situ. Rakan sekerjanya, Johnny Whitefeather (Thomas Haden Church) bingung dengan keupayaan Evans bangkit kembali, lalu cuba mencungkil rahsia kejayaannya.

Carta pecah panggung:

1 - Harry Potter And The Half-Blood Prince

2 - Transformers: Revenge Of The Fallen

3 - Skrip 7707

4 - Ice Age 3: Dawn Of The Dinasours

5 - Public Enemies

6 - Obsessed

7 - Vedikondu Murugesu

8 - Mati Suri

9 - Drag Me To Hell

10 - Kambakkht Ishq


Read more...