Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com
HEBAHAN
26 March 2009
24 March 2009
Kisah Guru Di Pendalaman...
WALAUPUN menyedari tanggungjawab dan peranan profesion perguruan, ia bukan satu persetujuan bagi lepasan institusi perguruan untuk menerima tawaran mengajar di kawasan pedalaman.
Selain faktor kedudukan sekolah yang jauh, kebanyakan mereka sukar menerima jika dihantar bertugas di luar kawasan disebabkan stigma negatif iaitu kemudahan terhad.
Lantaran itu, ada yang sanggup menganggur dan menukar profesion daripada dihantar bertugas nun jauh di pedalaman.
Mereka yang menyedari tanggungjawab dan peranan sebagai pendidik anak bangsa pula menerima tawaran terbabit walaupun terpaksa.
Guru sekolah pedalaman di Sekolah Kebangsaan (SK) Balur, Gua Musang, Kelantan, Hazizul Mamat, 28, berkata selepas ditawarkan untuk mengajar di Gua Musang, dia menerimanya dengan hati yang gembira kerana masih berada di dalam negeri kelahirannya.
"Namun, selepas sesi taklimat bersama guru besar sekolah itu dan menjejakkan kaki ke sekolah tempat mengajar, hati saya meronta untuk balik ke kampung.
"Perjalanan yang jauh dengan menggunakan kereta pacuan empat roda dan terpaksa merentasi tiga batang sungai saya boleh terima.
"Tetapi sebaik saja sampai ke sekolah itu dan melihat keadaannya, saya hanya mampu menitiskan air mata dan mahu pulang," katanya.
Bagaimanapun, disebabkan tanggungjawab, Hazizul yang pada ketika itu berusia 21 tahun, pasrah dan meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik di sekolah Orang Asli sehingga kini.
Bercerita mengenai pengalaman mengajar di sekolah pedalaman, Hazizul mengakui cabaran utama mereka hanyalah perjalanan dan penyesuaian diri.
"Dari segi mengajar, tidak banyak masalah yang dihadapi kerana kebanyakan pelajar di sekolah itu mempunyai minat untuk belajar.
"Tetapi, penyesuaian diri di perkampungan Orang Asli dan perjalanan ke sekolah adalah cabaran terbesar yang perlu saya tempuh," katanya.
Hazizul berkata, dia terpaksa menempuh banyak halangan dalam perjalanan berikutan sekolah itu yang terletak di kawasan paling pedalaman di Gua Musang.
"Untuk sampai ke sekolah ini, saya terpaksa merentasi laluan hutan yang dipenuhi dengan binatang buas.
"Selain itu, bertembung dengan lori balak dan debu yang tebal sehingga buku lali juga adalah halangan serta risiko yang perlu dihadapi.
"Sepanjang berkhidmat selama tujuh tahun di sekolah ini, pengalaman yang pasti tidak akan saya lupakan ialah terpaksa tidur di tepi sungai apabila air sungai naik," katanya.
Menurutnya, dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran serta masyarakat pula, ia sedikit sukar terutama dari segi penginapan.
"Ini kerana, saya adalah satu-satunya guru yang mengajar di sekolah itu selain guru besar. Jadi, tidak ada rumah penempatan untuk guru di sini.
"Namun, alhamdulillah, sekarang keadaan sudah bertambah baik dan ia tidak lagi seperti dulu. Bilangan guru pun sudah bertambah," katanya yang dua kali menolak tawaran pertukaran sekolah.
Sementara itu, Azhar Abdul Aziz, 31, guru pedalaman di SK Bukit Mat Daling, Hulu Tembeling, Pahang berkata, mengajar di sekolah terbabit adalah pengalaman yang cukup bermakna buatnya.
"Ketika menerima surat tawaran, sekolah ini beralamat di Jerantut dan bukannya di Hulu Tembeling. Jadi saya tidak kisah sangat.
"Namun, selepas bertemu dengan guru besar, barulah saya tahu yang sekolah itu terletak di pedalaman dan terpaksa menaiki perahu," katanya.
Menurutnya, pengalaman yang tidak dapat dilupakannya ialah ditipu guru besar yang memaklumkan perjalanan untuk sampai ke sekolah dengan menaiki perahu hanya memakan masa sejam, tetapi sebenarnya perjalanan yang ditempuh selama empat hingga lima jam.
"Ketika baru menaiki perahu, setiap kali saya bertanya kepada guru besar, dia hanya menjawab, dekat lagi. Jadi saya hanya tunggu sehinggalah tiga kali bangun daripada tidur, masih juga tidak sampai dan guru besar hanya mampu tersenyum melihat gelagat saya.
"Selain itu, disebabkan sekolah terbabit dikatakan berada di kawasan pedalaman, keluarga membekalkan saya dengan peralatan memasak seperti periuk, kuali dan bahan mentah kerana beranggapan ia tidak dapat diperoleh di kedai di sini," katanya.
Kini, selepas 10 tahun menjadi guru di sekolah itu, Azhar menjadi lebih matang dan gembira menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.(Sumber:Harian Metro)
Read more...
23 March 2009
Benarkah Ramai Guru Sakit Jiwa !
Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.
BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.
Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.
Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.
Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.
Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.
"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.
"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.
Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.
"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.
"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.
HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.
Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.
Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.
"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.
Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.
"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.
Kerja tujuh hari seminggu
Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.
Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.
"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.
"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.
Read more...
22 March 2009
NWM Alia Sumbang Emas Untuk Kontinjen Catur MSSM Melaka
Individu Perempuan Bawah 15 Tahun
Emas : Alia Anin Azwa Bakri (Melaka)
Perak : Hoh Tjin Li (Pulau Pinang)
Gangsa : Sarika Subramaniam (Pahang)
Perempuan Bawah 15
Read more...
21 March 2009
Selangor Ungguli Kejohanan Catur MSS Malaysia 2009.
Keputusan Penuh -Klik dibawah(Sumber :mssmkl.blogspot)
Kedudukan Mata Keseluruhan Kejohanan Catur MSSM 2009
Johan : Selangor (112 mata / 38 pemain).
Extra players U12 girl sumbang 7 mata dan U15 girl 2 mata= 9 mata
Mata sebenar 103.
Naib Johan : Kuala Lumpur (107 mata / 36 pemain)
Ketiga : Pulau Pinang (69 mata / 36 pemain)
Keempat : Perak (67 mata / 36 pemain)
Kelima : Johor (64 mata / 36 pemain)
Keenam : Kelantan (45 mata / 36 pemain)
Ketujuh : Kedah (46 mata / 36 pemain)
Kelapan : Negeri Sembilan (45 mata / 36 pemain)
Kesembilan : Pahang (41 mata / 35 pemain)
Kesepuluh : Terengganu (40 mata / 36 pemain)
Kesebelas : Sarawak (38 mata / 36 pemain)
Kedua belas : Sabah (37 mata / 35 pemain)
Ketiga belas : Melaka (34 mata / 36 pemain)
Keempat belas : Perlis (24 mata / 36 pemain)
Kelima belas : Labuan (22 mata / 34 pemain)
Keenam belas : Putrajaya (16 mata / 18 pemain)
Kedudukan Pingat Keseluruhan Kejohanan Catur MSSM 2009
Emas :
Selangor (4)
Kuala Lumpur (4)
Melaka (1)
Perak (1)
Kelantan (1)
Johor (1)
Perak :
Kuala Lumpur (4)
Pulau Pinang (3)
Selangor (2)
Perak (2)
Johor (1)
Gangsa :
Selangor (2)
Kedah (2)
Johor (2)
Kuala Lumpur (1)
Negeri Sembilan (1)
Pulau Pinang (1)
Sabah (1)
Pahang (1)
Perak (1)
Kuala Lumpur : 4 emas, 4 perak, 1 gangsa (9 pingat)
Selangor : 4 emas, 2 perak, 2 gangsa (8 pingat)
Perak : 1 emas, 2 perak, 1 gangsa (4 pingat)
Johor : 1 emas, 1 perak, 2 gangsa (4 pingat)
Kelantan : 1 emas (1 pingat)
Melaka : 1 emas (1 pingat)
Pulau Pinang : 3 perak, 1 gangsa (4 pingat)
Kedah : 2 gangsa (2 pingat)
Negeri Sembilan : 1 gangsa (1 pingat)
Sabah : 1 gangsa (1 pingat)
Pahang : 1 gangsa (1 pingat)
Kedudukan Pingat Setiap Kategori
Individu Lelaki Bawah 12 Tahun
Emas : Yeoh Li Tian (Selangor)
Perak : Mohd Irfan Haqqim Azhar (Selangor)
Gangsa : Subramaniam Sivanesan (Negeri Sembilan)
Individu Lelaki Bawah 15 Tahun
Emas : Yeap Eng Chiam (Kuala Lumpur)
Perak : Fong Yit San (Perak)
Gangsa : Elgin Lee Kah Meng (Pulau Pinang)
Individu Lelaki Bawah 18 Tahun
Emas : Lim Zhuo Ren (Kuala Lumpur)
Perak : Justin Ong Way (Kuala Lumpur)
Gangsa : Jeppy Tewelu (Sabah)
Individu Perempuan Bawah 12 Tahun
Emas : Nur Nabila Azman Hisham (Selangor)
Perak : Tan Li Ting (Kuala Lumpur)
Gangsa : Chew Ee Wen (Selangor). ( extra players )
Individu Perempuan Bawah 15 Tahun
Emas : Alia Anin Azwa Bakri (Melaka)
Perak : Hoh Tjin Li (Pulau Pinang)
Gangsa : Sarika Subramaniam (Pahang)
Individu Perempuan Bawah 18 Tahun
Emas : Nur Munirah Mat Rahim (Perak)
Perak : Renitha Narayanan (Johor)
Gangsa : Yeoh Hui Wen (Kedah)
Berpasukan Lelaki Bawah 12 Tahun
Emas : Kuala Lumpur
Perak : Pulau Pinang
Gangsa : Selangor
Berpasukan Lelaki Bawah 15 Tahun
Emas : Selangor
Perak : Kuala Lumpur
Gangsa : Johor
Berpasukan Lelaki Bawah 18 Tahun
Emas : Kuala Lumpur
Perak : Selangor
Gangsa : Kedah
Berpasukan Perempuan Bawah 12 Tahun
Emas : Selangor
Perak : Pulau Pinang
Gangsa : Kuala Lumpur
Berpasukan Perempuan Bawah 15 Tahun
Emas : Kelantan
Perak : Perak
Gangsa : Johor
Berpasukan Perempuan Bawah 18 Tahun
Emas : Johor
Perak : Kuala Lumpur
Gangsa : Perak
Read more...
19 March 2009
Watch Out- Alien vs Predator In ...Chess !
Click To Enlarge.(Source:Mig's Blog)
Guess Who Wins !!
Read more...
18 March 2009
Leka Jawab SMS,Nyawa Pun Habis !!
ANGGOTA polis memeriksa motosikal dan mayat Norbasirah (gambar kecil) yang maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tambun Tulang, Arau semalam.(Sumber :KOSMO)
KANGAR – Akibat leka menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika menunggang motosikal, seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori simen di Jalan Tambun Tulang dekat Belat Batu, Arau awal pagi semalam.
Ketua Polis Trafik Kangar, Cif Inspektor Roslan Mohamed berkata, mangsa, Norbasirah Ahmad Shukri, 18, ketika kejadian sedang menunggang dari arah Simpang Empat menuju Arau manakala lori terbabit datang dari arah Arau.
Menurutnya, mengikut keterangan pemandu treler terbabit, mangsa dipercayai sedang menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika menunggang sehingga menyebabkan dia tidak sedar motosikalnya telah masuk ke arah bertentangan.
“Mangsa yang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira pukul 12.55 tengah malam itu telah masuk ke arah bertentangan dan merempuh treler yang membawa 60 tan simen itu secara berhadapan.
“Ekoran rempuhan kuat itu, mangsa patah pinggang dan motosikalnya remuk sama sekali manakala treler terbabit mengalami kerosakan kecil tetapi tidak boleh bergerak,” katanya.
Mangsa merupakan calon Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikatakan keluar bersama rakannya petang kelmarin untuk membuat gambar pasport. Dia begitu seronok mendapat tawaran PLKN selepas memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Read more...