Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






31 January 2009

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring 2



















Tarikh:30 Januari 2009
Tempat:Padang SK Pegoh
Sekolah Jemputan:SK Simpang Ampat dan
SK Alor Gajah 1.

Read more...

30 January 2009

Menginsafi Keagungan Allah


Read more...

29 January 2009

Makanan Berkhasiat Otak Sihat Akademik Meningkat !



















SEMUA orang tahu, tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap.

Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.

Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kalangan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.

Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan.Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama.
Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan fizikal (menjadikan anak lebih tinggi dan kuat), tetapi juga merangsang keupayaan minda yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih lumayan.

Kajian membabitkan 1,500 responden daripada empat perkampungan di Guatemala dari 1969 hingga 1997 mendapati, lelaki yang diberi bubur nasi kaya khasiat sebelum umur tiga tahun mempunyai pendapatan 46 peratus lebih tinggi bagi setiap jam berbanding kumpulan kawalan yang menerima kurang khasiat.

Bagaimanapun, didapati tiada perbezaan ekonomi bagi responden yang diberi makanan berkhasiat selepas berumur tiga tahun, baik lelaki mahupun wanita. Dalam kajian itu, aspek persekitaran dan kualiti sekolah turut diberi perhatian supaya tidak menjejaskan keputusan.

Pakar pemakanan mengenal pasti umur sehari ke dua tahun atau sehari ke tiga tahun sebagai jendela emas (tempoh paling berharga). Kekurangan zat boleh memberi kesan yang sangat merugikan kerana ia memperlahankan pertumbuhan fizikal (menyebabkan anak rendah) dan perkembangan minda.

Mempunyai saiz badan tinggi dan kuat boleh membantu meningkatkan pendapatan daripada segi kemampuan tenaga, tetapi paling penting ialah keupayaan minda.

Walaupun kajian ini mensasarkan kesan jangka panjang makanan berkhasiat kepada kanak-kanak di bawah tiga tahun, ia bukan bermakna keperluan anak yang lebih tua boleh diabaikan.

Banyak kajian menunjukkan anak yang bersarapan menunjukkan prestasi dan daya tumpuan lebih baik di bilik darjah. Jadi tidak kira berapa umur anak anda, mereka masih boleh mendapat manfaat daripada sarapan berkhasiat.

Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus. Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak.
(Sumber:Harian Metro)

Read more...

28 January 2009

Berkhemah Semai Nilai-Nilai Murni Di Jiwa Murid.




















HASRAT negara ialah melahirkan modal insan yang berketerampilan unggul dan berkeperibadian sahsiah terpuji dan ia dicernakan secara bersistematik dan bersepadu dalam sistem pendidikan negara berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Maka, berpandukan kepada hasrat dan kehendak FPK itu, kegiatan kokurikulum dijadikan satu platform terbaik untuk menjana modal insan bertaraf unggul dan mulia, pelajar yang berintelektual tinggi, di samping memiliki sahsiah diri yang murni menjadi hasrat dan cita-cita negara menjelang 2020 sebagai sebuah negara maju sebagaimana terdapat dalam gagasan besar negara iaitu Wawasan 2020.
Sebenarnya dasar dan pendidikan kokurikulum di sekolah bukanlah suatu perkara yang baru.Ini kerana prgram aktiviti kokurikulum diadakan sejak awal sistem pendidikan formal itu diperkenalkan .
Hanya penekanan dan sistem pelaksanaan sahaja yang berbeza kerana pada masa kini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberi fokus khusus dalam aspek kokurikulum itu.
Aktiviti kokurikulum bermula pada 2006 dijadikan sebahagian daripada penilaian prestasi dan menjadi prasyarat untuk memasuki pusat pengajian tinggi awam. Menyentuh mengenai pentingnya pembentukan nilai diri yang baik, maka sekolah adalah wadah utama dalam merealisasikan matlamat itu. Salah satu pendekatan yang boleh dan amat efektif ialah melalui aktiviti kokurikulum. (Sumber: Harian Metro)


Read more...

27 January 2009

Gerhana Matahari Cincin.
















MERIAH... Sebahagian pelajar memenuhi dataran untuk melihat gerhana matahari separa di Planetarium Negara, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Fenomena gerhana matahari yang jarang-jarang terjadi berulang lagi tahun ini tetapi agak berbeza dengan keadaan di Indonesia.
Ini kerana, rakyat Malaysia hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa berbanding di Indonesia yang mengalami gerhana matahari cincin.
Menurut Pengarah Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Dr. Azhari Mohamed, keadaan itu disebabkan laluan gerhana yang terjadi kali ini berada berdekatan dengan negara tersebut.
“Garisan laluan bulan berada betul-betul atas langit Indonesia, jadi hanya mereka yang dapat lihat keadaan bulan menutupi matahari sehingga kelihatan seperti cincin,” ujarnya kepada pemberita pada majlis Solat Sunat Gerhana Matahari dan Cerapan Gerhana Matahari di Masjid Wilayah Persekutuan, semalam.
Azhari berkata, kali terakhir gerhana matahari cincin dapat dilihat di Malaysia pada 1998 dan fenomena itu memang dinanti kerana keadaannya lebih cantik berbanding gerhana matahari separa.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Read more...

26 January 2009

Gong Xi Fa Cai


























Prosperity is not measured by the wealth you have,but the generosity you possess.

Read more...

25 January 2009

KAKA Kebanggaan Italy.



















KEPUTUSAN Kaka menolak tawaran lumayan Manchester City dan terus kekal di AC Milan membuktikan bahawa wang bukanlah segala-segalanya dalam bola sepak.
Sejak beberapa tahun lalu, bola sepak Itali dilanda skandal mengatur perlawanan dan masalah keganasan di kalangan penyokong.
Musim lepas pula menyaksikan kelab handalan Itali dimalukan kelab dari England dalam kempen Liga Juara-Juara.
Apa yang lebih penting, kesanggupan Kaka kekal di Milan memberi harapan baru kepada peminat bola sepak dunia mengenai status saingan bola sepak di Itali.
"Ia satu petanda yang penting kepada semua pemain bola sepak di Itali," kata Presiden Serie A, Antonio Matarrese.
"Keuntungan dalam sumber pendapatan mungkin tidak berhasil, tapi aset penting tetap berjaya dikekalkan. Ia adalah satu prestij hebat yang mengangkat lagi martabat Milan dan liga kami."
Begitulah hebatnya impak yang dibawa oleh Kaka kepada bola sepak dunia terutama kepada jutaan peminatnya di Itali.
Jadi, siapakah sebenarnya Kaka sehingga kelab terkaya dunia, Manchester City sanggup menawarkan 108 juta pound (RM564 juta) untuk mendapatkannya?
Lebih penting, mengapa begitu besarnya nilai Kaka dalam bola sepak era ini?
Kaka atau nama sebenarnya Ricardo Izecson dos Santos Leite mula menarik perhatian dunia selepas berhijrah dari Sao Paulo ke Milan pada 2003.
Setelah memenangi Piala Dunia bersama skuad Brazil pada 2002, perancang itu menambah koleksi kejuaraannya dengan menjulang gelaran Serie A dan Piala Itali bersama Milan pada 2004.
Tiga tahun kemudian, gelaran Liga Juara-Juara dan anugerah individu, Pemain Terbaik Dunia 2007 pula dalam genggamannya.
Dengan reputasinya sebagai antara perancang terbaik dalam era bola sepak moden, mengapa tidak kelab yang dimiliki pelabur Abu Dhabi Group, City mencuba nasib mereka untuk membawa Kaka ke Eastlands?
Namun, Kaka yang dikenali sebagai seorang yang pendiam dan memiliki kemahiran yang menakjubkan, telah menolak tawaran kontrak lumayan itu yang bakal menyaksikan dia sebagai pemain terkaya dalam sejarah bola sepak dunia.
Baru-baru ini, Kaka sendiri mendedahkan bahawa dia hanya mengikut gerak hati untuk kekal di Milan daripada menerima gaji yang dilaporkan bernilai 15 juta euro (RM70.1 juta) semusim bersama City.
Pemain berusia 26 tahun itu memberitahu bahawa kesetiaan peminat kelab gergasi Itali itu memainkan peranan besar untuk meyakinkan dia kekal di San Siro.
"Semua mesej yang saya terima (daripada peminat) meyakinkan saya untuk menurut kata hati dan saya rasa itulah apa yang telah saya lakukan. Jelas sekali ia bukan mengenai wang," kata Kaka.
"Terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan saya bergaduh dengan bapa saya (ejen Bosco Leite). Itu tidak benar. Saya selalu membuat keputusan bersama keluarga dan isteri saya. Mereka amat menakjubkan dan sentiasa menyokong segala keputusan saya.
"Keputusan ini adalah keputusan saya sendiri, pilihan saya sendiri mengikut gerak hati yang menyuruh kekal di tempat yang telah menaikkan nama saya.
"Untuk pergi ke City, ia mungkin satu projek yang hebat, tapi sejak beberapa hari ini saya banyak berdoa untuk memastikan pasukan mana yang sesuai dengan saya dan akhirnya saya pilih untuk kekal di sini.
"Saya tidak mahu apa-apa lagi, saya hanya mahu hidup dengan aman dan gembira di tempat yang mana semua orang sayangkan saya.
"Daripada kejadian ini, baru saya faham betapa sayangnya pemniat di Milan terhadap saya. Mereka banyak membantu saya membuat pilihan ini," tambahnya.
Real Madrid dan Chelsea telah pun gagal dalam usaha mereka membawa bintang Amerika Selatan itu, namun kedua-dua tawaran itu dinafikan oleh Milan sebelum perbincangan dengan Kaka bermula.
Kaka juga menafikan bahawa dia menggunakan 'modal' dengan apa yang ditawarkan City itu untuk menaikkan gajinya di Milan.
Ketika ini, dia merupakan pemain kedua yang mendapat gaji yang banyak di Itali selepas penyerang Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic.
"Itu tidak benar. Setiap kali ada kelab lain membuat tawaran terhadap saya, Milan akan cuba memujuk saya. Oleh itu, saya perlu berterima kasih kepada semua orang yang bekerja di Milan.
"Rakan sepasukan saya juga amat mengagumkan dan mereka benar-benar menyentuh hati saya," katanya lagi.
Presiden Milan yang juga Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi memuji keputusan Kaka yang menolak tawaran City.
"Kami semua amat gembira," katanya.
"Kami memberitahu Kaka supaya memikirkan dahulu seperti yang kami nasihatkan kepada (Andrei) Shevchenko (ketika dia menyertai Chelsea), tapi dia tidak mahu. Dia memang mempunyai nilai dan budi pekerti yang tinggi sebagai pemain bola sepak.
"Sebagai seorang peminatnya, saya perlu katakan yang saya memang gembira dengan keputusannya kerana tawaran yang dibuat terhadapnya mungkin sukar untuk ditolak oleh mana-mana pemain era ini," kata Berlusconi. - Agensi
Sumber:Akhbar KOSMO.
Read more...

24 January 2009

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring 1

































Tarikh:23.01.2009
Masa:5.00pm
Tempat:Padang SK Pegoh
Sekolah Pelawat:SK Menggong,Alor Gajah.




Read more...

22 January 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina (26 & 27 Januari 2009)

USIK-USIK oleh KHAZIM






























Read more...