Pelajar-pelajar ini ternyata sangat teruja dengan penyertaan dalam menghapuskan lokasi-lokasi yang berpotensi menjana pembiakan nyamuk aedes.
LENGKAP memakai ves berwarna merah sambil tangan erat memegang sehelai kertas putih, sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat, Kuala Lumpur menyusun langkah bergerak dari satu rumah ke rumah di kawasan kediaman AU5 Lembah Keramat.
Mempunyai misi khas, kunjungan mereka disambut dengan aneka perasaan. Sesetengah tuan rumah berbesar hati menerima kunjungan pelajar itu manakala segelintir pula lebih selesa mengambil pendekatan berhati-hati.
Tindakan ini bersebab kerana bimbang akan kunjungan itu bermotifkan niat menjual sesuatu atau mengutip derma untuk kebajikan sekolah.
Namun, situasi itu tidak langsung melemahkan semangat 10 orang pelajar tersebut untuk meneruskan misi murni yang telah diamanahkan. Mereka sedar tanggungjawab yang dipikul itu adalah untuk kebaikan bersama iaitu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya denggi. Lebih penting, mereka juga perlu mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes yang merupakan vektor kepada penyakit demam denggi.
Demikianlah pengalaman yang dilalui oleh seorang pelajar sekolah terbabit, Sarah Alyaa Shahirah Mohd. Rashid, 17, sepanjang lima bulan menyertai pertandingan antiaedes menerusi program Renjer Ridsect sekolahnya. Program tersebut dianjurkan oleh syarikat Sara Lee dengan kerjasama Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dalam membanteras demam denggi.
Sebanyak 100 buah sekolah di sekitar Lembah Klang termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor itu mengambil bahagian dengan jumlah penyertaan sekitar 1,000 orang pelajar.
Sepanjang program itu berlangsung, setiap kumpulan dibekalkan dengan senarai semakan yang disediakan oleh KKM. Senarai itu berfungsi untuk membantu para peserta mengenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko tinggi semasa mengadakan tinjauan dan pemeriksaan.
Ia dilihat sebagai serampang dua mata kerana selain perlu melaksanakan misi mencari dan menasihati penduduk di kawasan kejiranan, pelajar itu juga berpeluang memupuk semangat integrasi sesama mereka dan masyarakat. Malah, aktiviti ini secara tidak langsung turut membantu para pelajar beriadah dan mengeluarkan peluh untuk kesihatan.
Pelajar-pelajar ini ternyata sangat teruja dengan penyertaan dalam menghapuskan lokasi-lokasi yang berpotensi menjana pembiakan nyamuk aedes.
"Tindakan kami mungkin dapat membantu menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan di sekitar kawasan perumahan mereka. Tindakan ini perlu bagi mewujudkan suasana yang lebih sihat dan bebas daripada denggi," terang Sarah Alyaa kepada Kosmo! sambil memberitahu mereka turut menjalankan lawatan susulan ke kawasan-kawasan terpilih.
Menurut statistik KKM, setakat 25 Julai 2010, sebanyak 27,415 kes denggi dilaporkan dengan sejumlah 91 kematian di seluruh negara. Angka itu jelas menunjukkan satu peningkatan memandangkan hanya sejumlah 26,974 kes dengan 66 kematian dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.
Sekitar 15 peratus atau 14 kes dari sejumlah kes kematian akibat denggi terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi.
"Penganjuran kempen sebegini secara langsung mendidik dan menggerakkan kami untuk memeriksa kawasan perumahan dan juga sekitar sekolah.
"Setiap minggu kami akan bergerak dan membuat pemeriksaan untuk mengawasi dan memastikan bekas makanan, botol atau tin minuman yang sudah digunakan dibuang di dalam tong sampah," jelas Nur Hanisah Hamdan, 17, seorang pelajar SMK Presint 18 (1).
Kerap berlaku di kawasan bandar, semburan kabus atau fogging lazimnya hanya mampu membunuh nyamuk dewasa dan tidak membunuh jentik-jentik aedes.
Justeru, saluran yang disediakan sebagai renjer ini menjadi perintis kepada pelajar untuk turut serta dalam membanteras nyamuk aedes.
Pelajar SMK Bukit Jelutong, Nur Aqeela Mohd. Yussof, 17, pula menyatakan penyertaannya dalam program itu membuatkannya lebih sensitif dan prihatin dalam memastikan kebersihan di sesuatu lokasi adalah menyeluruh.
"Sepanjang pemeriksaan, ramai yang tidak sedar dan mengambil kisah terhadap persekitaran di luar rumah mereka. Pasu bunga dan tempayan adalah antara kawasan yang paling kerap menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
"Lebih menyedihkan penduduk kawasan bandar memandang remeh soal penjagaan ini. Malah, ada segelintir mereka seolah-olah baru mengetahui mengenai kesilapan yang mereka lakukan," kongsi Nur Aqeela.
Tambahnya, jentik-jentik yang tidak dimusnahkan akan membesar menjadi nyamuk dalam tempoh masa seminggu sahaja.
Oleh itu, air perlu ditukar setiap minggu dan membasuh sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru untuk keselamatan kita bersama.
Sementara itu, guru penyelaras SMK Putrajaya Presint 18 (1), Badariah Mohammed Zain menyatakan meskipun program tersebut lebih bercirikan pertandingan namun, maksud yang tersiratnya benar-benar memberikan kesan mendalam terhadap diri remaja.
"Mereka bukan sahaja menjadi ejen perubahan malah, memupuk semangat mengingati dan membantu rakan-rakan serta ahli keluarga dalam menghapuskan tempat pembiakan aedes. Ini bersesuaian dengan pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.
"Menerusi program ini, kita mampu memupuk minat selain mendedahkan pelajar dengan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang penyelidikan," terangnya yang mengajar subjek sejarah.
Pertandingan antiaedes itu berjaya menyelidik sejumlah 75,834 buah rumah di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Angka tersebut jauh mengatasi sasaran awal sebanyak 50,000 buah rumah sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
SMK Taman Keramat yang berjaya memeriksa sebanyak 5,626 buah rumah telah dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM13,000. Jumlah wang tunai itu merupakan sebahagian daripada sejumlah RM100,000 yang ditawarkan oleh pihak penganjur.
Read more...
Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com
HEBAHAN
16 August 2010
Hapus aedes dari rumah ke rumah
15 August 2010
Apabila dunia semakin padat
DICK Smith menayangkan hadiah wang tunai RM2.8 juta untuk mereka yang memberi idea terbaik bagi menangani masalah kepadatan penduduk dunia.
JIKA kita melihat kepada jumlah penduduk dunia sekarang, adalah suatu mengejutkan apabila dunia mampu menampung hampir tujuh bilion orang.
Angka ini merupakan sesuatu yang luar jangkaan memandangkan pada tahun 1980 jumlah penduduk dunia hanya sekitar 4.5 bilion orang.
Peningkatan mendadak ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dielakkan apatah lagi sejak tamatnya Perang Dunia Kedua yang telah mengorbankan jutaan nyawa.
Melihat semula jumlah penduduk dunia sejak tahun 1950, purata pertambahan meningkat dalam lingkungan 700 juta orang dalam tempoh sedekad.
Jika kita melihat lebih mendalam, kira-kira pada kurun ke 1000, dianggarkan jumlah penduduk dunia ketika itu hanya sekitar 275 juta.
Jumlah itu terus meningkat kepada 450 juta pada tahun 1500 dan buat pertama kali jumlah penduduk dunia mencecah ke angka satu bilion pada 1804.
Kurun ke-19 menyaksikan jumlah penduduk dunia bertambah dengan nyata bermula pada tahun 1900 apabila meningkat kepada 1.6 bilion.
Jumlah itu terus naik dengan drastik apabila hanya dalam tempoh 100 tahun ia meningkat kepada lebih enam bilion.
Lebih mengejutkan pertambahan ini seolah-oleh tiada tanda-tanda untuk berkurangan dengan dijangka jumlah penduduk dunia akan bertambah kepada lapan bilion pada tahun 2025.
Ia dijangka mencecah ke angka 9.4 bilion pada tahun 2050.
Melihat kepada angka sebenar jumlah penduduk dunia mungkin kita boleh membuat telahan mengapa keadaan dunia kini semakin tenat berbanding dahulu.
Apatah lagi hanya dalam tempoh satu abad iaitu antara kurun ke 19 hingga ke kurun ke 20 manusia bertambah menjadi 4.4 bilion dari hanya 1.6 bilion, satu peningkatan yang terlalu besar bagi bumi untuk menampungnya.
Memang tidak dinafikan 100 tahun terakhir ini adalah zaman kemuncak bagi manusia dalam mengeksploitasi kebolehan dan pemikiran mereka dalam usaha menjadikan bumi ini sebagai tempat terbaik untuk hidup.
Oleh itu pelbagai kemajuan dan penciptaan terhasil yang sememangnya terbukti memudahkan hidup manusia.
Zaman ini juga telah membuktikan manusia sebagai ciptaan Tuhan paling sempurna akhirnya dapat hidup lebih baik daripada sebelumnya dengan bebas dari penindasan, kekejaman, perhambaan, kemiskinan dan pelbagai lagi.
Semua ini adalah hasil dari usaha manusia itu sendiri yang semakin prihatin akan nasib manusia lain walaupun hakikatnya perkara ini masih boleh dipertikaikan.
Namun harga yang perlu dibayar atas keupayaan manusia yang semakin tidak terbatas adalah terlalu mahal jika dibandingkan dengan jasa bumi selama ini.
Eksploitasi yang berterusan dan menakutkan mengakibatkan bumi kini semakin tenat dan uzur.
Lihat sahaja malapetaka yang melanda dari kemusnahan hutan dan alam sekitar, pencemaran sama ada udara, air dan sebagainya semakin menyesakkan membuatkan manusia itu sendiri menerima tempiasnya yang bukan sedikit.
Isu mengenai alam sekitar bukanlah sesuatu yang baru. Semua kita sedia maklum kesan perubahan iklim kepada dunia.
Banyak telah diperkatakan tentang isu ini namun masih belum terdapat satu langkah tepat dan drastik untuk menyelamatkan bumi. Apatah lagi dengan pertambahan manusia yang semakin ramai pastinya jumlah kemusnahan juga semakin teruk, jika kita melihat kepada sifat manusia itu yang mudah lupa kepada jasa bumi.
Maka atas alasan inilah seorang hartawan terkenal di Australia bertindak menganugerahkan A$1 juta (RM2.8 juta) bagi sesiapa yang berjaya mengemukakan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah peningkatan penduduk dunia.
Menayangkan
Majlis sidang media mengenai projek terbaru hartawan bernama Richard Harold Smith atau lebih dikenali sebagai Dick Smith yang dinamakan Wilburforce Award diadakan secara meriah dengan dikelilingi para model seksi yang menayangkan beg yang penuh berisi wang.
Lagaknya lebih kepada seorang yang cuba mencari publisiti murahan sambil dikelilingi model cantik dan tinggi lampai.
Padahal anugerah yang cuba diketengahkan mempunyai mesej tentang bagaimana untuk menyelamatkan alam dan dunia.
Tapi sekurang-kurangnya beliau berusaha dengan caranya yang sendiri untuk menangani masalah yang semakin membimbangkan.
Masalah tentang dunia yang semakin padat akibat jumlah manusia yang semakin ramai merupakan satu perkara yang menarik untuk dibincangkan.
Ada yang berpandangan kenapa harus disekat manusia dari terus berkembang kerana bumi dijadikan untuk mereka.
Memang benar namun masalah yang timbul juga amat besar dan menakutkan. Kepadatan manusia mengakibatkan sumber alam yang satu ketika banyak kini semakin terhad.
Alam sekitar termasuklah flora dan fauna terpaksa dimusnahkan demi membina penempatan dan bandar-bandar baru akibat pertambahan manusia.
Namun semua ini berlaku kesan dari penambahbaikan yang dilakukan manusia itu sendiri.
Dalam tempoh 100 tahun juga keadaan ekonomi dunia jauh lebih baik berbanding sebelumnya memberi ruang untuk kita semua bersaing bagi mendapatkan kehidupan dan kemewahan yang setara.
Kemampuan peningkatan sektor pertanian yang menjadi nadi kepada sumber makanan manusia juga antara sebab kenapa jumlah manusia menjadi lebih ramai berbanding sebelumnya.
Begitu juga dalam bidang perubatan, revolusi yang berlaku telah membolehkan manusia mampu menerima rawatan kesihatan yang lebih baik serta memungkinkan mereka hidup lebih lama.
Berdasarkan anggaran inilah yang memungkinkan dalam sehari, 200 juta pasangan melakukan hubungan seks dan 400,000 bayi dilahirkan. Namun jumlah manusia yang meninggal dunia hanya sekitar 140,00 sehari.
Jika kita pergi lebih jauh lagi setiap saat lima bayi dilahirkan dengan hanya dua orang manusia akan mati dalam tempoh yang sama. Maknanya dunia mendapat tiga penduduk baru dalam tempoh sedemikian.
Akibatnya semua manusia kini semakin tertumpu di bandar yang akhirnya mengakibatkan lebih 400 bandar di dunia kini mempunyai penduduk lebih sejuta orang.
Masalah pengurusan yang timbul akibat kepadatan di bandar besar ini merupakan masalah paling besar yang perlu diuruskan pada abad ini.
Selain dari bagaimana untuk menguruskan 1001 kerenah manusia, masalah menguruskan sumber atau lebih tepat lagi bagaimana melakukan pembahagian adil sumber yang terdapat di bumi ini kepada semua adalah satu lagi masalah yang semakin sukar ditangani.
Mungkin bagi orang seperti Dick Smith dengan mengeluarkan hadiah wang tunai ia mampu mencari seseorang yang boleh memberikan idea bagi menyelesaikan masalah ini.
Apatah lagi Dick Smith semua yang berlaku sekarang adalah akibat dari ketamakan golongan sepertinya, kapitalis yang hanya melihat pertambahan penduduk sebagai satu jalan untuk meraih keuntungan yang lebih lumayan.
Memang dari sudut perniagaan pertumbuhan penggunaan adalah menguntungkan dan "menggiurkan".
Bayangkan jika 50 tahun lepas hanya sekitar sejuta pengguna menggunakan susu keluaran sesebuah syarikat namun kini ia meningkat kepada 100 juta pengguna.
Pastinya keuntungan itu membenarkan kesan sampingan lain kepada manusia seperti menambah dan membayar lebih banyak gaji pekerja dan pelbagai lagi. Tapi akhirnya impaknya pembangunan turut terkesan kepada bumi itu sendiri.
Usaha menyelamatkan perlu dilakukan tanpa perlu menyalahkan siapa yang lebih bersalah penduduk di negara besar yang mempunyai anak yang sikit atau negara miskin dan membangun tetapi memiliki anak yang ramai.
Ini kerana kedua-dua tetap menyumbang kepada apa yang berlaku sekarang kerana jika dilihat negara berpenduduk ramai mampu memberi kesan dalam jangka masa panjang tetapi negara maju walaupun mempunyai anak yang sedikit tetapi merupakan penyumbang utama kepada kemusnahan dan kerosakan alam sekitar.
Oleh itu walaupun mungkin ramai yang memandang sinis usaha yang dilakukan Dick Smith ini namun yang pasti ia sedikit sebanyak mampu memberi kesedaran bagaimana untuk memanjangkan jangka hayat bumi ini dari terus "ditindas".
Oleh Hafizahril Hamid
Read more...
14 August 2010
Galak anak berpuasa
Pemilihan makanan yang betul ketika berbuka dan bersahur memastikan anak tetap sihat meskipun berpuasa. - Gambar hiasan
PUASA pada sudut bahasa bermakna menahan diri dari lapar dan dahaga, Jiika dari sudut syarak pula, puasa adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar sehingga masuk matahari.
Ramadan pula bermaksud membakar dan panas . Dalam i kata lain, Ramadan membakar dan menghapuskan dosa orang yang berpuasa.
Allah berfirman: ''Wahai orang-orang yang beriman telah difardukan ke atas kamu berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa.'' (al-Baqarah: 183).
Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya mengambil peluang Ramadan untuk mendidik anak masing-masing melaksanakan ibadat puasa.
Bukan satu perkara mudah untuk kanak-kanak menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang dan ia perlu mendapat sokongan dan dorongan ibu bapa.
Mengikut keadaan semasa, anak-anak pada usia enam tahun kini sudah boleh diasuh agar berpuasa.
Ini supaya mereka membiasakan diri dengan ibadat tersebut.
Memanglah puasa bagi kanak-kanak itu tidak wajib tetapi bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'.
Sekurang-kurangnya latih mereka berpuasa secara berperingkat iaitu sehingga pukul 12 tengah hari, kemudian sehingga pukul 3 petang dan akhirnya genap sehari.
Justeru, untuk merealisasikan impian tersebut, antara perkara yang perlu anda titik beratkan ialah cara penyediaan makanan mereka.
Ini penting bagi memastikan mereka tetap sihat meskipun berpuasa.
Read more...
13 August 2010
Revolusi BlackBerry Cetus Kontroversi
BLACKBERRY diminati kerana kecanggihan teknologinya.
SEDEKAD lalu mungkin tidak ramai yang mengenali produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Kanada, Research In Motion (RIM) itu.
Penggemar teknologi khususnya telefon bimbit lebih gemar memilih jenama yang mempunyai nama dalam lapangan pembuatan peranti telekomunikasi mudah alih.
Senario itu terjadi mungkin disebabkan produk pertama BlackBerry yang dihasilkan pada tahun 1999 adalah berasaskan konsep alat kelui.
Evolusi perubahan peranti pintar BlackBerry pertama mula dicipta pada tahun 2002 yang mengetengahkan keupayaan e-mel tolakan, faks Internet, pelayaran laman web dan perkhidmatan maklumat tanpa wayar lain.
Selain itu, peranti pintar BlackBerry juga dilengkapi keupayaan aplikasi seperti buku alamat, kalendar dan sebagainya sama seperti peranti pintar lain yang terdapat di pasaran.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, gergasi telekomunikasi berlumba-lumba menghasilkan peranti mudah alih berkuasa tinggi sehingga muncul segmen telefon pintar menjengah pasaran dunia.
Jenama BlackBerry tidak terkecuali membangunkan telefon pintar sehingga melakar nama dalam segmen tersebut sehingga menjadi bualan hangat pengguna peranti mudah alih.
Keupayaan teknologi BlackBerry mula mencuri tumpuan golongan usahawan dan profesional dalam mengharungi kehidupan seharian mereka kerana ia dapat memudahkan segala urus niaga dan komunikasi yang ingin dilakukan dengan mudah lagi pantas tanpa sebarang gangguan.
Namun, kemasyhuran telefon pintar itu mula terserlah di persada dunia apabila Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjaya mengekalkan penggunaan peranti tersebut tahun lalu.
Pelbagai spekulasi dan kesangsian mengenai keselamatan penggunaan peranti tersebut mula timbul bagi menghalang Obama menggunakan peranti pintar itu sebelum beliau melangkah masuk ke Rumah Putih menjawat jawatan Presiden AS.
Obama berkata, telefon pintar tersebut merupakan peranti yang akan digunakan untuk berhubung dengan rakyat AS dan mengelak daripada terperangkap dengan tugasan presiden.
"Ia merupakan salah satu antara sejumlah peranti yang saya cuba gunakan bagi memastikan rakyat masih boleh berhubung dengan saya.
"Saya ingin mempunyai suara, selain daripada orang terdekat yang bekerja dengan saya dapat menghulur dan menghantar maklumat tentang apa sedang berlaku di AS," katanya.
Bagaimanapun, telefon pintar milik Obama telah diubah suai dengan perisian keselamatan canggih berbanding BlackBerry yang terdapat di pasaran untuk mengelak penggodam daripada memasuki peranti tersebut.
Keistimewaan telefon pintar Blackberry terletak pada kecanggihan teknologinya. Malah ia begitu dikenali kerana mempunyai kebolehan menghantar dan menerima e-mel di mana sahaja.
Kemudahan tersebut boleh digunakan dengan mudah sekiranya terdapat liputan rangkaian perkhidmatan mudah alih atau melalui sambungan Wi-Fi.
Data yang diekstrak
Dalam pada itu, perbezaan ketara yang terdapat pada telefon pintar tersebut adalah data yang diekstrak daripada peranti BlackBerry akan disimpan dalam format khas iaitu IPD dengan fail akan dienkripsikan ke sistem kerangka utama BlackBerry.
Ini bermakna pencerobohan sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memperoleh maklumat yang dihantar atau diterima pengguna BlackBerry.
Pelayan Enterpris BlackBerry (BES) menjadi tulang belakang kejayaan syarikat itu menawarkan sistem e-mel mudah kepada pengguna yang membolehkan mereka membuka Microsoft Exchange, Lotus Domino dan Novell Group Wise.
Menariknya tentang BES, ia berupaya menyimpan akaun e-mel secara bersepadu dengan mengemaskini kotak e-mel pengguna sebaik mesej masuk diterima yang dihantar melalui Pusat Operasi Rangkaian RIM (NOC) dinamakan e-mel tolakan.
Secara teknikalnya, ia membekalkan sambungan TCP/IP menerusi komponen Perkhidmatan Data Mudah Alih - Servis Sambungan (MDS-CS) yang memungkinkan pembangunan aplikasi ke peranti BlackBerry berasaskan platform Sun Microsystems Java ME.
Kecanggihan teknologi BlackBerry tidak terhenti di situ sahaja kerana peranti baru telefon pintar dibangunkan syarikat RIM turut dilengkapi perisian BlackBerry Messenger (BBM).
BlackBerry Messenger yang juga dikenali sebagai BBM oleh masyarakat alam maya digunakan untuk menghantar dan menerima mesej segera melalui PIN BlackBerry dan imbasan kod bar.
Khabar gembira
Mengapakah teknologi perisian BBM begitu digemari pengguna peranti BlackBerry sehingga tidak menggunakan lagi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila berkomunikasi dengan pemilik BlackBerry lain?
Keunikan BBM adalah ia tidak melibatkan pembayaran seperti perkhidmatan SMS apabila menghantar mesej segera. Mereka juga mempunyai kebebasan berhubung bersama rakan-rakan yang berada di luar negara.
BLACKBERRY mencetuskan ketagihan di seluruh dunia.
--------------------------------------------------------------------------------
Ia juga membenarkan paparan gambar, mesej peribadi, menghantar dan membaca pemberitahuan kepada pengguna-pengguna lain.
Kesemua ciri-ciri yang dimiliki telefon pintar BlackBerry mula mencetus fenomena dan ketagihan di kalangan peranti mudah alih seluruh dunia.
Perjalanan kecanggihan teknologi telefon pintar BlackBerry tidak seindah yang disangka apabila mencetuskan kontroversi di beberapa buah negara di dunia.
Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Arab Saudi telah mengarahkan pengendali telefon bimbit supaya menyekat perkhidmatan BlackBerry bermula Jumaat lalu atau berdepan denda AS$1.3 juta (RM4 juta) jika gagal berbuat demikian.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi telah menangguhkan larangan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry di negara berkenaan.
Kenyataan agensi berita rasmi SPA menyatakan, perkhidmatan telefon pintar itu akan beroperasi secara dalam talian seperti biasa dan ia perlu melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada pihak berkuasa Arab Saudi sebelum jalan penyelesaian muktamad dicapai oleh kedua-dua belah pihak.
Penangguhan tersebut telah membawa perkhabaran gembira kepada pengguna BlackBerry yang mencecah berjuta orang di Arab Saudi.
"Saya tidak mengetahui mengapa mereka membuat kecoh mengenai BlackBerry," kata Sahar Mohammed, 19 seorang pelajar universiti.
"Mereka sepatutnya mencapai persetujuan pada minggu lalu tanpa perlu membuatkan pengguna melalui pengalaman kurang selesa pada minggu lalu," ujarnya.
Medium terbaik
Telefon pintar berkenaan menjadi medium terbaik kepada golongan lelaki dan wanita di Arab Saudi untuk berhubung di antara satu sama lain melalui alam maya.
"Saya mungkin akan mati...jika perkhidmatan berkenaan dihentikan walaupun selama tiga hari," kata Alonood Oseilan di laman sosial Facebook yang memprotes pengharaman perkhidmatan berkenaan.
Seorang pelajar universiti, Khaled al-Harthi, 21, berkata, dia bergegas membeli peranti BlackBerry baru untuk meraikan peristiwa istimewa berkenaan.
"Saya sudah mempunyai BlackBerry tetapi saya sangat gembira apabila perkhidmatannya diteruskan dan mengambil keputusan membeli satu lagi peranti berkenaan," ujarnya.
Selain Arab Saudi, kontroversi mengenai teknologi BlackBerry juga berlaku di negara, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), India, Indonesia dan beberapa negara lain.
Di Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menyediakan pakej terbaik BlackBerry kepada pengguna.
Malah pakej-pakej berkenaan telah menjadi fenomena baru masyarakat negara ini khususnya golongan belia berkomunikasi bersama rakan-rakan dengan lebih pantas dan mudah.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, laporan itu kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan dalam satu mesyuarat minggu ini.
"Laporan itu adalah tentang dakwaan kononnya perkhidmatan BlackBerry telah digantung di beberapa negara.
"Kita akan umumkan hasilnya selepas mesyuarat nanti," katanya.
Read more...
12 August 2010
Kehadiran Ramadan bukan bulan melayan nafsu
RAMADAN seharusnya mendidik kita menginsafi kesukaran mereka yang kurang bernasib baik.
RAMADAN, bulan untuk umat Islam meningkatkan ketakwaan kepada Yang Maha Esa bagai tetamu yang sering dinanti-nantikan. Pada bulan yang mulia ini juga umat Islam diharap dapat menginsafi kesusahan hidup yang ditanggung oleh mereka yang kurang bernasib termasuk dari segi makanan dan minuman.
Justeru bersikap sederhana dalam soal makan dan minum amat digalakkan pada bulan ini dan semoga menjadi amalan pada bulan-bulan seterusnya.
Langkah bijak ini juga sudah tentunya dapat mengurangkan kos perbelanjaan di tengah-tengah kenaikan harga bahan bakar dan barangan keperluan lain.
Di sebalik kesucian Ramadan, tidak kurang juga ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjadikan bulan ini sebagai komoditi perdagangan untuk meraih keuntungan sebanyak yang boleh.
Pelbagai taktik licik digunakan untuk menjerat pengguna yang beragama Islam khasnya. Bagi mereka yang dibelenggu hawa nafsu, maka mereka tewas dengan berbelanja sakan. Tidak cukup wang tunai, wang plastik yakni kad kredit dilayang untuk membayar pembelian.
Mohd. Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) memberitahu, sudah menjadi lumrah bagi sesetengah pihak mengambil kesempatan apabila menjelangnya bulan Ramadan.
Setiap kali datang Ramadan, setiap kali jugalah umat Islam diingatkan betapa mereka perlu mengawal nafsu dan ia bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga.
Bulan mendidik sahsiah
Cuma amanat dan peringatan itu tidak melekat di hati sesetengah orang lantas kos perbelanjaan mereka pada bulan Ramadan lebih banyak daripada kebiasaannya.
Perhatikan sahaja mereka yang berbondong-bondong membanjiri gedung beli-belah atau bazar Ramadan yang tumbuh bagaikan cendawan setiap kali menjelang Ramadan.
Ada yang sudah membeli-belah sehingga berhelai-helai pakaian dan barangan lain di samping menukar langsir dan perabot rumah.
Malah ada yang berkunjung ke kedai menjual kereta untuk membeli kereta baru balik kampung.
Ketika berkunjung ke bazar menjual juadah berbuka puasa pula, ada yang nafsu makan seakan membuak-buak. Apabila pulang ke rumah, berbungkus-bungkus juadah dijinjing yang akhirnya menjadi habuan bakul sampah.
“Walaupun Ramadan mendidik umat Islam untuk bersikap sederhana dalam segala bentuk amalan seperti makanan, namun tabiat berbelanja secara berlebihan masih sukar dikikis,” demikian komen Mohd. Yusof.
Di premis beli-belah, sebelum kedatangan bulan Ramadan kebanyakan premis sudah mula membuat pelbagai gimik jualan.
Bulan Ramadan seakan-akan bulan pesta menjual dan membeli-belah. Pelbagai slogan digunakan untuk menarik perhatian pengguna dengan pelbagai potongan harga dan hadiah.
“Peniaga mengadakan pelbagai jualan murah dan jualan mega kerana sikap pengguna yang suka berbelanja. Pelbagai taktik digunakan untuk menarik perhatian pengguna supaya membeli barang jualan mereka.
“Berdasarkan Akta Perihal Dagangan 1972 iaitu di bawah Peraturan Perihal Dagangan (Jualan Murah) 1997, pusat beli-belah dikehendaki memaklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui notis untuk mengadakan jualan murah.
“Setiap tahun, sebanyak lima jualan murah dibenarkan untuk pusat beli-belah iaitu tiga kali mengikut tarikh dan jangka masa yang ditetapkan oleh Pengawal Perihal Dagangan dan dua kali ditentukan oleh pusat beli-belah itu sendiri,” jelasnya.
Menurut Mohd. Yusof, semasa jualan murah, 70 peratus daripada keseluruhan barang yang dijual di pusat beli-belah hendaklah diberikan potongan harga.
“Biarpun begitu, banyak aduan yang diterima daripada pengguna tentang pusat beli-belah yang melakukan penyelewengan semasa jualan murah, antaranya harga yang sama sebelum dan semasa jualan murah.
“Peniaga menaikkan harga semasa jualan murah dan memberikan diskaun tertentu yang akhirnya didapati harga barang selepas diskaun ialah sama sebelum jualan murah diadakan,” tambahnya.
Pengarah Komunikasi Kumpulan Fomca itu berkata, ada juga pusat beli-belah yang menukar kualiti barang yang menunjukkan apabila diberikan diskaun harga barang adalah rendah.
“Sebenarnya harga rendah tetapi kualiti barang juga rendah. Disebabkan pelbagai unsur penipuan yang berlaku semasa jualan murah, maka KPDNKK akan meminda Akta Perihal Dagangan bagi mengetatkan peraturan jualan murah.
“Dalam pindaan yang baru ini, peniaga yang ingin mengadakan jualan murah diwajibkan menyenaraikan harga lama dan bagi barang yang ingin diadakan jualan murah, sebelum lesen jualan murah dikeluarkan,” katanya.
Bufet ramadan dan isu halal
Lazimnya bila datang bulan Ramadan, hotel dan restoran berlumba-lumba menawarkan bufet Ramadan dengan senarai menu makanan yang berjela-jela.
Ada promosi berbuka puasa menawarkan 99 jenis makanan, ada juga yang mengiklankan 100 hingga 200 juadah.
Harga bufet pula berbeza-beza mengikut premis. Ada yang serendah RM50 hingga melebihi RM100 seorang dewasa dan untuk kanak-kanak pula sekitar serendah RM25 hingga RM50 seorang.
Realitinya berbuka puasa di hotel umpama satu trend pada hari ini. Banyak syarikat korporat mengadakan majlis berbuka puasa di hotel termasuk menjemput mereka yang kurang bernasib baik antaranya anak-anak yatim.
Isu yang sering dikaitkan dengan berbuka puasa di hotel, di samping bayaran yang mahal ialah status halal juadah yang dihidangkan.
Nisbah hotel di negara ini yang memiliki Sijil Halal Malaysia dilaporkan terlalu kecil berbanding jumlah keseluruhan hotel yang ada.
Sehubungan itu, amat wajar sekali untuk umat Islam lebih berhati-hati sekiranya mahu berbuka puasa di mana-mana premis termasuk di hotel sepanjang Ramadan.
Mohd. Yusof berkata, pengguna Islam perlu menjadikan bulan Ramadan sebagai masa untuk berjimat-cermat dalam setiap perbelanjaan dan mengamalkan gaya hidup lestari.
“Wang yang dapat dijimatkan itu digunakan sebagai perbelanjaan musim perayaan seperti menampung kos minyak kenderaan untuk balik kampung, membeli pakaian dan sebagainya.
“Jika boleh, sediakan dana dari awal tahun lagi untuk menyambut perayaan dengan menetapkan jumlah wang yang diperlukan.
Dengan cara demikian pengguna tidak terbeban untuk perbelanjaan pada musim perayaan.
Ramai pengguna yang menggunakan pendapatan bulanan mereka untuk berbelanja ketika musim perayaan tidak dapat menampung perbelanjaan pada bulan itu.
“Akhirnya mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar hutang semasa, seperti hutang kad kredit, ansuran kereta, rumah dan sebagainya.
“Malah ramai juga yang terpaksa berhutang untuk perbelanjaan pada hari raya.
Sehubungan itu, amalan menyimpan wang untuk kegunaan musim perayaan perlu dijadikan satu kebiasaan agar tidak mengalami masalah kewangan,” katanya. – Bernama
Read more...
11 August 2010
Saudi to test giant clock in Mecca during Ramadan
AP – The four-faced clock, atop the Abraj Al-Bait Towers, at centre rear, in Mecca, Saudi Arabia stands over …
RIYADH, Saudi Arabia – Saudi Arabia will test what it is billing as the world's largest clock in the holy city of Mecca during the Muslim fasting month of Ramadan, the official news agency reported Tuesday.
The four-faced clock tower will top a massive skyscraper that when completed will be around 1,970 feet (600 meters) tall, the second tallest in the world after Dubai's Burj Khalifa.
The clock will dwarf London's Big Ben, once the largest four-faced clock in the world, with dials more than five times greater in area.
The around 130 foot (40 meter) diameter Saudi clock dials are also bigger than the current world champion at the Cevahir Mall clock in Istanbul, which has a 36 meter face set in the transparent roof of the shopping complex.
The complex overlooks Mecca's famed Grand Mosque, which Muslims worldwide face during their five daily prayers and is part of Saudi efforts to develop the city visited by millions of pilgrims every year.
A three-month test run for the clock will start during the first week of Ramadan — the monthlong period of prayer, reflection and sunrise-to-sunset fasting, the report said. This year, Ramadan will begin Wednesday.
Only one of the clock's four faces has so far been completed and is covered with 98 million pieces of glass mosaics.
Each face will be inscribed with "God is greatest" in Arabic and fitted with thousands of colored lights. The clock will be visible from more than 16 miles (25 kilometers).
An observatory deck is planned at the base of the clock.
A huge golden crescent moon, 75 feet (23 meters) in diameter, will eventually rise above the clock on a 200 foot (61 meter) spire, from which some 15 beams will shoot up into the sky, the agency added. The entire clock, from the base up to the crescent, itself will be 820 feet (251 meters) high.
German and Swiss engineers designed the clock and according to the Ministry of Religious Endowments, the entire project will cost $800 million.
The seven tower complex is being built by developer Saudi Binladen Group, the press agency reported.
Read more...
Tabiat Pemakanan Di Bulan Ramadhan.
Mulakan berbuka dengan kurma dan jus untuk meningkatkan paras glukosa darah kepada paras normal.
Puasa yang dilakukan dengan betul memberi kesan baik pada kesihatan. Puasa membantu menyingkirkan toksin, mengurangkan berat badan dan merehatkan sistem penghadaman. Kajian juga menunjukkan berpuasa boleh membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah.
Menahan lapar dan dahaga sepanjang siang ada kalanya menguji daya ketahanan seseorang. Justeru, tidak hairan ada yang cepat berasa letih, mudah diserang sakit kepala, gayat, masalah penghadaman, sembelit, gastrik, peptik ulser dan pedih ulu hati. Namun, ada yang berupaya menurunkan berat badan manakala yang lain bertambah gemuk hingga tidak boleh menyarung baju kebaya baru yang ditempah untuk Hari Raya Puasa.
Tabiat Makan;
Ramai tidak mengambil perhatian mengenai tabiat makan sepanjang bulan puasa. Kita boleh lihat ada orang yang makan secara berlebihan ketika berbuka puasa dan ada pula yang tidak bersahur. Kita semua biasa melihat orang ramai berpusu-pusu ke bazar Ramadan yang menjual aneka juadah berbuka puasa. Permintaan yang meningkat bagi bufet buka puasa di hotel dan restoran juga mencerminkan tabiat makan berlebihan ketika berpuasa.
Tabiat makan secara berlebihan bertentangan dengan prinsip puasa kerana berpuasa tidak bermakna seseorang itu perlu makan banyak untuk menyimpan tenaga atau menggantikan khasiat pemakanan yang kurang.
Diet kita ketika puasa tidak seharusnya berbeza daripada diet biasa yang sihat dan seimbang. Kita tidak perlu makan lebih ketika berbuka puasa kerana badan kita mempunyai mekanisme kawalan yang diaktifkan ketika berpuasa. Ia akan menggunakan lemak badan dengan cekap untuk membekalkan tenaga yang kita perlukan. Justeru, diet biasa dengan pengambilan jumlah makanan secara normal dan seimbang adalah mencukupi untuk membolehkan kita sihat dan aktif sepanjang bulan Ramadan.
Sebaliknya, kebanyakan orang memilih untuk tidak bersahur atau makan terlalu sedikit ketika sahur. Sahur penting kerana seseorang itu akan makan makanan terakhir sebelum mula berpuasa sepanjang hari. Walaupun susah atau penat, kita perlu makan ketika sahur. Ini untuk membekalkan nutrien dan tenaga sepanjang hari.
Apabila bersahur, segelas air sejuk atau secawan minuman panas tidak mencukupi. Katanya, setiap orang perlu mengambil makanan yang betul sekalipun lebihan makanan daripada juadah berbuka puasa.
Diet Makanan Seimbang;
Satu lagi aspek yang tidak dihiraukan ketika berpuasa ialah pilihan makanan, khususnya diet makanan berkhasiat dan seimbang.
Ketika berpuasa, badan memerlukan makanan sebelum subuh dan selepas senja untuk memastikan imbangan pemakanan yang sihat dan membekalkan vitamin, mineral selain tenaga yang tahan sepanjang hari.
Badan kita juga memerlukan nutrien untuk pemulihan pada waktu malam. Disebabkan kekurangan tenaga dan kandungan gula dalam darah menjelang penghujung waktu puasa, terdapat kecenderungan untuk mengambil makanan berasaskan karbohidrat dan kuih manis ketika berbuka puasa hingga kita mengabaikan kumpulan makanan yang lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perbezaan antara karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas juga perlu difahami. Karbohidrat ringkas cepat mengenyangkan tetapi tidak dapat memberikan tenaga yang berpanjangan. Antara contoh karbohidrat ringkas adalah kuih, kek, roti putih dan emping jagung bersalut gula. Alternatif lebih sihat termasuk roti mil penuh, nasi bijian penuh dan mi.
Sebaliknya, makanan berkarbohidrat kompleks yang lambat hadam membekalkan tenaga selama 8 jam, berbanding makanan cepat hadam yang hanya membekalkan tenaga untuk 3 hingga 4 jam.
Diet yang sederhana dan meliputi semua kumpulan makanan utama adalah penting dan lebih baik daripada satu kumpulan makanan saja.
Sekiranya nutrien, vitamin dan mineral tidak dapat diperoleh dengan secukupnya pada bulan puasa, disyorkan mengambil multivitamin sebagai tambahan.
Kesihatan ketika berpuasa bukan saja bergantung kepada makanan yang seimbang tetapi juga air yang secukupnya. Minum sekurang-kurangnya 9 gelas atau satu liter air sehari walaupun pada hari berpuasa. Strategi terbaik ialah minum 9 gelas air ini secara beransur-ansur dari saat kita berbuka puasa hingga sahur.
Panduan Mudah Untuk Kekal Sihat Ketika Berpuasa;
# Ambil makanan rendah glisemia (GI) ketika bersahur untuk membantu mengawal paras gula dengan memilih makanan lambat hadam yang membekalkan tenaga sehingga 8 jam.
# Makan karbohidrat secukupnya khususnya yang kaya dengan serat.
# Ingat untuk makanan buah-buahan dan sayuran.
# Minum air secukupnya - satu liter sehari.
# Elak ambil makanan kandungan gula tinggi seperti gula-gula, kuih atau minuman manis.
# Elak makanan terlalu pedas.
# Elak minuman berkafein - kafein adalah diuretik (menyebabkan kerap kencing).
# Kurangkan merokok.
# Ambil tambahan multivitamin lengkap dengan zat mineral untuk menjaga sistem imun dan tahap tenaga badan.
Makanan Yang Disyorkan Untuk Bersahur;
# Bijirin oat atau gandum penuh, 1 hingga 2 hidangan dengan secawan susu.
# Makan 1 hingga 2 hidangan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Makanan Yang Disyorkan Berbuka Puasa;
# Badan kita memerlukan sumber tenaga cepat. Elakkan mengisi perut dengan makanan berkarbohidrat secara segera.
# Mula dengan kurma dan jus untuk meningkatkan paras glukosa darah kepada paras normal.
Apabila paras glukosa kembali normal, ambil makan daripada kumpulan makanan berikut :
# Daging/kacang
# Roti/bijirin/nasi
# Susu/yogurt
# Sayur-sayuran
# Buah-buahan
# Buah-buahan dan kacang boleh dimakan sebagai snek sebelum tidur.
oleh Hafizah Iszahanid
Read more...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H
Persiapan Ramadan
MARHABAN ya Ramadan - Selamat datang Ramadan diucapkan untuk bulan yang suci serta mengharapkan agar jiwa raga kita serta keluarga dan anak-anak dan umat Muslim seluruhnya diasah dan diasuh bagi melanjutkan perjalanan menuju Allah SWT. Kita perlu mempersiapkan bekal bagi tujuan menyelusuri jalan itu.
Tahukah saudara apakah bekal itu? Benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa keluarga Muslim seluruhnya. Tekad kita yang membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadan dengan solat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama, bangsa dan negara.
Sebagai keluarga Muslim kita seharusnya gembira menyambut kedatangan bulan Ramadan dan menghadapi dengan dada yang sangat lega; dengan jiwa yang tenang, dengan hati yang tenteram. Bagi orang Islam yang beriman mereka menerima kehadiran bulan yang barakah ini dengan penuh kegembiraan. Ini kerana pengembaraan Ramadan yang begitu lama sudah kembali semula menemui kita.
Sesungguhnya Allah mewajibkan puasa adalah untuk membersihkan jiwa dari sifat-sifat yang hina dan menghiasinya dengan sifat-sifat yang mulia serta menjauhkannya daripada setiap sifat yang tercela. Kita dianjurkan banyak bersabar dan berjihad melawan hawa nafsu. Dengan puasa juga iman seseorang Muslim akan bertambah kuat dan bersih.
Ramadan menawarkan pelbagai tawaran dan ganjaran untuk keluarga Muslim yang beriman. Sebab itu juga bulan ini dikenali sebagai bulan ibadah. Iaitu bulan di mana orang-orang yang beriman berebut-rebut mengerjakan amalan soleh.
Orang-orang yang beriman sahaja yang tahu menghargai Ramadan. Sebab itu mereka mempertingkatkan amalan baik seperti bersedekah, terawih, qiamullail, membaca al-Quran, berzikir dan bermacam-macam amalan baik yang lain pada bulan yang mulia.
Banyak kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadan dibandingkan dengan bulan-bulan lain dalam Islam. Kitab suci al-Quran yang menjadi panduan hidup kita diturunkan di dalam bulan mulia ini. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang berbunyi: Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. (al-Qadr: 1)
Umat Islam harus menghayati keagungan bulan Ramadan ini. Bulan di mana Allah telah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Ini adalah bulan kembali dan taubat, bulan pengampunan dan rahmat, bulan kebebasan dari api neraka dan kemenangan berupa syurga.
Menghadapi bulan Ramadan memerlukan persiapan mental dan spiritual khususnya dari segi semangat dan ketahanan. Ini sangat penting untuk mendapatkan hasil yang maksimum daripada kegiatan puasa itu.
Ada sesetengah orang bersiap sedia dari segi mental tetapi tidak mempunyai nawaitu (niat). Manakala sesetengahnya sempurna dari segi niat tetapi tidak pula mempunyai semangat dan ketahanan dalam menghadapi puasa di bulan Ramadan.
Kurang daripada segi penghayatan atau pendidikan Ramadan barangkali menjadikan sesetengah orang tidak bersemangat. Kalau bersemangat pun tidak tahan lama, bersifat sementara dan 'hangat-hangat tahi ayam'.
Sebab itu, orang yang berpuasa tanpa persiapan mental dianggap sia-sia seperti sabda Nabi yang bermaksud: "Betapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapatkan sesuatu dari puasa itu selain lapar dan dahaga."
Dalam setahun di mana terdapat 12 bulan hanya ada satu bulan Ramadan. Ia tidak sampai 10 peratus. Tetapi dengan melihat nilai kualitatif dan kepadatan ibadah yang ada di dalamnya, maka bulan Ramadan menjadi sangat signifikan jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan sebelas bulan lainnya. Justeru, alangkah naifnya kalau kita menghadapinya secara biasa-biasa sahaja, lesu dan tidak bersemangat.
Mari kita persiapkan diri serta keluarga dan bersiap sedialah lebih awal untuk ke masjid. Jangan ambil mudah dengan mengatakan bahawa solat berjemaah dan solat terawih hukumnya cuma sunat.
Demikian juga solat Subuh, usahakan untuk bersedia sebelum waktu Imsak, pastikan semua urusan dapur sudah selesai. Lebih penting segala-galanya perlu siap sebelum azan dan kita sudah berada di masjid. Anda sudah tentu tidak kehilangan kesempatan untuk solat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib - yang nilainya lebih mulia daripada dunia berserta isinya.
Puasa juga mendidik kita untuk belajar bangun awal. Sesetengah daripada kita menganggap kerana hukumnya sunat maka sahur ditinggalkan. Kalau kita sudah biasakan diri untuk bangun lebih cepat selama sebulan Ramadan maka ini bererti kita sebenarnya sudah mampu untuk melakukannya di luar bulan Ramadan. Di mana lagi kita dapat miliki peluang seperti itu kalau tidak di bulan Ramadan selama sebulan terus-menerus.
Persiapan kita bukan sekadar menghadapi lapar dan dahaga tetapi bersedia untuk memahami dan menghayati makna-makna falsafah yang terdapat di dalamnya.
Tidak tahan mengantuk juga menjadi masalah besar di kalangan orang kita pada bulan Ramadan. Memang ada hadis yang menyatakan bahawa tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah. Tetapi itu bukan perintah untuk memperbanyakkan tidur di bulan Ramadan. Tidak ada contoh daripada Nabi, sahabat dan orang-orang soleh mengenai hal ini. Malah Nabi mengurangi tidurnya pada malam-malam bulan Ramadan hingga batas yang paling minimum. Mereka banyak membaca al-Quran, zikir dan sembahyang.
Sepintas lalu amalan-amalan seperti ini amat berat tetapi ia bukan terletak pada sesuatu amalan melainkan pada cara kita memikirkan amalan itu. Kalau kita memikirkan sesuatu itu berat maka ia dengan sendirinya menjadi berat, tetapi kalau kita memikirkannya mudah maka dengan sendirinya ia akan mudah.
Di samping persiapan dari segi spiritual, ingatlah Ramadan adalah bulan maghfirah (pengampunan) dan rahmah (kasih sayang). Persiapan dari segi rohani diperlukan untuk membetulkan niat, membersihkan hati, membangun tekad dan bersiap untuk menerima bimbingan serta petunjuk Allah SWT.
Sebaik-baiknya sebelum puasa tiba, sesuaikanlah diri dengan amalan seperti solat wajib kerana sesetengah orang berpuasa tetapi tidak melaksanakan solat. Kemudian hidupkan solat-solat rawatib, sembahyang tahajud, berpuasa setiap Isnin dan Khamis, perbanyakkan sedekah, zikir, baca al-Quran, berdoa, dan hindari dosa-dosa kecil.
Sesungguhnya graf puasa nabi dan sahabat-sahabat meningkat berterusan sejak puasa pertama hingga hari puasa terakhir. Dan graf itu mengalami peningkatan yang amat tajam pada saat-saat akhir bulan Ramadan.
Tetapi bukan sedikit di antara kita yang grafnya terbalik. Semakin menjelang Ramadan, semakin banyak masa dihabiskan dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan sama sekali dengan kesucian bulan Ramadan.
Oleh AZIZ JAMALUDIN MHD. TAHIR
Read more...
10 August 2010
Kenal penyakit sebelum berpuasa
DAPATKAN pandangan pakar perubatan mengenai penyakit anda kerana ia boleh membantu anda menunaikan ibadah puasa dengan lebih baik.
MENJELANG tengah hari, Siti Farah Dollah tidak dapat menahan diri daripada godaan makanan. Dia segera mencapai dua paket mi segera berperisa tom yam dan berbuka puasa pada hari itu.
Penyakit gastrik yang dialami sejak beberapa bulan lalu menyebabkan Siti Farah tidak dapat menahan diri daripada makan lebih-lebih lagi jika perutnya mula terasa pedih dan berasid.
Fikir anak keenam daripada tujuh beradik itu, sesudah berbuka puasa sakit perut yang dialami akan berhenti, namun sangkaannya silap. Sakit perutnya menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan Siti Farah terbaring dan merengek kesakitan.
"Itulah pengalaman saya semasa mula-mula mengalami sakit gastrik ketika berumur 18 tahun. Waktu itu, saya masih menuntut di Institut Profesional Baitulmal (IPB), Kuala Lumpur. Punca saya mendapat gastrik pun disebabkan cara pemakanan yang tidak teratur semasa belajar di asrama.
"Masa mula-mula kena gastrik, walaupun saya cuba berpuasa penuh pada bulan Ramadan, saya tidak mampu lakukannya. Silap saya juga sebab tidak pergi berjumpa doktor untuk minta nasihat dan pandangan berhubung penyakit ini," katanya yang bersyukur kerana dapat berpuasa penuh pada tahun lepas.
Siti Farah yang telah menjangkau usia 21 tahun kini sudah tahu bagaimana menangani penyakitnya selepas berjumpa dengan doktor.
"Orang yang mengalami sakit gastrik sebenarnya mampu berpuasa penuh. Cuma, mereka perlu makan sahur lewat dan tidak mengambil sebarang minuman bersusu.
"Selain itu, jika berbuka saya akan pastikan tidak berbuka dengan nasi, mengambil minuman berais dan makan makanan yang pedas. Cukup sekadar berbuka dengan air suam, kurma atau kuih-muih. Selepas beberapa jam baru saya akan menjamah nasi pula.
"Saya pernah makan terlalu banyak ketika berbuka. Natijahnya, ketika solat terawih perut saya terasa amat sakit," katanya yang berharap dapat berpuasa penuh pada Ramadan tahun ini.
Minta pandangan doktor
"Kebanyakan pesakit boleh berpuasa penuh melainkan penyakit-penyakit kronik yang sukar untuk dirawat. Misalnya, pesakit kanser terminal yang memerlukan mereka mengambil ubat yang kerap, pesakit diabetes yang memerlukan suntikan dari semasa ke semasa, serangan jantung dan strok.
"Tidak ketinggalan mereka yang mempunyai penyakit akut yang serius seperti infeksi (septisemia), lelah dan dehidrasi yang memerlukan rawatan segera," kata Pakar Perunding dan Gastroenterologi Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Ishak Mas'ud.
Jelas Ishak, sempena bulan Ramadan ini, pesakit yang menghidap penyakit lain seperti gastrik harus berjumpa dengan doktor terutamanya doktor Muslim untuk mendapat pemeriksaan dan pandangan sama ada mereka boleh berpuasa atau tidak.
"Dengan itu, mereka boleh menukar cara pengambilan ubat atau mengubah diet makanan yang betul bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah puasa.
"Sebagai contoh, jika sebelum ini mereka perlu mengambil ubat tiga atau empat kali dalam sehari, mereka boleh mengambil ubat hanya dua kali sehari. Doktor akan memberi mereka ubat yang sama tetapi mempunyai kesan berpanjangan," katanya.
Dalam isu yang lebih perspektif, Ishak memberitahu, pesakit yang mengalami sakit perut perlu mengenal pasti punca sakit itu terlebih dahulu.
"Istilah gastrik sebenarnya terlalu umum. Sakit perut boleh berpunca disebabkan ulser peptik, batu karang di dalam hempedu (gallstone) dan pankreatitis yang biasanya disebabkan sindrom usus rengsa (IBS).
"Walaubagaimanapun, ada beberapa gejala lain yang memberi indikasi memungkinkan pesakit gastrik memerlukan rawatan segera.
"Antaranya sakit perut yang berpanjangan, muntah berterusan atau berdarah, najis berwarna hitam yang berkemungkinan najis berdarah, selera makan dan berat badan yang semakin berkurang serta sakit perut yang semakin teruk selepas makan," katanya mengenai rawatan yang memungkinkan pesakit tersebut menjalani beberapa ujian seperti endoskopi atau ujian ultrasound pada bahagian perut.
Wajib ganti puasa
Sementara itu, menurut Pegawai Hal Ehwal Khas Agama sebuah pusat perubatan, Ismat Nazirin Mat Isa, mengikut surah al-Baqarah ayat 183 sehingga 188, terdapat tiga golongan individu yang tidak dibenarkan berpuasa iaitu orang yang sakit, musafir dan wanita yang kedatangan haid.
"Walaupun tiga golongan ini tidak diwajibkan berpuasa tetapi mereka wajib untuk menggantikan puasa. Jika mereka masih tidak mampu untuk menggantikan puasa terutama bagi individu yang menghidap penyakit yang sukar sembuh seperti kanser, mereka perlu menggantikan puasa dengan cara yang lain.
"Mereka perlu menggantikan puasa yang tertinggal dengan membayar fidyah kepada fakir miskin. Sehari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan 700 gram beras yang perlu diberikan.
"Malah, mereka perlu membayar fidyah mengikut jenis beras yang dimakan," katanya mengenai amalan berpuasa yang diperintah Allah sebagai ujian untuk menguji ketakwaan umatnya.
Jelas Ismat, terdapat dua kategori orang berpenyakit iaitu pesakit yang yakin dia boleh berpuasa dan tidak memudaratkan diri, wajib untuk berpuasa.
Golongan kedua pula, pesakit yang tidak dapat menentukan tahap kemudaratan kesihatannya. Jika doktor kata tidak boleh berpuasa, pesakit itu wajib untuk berbuka.
Prosedur perubatan
Dalam pada itu, Ismat memberitahu, banyak persoalan timbul dalam kalangan orang ramai mengenai prosedur-prosedur perubatan sama ada mereka boleh berpuasa atau tidak.
"Banyak perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Antarabangsa dalam persidangan ke-10 di Jeddah Arab Saudi baru-baru ini.
"Ada enam prosedur perubatan yang tidak membatalkan puasa. Pertama, menitiskan ubat ke dalam mata, hidung dan telinga. Dengan syarat ubat tersebut tidak sampai ke tekak.
"Kedua, menderma atau menerima pemindahan darah. Ketiga, mengambil ujian darah. Keempat, menjalani rawatan pergigian seperti mencabut, menampal dan mencuci gigi. Kelima, menjalani rawatan hemodialisis atau dialisis peritoneal (PD) dan terakhir menjalani ujian endoskopi bagi tujuan diagnosis dengan syarat tidak memasukkan apa-apa cecair ke dalam perut," katanya lagi.
Read more...