Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






24 October 2009

Coklat untuk kesihatan




























Koko bukan sahaja lazat dan berkhasiat malah baik untuk kesihatan kulit.

COKLAT boleh dikatakan tergolong dalam kategori makanan sihat. Ramai orang tahu bahawa coklat menghasilkan endorfin (protein) yang membuatkan kita lebih riang, ceria dan bersemangat.

Bagaimana pula dengan jantung? Penyelidikan terbaru membuktikan coklat adalah sumber anti-oksidan terbaik seperti wain merah.

Anti-oksidan dalam coklat dikenali sebagai phenol mampu mengelak kerosakan oksidasi lipoprotein rendah (LDL) dan perlahan-lahan mengurangkan kadar mendapan lemak dalam arteri juga radikal bebas.

Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM), Datuk Dr. Azhar Ismail berkata, persepsi negatif terhadap coklat menghalang masyarakat menikmati kebaikan khasiat semula jadi coklat yang sebenarnya.

"Secara purata rakyat Malaysia hanya mengambil 600 gram coklat setahun jika dibandingkan dengan penduduk Eropah dengan penggunaan koko perkapita sebanyak 1 hingga 6 kilogram setahun.

"Ini disebabkan salah tanggapan bahawa pemakanan coklat mengakibatkan kegemukan, sakit gigi, jerawat, kolesterol dan sebagainya," katanya.

Beliau berucap pada pelancaran program Inspirasi Koko Musim Keempat di Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama, pengacara program berkenaan, selebriti terkenal tanah air Serena Redzuawan yang kekal bersama rancangan terbitan TV2 itu sejak tahun 2006.

Program bersiri selama 13 minggu itu kali ini bertumpu kepada penyebaran maklumat mengenai keistimewaan peranan koko dalam kesejahteraan dan kesihatan manusia secara keseluruhannya.

Segmen terbahagi kepada Bicara Koko dan Info Koko, Sajian Koko, Fakta dan Mitos, Kreatif Koko dan Kuiz Inspirasi Koko.

Kata Serena, segmen tip dan petua makanan berkhasiat dapat menangkis rasa takut kepada produk berasaskan koko.

"Malah ia juga menunjukkan bagaimana untuk menggunakan koko dalam masakan dan menambah rasa serta khasiat dalam setiap hidangan," tambah beliau.

Pada majlis yang sama, Dr. Azhar melancarkan produk inovatif berasaskan koko iaitu Beautecoa yang merupakan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan peribadi berkualiti tinggi keluaran LKM.

Produk kecantikan berasaskan koko ini mengandungi bahan-bahan terpilih dan gabungan kebaikan khasiat koko serta teknologi pemprosesan terkini untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Koleksi produk kecantikan Beautecoa terdiri daripada;

lCocoa Body Scrub - Formulasi khas daripada mentega koko boleh melembutkan kulit dengan bantuan lenggai sekam koko sebagai ejen eksfoliasi (pengelupasan) dan menjana sel kulit baru.

lPelembap Cocoa Butter - Pelembap semula jadi yang melembut dan melindungi kulit serta melegakan iritasi kulit.

lGincu Cocoa Butter - Melembapkan bibir dan menahan lembapan bagi merawat bibir kering.

lBedak asas Cocoa-Based Cream-To-Powder - Mengandungi fungsi tambahan sebagai bahan antipenuaan yang sukar ditemui dan mempunyai tekstur berkrim.

lBalsam bibir berasaskan koko - Lemak semula jadi mentega koko melegakan bibir pecah, mudah diserap dan melembutkan bibir.

Menurut Dr. Azhar, serbuk koko mengandungi kompaun phenolic yang mampu mengeluarkan radikal bebas lalu memberikannya khasiat antioksidan.

"Ujian menunjukkan tannin dalam serbuk koko mampu mengelak pertumbuhan bakteria yang mengakibatkan kerosakan gigi.

"Di samping itu ia juga mempunyai ejen antibakteria terhadap micrococcus luteus dan S. aureus yang terdapat pada kulit manusia," jelasnya.

Sementara mentega koko cair pada 37 darjah Celsius ke atas dan beku pada suhu bilik. Kandungan lebih 35 peratus terdiri daripada asid oleik yang memberi kelembapan, 33 peratus asid stearic (penghadang lembapan) dan Vitamin E sebagai antioksidan.

Justeru mentega koko merupakan pelembap semula jadi yang bukan sahaja melembut dan melindungi kulit kering malah melegakan iritasi dan menghapuskan kedutan dan tanda penuaan.

Malah lemak mentega koko yang mempunyai ejen menenang dan memulih juga digunakan pada zaman Aztec purba sebagai produk penjagaan bibir untuk memulihkan bibir kering sehingga ke hari ini.


Read more...

23 October 2009

Mendidik anak autisme




















PENGGUNAAN komputer akan memudahkan dan menarik minat kanak-kanak autisme untuk mengingati perkara yang diajar. - Gambar hiasan

Kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme berhadapan dengan masalah pembelajaran kerana pemikiran mereka lewat berkembang.

KANAK-KANAK yang menghidap autisme biasanya mengalami masalah dalam pembelajaran. Ia meliputi kesukaran untuk belajar melihat, memerhati, menilai dan melaksanakan tugasan yang diberi.

Oleh itu, ibu bapa atau guru-guru perlu mempraktikkan cara didikan yang bersesuaian bagi merangsang minat mereka menerima pembelajaran. Berikut merupakan himpunan tip didikan yang boleh dilaksanakan:

Gunakan gambar
Kebanyakan penghidap autisme berfikir dengan gambaran bukan dengan perkataan. Gambar merupakan bahasa utama dan perkataan bahasa kedua mereka. Pemikiran mereka umpama perakam video yang merakam berdasarkan imaginasi mereka.

Kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk mereka pelajari kerana dengan kata nama mereka boleh menggambarkan perkataan tersebut.

Untuk mengajar mereka kata kerja seperti 'duduk' dan 'berdiri', guru seharusnya mendemonstrasikan perbuatan duduk dan berdiri.

Bagaimanapun, lebih baik sekiranya guru menunjukkan perkataan kad imbas 'duduk' semasa duduk dan 'berdiri' semasa berdiri.

Mudahkan arahan

Kanak-kanak autisme memiliki masalah dalam mengingat semula arahan yang panjang. Sekiranya mereka boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas.

Kanak-kanak autisme juga sukar untuk mengingati nombor telefon kerana mereka sukar menggambarkannya di dalam minda.

Bakat melukis
Kebanyakan kanak-kanak autisme berbakat dalam melukis, seni dan program komputer. Ini mungkin kerana mereka mempunyai kecenderungan terhadap perkara visual.

Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka.

Menggunakan bakat mereka dalam proses pembelajaran mungkin lebih meningkatkan tumpuan mereka untuk belajar.

Kereta mainan
Selain daripada melukis, kebanyakan kanak-kanak autisme juga gemar kepada perkara seperti bermain dengan kereta mainan atau membaca peta.

Ibu bapa dan guru boleh menggunakan minat mereka itu sebagai alat untuk memotivasikan mereka menyiapkan kerja sekolah.

Sekiranya mereka berminat terhadap kereta mainan, gunakan kereta mainan semasa mengajar mereka membaca atau mengira. Baca buku yang berkaitan dengan kereta dan selesaikan masalah kira-kira dengan kereta mainan


Pendekatan visual

Gunakan pendekatan visual dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz.

Masalah tulisan tangan
Kebanyakan kanak-kanak autisme memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Ini kerana mereka mengalami masalah untuk mengawal tangan mereka.

Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah sukar. Hal itu mengakibatkan kanak-kanak tersebut rasa kecewa.

Bagi mengurangkan kekecewaan itu. bantu mereka untuk rasa seronok menulis. Mungkin guru atau ibu bapa boleh menggalakkan mereka menaip di komputer.

Mengingat keseluruhan perkataan
Sesetengah kanak-kanak autisme lebih mudah belajar membaca dengan mengingat keseluruhan perkataan. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini sesuai menggunakan kad imbas dan buku bergambar.

Perkataan tersebut perlu disamakan dengan gambar. Penting juga perkataan dicetak di muka surat yang sama dengan gambar.

Apabila mengajar kata nama, kanak-kanak tersebut perlu mendengar dan melihat secara keseluruhan iaitu perkataan dan gambar berkenaan.

Contohnya anda menyebut 'pisang', perlu juga diperlihatkan gambar kad pisang.

Begitu juga apabila mengajar kata kerja 'lompat', anda mesti melakukan perbuatan melompat dan menyebut 'lompat'.


Rencana Utama!»

Dikenali hanya keindahannya


Derita ibu mertua di India
Baju koyak ditarik peminatSemakin ramai yang dihargaiGegaran gugat ketenanganDua tahun 40 gempa bumi Las Vegas Asia BaratCara anak muda sambut DeepavaliInisiatif 1Siswa 1Malaysia'Kasut Nike' jenama Afrika.Pesona!»

Layanan seperti ibu


Mendidik anak autisme
Serlahkan senyuman si dia
Punca rasa gatal
Lima fakta
Pulih dengan sebatang gigiDi sini, segalanya makananCemburu merosak hubunganTip daya penarik30 tahun mengabdi diri.Varia!»

Tuah tarian Tualang Tiga
PASUKAN tarian dari Politeknik Seberang Perai (PSP) menjadi juara Festival Kesenian Tradisional Politeknik Zon Utara.


Karnival Pancing Tasik Londa Naga
Muat turun sah tanpa virusMalaysia tuan rumah AFS AntarabudayaBunga daun getahPencarian Ratu Pesta Pulau PinangBasikal tua RohaizadPlanta Gold untuk kanak-kanakPopulariti sari nama filem Beraya anak rantau.Iklan@KOSMO!

Read more...

Impian terlaksana di awan biru.



















JIKA sekali pandang pada susuk tubuhnya yang kecil dan kurus, pasti ramai menganggap gadis ini masih di bangku persekolahan

JIKA sekali pandang pada susuk tubuhnya yang kecil dan kurus, pasti ramai menganggap gadis ini masih di bangku persekolahan.

Tetapi, di sebalik raut wajah lembut itu, Noor Hafizah Mohd Idrus, 25, sebenarnya sudah memiliki kerjaya yang jarang sekali diceburi wanita.

Anak gadis kebanggaan pasangan Mohd Idrus Abdul Hamid (Pengetua Sekolah Menengah Sains Alam Shah) dan Rohaya Kassim (jurutera Telekom Malaysia) kini adalah salah seorang daripada 17 juruterbang wanita di syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia.
Sejak kecil, Noor Hafizah sudah memasang impian untuk membawa pesawat di awan biru dan bersyukur kepada Allah s.w.t yang mengabulkan doanya selama ini.

Bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah ini berkata, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dan mengikuti program matrikulasi sains, ibunya ada menyatakan harapan untuk melihat anak perempuannya itu menceburi dunia perubatan


Tetapi selepas tamat program matrikulasi, Noor Hafizah ditawarkan mengikuti kursus multimedia di Universiti Kebangsaan Malaysia, jauh menyimpang daripada impian ibunya.

Bagaimanapun, anak kedua daripada enam beradik ini berkata, dia hanya mengikuti kursus berkenaan selama setahun lebih sebelum mengemukakan permohonan menyertai program kadet juruterbang bersama AirAsia.

Ketika hendak menghantar borang permohonan itu pula, keluarga membantah kerana bimbang apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran tetapi selepas dia mendapat tawaran, mereka berubah dan kini menjadi pendorong utamanya.

"Keluarga dengan rela hati menghantar saya untuk mengikuti kursus latihan di Akademi Penerbangan Malaysia, Batu Berendam, Melaka selama setahun setengah.

"Saya masih ingat pesan ibu dan ayah sebelum mereka berangkat pulang iaitu supaya tekun belajar serta jangan hampakan mereka.

"Alhamdulillah, biarpun hanya dua wanita saja dalam pengambilan berkenaan, saya lulus dengan baik. Sebaik saja tamat latihan, saya terus menyertai AirAsia sehingga kini," katanya.

Alah bisa tegal biasa, menurut Noor Hafizah, dia sebenarnya memang gayat jika berada di tempat tinggi tetapi entah kenapa, apabila menerbangkan pesawat, perasaan itu hilang dengan sendiri.

"Penerbangan pertama saya bersama syarikat ini ialah pada pertengahan 2006 ke Kuching, Sarawak iaitu selama satu jam 45 minit.

"Ketika itu perasaan seronok dan gementar bercampur baur kerana gembira impian sejak kecil menjadi kenyataan. Syukur, berkat persediaan yang sebaiknya, penerbangan itu berjalan lancar dan saya mampu melepasinya dengan baik," katanya.

Menurut Noor Hafizah lagi, setakat ini, dia tidak pernah berdepan dengan sebarang pengalaman buruk ketika bertugas.

Jika cuaca tidak mengizinkan untuk mendarat di sesuatu lapangan, dia akan berbincang dengan kapten juruterbang dan menara kawalan untuk menentukan destinasi berikutnya.

Sebelum berlepas, juruterbang dan pembantu juruterbang perlu terlebih dulu mengira berat keseluruhan pesawat (termasuk penumpang dan bagasi) untuk memastikan tahap kelajuan yang sesuai.

"Untuk menjadi juruterbang, apa yang penting ialah ketajaman penglihatan serta penguasaan dalam bidang fizik, matematik dan bahasa Inggeris.

"Namun, bukan mudah menjadi juruterbang yang bagus kerana ia memerlukan kombinasi latihan berterusan serta pengalaman. Tempoh tiga tahun sebenarnya masih dianggap baru dan saya kini masih dalam proses menimba sebanyak mana pengalaman daripada kapten juruterbang yang lebih senior.

"Untuk itu, saya menjadikan kapten juruterbang wanita pertama AirAsia, Norashikin Che Onn, sebagai idola dan berharap dapat berjaya sepertinya suatu hari nanti," katanya yang turut mengagumi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tony Fernandez.

Sesuai dengan umurnya yang masih bergelar remaja, Noor Hafizah berkata dia gemar menghabiskan masa lapang dengan membeli-belah bersama rakan dan keluarga.

Dia mengakui membeli-belah adalah terapi terbaik untuk menghilangkan tekanan dan barangan yang sering menjadi pilihan ialah kasut serta beg tangan.

Dia tidak mengutamakan jenama kerana apa yang penting baginya adalah kualiti dan tidak salah sesekali membeli sesuatu untuk dihadiahkan kepada diri sendiri selepas penat bekerja.

Jika mempunyai cuti panjang, Noor Hafizah biasanya akan meluangkan masa melancong sama ada di dalam atau luar negeri bersama keluarga atau rakan rapat.

"Jadual kerja sebagai juruterbang memang tidak menentu tetapi kami hanya dibenarkan bekerja 100 jam saja dalam tempoh 28 hari.

"Jika terbabit dalam penerbangan di awal pagi, saya biasanya selesai kerja dan pulang ke rumah sekitar jam 3 atau 4 petang. Untuk sesuatu penerbangan, kami biasanya perlu melaporkan kehadiran sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu berlepas.

"Waktu terluang yang ada itulah saya gunakan untuk mengemas rumah atau melakukan persediaan penerbangan seterusnya," katanya yang mengakui perlu bersiap tiga jam awal sebelum sesuatu penerbangan.

Pesan Noor Hafizah, bagi remaja yang mempunyai cita-cita untuk bergelar juruterbang sepertinya, teruskan impian dan berusaha gigih.

"Setiap kerjaya mempunyai cabarannya sendiri dan tidak terkecuali jika menjadi juruterbang namun apa yang penting, seseorang perlu mempunyai minat mendalam dan buangkan sikap takut untuk mencuba.

"Jangan sesekali putus asa dalam berusaha mencari yang terbaik untuk hidup kerana masa depan terletak di tangan sendiri," katanya menutup perbualan.



Profil

Nama: Noor Hafizah Mohd Idrus

Ibu: Rohaya Kassim

Bapa: Mohd Idrus Abdul Hamid

Adik beradik: Anak kedua daripada enam beradik

Pendidikan: Kolej Tunku Kurshiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Akademi Penerbangan Malaysia

Kerjaya kini: Pembantu Juruterbang Air Asia


Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my





Read more...

22 October 2009

How Bad Are Your Credit Card Mistakes?

















Worst things to do with credit cards

by Erin Peterson
Wednesday, October 21, 2009
provided by


Grade yours on a 10-point scale.

Nobody's perfect. When it comes to our financial lives, we've all done things we later regretted -- whether it's getting slapped with a $3 fee for using an out-of-network ATM or going on a Las Vegas bender and losing the house on an overly aggressive poker bet.

The key is to understand the scale of the transgression. With credit card blunders, that's no easy task -- is it worse to take a cash advance or to pay a bill a day or two late? Experts graded a range of credit card mistakes on a scale from 1 (losing a few bucks to a cash machine) to 10 (losing the house). Find out which worry the pros most -- and which may (almost) get a free pass.


Paying Late
How bad is it? 6
The details: Credit card companies are notoriously prickly about late payments -- even a payment that's late by a few minutes can pile up fees, interest charges and other penalties. Depending on how late the payment is, your card issuer may also report the problem to any of the credit bureaus, which can wreak havoc on your credit score. The good news, says Stacy Francis, president of Francis Financial, is that the error may be reversible. "You do have the option of giving the credit card company a call and asking them not to report it," she says. "If you've generally been an on-time payer, they may waive the fees and not report it."

Paying Only the Minimum on Your Card
How bad is it? 4
The details: Credit card companies love it when you pay off your debt slowly, but you should loathe it. It won't necessarily affect your credit score, but that doesn't mean it's a good practice. Sending in only the minimum payment "is definitely going to keep you in debt longer, and you're going to pay a heck of a lot more in interest," says Francis. "You may be paying twice as much -- or more -- as you would by paying in cash."





Buying On a Card Just For Rewards
How bad is it? 1
The details: If you're paying off your balance on time and in full, using your cards to grab extra rewards isn't necessarily a bad plan, says Gail Cunningham, spokeswoman for the National Foundation for Credit Counseling. "You can win the rewards card game if you know how to play," she says. "But you do have to know yourself." Because most people spend more when they're paying with plastic than with cash, be cautious and recognize when you're buying something only because plastic makes the purchase painless.

Missing a Payment
How bad is it? 9
The details: Not only are you going to be slammed with fees, interest charges and other penalties when you miss a payment, but you'll likely see a rise in your interest rates. If that weren't bad enough, you'll also have to contend with a significant hit to your credit report -- about 35 percent of your credit score is based on your ability to pay bills on time. As a result, you'll pay more when you try to get a loan. "Missing a payment has both immediate and long-term consequences," says Clarky Davis, Care One Debt Relief's Debt Diva. "You may be dealing with the fallout for years."

Having Too Many Cards
How bad is it? 6
The details: If you're the type to apply for a card just so you can grab a discount on clothes or other merchandise, you likely have a huge stack of cards in your purse or wallet. You're probably not getting enough value from the card to make it worth the high interest rates or additional complications from additional bills and junk cluttering your mailbox -- and you're increasing the likelihood that a payment slips through the cracks or that you'll be a victim of identity theft. "There's rarely a good reason to get a new card if you've already got a general-purpose card, a rewards card and a low interest card," says Cunningham.





Maxing Out a Card
How bad is it? 7
The details: Maxing out a card can have a serious impact on your credit score, since about 30 percent of your score is based on "credit utilization" -- the amount of credit you've used relative to the amount you have available. More important, says Davis, is the fact that it likely signifies a distressing trend in your personal finances. "Maxing out a card may not have an immediate financial pull, but it's a sign that you're not budgeting or spending your money wisely," she says. "It means you don't have enough saved up to cover unexpected expenses."



Playing the Balance Transfer Game
How bad is it? 5
The details: Moving your debt from a high-interest card to a low-interest card with a balance transfer isn't as smart a move as you think, says Francis. "About 15 percent of your credit score is affected by your recent credit applications," she notes. Pile up a few transfers and your score will take a hit. "Credit bureaus don't (differentiate) that these cards are for the same [debt], they just see it as you getting pre-approved for more and more credit." Add in the fees that generally accompany balance transfers and you're not gaming the system -- you're getting hammered by it.


Debt Settlement Plans
How bad is it? 9.5
The details: If you're overwhelmed by debt, negotiating down your balance with the credit card company (also called debt settlement) sometimes helps you pay pennies on the dollar on your debt -- but you'll pay a steep price. First, there's the tax hit you'll take for the amount of debt that's forgiven -- it will count as income during that tax year. And your credit score will be decimated, so don't expect you'll be able to take out a loan soon after consolidation. Next to bankruptcy, debt settlement "is the most negative thing you can do to your credit score," says Francis.

Getting a Cash Advance?
How bad is it? 8
The details: It may feel like free money, but the truth is that it's anything but: You'll likely have a fee associated with the advance, and you'll likely pay a higher interest rate than you would by using the card associated with it. "You also have no grace period," notes Cunningham. "You'll start accruing interest from the moment you get the money." While these are all dangerous attributes in and of themselves, they're not the worst part, says Cunningham. "When you start using cash advances, you have to understand why you're using them as they're likely symptomatic of a deep financial problem."

Using a Card in a Pinch
How bad is it? 2
The details: If the fridge went on the fritz or the furnace conked out in mid-January, you might not have the means to fund its immediate replacement. Putting the bill on a credit card -- and paying it off quickly over the course of a few months -- is a pretty solid option, says Cunningham. "You don't want something like that to become standard operating procedure," says Cunningham. "But it's OK to have a balance on a card for a few months when you're going through a rough patch in your financial life. Just make sure it's on a card without an annual fee or with a very low annual fee."

Read more...

Tulang kuat
















MENDAPATKAN kalsium dan vitamin D yang cukup serta kerap bersenam dapat menjaga tahap kesihatan dan kekuatan tulang.

KENAPA nenek bongkok, ibu?" tanya seorang budak perempuan kepada ibunya.

"Itulah yang akan terjadi bila kita sudah tua, sayang," jelas ibunya.

Budak perempuan itu mengangguk dan menerima sahaja hakikat bahawa suatu hari dia juga akan bongkok seperti neneknya.

"Minumlah susu supaya kamu tidak mendapat osteoporosis," nasihat seorang isteri kepada suaminya.

"Jangan risaukan saya. Osteoporosis hanya berlaku kepada wanita," balas suaminya.

Seorang budak perempuan melihat papan iklan dengan kempen osteoporosis dan berlalu pergi tanpa menghiraukannya.

"Osteoporosis penyakit orang tua. Saya tidak perlu risau tentangnya sekarang," fikirnya.

Jika anda menerima atau tidak sedar akan masalah dengan senario-senario di atas, anda mungkin menyesal di kemudian hari. Kenapa? Kerana semua pandangan di atas adalah salah!

Kefahaman

Osteoporosis bukan hanya penyakit orang yang lanjut usia. Anda juga tidak perlu menerima hakikat bahawa menjadi bongkok adalah sebahagian dari kesan peningkatan umur. Dan walaupun wanita mempunyai tiga kali ganda kebarangkalian menghidap osteoporosis, lelaki juga boleh menghidapinya. Malah, masalah utama osteoporosis adalah pesakit hanya menyedarinya apabila sudah terlewat.

Menurut Presiden Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur (OASKL), Dr. Lee Joon Kiong, osteoporosis adalah penyakit kemerosotan tulang yang meningkatkan risiko keretakan. Secara terusnya bermaksud tulang poros dan kebiasaannya hanya dikesan selepas kepatahan atau keretakan.

Satu lagi kesalahan tanggapan umum adalah tulang hanyalah seketul kalsium. Tulang sebenarnya adalah tisu hidup. Ia terus menerus memperbaiki strukturnya dalam proses yang dipanggil pembinaan semula tulang.

"Terdapat dua sel yang bertanggungjawab dalam proses ini iaitu osteoblast, yang bertanggungjawab membentuk jisim tulang dan menukarnya kepada mineral, dan osteoclast yang bertanggungjawab dalam penyerapan mineral tulang.

"Proses kemerosotan dan penggantian semula ini memastikan tulang kita dirawat dari kerosakan kecil akibat tekanan harian dan turut membantu membentuk tulang sepanjang proses pembesaran," terang Dr. Lee.

Tetapi, semakin kita membesar, semakin sukar untuk badan menggantikan tulang sepantas kita kehilangannya. Apabila penyerapan tulang berlaku lebih cepat dari pembentukannya, tulang kita menjadi semakin rapuh dan berlakulah osteoporosis.

Faktor

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko osteoporosis. Jika anda mempunyai ketumpatan mineral tulang (bone mineral density, BMD) yang rendah, risiko keretakan anda turut meningkat. Bagi wanita, risiko anda untuk menghidapi osteoporosis semakin meningkat selepas menopaus.

Faktor lain termasuklah sejarah keluarga, umur, pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi, merokok dan pengambilan alkohol serta masalah pemakanan. Anda boleh mengira risiko anda sekarang dengan merujuk kepada Ujian Satu Minit Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) melalui laman web www.iofbonehealth.org yang dapat membantu anda memahami status kesihatan tulang badan melalui 19 soalan mudah.

Jangan panik

Jika anda mendapati diri sendiri mempunyai risiko, jangan panik. Selagi anda mengambil langkah pencegahan dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik dan bersenam secukupnya, risiko osteoporosis boleh dikurangkan. Jangan tunggu sehingga keretakan berlaku kerana pasti sudah terlambat nanti.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memastikan anda mendapat kalsium dan vitamin D yang cukup setiap hari. Kalsium adalah mineral penting untuk pembentukan tulang manakala vitamin D mempertingkatkan penyerapan kalsium. Dan ya, susu adalah sumber kalsium yang baik tetapi anda juga boleh mendapatkannya dari makanan berasaskan soya, ikan bilis, tempe, makanan laut dan sesetengah jenis sayuran. Bagi vitamin D pula, badan anda akan menghasilkannya secara automatik melalui pendedahan kepada cahaya matahari. Sesetengah makanan seperti ikan berminyak, marjerin dan bijirin diperkaya juga mungkin mengandungi vitamin D.

Juga, jangan lupa untuk memastikan tulang anda bekerja! Senaman menahan berat paling bagus untuk mengelakkan osteoporosis. Tekanan yang dikenakan pada tulang akan merangsang proses pembinaan tulang. Jadi, apa juga senaman yang mengenakan tekanan kepada tulang sebenarnya menguatkannya. Tambahan pula, terdapat pelbagai pilihan senaman menahan berat dari berjalan, berjoging, mendaki, menari dan aerobik ke bermain tenis, bola keranjang, bola lisut malahan golf juga. Semua ini berkesan, selagi anda melakukannya dengan kerap dan berdisiplin.

Tanpa mengira usia, anda boleh melakukan perubahan dengan mengambil berat tentang tulang anda bermula dari sekarang. Penjagaan tulang yang baik bermula dari dalam kandungan hingga ke usia tua. Jadi, jagalah tulang anda dan elakkan dari penderitaan yang tidak perlu kelak.

* Artikel ini disumbangkan Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur (OASKL) dalam siri artikel sempena program Tulang Sihat Sepanjang Hayat (HBFL).


Read more...

21 October 2009

Keajaiban Palau























Syurga skuba: Palau terkenal dan tersenarai sebagai satu daripada tujuh keajaiban marina di dunia

KIRA-KIRA empat bulan lalu, paparan televisyen menunjukkan sekumpulan lelaki Islam dari China yang bertahun-tahun ditahan di Teluk Guantanamo, turun dari kapal terbang dengan wajah terpinga-pinga menjejakkan kaki di negara bernama Palau.

Kebanyakan orang tentu tertanya-tanya di mana letaknya Palau dan kisah kumpulan lelaki berbangsa Uighur itu secara tidak langsung mempromosi kewujudan negara kecil di Lautan Pasifik berkenaan yang kaya dengan pusat peranginan tepi pantai.


Ketibaan kumpulan lelaki berjanggut itu di Palau kerana tiada negara lain mahu menerima mereka yang ditahan tentera Amerika Syarikat (AS) selepas dituduh militan yang cuba mendapat latihan di Pakistan dan Afghanistan.

Selepas lebih lapan tahun sengsara di Guantanamo, barulah Pentagon mengesahkan mereka bukan pengganas, lalu dihantar ke Palau kononnya atas dasar prihatin kerajaan AS.

Ini kerana, negara kuasa besar itu dilaporkan bimbang jika kumpulan itu dihantar pulang ke China, Beijing akan menahan mereka serta merta kerana pejuang pemisah Uighur memang dalam perhatian kerajaan dan tentera China.

Lalu bermastautinlah lelaki berketurunan Turki berasal dari Xinjiang di barat jauh China itu di Palau yang terletak kira-kira 800 kilometer ke timur Filipina dan 3,200 kilometer ke selatan Tokyo.

Disebut juga Belau, negara dibentuk daripada 300 pulau kecil ini ditadbir AS sejak 1947 sebelum merdeka pada 1 Oktober 1994 dan terus menggunakan mata wang dolar AS bersama bahasa rasmi, Inggeris dan Palauan.

Walaupun menjadi antara negara termuda dan terkecil di dunia, Palau terkenal di kalangan pelancong yang gemar aktiviti snorkling dan selam skuba sehingga tersenarai sebagai satu daripada tujuh keajaiban dalam air di dunia.

Negara ini yang diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 15 Disember 1994, dibahagikan kepada 16 daerah dan struktur muka buminya banyak berbatu-batu.

Pulau Babeldaob ialah yang terbesar dengan populasi 6,000 orang, manakala Koror yang terletak di Pulau Oreor, bandar terbesar dan pusat komersial selain pernah menjadi ibu negara Palau sebelum pusat pentadbiran berpindah ke Melekeok.

Kawasan tenggara yang antara lain menempatkan daerah Sonsorol dan Hatohobei mempunyai kira-kira 100 penduduk.

Di barat daya, ada pelbagai terumbu karang belum terusik sekitar Sonsorol, Fana, Meriil, Hatohobei dan Helen, tetapi pastikan anda membawa penyembur atau ubat nyamuk jika mahu melawat Meriil.

Hanya satu lapangan terbang beroperasi di kepulauan ini dan kebanyakan pelancong berkunjung melalui penerbangan dari Guam, selain penerbangan sewa khas secara terus dari Taipei, Korea Selatan dan Jepun.

Pengangkutan awam bukan masalah kerana banyak teksi yang sedia berkhidmat ke mana saja dan anda juga boleh menyewa kereta tetapi pastikan memandu perlahan kerana jalan di kepulauan ini banyak yang tidak rata.

Palau sememangnya syurga skuba, terutama di Blue Corner yang terletak kurang satu jam perjalanan dari pusat peranginan utama, selain German Channel, Ulong Channel dan Blue Holes.

Kesan sejarah juga ada di pulau ini, iaitu tapak pertempuran ketika Perang Dunia Kedua yang menempatkan banyak tinggalan seperti kubu, markas tentera Jepun, senjata lama serta sisa kenderaan perang.

Ada juga kisah menarik mengenai obor-obor di Palau, ia dikatakan sudah hilang bisa kerana kurangnya gangguan daripada pemangsa. Malah, ada satu tempat penuh dengan hidupan itu sehingga dinamakan Jellyfish Lake atau Tasik Obor-Obor.

Makanan mungkin bukan masalah besar kerana di Koror, ada restoran menyajikan masakan India, Jepun dan Cina, manakala kehidupan malam tidak membosankan kerana ada banyak pusat hiburan, termasuk pusat karaoke lengkap dengan gadis pelayan.

Jika berhasrat ke Palau, banyak tempat penginapan berkonsep butik disediakan, kebanyakan di kawasan Koror atau berhampiran dengan sewa dari serendah AS$50, begitu juga dengan resort mewah yang menawarkan kemudahan untuk penyelam.

FAKTA: Palau

Populasi kira-kira 21,000 orang
Agama utama Kristian
Keluasan 459 kilometer persegi

Read more...

Didik kanak-kanak basuh tangan
















Demonstrasi cara membasuh tangan yang betul

MEMBASUH tangan satu kemestian bagi semua orang yang ingin menjamah makanan atau setelah melakukan kerja-kerja yang mengotorkan. Bagaimanapun, mencuci tangan dengan hanya menggunakan air tidak mungkin akan menghilangkan kuman-kuman yang melekat kerana ia sekadar membasahkan tangan sahaja.

Sebaik-baiknya, gunakan sabun. Itupun belum betul-betul bersih kerana tanpa teknik dan tempoh yang betul, tangan tidak benar-benar bersih.

Sekiranya seseorang itu menggunakan sabun, mengikut teknik dan tempoh tertentu, maka risiko mendapat penyakit seperti cirit birit, penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) serta jangkitan Sindrom Pernafasan Akut Teruk boleh dielakkan.

Jangkitan paling lazim berlaku menerusi tangan, justeru itu amalan mencuci tangan amat penting bagi kanak-kanak supaya mereka sihat dan boleh makan dengan betul, seronok bermain dengan rakan-rakan dan hadir ke sekolah di samping bagi orang dewasa sihat untuk bekerja dan sekali gus negara mempunyai masyarakat yang cergas.

Justeru itu, dalam usaha mempromosikan amalan membasuh tangan menggunakan sabun bagi mengelakkan risiko wabak penyakit, Hari Membasuh Tangan Sedunia telah diwujudkan.

Diwartakan pada 15 Oktober 2008, Hari Membasuh Tangan Sedunia disambut buat kali keduanya tahun ini bertujuan memotivasikan jutaan manusia di seluruh dunia agar membasuh tangan menggunakan sabun.

Di Malaysia, usaha tersebut dilaksanakan oleh pihak Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd. menerusi produknya, Lifebuoy dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, Yellow House Society.

Pengurus Jenama Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd., Lenny Chuah berkata, pendidikan membasuh tangan harus dimulakan sejak usia muda.

Ia merupakan suatu yang agak jarang dipraktikkan dan sukar dipromosi.

Sehubungan itu, Lifebuoy ingin menyahut cabaran mendidik masyarakat agar mengetahui bahawa kebersihan bermula dengan amalan membasuh tangan dengan aktiviti yang menghiburkan dan memberi inspirasi supaya kanak-kanak boleh menghargai dan mengamalkannya.

''Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah sesi lukisan kanvas untuk kanak-kanak di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang dan Lembah Pantai pada 24 Oktober dan 31 Oktober ini.

''Temanya ialah 'Tangan Bersih untuk Kesihatan yang Baik'. Seramai 160 orang kanak-kanak dijangka menyertainya.

''Selain itu, demonstrasi cara membasuh tangan untuk kanak-kanak, ibu bapa dan penjaga yang melawat pusat-pusat itu turut diadakan,'' katanya ketika melancarkan Hari Membasuh Tangan Sedunia baru-baru ini.

Pada hari itu, seramai 25 orang kanak-kanak kurang upaya, anak yatim dan anak dari keluarga kurang mampu di kawasan Selayang telah dijemput bagi memeriahkan hari pelancaran di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang.


Read more...

20 October 2009

Makanan tambahan untuk si kecil



















Ramai ibu bapa anggap anak perlu diberi vitamin bagi tingkatkan kesihatan.Gambar hiasan.

KANAK-KANAK yang cergas adalah kanak-kanak yang sihat, bebas daripada sebarang penyakit dan hidup penuh ceria. Jika dulu, ibu bapa disaran memberikan anak pemakanan seimbang supaya menyokong proses pembesaran berlaku secara semula jadi, kini mereka digalakkan membekalkan si kecil sejumlah vitamin atau suplemen dengan alasan apa yang diberi akan membantu si kecil membesar dengan sempurna.

Malah, sejak kebelakangan ini kebanyakan syarikat farmaseutikal berlumba-lumba menghasilkan suplemen yang dikatakan makanan tambahan dengan pelbagai fungsi termasuk membekalkan khasiat tertentu untuk meningkatkan kesihatan si kecil.

Persoalannya, benarkah kanak-kanak perlu dibekalkan dengan makanan tambahan? Tidak cukupkah pemakanan yang diambil setiap hari sehingga memerlukan mereka diberi makanan tambahan?

Ketua Pakar Pemakanan dan Pusat Modifikasi Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Datin Farah Diba Khan, berkata tidak salah memberi makanan tambahan kepada anak, tetapi ibu bapa perlu tahu fungsi setiap makanan tambahan atau vitamin yang diberikan supaya anak tidak mengalami sebarang masalah selepas mengambil makanan berkenaan.

"Kebanyakan ibu bapa hari ini mengambil berat mengenai keadaan kesihatan anak mereka. Jadi, mereka memberi pelbagai jenis pil dan vitamin yang ada dijual di pasaran walaupun tidak mengetahui dengan tepat adakah anak mereka benar-benar memerlukan makanan tambahan itu.

"Sewajarnya, apa yang perlu dilakukan ialah bertanya kepada doktor terlebih dulu apakah yang diperlukan oleh anak mereka untuk memastikan anak membesar dengan baik dan sempurna," katanya ketika ditemui di Bangsar, baru-baru ini.

Beliau berkata, mungkin ada ibu bapa yang mengeluh kerana anak mereka sering menolak makanan yang dihidangkan, tetapi berupaya pula menghabiskan makanan ringan yang tidak berzat bahkan mungkin tidak mempunyai kebaikan untuk tubuh badan si anak.

"Jika diperhatikan, kanak-kanak memang susah untuk menghabiskan makanan yang diberi kepada mereka. Pelbagai alasan diberikan untuk menolak makanan yang disediakan si ibu, tetapi mereka akan makan dengan cepat jika diberikan makanan ringan.

"Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengetahui kebaikan makanan yang boleh dimanfaatkan untuk anak mereka. Merujuk kepada carta makanan, pengambilan bijirin, tenusu dan buah-buahan sangat digalakkan. Kreativiti ibu bapa diperlukan dalam menyajikan makanan untuk anak," katanya.

Farah Diba berkata, sekiranya ibu bapa mengetahui keperluan makanan anak untuk membantu mereka membesar, kemungkinan ibu bapa tidak perlu lagi memberi anak makanan tambahan kerana zat dan vitamin yang terkandung dalam makanan harian dikira sudah memadai dengan keperluan gizi anak.

"Untuk pengambilan buah-buahan misalnya, setiap buah mempunyai vitamin berbeza. Begitu juga dengan khasiat yang dikeluarkan oleh setiap buah-buahan.

"Jika diperhatikan, ada buah berwarna hijau, merah, oren dan kuning. Warna buah melambangkan vitamin dan zat yang berbeza serta mempunyai kebaikan masing-masing terhadap badan manusia. Begitu juga dengan sayur-sayuran yang terdapat di pasaran," katanya.

Lazimnya, alasan diberikan ibu bapa mengenai tindakan mereka memberi anak makanan tambahan ialah untuk menambah selera makan anak, membantu daya fikiran anak supaya lebih cergas, menjadikan kulit anak lebih cantik mahupun mengelakkan anak diserang demam atau batuk.

"Bukan tidak boleh memberi anak makanan tambahan, vitamin mahupun ubat-ubatan untuk membantu mutu kesihatan anak, tetapi wajar diketahui jika anak sudah mendapat cukup vitamin dan zat melalui pengambilan makanan harian, ibu apa tidak perlu menyogok anak dengan lebih banyak makanan tambahan.

"Begitupun, jika ibu bapa ingin memberi juga anak mereka makanan tambahan, elok dirujuk kepada doktor terlebih dulu," katanya.

Tidak salah bagi ibu bapa untuk membekalkan anak mereka dengan pelbagai jenis pil dan vitamin, tetapi sebaik-baiknya biarlah anak mendapat zat dan sumber galian daripada bahan semula jadi dan bukannya dalam bentuk pil atau makanan tambahan yang sudah diproses.

Bagi pasangan Sharma Eliana Shafie dan Mahmud Sabri Daud, yang mempunyai sepasang cahaya mata bagai melengkap kehidupan mereka, mengakui seperti sesetengah ibu bapa, mereka agak berhati-hati membesarkan anak bongsu yang sering diserang selsema, deman dan batuk.

"Anak sulung saya, Najla Amani, 4, tidak mempunyai masalah kesihatan berbanding adiknya, Mohd Shakir Adli, 2, yang sering mengalami asma dan batuk apabila hari sejuk atau hujan.

"Saya ada membawa dia berjumpa doktor pakar dan dinasihatkan memberi makanan tambahan yang mengandungi vitamin tertentu supaya dapat mengelakkan selsema dan batuk berpanjangan," katanya.

Sehubungan itu, Eliana memilih beberapa jenis vitamin yang disyorkan doktor untuk diberikan kepada anak bongsu yang kerap demam serta pada masa sama mengambil kira mutu makanan yang akan diberikan kepada kedua-dua anak bagi memastikan mereka sihat.

"Saya tidaklah begitu terperinci mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh anak, tetapi sebagai ibu kadangkala berasa tidak sampai hati apabila melihat mereka merengek mahukan ais krim atau gula-gula.

"Lebih-lebih lagi apabila mereka bertemu sepupu, ketika itulah semua makanan ada termasuk makanan ringan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Saya benarkan mereka mengambilnya, tetapi mengawal jumlah pengambilan dan jenis makanan supaya tidak mendatangkan mudarat," katanya.

Eliana dan Mahmud sepakat memberikan anak mereka makanan tambahan dalam bentuk cecair kerana lebih mudah dikendalikan berbanding pil memandangkan sifat kanak-kanak susah untuk menelan ubat.

"Untuk Shakir, saya masukkan ke dalam susu yang diminum, manakala untuk kakaknya, dia sudah tahu membezakan ubat dan vitamin, jadi saya bekalkan dia makanan dalam bentuk pil. Kadangkala kedua-duanya mahukan vitamin dalam bentuk pil kerana menganggap vitamin itu adalah gula-gula yang boleh dikunyah," katanya.

Oleh Shaidah Shafie
Read more...

Panduan rumah bersih

















Rumah bersih hati kasih.

MENJAGA kebersihan tuntutan agama dan tidak sempurna iman seseorang jika alpa menjaga kebersihan diri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar.

Menjaga kebersihan secara tidak langsung menghindari jangkitan penyakit, dapat hidup selesa seterusnya negara bertambah maju. Amalan menjaga kebersihan seharusnya bermula dari rumah. Tidak guna memiliki rumah besar, cantik dengan hiasan menarik jika penghuninya gagal menjaga kebersihan.

Kalangan masyarakat ramai mempunyai pembantu rumah bagi mengurus rumah ketika mereka keluar bekerja. Pembantu rumah bertanggungjawab membantu, menjaga seterusnya mengurus segala kerja dapur serta hal berkaitan kebersihan rumah.

Majoriti pembantu rumah di negara kita warga asing yang lemah dari segi pengetahuan asas menjaga kebersihan rumah tangga serta persekitarannya. Bukan itu saja, latar belakang hidup serta budaya berbeza dengan kita menyebabkan mereka sukar menyesuaikan diri, khasnya amalan kebersihan yang menjadi pegangan kita sekian lama.

Justeru, majikan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar mengenai cara menjaga kebersihan, dimulai dengan contoh sikap serta amalan kebersihan yang baik di kalangan ahli keluarga. Ini juga bermatlamat mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku seperti keracunan makanan dan pembiakan haiwan memudaratkan kesihatan baik dalam mahupun persekitaran rumah.

Panduan kebersihan

Bagi memastikan kebersihan menjadi amalan, beberapa panduan perlu dituruti. Antara perkara asas mesti diketahui ialah;

Kepentingan membasuh tangan selepas menggunakan tandas dan peralatan bekerja seperti perkakasan berkebun, berus tandas dan penyapu.
Pastikan anggota keluarga terutama pembantu rumah mengamalkan prosedur membasuh tangan yang betul iaitu menggunakan sabun, gosok tangan hingga hilang kotoran dan memastikan celah kuku bebas sebarang daki serta sisa kotoran. Akhir sekali, bilas tangan dengan air bersih dan lap sehingga kering.
Pastikan pembantu rumah mengenakan pakaian sesuai iaitu sopan, bersih dan bersedia melakukan tugasnya.
Memberi tunjuk ajar dan panduan kebersihan diri kepada seisi rumah. Beri penekanan mengenai larangan berkongsi barang peribadi seperti berus gigi, tuala muka selain tuala mandi harus ditukar sekurang-kurangnya sekali seminggu serta kebaikan kerap mencuci muka dan rambut.


Panduan kebersihan kanak-kanak

Anak kecil paling mudah diserang jangkitan. Sistem imunisasi mereka tidak membantu berdepan dengan persekitaran kotor serta tidak terjaga. Oleh itu, pembantu rumah perlu dilatih memastikan permainan, haiwan peliharaan dan ruang bermain mereka sentiasa dalam keadaan bersih.

Apa yang perlu dipastikan bersih:

Alat permainan - sentiasa dicuci dengan pembersih basmi kuman tanpa toksik dan dikeringkan di bawah cahaya matahari.
Haiwan peliharaan - meskipun yang dibela nampak jinak dan bersih, ia berpotensi menyebarkan kuman penyakit khususnya kepada kanak-kanak. Bagi mengelakkannya berlaku, pastikan langkah penting termasuk basuh tangan anak selepas bermain dengan haiwan, kerap bersih dan mandikan haiwan peliharaan, pastikan tempat tidur, tikar dan alat permainan haiwan berkeadaan bersih serta memastikan tempat najisnya sentiasa dibersihkan.


Amalan kebersihan makanan

Kaedah pemilihan dan pengendalian makanan amat penting dan ia harus bermula di pusat beli-belah, kaedah penyimpanan selanjutnya penyediaan makanan dan cara memasak.

Panduan pengendalian kebersihan termasuk:
Sebelum membeli bahan makanan, periksa dulu tarikh pembuatan dan tempoh luput pada pembungkus makanan.
Segera simpan, buat pengasingan makanan mentah dengan siap dimakan sebaik di peti sejuk.
Cuci papan pemotong daging mentah dengan pembersih tanpa toksik sebelum ia digunakan semula.
Cuci tempat memasak, papan pemotong, sinki, peti sejuk dan peralatan dapur dengan pembersih bebas toksik sekerap mungkin. Selesai memasak, permukaan dapur dibersih dan dikeringkan supaya ia bebas kuman.


Ruang dapur

Ruang ini tempat menyediakan makanan. Kegagalan memastikan dapur bersih menyebabkan pembiakan kuman pembawa penyakit serta keracunan makanan. Pendidikan pembantu rumah bermula di dapur kerana sebahagian masa mereka dihabiskan di sini.

Ruang ini juga dikatakan sarang pembiakan haiwan perosak seperti lalat, tikus, lipas dan ulat. Justeru untuk mengelakkannya, anda perlu;
Ganti tuala tangan dan alas meja mengikut keperluan.
Sentiasa kosongkan tong sampah dan bersihkannya sebelum diletak plastik sampah baru.
Pemilihan kemasan dan reka bentuk ruang dapur juga penting bagi kesempurnaan ruang. Ini termasuk mengelak penggunaan bahan kemasan licin yang boleh mengundang kemalangan kecederaan apabila ia terkena air. Adalah digalakkan memilih kemasan tahan air kerana ruang dapur harus kerap dicuci.
Elakkan reka bentuk dapur mudah mengumpul habuk dan membiakkan haiwan perosak.


Bilik Air

Ruang ini lembap dan berair, maka memudah pembiakan kuman seterusnya menjadi punca kepada penyakit berbahaya seperti jangkitan viral dan cirit-birit.

Kebersihannya dijamin dengan menggunakan pencuci antikuman. Panduan penjagaan termasuk;
Basuh tangan selepas menggunakan bilik air.
Sentiasa tutup pintu bilik air bagi menyekat penyebaran kuman.
Tutup penutup mangkuk tandas selepas mengepam air untuk elak kuman merebak ke tempat duduk.
Cuci tandas dengan cecair pembersih tanpa toksik dan basmi kuman. Ruang itu harus dibersihkan sekerap mungkin selain dipastikan berkeadaan kering.
Ruang mandi dipastikan dicuci setiap minggu supaya kuman tidak melekat dan membiak dengan mudah.

Read more...

19 October 2009

Tiga beranak terima ijazah serentak


















NOR AZMI bersama isteri, Abidah dan anak mereka, Nurul Syazwani begitu gembira selepas memperoleh ijazah masing-masing pada majlis Konvokesyen UiTM di Shah Alam semalam

SHAH ALAM - Ikatan kekeluargaan yang erat membawa tiga beranak melangkah ke mercu kejayaan apabila mereka bersama-sama menerima ijazah pada istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-71 di sini semalam.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Kota Kemuning di sini, Nor Azmi Rahmat, 47, dan isterinya, pegawai teknologi pendidikan Abidah Yahya, 48, menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pengurusan Pendidikan) manakala anak sulung mereka, Nurul Syazwani, 23, menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan).

Bapa kepada enam orang anak itu ternyata gembira dan bersyukur kerana impiannya untuk memperoleh ijazah bersama isteri dan anaknya akhirnya tercapai.

"Saya dah lama merancang untuk melanjutkan pelajaran bersama isteri dan alhamdulillah impian kami tercapai dan hari ini (semalam) kami sama-sama menerima ijazah dan lebih bermakna lagi anak sulung kami (Nurul Syazwani) juga turut sama," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen itu.

Read more...