Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






12 March 2009

Perkasa Masjidil Haram




















(Enam arkitek termasuk seorang anak Malaysia dipilih untuk melaksanakan projek pembesaran kota suci umat Islam)Sumber:Berita Harian

Arkitek diminta membina bangunan yang boleh menampung lebih 1.5 juta orang dalam satu masa dan mampu memantulkan haba kerana iklim panas serta mengutamakan alam sekitar

MAKKAH al Mukarramah, kota suci umat Islam menjadi pusat pengumpulan manusia terbesar terutama apabila tiba musim haji setiap tahun.

Saban tahun, jumlah jemaah mengunjungi tempat ibadat itu semakin meningkat, justeru ia memerlukan kawasan yang besar bagi menampung jemaah terbabit melakukan ibadat dengan selesa dan tenang sepanjang berada di sana.

Sehubungan itu, satu perancangan membesarkan kawasan Masjidil Haram sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.

Projek itu memfokuskan kepada dua perkara utama iaitu pembangunan rohani dan konsep mesra alam dalam memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah yang datang mengunjungi tempat itu untuk melakukan ibadat.

Perancangan itu membabitkan kemudahan semua golongan jemaah termasuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas uzur yang ingin menyempurnakan rukun Islam kelima itu. Antaranya, mewujudkan laluan khas Saie bagi golongan terbabit agar ia tidak bercampur dengan jemaah normal.


Prof Dr Ismawi menunjukkan pelan penstrukturan semula Masjidil Haram.
Bagi merealisasikan projek berkenaan, seramai enam arkitek berpengalaman dan pakar dalam bidang perancangan bandar dan wilayah dilantik menganggotai Panel Antarabangsa Untuk Pembesaran Masjidil Haram.

Mereka ini bertanggungjawab merangka garis panduan untuk pembangunan semula Makkah khususnya pembesaran Masjidil Haram untuk dibentangkan kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud .

Mereka masing-masing seorang berasal dari Turki, Arab Saudi, Algeria, Malaysia dan dua dari Lebanon.

Malaysia diwakili Profesor Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ismawi Zen.

Read more...

11 March 2009

STPM 2008-Maisya Pelajar Melayu Terbaik Melaka !














MAISYA Azila Ismaon menunjukkan slip keputusan cemerlang peperiksaan STPMnya di SMK Sultan Muhammad dengan memperoleh 5A di Batu Berendam Melaka.
Sumber: Utusan Malaysia.

MELAKA 10 Mac - Walaupun pernah kecewa gagal menyambung pelajaran di universiti, ia tidak menghalang Maisya Azila Ismaon, muncul satu-satunya pelajar Melayu di negeri ini yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008.

Maisya Azila, 19, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad, Batu Berendam di sini yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran iaitu Pengajian Am, Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin dan Sejarah dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 mata.

Pelajar yang bercita-cita menjadi pensyarah itu merupakan satu-satunya pelajar Melayu daripada 26 pelajar di 10 sekolah di negeri ini yang mendapat keputusan tersebut pada peperiksaan STPM tahun lalu.

Maisya Azila berkata, rahsia kejayaannya ialah memberi tumpuan sepenuhnya sewaktu guru mengajar di dalam kelas dan belajar berkumpulan.

"Saya tidak pernah jemu menghadirkan diri mengikuti kelas tambahan yang disediakan oleh guru di sekolah dan pulang ke rumah sehingga lewat petang semata-mata mahu membaiki kelemahan dalam mata pelajaran Sejarah.

Sementara itu, seorang pelajar cacat spastik dari SMK Tinggi Melaka, R. Kuganesh, 19, mendapat keputusan 3A 1B dengan PGNK 3.75 mata.

Pelajar yang mengalami kecacatan tangan dan kaki kanannya itu memperoleh A dalam mata pelajaran Perakaunan, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan manakala B untuk Pengajian Am.

"Saya cacat sejak kecil namun ia tidak pernah menghalang saya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan malah saya sering mendapat bantuan dari keluarga, rakan dan para guru," katanya.


Read more...

10 March 2009

Catur Serentak antara FM Anas Nazreen Dengan Pasukan Catur MSS Melaka.


















Berita lanjut ,Sila klik di bawah.

Fide-Master Anas Nazreen Bakri telah mengadakan Perlawanan Catur Serentak melawan Pasukan Catur MSS Melaka pada 09 Mac 2009 jam 8.00 malam bertempat di Kak Long Chalet Resort, Alai ,Melaka.Menurut Jurulatih Catur MSS Melaka,En Jambori Mikat,catur serentak ini adalah sebahagian daripada program latihan pusat yang telah bermula pada 2 Mac dan akan berakhir pada 12 Mac 2009 ini.Latihan pusat yang dianjurkan oleh Unit Sukan,JP Melaka adalah sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Catur MSS Malaysia akan diadakan di Hotel Gold Coast ,Kelang pada 16 Mac hingga 20 Mac 2009.
Perlawanan serentak yang melibatkan 25 pemain dari pasukan tersebut mengambil masa selama dua jam setengah di mana keputusan 24 kemenangan memihak kepada FM Anas Nazreen dan satu seri yang diperolehi melalui NWM Alia Anin Azwa.






Read more...

09 March 2009

Maulidur Rasul 1430H/2009

















'Wahdah Pemangkin Khairu Ummah"

Selusuri sejarah junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. menerusi kota-kota yang dijejaki baginda. MENYELUSURI sirah Nabi Muhammad s.a.w. selama 63 tahun hayat baginda, kita dapati junjungan mulia ini telah menjejaki beberapa kota sama ada atas tujuan dakwah, hijrah, perjalanan mukjizat mahupun perniagaan. Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, barangkali menjadi sesuatu yang menarik andai kita dapat mengimbas kembali kehidupan baginda bukan sahaja dari sudut keperibadiannya, bahkan juga mengekori jejak perjalanannya. Mengenali lebih dekat kota-kota yang pernah baginda jejaki pastinya akan menambahkan penghayatan kita dalam mendalami sejarah hidup baginda. Kota pertama yang begitu sinonim dengan Nabi Muhammad s.a.w tentulah kota kelahirannya iaitu Mekah. Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi. Kelahiran putera kepada Abdullah dan Aminah ini membawa lentera ke seluruh pelosok tanah haram dan diriwayatkan penduduk Mekah, mereka melihat sinaran cahaya yang sungguh menghairankan dan menggirangkan saat baginda dilahirkan. Kala itu, api-api yang disembah kaum Majusi turut terpadam. Dengan kelahiran junjungan mulia itu, bertambah terkenal kota Mekah yang berpasir dan berdebu. Kini, kota Mekah, tempat terbinanya Kaabah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia bagi menunaikan ibadat haji, Rukun Islam kelima. Mekah atau Makkah al-Mukarramah terletak kira-kira 73 kilometer (km) dari timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi di ketinggian 277 meter (910 kaki) dari paras laut. Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang yang telah ditakrifkan sebagai pengembangan kontemporari bandar raya itu. Ia berpusat di sekitar Masjid al-Haram. Dianggarkan sejumlah 3.5 juta umat Islam membanjiri tanah suci Mekah khususnya pada bulan Zulhijjah setiap tahun ketika musim haji. Kota kedua yang dijejaki Nabi Muhammad s.a.w ialah Bosra di Syam (kini, Syria) ketika mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika itu, baginda berusia 12 tahun. Abu Talib yang amat menyayangi Nabi Muhammad merupakan penjaga baginda setelah bapa, ibu dan datuknya, Abdul Mutalib wafat. Semasa pemergian baginda ke kota itulah, sifat kenabian Nabi Muhammad s.a.w berjaya dikesan oleh seorang pendeta Nasrani, Bahira. Antaranya, Bahira menyaksikan kelompok awan yang menaungi rombongan perniagaan Abu Talib ketika perjalanan dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Bahira adalah insan pertama yang meminta agar Abu Talib benar-benar menjaga Nabi Muhammad s.a.w kerana jika diketahui kewujudan baginda, pasti orang Yahudi akan menghapuskannya. Bosra kini merupakan satu bandar bersejarah mengandungi kota-kota era Rom, Byzantine dan Islam yang telah musnah. Ia telah diiktiraf sebagai kawasan warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). MEKAH kini menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk menunaikan haji manakala Madinah, Baitulmuqaddis dan Euthopia terus dikenang sebagai kota yang kaya dengan sirah Rasulullah. Nabi Muhammad s.a.w direkodkan pernah ke Syam sekali lagi ketika membantu memperdagangkan barangan hartawan wanita, Siti Khadijah Khuwailid yang kemudiannya menjadi isteri baginda. Siti Khadijah terpikat dengan keluhuran akhlak dan sifat amanah yang dimiliki baginda yang terkenal dengan jolokan al-Amin dalam kalangan masyarakat Arab Quraisy. Setelah diangkat menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun, Nabi Muhammad s.a.w mula menyebarkan dakwah. Antara kota yang pernah dijejaki Rasulullah untuk berdakwah ialah Ta'if yang merupakan sebuah bandar dalam negara Arab Saudi dan terletak kira-kira 97 km dari kota Mekah. Nabi Muhammad s.a.w memilih kota itu kerana menyangkakan kota subur itu lebih mudah menerima Islam setelah baginda menerima tentangan hebat daripada kaum musyrikin Mekah. Namun kedatangan baginda telah diejek dan dihina oleh penduduk Ta'if dengan balingan batu sehingga tubuhnya berdarah. Keadaan itu menyebabkan malaikat Jibril turun dan bertanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w, adakah baginda mahu malaikat menghancurkan kota itu dengan menghempapkan gunung. Namun Nabi Muhammad s.a.w menolak dan sekadar berdoa moga-moga Ta'if melahirkan zuriat yang menyembah Allah yang Esa. Doa baginda dimakbulkan apabila kota Ta'if kemudiannya menerima Islam. Begitulah terpujinya akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Biar seteruk mana tentangan yang diterima, baginda tidak menyimpan dendam dan tidak akan membalas perbuatan yang jahat dengan kejahatan. Ta'if kini merupakan satu daerah yang cukup terkenal dengan tanaman anggur dan madu. Padang pasirnya juga ditumbuhi kaktus. Berpopulasi penduduk 521,273 orang, majoriti penduduknya adalah Islam bermazhab Sunni. Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w juga menjejaki masjid al-Aqsa di kota Baitulmuqaddis (Jerusalem) di Palestin menerusi satu perjalanan mukjizat yang dinamakan Isra' Mikraj. Masjid al-Aqsa disebutkan dalam al-Quran sebagai tempat transit baginda sebelum dimikraj ke langit dalam peristiwa yang berlaku pada 27 Rejab 620 Masihi. Kini, Baitulmuqaddis adalah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. Kota lama Baitulmuqaddis (juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur) dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan iaitu Islam, Kristian, Yahudi dan Armenia. Sehingga hari ini, status semasa kota itu masih menjadi konflik dan terus dipertikaikan. Sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad s.a.w meminta sebahagian pengikutnya berhijrah ke Habsyah (kini Euthopia) untuk mendapatkan perlindungan rajanya, Raja Najasyi yang diketahui tidak berlaku zalim. Najasyi mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Mekah. NABI MUHAMMAD pernah ke Syam atau kini Syria untuk berdagang bersama bapa saudaranya, Abu Talib. Walaupun Nabi Muhammad s.a.w tidak turut serta dalam hijrah itu, namun peristiwa penghijrahan sekumpulan umat Islam Mekah ke Habsyah tetap menjadi sejarah. Peristiwa hijrah ke kota Madinah atau nama asalnya, Yathrib pula berlaku pada 622 Masihi. Ketika itulah bermulanya permulaan kalendar hijrah. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut ancaman puak Quraish Mekah tetapi kerana jemputan penduduk Madinah sendiri. Selepas tiba di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah. Di Madinahlah terletaknya masjid pertama dalam Islam iaitu Masjid Quba'. Di kota itu jugalah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w, kawasan yang dibina di atas tapak rumah baginda. Nabi Muhammad s.a.w wafat di Madinah pada tahun 632 Masihi. Sumber :Akhbar KOSMO
Read more...

08 March 2009

Ratu Sukan Catur MSS Melaka !






















Berdiri dari kiri:Puan Cik Hjh.Juliah Leman,Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka,National Woman Master Alia Anin Azwa,Pn.Shaleha Abdol,Pengetua Cemerlang SMK Seri Tanjung,Tn.Hj.Sapian Siran,KU Sukan,JPM dan En.Zaidi Saleh,PTPS Catur Negeri Melaka.


Sumber :Akhbar SINAR
















'NWM Alia Anin Azwa In Action'-4 years old.

Read more...

07 March 2009

International Chess Open Tournament 2009


























Read more...

20 February 2009

19 February 2009

Angkasawan Negara di SM Sains Muzaffar Syah.

>

































Read more...