Selamat Datang Ke SK Pegoh Blogspot.Com

HEBAHAN

> Selamat Menyambut Maulidur Rasul
"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"
> 6 Februari 2012 -Cuti Sempena Maulidul Rasul.
> 13 Februari 2012 ,2.30 petang, Bilik Sains -Taklimat Profesional Guru-Guru SK Pegoh Kali ke-2.
>Agenda:
1. Celik Minda.
2. Taklimat Oleh Pn Norfaizah Ahmad,Guru Cemerlang SK Bukit Beringin Masjid Tanah, Melaka.
Tajuk- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.






05 February 2012

Kelahirannya adalah rahmat kepada keseluruhan alam.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H.




















Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan sesudah waktu Asar iaitu pada hari Jumaat di Padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada’)

Pada masa itu Rasulullah S.A.W. berada di Padang Arafah di atas unta. Ketika ayat ini diturunkan Rasulullah tidak begitu jelas penerimaan nya, untuk mengingati isi dan makna yang terkandung di dalam ayat tersebut, Baginda bersandar pada unta beliau sambil unta tersebut duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibrail A.S dan berkata:”Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”

Sebaik sahaja malaikat Jibrail A.S pergi maka Rasulullah S.A.W pun berangkat ke Mekah dan terus ke Madinah.

Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah pun menceritakan apa yang telah di beritahu oleh malaikat Jibrail A.S. Apabila para sahabat mendengar hal demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:”Agama kita telah sempurna! agama kita telah sempurna!”

Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah S.A.W. itu, dia tidak dapat menahan kesedihannya maka dia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis. Abu Bakar menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai kepada sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a dan mereka berkata:”Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga sebegini sekali keadaan mu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna.”

Mendengar pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a pun berkata:” Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatan lah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi janda.”

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a, lalu mereka menangis. Tangisan mereka telah di dengar oleh para shabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah S.A.W. tentang apa yang mereka lihat itu.

Salah seorang dari sahabat berkata:” Ya Rasulullah, kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau.”

Apabila Rasulullah mendengar keterangan dari sahabat itu, maka berubahlah muka Rasulullah dan dengan segera beliau bergegas ke rumah Abu Bakar r.a.

Sebaik sahaja Rasulullah sampai di rumah Abu Bakar r.a maka Rasulullah S.A.W melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya. “Wahai sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?” Kemudian Ali r.a berkata:” Ya Rasulullah S.A.W., Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa wafat mu telah dekat. Adakah ini benar, ya Rasulullah?”

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:” Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah S.A.W maka dia menangis sekuat tenaganya sehingga dia jatuh pengsan sementara Ali r.a pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu.

Kemudian Rasulullah S.A.W. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. [Kisah Rasulullah S.A.W hidup selepas turunnya ayat terakhir itu ada yang menyatakan 81 hari, 50 hari, 35 hari dan ada juga yang mengatakan 21 hari.]

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah S.A.W., beliau menyuruh Bilah bin Rabah azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah S.A.W. kemudian Rasulullah menunaikan solat 2 rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: “Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izin Nya, dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau sesiapa mempunyai hak untuk dituntut, maka hendaklah dia bangun dan memberitahu saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”

Rasulullah berkata sebanyak tiga kali kemudian bangun seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah Bin Muhshan’ dan berkata:” Demi ayah dan ibuku Ya Rasulullah S.A.W., kalau anda mengumumkan kepada kami berkali- kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini.” Lalu ‘Ukasyah berkata lagi: “Sesungguhnya dalam perang Badar, saya bersamamu Ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya dapat mencium peha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda supaya berjalan cepat, yang mana pada masa itu anda terpukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut.”

Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu.”

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata kepada Bilal r.a.: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari.”

Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata:”Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk di balas (qishash).”

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dengan berkata:” Siapakah di pintu?”

Lalu Bilal berkata:”Saya Bilal, saya diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengambil tongkatnya.”

Kemudian Fatimah berkata:” Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya?”

Bilal berkata:”Wahai Fatimah, Rasulullah S.A.W. telah menyediakan dirinya untuk di qishash.” Fatimah bertanya lagi:”Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah S.A.W.?”

Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawa nya kepada Rasulullah S.A.W.

Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut dari Bilal maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah’. Melihat hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil berkata:”Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda Rasulullah S.A.W., tetapi kamu qishashlah kami berdua.”

Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar maka dengan segera baginda berkata:”Wahai Abu Bakar dan Umar, duduk lah kamu sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempat untuk kamu berdua.”

Kemudian Ali r.a. bangun lalu berkata:”Wahai ‘Ukasyah! aku adalah orang yang sentiasa berada disamping Rasulullah S.A.W. oleh itu kamu pukul lah aku dan janganlah kamu mengqishash Rasulullah S.A.W.”

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai Ali, duduklah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hati mu.”

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata:”Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah S.A.W., kalau kamu mengqishash kami sama dengan kamu mengqishash Rasulullah S.A.W.”

Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah S.A.W. pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.”

Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai ‘Ukasyah, pukul lah saya kalau kamu hendak memukul.”

Kemudian ‘Ukasyah berkata:” Ya Rasulullah S.A.W. anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.”

Maka Rasulullah S.A.W. pun membuka baju, sebaik sahaja
Rasulullah S.A.W. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah S.A.W. maka dia pun mencium beliau dan berkata: “Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah S.A.W. Siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan badan saya dan Allah S.W.T menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.”

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:”Dengarlah kamu sekelian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”

Kemudian semua para jemaah bersalaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah berkata:” Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah S.A.W. di dalam syurga.”

Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.

Setelah itu kamu kapani aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku diatas diatas balai tempat tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan ku. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat ke atasku.”

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka menangis dengan nada yang keras dan berkata:” Ya Rasulullah S.A.W., anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?”

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:” Dengarlah para sahabatku aku tinggalkan kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua, dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah Maut.

Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit diantara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutlah dia dengan mengambil pengajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah S.A.W. berkata demikian, maka sakit Rasulullah S.A.W. bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah S.A.W. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin.

Pada hari isnin, sakit Rasulullah S.A.W. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesai azan subuh, maka Bilal r.a pun pergi ke rumah Rasulullah S.A.W. Sesampainya Bilal r.a di rumah Rasulullah S.A.W., maka Bilal r.a pun memberi salam:” Assalamualaikum ya Rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fatimah r.a: “Rasulullah S.A.W. masih sibuk dengan urusan beliau.”

Setelah Bilal r.a mendengar penjelasan dari Fatimah r.a maka Bilal pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah S.A.W. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a telah didengar oleh Rasulullah dan baginda berkata:”Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.”

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangannya diatas kepala dengan berkata:” Aduh musibah!”

Sebaik sahaja Bilal sampai di masjid maka Bilal pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah S.A.W. kata kan kepadanya.

Abu Bakar tidak dapat menahan dirinya apabila melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a menangis sehingga jatuh pengsan.

Melihat peristiwa itu, maka riuh rendahlah di dalam masjid sehingga Rasulullah bertanya kepada Fatimah apakah yang berlaku?” Maka Fatimah memberitahu:”Kekecohan kaum muslimin sebab anda tidak pergi ke masjid.”

Kemudian Rasulullah memanggil Ali r.a dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah S.A.W. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah S.A.W. sampai di masjid maka beliau pun bersolat Subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat Subuh maka Rasulullah S.A.W. pun berkata: “Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahNya.Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.

Setelah berkata demikian, maka Rasulullah S.A.W. pun pulang ke rumah beliau.

Kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat Izrail:”Wahai Izrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali.Apabila kamu pergi kerumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau di izinkan kamu masuk maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau dia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali kepada ku.

Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka malaikat Izrail pun dengan segera menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat Izrail sampai dihadapan rumah Rasulullah S.A.W. maka dia pun memberi salam:”Assalamu alaikum yaa ahla baitin nunuwwati wa ma danir risaalati aadkhulu?” (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu sekelian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risalah, bolehkah saya masuk?”)

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka dia pun berkata:”Wahai hamba Allah, Rasulullah S.A.W. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.”

Kamudian malaikat Izrail berkata lagi seperti permulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Fatimah r.a:” Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu.”

Maka Fatimah r.a berkata:”Ya Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggilmu dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga merasa mengigil badan saya.”

Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:”Wahai Fatimah, tahu kah kamu siapakah orang itu?”

Jawab Fatimah:”Tidak ayah.”

Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan- perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan penghuni kubur.”

Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahnya telah hampir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar tangisan Fatimah maka beliau pun berkata:” Janganlah engkau menangis wahai Fatimah, engkaulah orang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.”

Kemudian Rasulullah S.A.W. menjemput malaikat Izrail masuk. Maka malaikat Izrail pun masuk dengan mengucap: “Assalamualaikum ya Rasulullah.”

Lalu Rasulullah menjawab:”Wa alaikas saalamu, wahai Izrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?”

Izrail berkata:”Kedatangan saya adalah untuk menziarahi mu dan mengambil roh mu, itupun kalau kamu izinkan, kalau tidak izinkan maka aku akan kembali.”

Rasulullah berkata:”Wahai Izra
il, dimanakah kamu tinggalkan Jibrail?”

Izrail berkata:”Saya tinggalkan Jibrail A.S. di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia.”

Tidak berapa saat kemudian, Jibrail A.S. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah S.A.W. Apabila Rasulullah S.A.W. melihat kedatangan Jibrail A.S. maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:”Wahai Jibrail, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat?”

Jibrail berkata:” Ya, aku memang tahu.”

Rasulullah S.A.W. bertanya lagi:”Wahai Jibrail beritahu kepadaku kemuliaan yang mengembirakan aku disisi Allah S.W.T.”

Jibrail A.S. berkata:”Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi mananti roh mu di langit. Kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”

Rasulullah S.A.W. berkata:”Sekarang kamu katakan pula tentang umatku pada hari Kiamat nanti.”

Jibrail A.S berkata:” Allah S.W.T. telah berfirman: “Sesungguhnya Aku telah melarang semua nabi masuk ke syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umat mu memasuki syurga.”

Rasulullah S.A.W. berkata:”Wahai Izrail, dekat lah kamu kepadaku.”

Setelah itu malaikat Izrail pun memulakan tugasnya apabila roh itu sampai pada pusat, maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:”Wahai Jibrail alangkah dasyatnya rasa mati.”

Jibrail mengalihkan pandangan dari Rasulullah apabila mendengar kata -kata beliau.

Melihat telatah Jibrail itu, maka Rasulullah pun berkata: “Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?”

Jibrail A.S berkata:”Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajah mu di kala kamu dalam sakaratul maut?”

Anas bin Malik berkata:”Apabila roh Rasulullah S.A.W. telah sampai di dada beliau bersabda:”Aku wasiatkan kepada kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atas atasmu.”

Ali r.a. berkata:”Sesungguhnya Rasulullah S.A.W.ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali dan saya meletakkan telinga saya dekat Rasulullah S.A.W. dia berkata:”Umatku, Umatku.”

myibrah




Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/02/sayangnya-rasulullah-saw-kepada-kita.html#ixzz1lSkKIExk


Read more...

20 December 2010

WFM Alia Bakri Wins NJCC 2010














WFM Alia Anin Azwa bt Bakri (top pix) has been crowned the Champion of the Girls National Junior Chess Championship 2010 last night after scoring 8.0 pts from 9 rounds.

20 December 2010, Kuala Lumpur – At the OCM Building, the Girls National Junior Chess Championship 2010 was taking place in parallel with the boys’ chess event from the 15-19th December 2010.

WFM Alia Anin Azwa bt Bakri (top pix) has been crowned the Champion of the Girls National Junior Chess Championship 2010 last night after scoring 8.0 pts from 9 rounds. She had 7 wins and 2 draws. Alia Bakri was the ladies top board chess player for team Malaysia at the recent Chess Olympiad in Khanty-Mansyisk held late September to early October 2010. She gained her title WFM at that Olympiad and winning this NJCC 2010 title tops the cream of her excellent effort. A picture with WFM Alia Bakri with the Malaysian Ladies Chess team, Ilyumzhinov, Greg in Khanty-Mansyisk early October 2010.












In second place is WCM Nur Nabila bt Azman Hisham scored a similar 8.0 pts but with a slightly inferior tie-break points. And in third place is WFM Nur Najiha bt. Azman Hisham, younger sister to Nur Nabila. She scored 7.0 points. She had 5 wins and four draws, all draws from top 5 players.












Meanwhile Camilia Johari ended in 11 th position with 5.0 pts, same as Anis Fariha bt Saleh, GiloCatur’s daughter, finishing in 14th spot.

Source :http://fireyrook.blogspot.com/2010/12/alia-bakri-wins-njcc-2010.html

Read more...

19 December 2010

Tangan banyak bakteria, virus















Penularan penyakit berjangkit disebabkan oleh virus dan bakteria yang bersarang di tangan kita tanpa kita sedari.

TAHUN lalu, ketika jangkitan virus Influenza A (H1N1) berleluasa, ramai bimbang dan mengambil pelbagai langkah proaktif untuk mengelak daripada terkena penyakit dengan mencuci tangan sekerap mungkin, menutup mulut dan hidung apabila batuk atau orang lain batuk serta membawa tisu dan cecair pembersih tangan ke mana saja mereka pergi.

Malah, ada yang sangat berhati-hati sehingga menggunakan kunci kereta atau pen untuk menekan butang lif atau tidak mahu memegang susur tangan ketika menaiki mahupun menuruni tangga.


Semua ini dilakukan untuk mengelak daripada menyentuh permukaan yang kerap disentuh dan mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus berkenaan. Jika di hospital pula ramai yang sanggup beratur hendak menggunakan cecair pembersih tangan sebelum dan selepas melawat pesakit.

Bagaimanapun, amalan itu tidak bertahan lama, ia hanya dilakukan kerana kebimbangan mendapat jangkitan virus H1N1 saja. Kini, apabila keadaan kembali ‘tenang,’ ramai mula lupa saranan yang diberikan untuk melindungi diri daripada jangkitan.



Menurut Ketua Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee, mencuci tangan adalah antara kaedah paling mudah, murah dan berkesan untuk menyekat penularan penyakit berjangkit.


Menurutnya, mencuci tangan bukan sekadar mencegah pemindahan virus H1N1 saja, malah turut membabitkan semua virus dan bakteria berbahaya yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang kita.

Katanya, apa yang menyedihkan ramai masih memandang remeh kepentingan mencuci tangan dengan betul dan mungkin mereka tidak tahu bahawa tangan adalah antara anggota yang banyak organisma halus, sama ada bakteria, virus atau alga.

Malah, ia juga menjadi ‘pengangkutan’ paling efisien untuk bakteria dan virus berpindah kerana apabila kita menyentuh muka terutama mata, hidung atau mulut; organisma halus ini akan terus sampai ke ‘pintu masuk’ badan.

“Tangan petugas perubatan seperti doktor, jururawat dan pekerja hospital lain juga boleh tercemar melalui pelbagai cara termasuklah ketika mengambil darah pesakit, memeriksa tekanan darah atau nadi pesakit, membantu pesakit bergerak, menyentuh pakaian atau cadar tilam pesakit, memegang peralatan dalam wad termasuklah katil, lampu meja mahupun pam intravenus (bagi memasukkan cecair ke dalam salur darah).

“Inilah sebabnya pencucian tangan sangat penting bagi petugas perubatan kerana mereka boleh memindahkan bakteria atau virus daripada seorang pesakit kepada pesakit lain atau pada diri sendiri,” katanya pada majlis penutup kempen ‘Tangan Bersih, Hidup Sihat’ yang dijalankan dengan kerjasama Antabax dan Hospital Sungai Buloh.

Jurnal Perubatan New England 2006 melaporkan ramai doktor dan jururawat ‘terlupa’ untuk mencuci tangan mereka sebelum menyentuh pesakit. Walaupun kajian ini dilakukan di luar negara tetapi tidak mustahil turut berlaku di kalangan kakitangan perubatan di sini. Jadi, sebagai pesakit kita berhak meminta doktor atau jururawat untuk membersihkan tangan mereka terlebih dulu sebelum memberi rawatan atau membuat pemeriksaan terhadap pesakit.

Dalam kempen ini, 33 sekolah, lebih 2,000 kedai makanan dan minuman, suku juta pengguna pengangkutan awam dan petugas barisan depan pelancongan di hab pengangkutan Semasa Sentral serta pesakit dan pelawat Hospital Sungai Buloh menerima bahan pendidikan yang disediakan Kementerian Kesihatan dan produk Antabax. Bahkan, mereka juga diberikan panduan bagaimana dan bila seseorang itu mesti membasuh tangan.

Pada 2009, lebih 17,000 kes penyakit tangan, kaki dan mulut dilaporkan di Malaysia; 18,000 kes batuk kering dan 15,584 kes terkumpul (sehingga Ogos 2010) jangkitan H1N1. Itu belum termasuk kes keracunan makanan. Sebenarnya, semua jangkitan ini boleh dicegah dengan memberi penekanan terhadap kebersihan tangan.

Malangnya, selepas pelbagai kempen kesihatan dan kesedaran dijalankan, pengetahuan masyarakat mengenai cara pencucian tangan masih kurang memuaskan walaupun ramai tahu kepentingannya. Hasil kajian selepas demonstrasi kebersihan tangan yang dijalankan dalam kempen itu, didapati hampir 90 peratus peserta bukan daripada sektor kesihatan tidak tahu cara mencuci tangan dengan betul, kata Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Diri dan Isi Rumah Lam Soon, Carmen Foo.

Katanya, kajian itu juga menunjukkan orang dewasa juga perlu diberi pendedahan kepada kaedah penjagaan kesihatan paling asas (mencuci tangan) walaupun kumpulan sasaran kempen berkenaan ialah kanak-kanak sekolah rendah yang lebih terdedah kepada kuman kerana kebanyakan masa mereka dihabiskan di luar rumah.


Cara mencuci tangan

Ia sangat mudah, iaitu dengan menggunakan sabun dan air. Sabun mandi biasa sudah memadai kerana ia juga memberi kesan yang sama dengan sabun antibakteria.

Caranya: Basahkan tangan dan lumurkan dengan sabun. Gosok kedua-dua tangan selama sekurang-kurangnya 15 saat, dengan tumpuan kepada tapak tangan, celah jari, kuku, bahagian belakang dan pergelangan tangan. Akhir sekali, bilas dengan air bersih dan lap hingga kering.

Perlukah menggunakan air suam untuk mencuci tangan? Tidak perlu kerana air hangat tidak cukup panas untuk membunuh bakteria. Kajian menunjukkan penggunaan air suam tidak memberi kesan lebih baik daripada air pada suhu bilik dalam mengurangkan jumlah bakteria di tangan.

Sebaliknya bakteria membiak dengan lebih cepat pada suhu badan (37�C). Bagaimanapun, jika tangan anda berminyak, air suam dan sabun dapat membersihkan tangan dengan lebih baik.

Perkara penting yang perlu anda ingat selepas mencuci tangan ialah mengelap tangan hingga kering sama ada menggunakan kertas tisu atau tuala bersih. Penggunaan tisu didapati lebih baik daripada mesin pengering tangan seperti yang tersedia di kebanyakan pusat komersial.

Kajian Universiti Westminster London pada 2008 mendapati jumlah bakteria pada tangan yang dikeringkan dengan mesin pengering (menggunakan udara panas) meningkat 254 peratus pada tapak tangan dan 194 peratus di hujung jari).

Tangan yang dikeringkan dengan mesin pengering jet udara (lebih moden) didapati menunjukkan peningkatan jumlah bakteria sebanyak 15 peratus pada tapak tangan dan 42 peratus di hujung jari. Sebaliknya, tangan yang dikeringkan dengan tuala kertas menunjukkan pengurangan jumlah bakteria sehingga 77 dan 76 peratus pada tapak tangan dan hujung jari.

Malah penyelidik juga mendapati penggunaan mesin pengering tangan yang biasa juga boleh menyebabkan bakteria tersebar sejauh 0.25 meter daripada kedudukan mesin. Mesin pengering jet udara yang mempunyai kelajuan tiupan sehingga 1,036 ksj boleh menerbangkan bakteria sejauh dua meter. Ini bermakna penggunaan mesin pengering tangan ini boleh membuatkan bakteria tersebar ke seluruh bilik air. Selain itu, gunakan tisu untuk mengalas jari apabila menutup paip; atau anda boleh membersihkan kepala paip (dengan sabun) setiap kali mencuci tangan.

Bila perlu cuci tangan? Bila-bila dirasakan perlu, terutama apabila tangan kelihatan kotor; sebelum menyedia dan menyentuh makanan; keluar tandas; jika tangan terkena darah atau cecair badan; selepas bermain dengan haiwan peliharaan dan sebelum memegang kanak-kanak kecil.

“Tangan yang kelihatan bersih tidak bermakna ia benar-benar bersih (bebas daripada kuman) kerana ia terlalu halus untuk dilihat dengan mata kasar. Jika kita berada di tempat yang sukar mendapat air bersih, contohnya ketika dalam kenderaan awam dan tangan tiada tanda kotor, kita boleh gunakan cecair pembersih tangan beralkohol anti bakteria.

“Cara betul menggunakan cecair pembersih tangan anti bakteria - letakkan beberapa titis cecair pembersih di tapak tangan kiri, rapatkan kelima-lima jari kanan dan gosokkan hujung jari (supaya ia mengenai kuku) dan segera gosokkan kedua-dua belah tangan (depan, belakang dan pergelangan tangan) sehingga cecair pembersih kering. Ulang untuk kuku sebelah lagi. Mulakan kerja selepas tangan benar-benar kering,” katanya.

Ada yang bertanya, adakah kandungan alkohol dan bahan anti kuman itu mendatangkan kesan sampingan jika seseorang itu makan sejurus selepas itu? Jawapannya tidak. Ia tidak berbahaya kerana alkohol dalam cecair pembasmi kuman ini meruap (sejat) dalam 20 hingga 30 saat.

Selain itu penggunaan tisu lembap juga pilihan baik (kini sudah ada tisu lembap antibakteria), terutama ketika anda jauh dari punca air dan sabun. Namun begitu, pastikan tangan anda benar-benar kering sebelum menyentuh orang lain.


Sikap penduduk

Dr Lee berkata, walaupun semua orang tahu mencuci tangan itu penting, masih ramai yang tidak memberikan penekanan pada perkara ini.

Dalam Soal Selidik Kebersihan Antarabangsa 2009 untuk mengetahui sikap penduduk Malaysia terhadap kebersihan; 31 peratus responden berkata mereka mencuci tangan selama lima saat selepas keluar dari tandas. Responden lain memberitahu mereka mencuci tangan selama 10 saat (34 peratus); 20 saat (15 peratus) dan 60 saat (18 peratus).

“Lima saat adalah tempoh yang sangat singkat; besar kemungkinan mereka hanya membasahkan tangan saja dan berasakan ia sudah bersih. Seperti yang sering diulang; tangan perlu dicuci sekurang-kurangnya selama 15 saat dengan sabun dan air. Murid sekolah di Hong Kong digalakkan menyanyi lagu tertentu ketika mencuci tangan bagi memastikan tangan mereka dicuci dengan betul,” katanya.

Apabila ditanya cara paling berkesan bagi mengelak jangkitan selesema, ada dua kaedah yang dicadangkan iaitu kerap mencuci tangan (21 peratus) dan menutup mulut dan hidung apabila orang lain bersin (30 peratus). Sebenarnya dua langkah ini baik tetapi jika anda yang bersin, anda perlu menutup hidung dan mulut dengan tisu dan buangkan tisu ke dalam tong sampah.

“Jika tiada tisu dan ketika itu anda berada di tempat sesak, batuk atau bersinlah pada lengan baju (bahagian dalam; dekat dengan badan) kerana ia adalah tempat yang paling jarang bersentuhan dengan orang lain. Namun, cara yang lebih baik ialah sentiasa membawa tisu atau sapu tangan dan cecair pembersih tangan ke mana saja anda pergi,” katanya.

Antara penemuan lain di dalam soal selidik berkenaan ialah:



•Tempat paling tercemar ialah kepala paip sinki dapur. Kajian menunjukkan 45 peratus kepala paip sinki dapur di negara ini dicemari bakteria Staphylococcus aureus (S aureus) dan 10 peratus tercemar dengan bakteria Escherichia coli (E coli).

Bagaimana ia boleh terjadi? Kepala paip sinki dapur ialah antara benda yang kerap disentuh dan pencemaran boleh berlaku ketika memasak. Biasanya, selepas mengendalikan bahan mentah, kita mencuci tangan sebelum memegang makanan yang sudah dimasak. Bagaimanapun, berapa ramai antara kita yang mencuci kepala paip ini? Mungkin ada yang tidak pernah langsung.

Bakteria paling banyak dikesan (pada lebih 50 peratus sampel) ialah E coli yang menjadi petanda penting terhadap tahap kebersihan rendah. S aureus dan E coli adalah dua bakteria yang paling lazim menyebabkan keracunan makanan dan cirit-birit. S aureus pula boleh menyebabkan pelbagai masalah ringan pada kulit seperti jerawat, nanah pada luka sehinggalah yang lebih teruk contohnya pneumonia (keradangan paru-paru) dan meningitis (keradangan selaput otak).


•Didapati hampir 40 peratus papan pemotong penduduk Malaysia tercemar dan 15 peratus daripada itu dikategorikan ‘sangat tercemar’. Ini bermakna risiko untuk mengalami keracunan makanan adalah tinggi bagi penghuni rumah berkenaan.

Dalam kajian sama pada 2008 mendapati, secara global, kain lap dapur adalah ‘peralatan’ rumah paling kotor, tercemar dan mengandungi banyak kuman. Lebih 89 peratus rumah seluruh dunia mengandungi bakteria pada tahap tidak memuaskan, 78 peratus lagi dikategorikan sebagai sangat tercemar dan kotor. Malaysia lebih teruk kerana 100 peratus rumah responden di sini mempunyai kain lap dapur yang sangat kotor dan tercemar.

Perkara ini disebabkan sikap tidak mencuci kain lap dapur, membiarkannya terperap dalam keadaan basah dan disidai di tepi sinki atau dapur meningkatkan lagi tahap pencemaran di rumah. Selain itu, menggunakan kain sama untuk tujuan pembersihan selepas masak turut membantu menyebarkan bakteria ke seluruh dapur.


•Antara objek yang paling kerap disentuh ialah tombol pintu tandas dan ia sangat tercemar. Kira-kira 20 peratus responden mengakui tidak pernah membersihkan tombol pintu tandas di rumah mereka.


•Kira-kira 40 peratus alat kawalan jauh di negara kita sangat tercemar dan 63 peratus pemilik berkata tidak pernah membersihkan alat kecil yang sangat kerap digunakan itu. Keputusan ini juga menunjukkan bahawa pemiliknya kurang memberi penekanan terhadap kebersihan tangan.


•Permukaan yang paling bersih di dalam rumah ialah telefon dan tombol penyimbah tandas.


Read more...

12 December 2010

Sumber utama serat












MENYELERAKAN... jikalau kena dengan cara masakan, sayur boleh menjadi hidangan kegemaran

KEKURANGAN makanan ini menyumbang kepada 85 peratus penyakit kardiovaskular (jantung), 19 peratus kes kanser perut dan usus, 15 peratus kanser secara keseluruhan dan 11 peratus angin ahmar.

Pengambilan yang cukup sebanyak tiga hingga lima hidangan sehari pula boleh mengurangkan 17 peratus penyakit jantung — penyakit pembunuh nombor satu di dunia.


Makanan apa yang hebat sangat ini? Maaf, penulis bukan mahu berteka-teki kerana makanan ini ada di keliling kita dan boleh dibeli dengan mudah pada harga murah, namun tidak ramai menggemarinya.


Malah ada yang mengambil satu atau dua hidangan seminggu dianggap banyak, sedangkan jumlah itu sebenarnya terlalu sedikit. Makanan hebat yang dimaksudkan ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.


Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2003 mendapati lebih 80 peratus rakyat Malaysia mengambil kurang lima hidangan sayur dan buah setiap hari dan hampir 40 peratus penduduk makan hanya satu atau dua hidangan sayur sehari.


Keadaan ini menyedihkan kerana negara kita mewah dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh dibeli dengan harga murah.



Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, WHO menyarankan kita mengambil sembilan hingga 13 hidangan sayur dan buah sehari.


Jumlah ini mungkin keterlaluan tetapi jika kita dapat mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah sehari sudah memadai.


Dalam soal selidik dijalankan Persatuan Advokasi Kanser Malaysia (Empowered) ke atas 400 warga kota di tiga kawasan di Lembah Klang (Sentul, Sri Pantai dan Selayang Prima) mendapati responden mengaku suka makan sayur tetapi kekerapan pengambilannya ialah dua atau tiga kali (hidangan) seminggu.


Cara hidup moden yang kita jalani kini (banyak makan, tidak aktif dan kurang bersenam) sebenarnya mendekatkan kita dengan pelbagai penyakit gaya hidup dan kronik lain seperti sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kencing manis, obesiti dan kanser.


Sayur-sayuran dan buah- buahan membekalkan banyak khasiat yang tidak boleh disediakan sendiri oleh badan. Selain vitamin dan garam galian, bahan yang sangat diperlukan daripada tumbuh-tumbuhan ialah serat.


Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu serat boleh larut dan serat yang tidak larut dalam air.


Menurut perunding diet klinikal, Tan Yen Seng, serat tidak larut air membantu mencegah sembelit dan melancarkan pembuangan najis manakala serat yang larut dalam air pula boleh mengurangkan paras gula dan kolesterol dalam darah. Setiap tumbuh-tumbuhan mempunyai kedua-dua jenis serat ini pada nisbah berbeza.


Serat tidak larut air memberi jisim kepada najis, untuk membolehkan najis dikeluarkan dengan lebih mudah. Najis kita menjadi ‘besar dan lembut’ kerana mengandungi pelbagai jenis serat tumbuh-tumbuhan yang menyerap banyak air. Dengan itu kurang tekanan diperlukan untuk mengeluarkan najis daripada usus besar.


“Berapa banyak serat yang kita perlukan? Setiap hari kita memerlukan 20 hingga 35 gram serat sehari. Untuk kanak-kanak (tiga hingga 18 tahun) keperluan serat harian mereka berbeza dan cara kiraannya ialah mencampurkan umur dengan lima. Contohnya anak anda berumur lima tahun, jumlah serat diperlukannya ialah 5 (umur) + 5 bersamaan 10 gram serat.


“Bagaimana pula hendak mengira jumlah serat dalam buah dan sayur? Memang bukan mudah, tetapi anda boleh membuat anggaran berdasarkan Jadual 1,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, cara lebih mudah ialah memastikan anda mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah setiap hari. Saiz satu hidangan ialah satu potong atau sebiji buah bersaiz sederhana atau setengah cawan sayur.


“Program lima-hidangan- sehari diamalkan banyak negara di dunia dan ia terbukti dapat meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, terutama di kalangan kanak-kanak.


“Ini kerana kanak-kanak tanpa mengira negara, keturunan dan mahupun latar belakang pendidikan atau ekonomi memang susah makan sayur,” katanya.


Lazimnya tabiat yang dipupuk sejak kecil itu akan berterusan hingga dewasa dan pada ketika ini lebih sukar untuk kita mula menyemai perasaan suka terhadap ‘rasa’ sayur-sayuran kecuali jika terpaksa berbuat demikian, contohnya selepas menghidap penyakit tertentu.


Obesiti antara faktor utama kepada kanser kerana ia boleh merangsang pertumbuhan sel kanser. Pada masa sama ia meningkatkan risiko penyakit gaya hidup lain. Obesiti dikenal pasti ada kaitan dengan banyak jenis kanser, contohnya kanser usus, payudara, prostat, rektum, endometrium (pada wanita), buah pinggang, rahim dan tiroid.


Kita juga perlu mengurangkan pemakanan yang tinggi kandungan lemak, bukan untuk mengawal berat badan saja tetapi kajian menunjukkan lemak berlebihan boleh meningkatkan risiko kepada pelbagai jenis kanser seperti usus, payudara, prostat, rektum dan endometrium.


Sebaliknya, lebihkan pengambilan makanan yang kaya serat, terutama buah- buahan dan sayur-sayuran, untuk melindungi kita daripada kanser paru-paru, usus, payudara, prostat, pundi kencing, mulut, rahim dan perut.


“Semua jenis serat boleh membantu kita mengurangkan berat badan. Serat tidak boleh dihadam, jadi ia tidak menambah kalori dalam diet anda.


“Oleh kerana makanan mengandungi banyak serat mengambil masa lebih lama untuk dikunyah, ia secara tidak langsung memperlahankan rentak makan kita.


“Katakan tidak pada bahan laksatif dan diuretik (yang membuatkan anda berulang alik ke tandas) kerana bukan saja tidak membantu mengurangkan lemak tetapi juga boleh membahayakan kesihatan.


“Penurunan berat yang ketara selepas anda letih berulang alik ke tandas sebenarnya disebabkan berat air yang hilang daripada badan, sedangkan jumlah lemak masih tetap sama. Berat badan anda akan naik semula selepas anda minum bagi menggantikan air yang dibuang.


“Kita tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapat khasiat buah dan sayur. Beli buah yang dalam musim. Maknanya ia boleh dibeli dengan banyak pada harga murah. Kalau kita dapat memasukkan beraneka warna sayur dan buah dalam diet seharian, lebih baik.


“Pada masa sama, pastikan kita minum air secukupnya iaitu satu hingga satu setengah liter air sehari. Air penting untuk mengawal suhu badan, membolehkan buah pinggang berfungsi dengan baik dan mencegah sembelit. Jika kita makan banyak serat tetapi kurang minum air, kita boleh mengalami sembelit kerana serat menyerap banyak air,” katanya.


Ramai tidak sedar kudapan yang diambil sebenarnya banyak menyumbang kepada masalah pertambahan berat badan kerana kebanyakannya berkalori tinggi.


Bagaimanapun, bukan bermakna kita tidak boleh makan di antara waktu makan, cuma perlu bijak membuat pilihan.

A. 90 gram kerepek epal (mengandungi 460 kalori). Gantikan ia dengan empat biji epal bersaiz sederhana (320 kalori) dan empat batang pretzel (120 kalori). Jumlah kalori kudapan baru anda ialah 460 kalori.
B. Sepotong kek epal (320 kalori). Ia bersamaan dengan sehiris tembikai madu (80 kalori), secawan buah-buahan campur (60 kalori), 120 gram sorbet (80 kalori) dan bisotto (100 kalori).
C. Gantikan seketul ayam goreng (720 kalori) dengan ayam panggang (400 kalori)
D. Gantikan sepinggan mihun goreng (850 kalori) dengan semangkuk mihun sup (550 kalori)
E. Gantikan seketul pisang goreng (200 kalori) dengan dua biji kiwi (90 kalori)
F. Segelas teh tarik (150 kalori) dengan segelas air kosong (0 kalori)

Bila masa terbaik untuk makan buah?
Ramai yang keliru apabila ada sesetengah pendapat mengatakan masa terbaik untuk makan buah ialah sebelum menikmati hidangan utama seperti makan tengah hari atau malam. Antara alasan yang diberikan ialah untuk melancarkan proses penghadaman dan badan dapat menyerap khasiat buah- buahan dengan lebih baik.


Ada pula yang memberi pendapat lebih ekstrem mengatakan buah yang dimakan selepas hidangan berat akan menjejaskan sistem penghadaman.


Sebenarnya sehingga kini tiada kajian khusus yang menyokong dakwaan berkenaan kerana sama ada dimakan selepas atau sebelum hidangan berat, badan masih boleh menyerap khasiat dalam buah- buahan kecuali jika ada masalah pada usus, kata perunding pemakanan, Indra Balaratnam.


“Buah-buahan boleh dinikmati bila-bila masa, tetapi ia perlu dimakan dalam keadaan paling segar dan secepat mungkin selepas dipotong.


“Ini kerana sebaik terkena angin, proses pengoksidaan berlaku dan ia memusnahkan bahan antioksida dalam buah, walaupun ia dibalut dengan plastik pembalut makanan atau disimpan dalam peti sejuk.


“Bahan antioksida penting untuk membantu pencegahan banyak jenis penyakit seperti kanser. Untuk mendapat manfaat ini, hiris buah sejurus sebelum dihidang dan elak membeli buah yang dibelah seperti tembikai. Jika bimbang ia tidak dapat dihabiskan selepas dipotong, beli yang bersaiz kecil.


“Untuk buah-buahan yang boleh dimakan kulitnya seperti jambu batu, epal, lai dan pir; makan dengan kulitnya sekali. Ini kerana kebanyakan vitamin terletak betul-betul di bawah kulit. Walaupun kulit buah dicuci, ada juga yang mencucinya sekali lagi selepas dikupas dan makin banyak vitamin terbuang,” katanya.


Tidak kira bila buah dimakan, kita masih dapat khasiatnya. Namun, memakan buah sebelum makan nasi ada kebaikannya, terutama bagi individu yang menjaga atau cuba menurunkan berat badan. Kandungan serat dan air di dalam buah membuatkan kita lebih cepat kenyang dan ia secara tidak langsung membantu kita mengurangkan jumlah hidangan tengah hari atau malam.


Buah juga adalah snek atau kudapan terbaik untuk menggantikan kuih- muih, kerepek, coklat atau hidangan ringan lain. Sebabnya mudah — ia bukan saja kaya dengan bahan antioksida, vitamin, garam galian dan serat, bahkan kandungan kalorinya juga rendah.


Jadi, anda tidak perlu risau isu berlebihan kalori harian apabila menjadikan buah-buahan (kecuali durian) sebagai kudapan.


Bagaimanapun, untuk pesakit kencing manis, berbincang dengan doktor dulu mengenai kuantiti yang boleh diambil untuk mengelak masalah kawalan penyakit kerana kebanyakan buah-buahan tempatan sangat manis dan tinggi kandungan gulanya.


Namun, kata Indra, individu yang ada masalah gastrik diingatkan tidak mengambil buah-buahan sitrus atau berasid, terutama daripada keluarga limau, sebelum makan kerana ia boleh menyebabkan mereka sakit perut.


“Yang lebih penting ialah cuba amalkan makan buah dan sayur berlainan warna. Lebih baik jika kita dapat masukkan lima warna iaitu hijau, merah, biru- ungu, kuning-jingga dan putih dalam diet seharian kerana setiap warna ada fungsi berbeza dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan,” katanya.

Epal
Mencegah dementia (nyanyuk), masalah berat badan berlebihan, melawan kanser, mengurangkan paras kolesterol. Makan epal bersama kulitnya kerana hampir 50 peratus vitamin C dalam epal berada betul-betul di bawah kulitnya.

Pisang
Kaya potassium, bertindak sebagai anti kemurungan (ia merangsang emosi baik dan tidur), kaya antioksidan, mengawal tekanan darah, memberi tenaga segera, mengurangkan risiko kanser dan mencegah sembelit mahupun cirit-birit.

Anggur dan kismis
Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan masalah ingatan; kaya dengan bahan antioksida yang baik untuk kelihatan awet muda, penglihatan, kesihatan kulit; mencegah masalah gigi dan gusi; melancarkan perjalanan usus dan sebagai sumber tenaga segera.

Buah kiwi
Membantu mengatasi masalah insomnia (tidak boleh tidur malam); bertindak sebagai ejen pencair darah semula jadi untuk pesakit jantung (sekali gus merendahkan paras kolesterol dan trigliserida); membantu melancarkan pernafasan untuk kanak-kanak dan baik untuk kesihatan mata, usus serta prostat.

Mangga
Kaya dengan vitamin A, C dan E; yang bertindak sebagai anti kanser, meningkatkan kesihatan mata; membantu pencernaan; membuatkan kulit lebih berdaya tahan terhadap haba daripada sinaran matahari; mencegah masalah pertambahan berat badan dan merangsang ingatan.

Oren
Kaya vitamin C dan beta karoten (antioksidan); sangat baik untuk membantu perkembangan janin dan mengawal tekanan darah; penting untuk kesihatan mata; meningkatkan daya ketahanan badan dan mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Read more...

10 December 2010

Manfaat, mudarat menara telekomuniksi















Menara telekomunikasi berhampiran kawasan perumahan menimbulkan kebimbangan psikologi di kalangan penduduk.(Gambar hiasan)

SECANGGIH mana telefon bimbit seperti iPhone4, BlackBerry mahupun Nokia X2 tetapi jika kawasan berkenaan tiada liputan telekomunikasi, ia tidak boleh digunakan untuk berkomunikasi.

Mungkin ramai masih ingat kejadian malang menimpa seorang wanita sarat mengandung yang mati digilis keretapi semasa mencari isyarat telefon bimbit di landasan keretapi di Machang, Kelantan.

Kes tersebut membuktikan betapa pentingnya komunikasi di kalangan masyarakat ketika ini.

Peratusan penggunaan telefon mudah alih bertambah setiap hari dengan bilangan pencawang telekomunikasi yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Dengan proses perluasan ruang liputan yang agresif, hingga akhir Mei tahun ini kadar penembusan jalur lebar berjaya mencecah 37 peratus sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar penembusan sehingga 50 peratus menjelang akhir tahun ini.

Apabila pengguna makin dahagakan liputan telekomunikasi ini maka ia mendorong pengendalinya menambah menara pemancar.

Pada masa ini, terdapat hampir 20,000 menara telekomunikasi di seluruh negara. Ia terdapat hampir di setiap kawasan perumahan, lebuh raya dan di atas bumbung bangunan.

Ini menimbulkan kebimbangan psikologi di kalangan orang ramai kerana bimbang mengenai keselamatan serta kesihatan mereka.

Ada yang mendakwa menara gelombang telekomunikasi menghasilkan sinaran radioaktif berbahaya kepada kesihatan malah mempersoalkan tahap keselamatan jika sesuatu berlaku pada menara berkenaan.

Di satu pihak, pengguna memerlukan liputan telekomunikasi untuk terus berhubung. Tetapi di pihak satu lagi tidak membenarkan menara telekomunikasi didirikan atas pelbagai alasan.

Tentu kita masih ingat kejadian di Petaling Jaya dan Cheras ketika penduduk mengadu kepada pihak berkuasa mengenai menara telekomunikasi yang dibina berhampiran dengan kediaman mereka, hingga menyebabkan menara berkenaan dirobohkan.

Setiap kali menara telekomunikasi roboh, maka hanya sebilangan kecil untung kononnya 'menang' selepas berjaya mempengaruhi pihak berkuasa. Sedangkan sebilangan besar penduduk mengalami kerugian akibat kehilangan ruang liputan untuk berkomunikasi.

Pemilik menara mengalami kerugian besar kerana kos pembinaan menelan ratusan ribu ringgit dan kos meroboh juga besar kerana besi kerangka sedia ada tidak boleh digunakan semula.

Tetapi sejauh mana dakwaan menara telekomunikasi memberikan kesan buruk kepada kesihatan itu benar?

Sebagai badan yang mengawal atur industri komunikasi dan multimedia di negara ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) peka terhadap isu keselamatan dan kesihatan pengguna.

Pengarah Kanan Bahagian Teknologi, Standard dan Rangkaian SKMM, Mohd. Ali Hanafiah Mohd. Yunus berkata, pihaknya sentiasa memantau radiasi yang dikeluarkan oleh menara serta keselamatan penduduk di sekitarnya.

"Misalnya garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menetapkan menara telekomunikasi boleh didirikan di mana saja tetapi dengan kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional Berhad, laporan geoteknikal, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan keperluan pemasangan awam," katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Kepentingan Komunikasi dan Multimedia dalam Menjana Pembangunan Ekonomi Malaysia semasa program taklimat media mengenai Agenda Radio Frekuensi (RF) antara Media dan Industri di Pulau Pangkor, Perak baru-baru ini.

Malah menurut Mohd Ali, SKMM memastikan merobohkan menara merupakan jalan terakhir sekiranya tiada penyelesaian dapat dilakukan.

"Ia hanya dilakukan selepas beberapa usaha lain diambil termasuk membuat ujian kesan radiasi menggunakan peralatan khas oleh SKMM dan memberi penjelasan kepada masyarakat setempat mengenai isu berkaitan.

"Tanpa disedari kehidupan seharian sejak dilahirkan di kelilingi oleh banyak gelombang frekuensi radio (RF) akibat ledakan era teknologi maklumat bagi membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih mudah tidak kira di mana saja pada bila-bila masa," katanya.

Mohd. Ali menambah, apabila peralatan komunikasi berhubung dengan stesen pemancar, radiasi RF dibebaskan tetapi tenaga yang dibebaskan oleh peralatan adalah 20 hingga 200 kali lebih rendah berbanding radiasi yang dihasilkan oleh antena di stesen pemancar.

"Radiasi yang dipancarkan daripada stesen pemancar lebih rendah daripada piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa dan Perlindungan Radiasi Tidak Mengion (ICNIRP).

"Iaitu hanya 0.002 peratus dan ia selamat dan tidak menyebabkan masalah kepada kesihatan," katanya.

Garis panduan ICNIRP jelas Mohd Ali bukan saja digunakan di negara ini tetapi di Singapura, United Kingdom (UK), New Zealand, Australia dan Perancis.

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Read more...

09 December 2010

Tasik dunia semakin panas












KEADAAN hidupan di tasik seperti ikan dan haiwan akuatik adalah isyarat kepada tahap pencemaran dan pemanasan global

KAJIAN Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendapati tasik-tasik yang dingin di dunia kini mengalami peningkatan suhu pada kadar lebih cepat berbanding suhu udara.

Dua saintis NASA telah menggunakan data satelit untuk memantau sejumlah 104 buah tasik di seluruh dunia. Secara purata, mereka mendapati bahawa suhu tasik-tasik tersebut telah meningkat sebanyak 1.1 darjah Celsius sejak tahun 1985.

Kadar itu meningkat dua setengah kali ganda berbanding suhu global dalam tempoh masa yang sama.











CIRI menarik di Tasik Ladoga di Rusia berisiko mengalami kemusnahan akibat peningkatan suhu yang mendadak.

--------------------------------------------------------------------------------


Tasik Ladoga, Rusia dan Tasik Tahoe di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan suhu pemanasan yang paling ketara, kata pengarang bersama kajian, Simon Hook yang merupakan saintis di Makmal Jet Propulsion, Pasadena, California, AS.

Tasik Tahoe mengalami peningkatan pemanasan suhu sehingga 1.7 darjah Celsius sejak tahun 1985 manakala Tasik Ladoga meningkat paling tinggi iaitu sehingga 2.2 darjah Celsius.

Kajian mengenai peningkatan suhu tasik tersebut telah disiarkan dalam jurnal Geophysical Research Letters baru-baru ini.

Hook dan rakan sejawatnya menggunakan beberapa satelit dan melihat imej-imej inframerah terma tasik-tasik ketika musim sejuk dan musim panas.

Mereka turut mengesahkan perangkaan tersebut dengan membandingkannya bersama data terkumpul.


"Ia bertepatan dengan apa yang kami lihat melalui ukuran-ukuran suhu udara," kata Hook.

Para pengkaji mengakui bahawa mereka agak terkejut apabila mengetahui sesetengah tasik menunjukkan bacaan peningkatan pemanasan yang lebih tinggi berbanding suhu udara.

"Persoalan seterusnya adalah mengapa tasik-tasik itu bertambah panas dengan lebih pantas berbanding udara ataupun tanah," kata Hook.

Salah satu sebab keadaan itu terjadi adalah kerana air tasik mengambil masa lebih lama untuk sejuk berbanding tanah.

Saintis iklim NASA, Gavin Schmidt mengakui hasil penyelidikan yang dilakukan itu boleh diterima akal.











BANYAK tasik dicemari sisa toksik sama ada yang dilepaskan dari kawasan kumbahan mahupun saluran pelepasan sisa kilang.

--------------------------------------------------------------------------------


Jelasnya, hasil maklumat yang diperoleh daripada kajian itu menambah satu lagi sistem penyukatan bebas bagi mengesahkan isu pemanasan global.

Secara statistik, sebanyak 11 penunjuk berbeza digunakan termasuk suhu udara, kelembapan, litupan salji, kandungan haba lautan menunjukkan pemanasan global buatan manusia manakala tiada ukuran alam sekitar menunjukkan sebaliknya, kata Pentadbiran Hidupan Lautan dan Atmosfera Kebangsaan.

Secara purata di seluruh dunia, sebanyak 41 tasik mengalami peningkatan suhu secara ketara, 59 lagi mengalami kenaikan tetapi masih belum jelas kesannya sementara hanya empat tasik yang menunjukkan penurunan suhu.


Read more...

08 December 2010

Mencintai keajaiban isi Taman Negara












PARA peserta program cuba menyentuh ikan-ikan kelah yang jinak di santuari dekat Lubuk Tenor.

TATKALA pemanduan memasuki pintu masuk Taman Negara Pahang (TNP) Merapoh, jangkaan mengenai jisim hutan yang berusia lebih 130 juta tahun ini mungkin meleset.

Bagi mereka yang tidak pernah mengunjunginya, TNP ibarat sebuah lukisan yang tidak dapat dilihat isi kandungannya. Aktiviti rekreasi yang dirancang pengunjung pasti akan jauh lebih menarik daripada jangkaan dan imaginasi.

Kepelbagaian dan nilai flora serta fauna yang terdapat di TNP begitu tinggi berbanding pengetahuan yang dimiliki sesiapa pun. TNP yang memiliki kekayaan mega diversiti menampung kira-kira 14,000 spesies tumbuhan, 200 spesies mamalia, 480 spesies burung dan 80 spesies kelawar. Itu hanyalah jumlah yang direkodkan setakat ini.

Menurut Penguasa TNP, Abdul Kadir Abu Hashim, lima spesies utama yang dilindungi di bawah program konservasi Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ialah gajah, harimau, tapir, badak dan seladang.

“Taman Negara Pahang menjadi salah satu daripada 24 rizab hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia,” jelas beliau.

Aktiviti konservasi yang terbabit termasuklah membina laluan hidupan liar bagi mengelakkan pertembungan dengan laluan manusia sehingga mengakibatkan kematian.

“Jabatan kami turut membina terowong untuk laluan hidupan liar seperti gajah di bawah lintasan trek kenderaan bagi mengelakkan kemalangan.

“Perancangan untuk membina laluan untuk hidupan liar dengan menyambungkan Taman Negara dengan Banjaran Titiwangsa juga sedang disusun bagi membolehkan hidupan liar di kedua-dua kawasan bertemu dan membiak,” katanya pada program Kembara Bersama Media Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) di TNP baru-baru ini.



Selain itu katanya, aktiviti pemburuan haram turut disekat terutama membabitkan hidupan liar yang diancam kepupusan. Hidupan liar seperti harimau yang bernilai ratusan ribu ringgit seekor menerima ancaman hebat untuk tujuan perdagangan haram.

“Jabatan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi menyekat aktiviti haram di dalam Taman Negara Pahang termasuk membabitkan kehadiran pendatang asing tanpa izin,” jelas beliau.

Sementara itu, aktiviti program Kembara Bersama Media dan NRE berpeluang menyelusuri khazanah TNP melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Program dua hari berkenaan membawa rombongan kira-kira 35 orang peserta dalam kalangan media dan kakitangan NRE merentasi hutan, melawat santuari ikan kelah, menyertai aktiviti tubing dan safari malam.

Kenal spesies

Bagi mereka yang tidak berkemampuan mendaki gunung, aktiviti berjalan di hutan melalui rentis-rentis atau laluan khas yang disediakan merupakan salah satu cara mengenali spesies tumbuh-tumbuhan yang telah ditandakan dengan lebih dekat.

Antara rentis-rentis yang ada ialah Rentis Interpretif, Rentis Palas, Rentis Gua Gajah, Rentis Gua Peningat, Rentis Bumbun Rimau dan Rentis Berkenu.

Dalam kembara berkenaan, para peserta dibawa melalui Rentis Palas yang menjadi laluan pelbagai hidupan liar dan yang paling kerap ditemui ialah spesies gajah.

Menurut renjer TNP, Mohd. Asrul Ardullah, kehadiran haiwan liar dapat dikesan melalui tinggalan tapak kaki, najis dan kubang. Tanda tinggalan yang dapat dilihat dengan jelas sepanjang Rentis Palas ialah tapak kaki gajah.

Kewujudan haiwan liar juga dapat dikesan melalui kamera khas yang dipasang pada batang pokok. Tujuan pemasangan kamera bukan sahaja untuk mengenal pasti spesies-spesies di hutan berkenaan tetapi juga bagi tujuan bancian dan kajian.

“Kamera yang dipasang akan mengambil gambar secara automatik apabila terdapat objek melaluinya, termasuk manusia dan kenderaan,” jelasnya.

Tambah Asrul, selain memahami tabiat hidupan liar, pengunjung juga berpeluang mendekati spesies pokok-pokok yang hidup meliar. Setiap satunya mempunyai nilai yang tinggi di pasaran seperti tongkat ali dan gaharu.

“Pokok gaharu mengeluarkan bau yang wangi apabila dibakar dan mempunyai nilai yang tinggi untuk dijadikan minyak gaharu yang berharga ribuan ringgit bagi setiap kilogram, bergantung kepada grednya,” katanya.

Spesies pokok lain yang ditemui di situ ialah meranti kepong, rambutan hutan, palas, keruing mempelas, penaga lilin, bintangor lekok, nyatoh sidang, tongkat ali, gaharu, bekak, minyak beruk, keruing gombang, mata ketam dan ara pencekik.

Santuari ikan sensitif


Santuari ikan kelah yang terletak di Lubuk Tenor, Kuala Tahan dan Kuala Juram, Merapoh adalah sebahagian tempat menarik yang dilawati. Ia merupakan kawasan peliharaan ikan kelah dan dilindungi daripada aktiviti penangkapan ikan.

Pemuliharaan ikan kelah adalah supaya ia terus wujud di habitat asalnya. Ia menjadi kegilaan kaki pancing kerana kerakusannya merembat umpan pada mata pancing dan berharga tinggi di pasaran.

Di santuari itu, para peserta dibenarkan memberi ikan makan dengan tangan. Ikan-ikan berkenaan sangat jinak dengan manusia dan akan berkumpul apabila makanan ditaburkan di permukaan sungai.

Menurut kakitangan santuari berkenaan, ikan-ikan kelah yang terdapat di situ akan datang apabila loceng dibunyikan, menandakan waktu makan sudah tiba serta tidak akan lari apabila berada di dalam kumpulan manusia yang ramai.

Keadaan air sungai yang jernih memudahkan kelah dilihat walaupun ia dikategorikan sebagai spesies ikan yang sensitif. Namun, ikan kelah di santuari itu agak jinak dengan pengunjung.

“Pengunjung dapat memegang ikan kelah yang berenang dengan laju melawan arus untuk mendapatkan makanan yang ditaburkan.

“Selain itu, aktiviti berenang dan mandi bersama ikan kelah juga dibenarkan. Ikan-ikan yang ditangkap menggunakan tangan mestilah dilepaskan semula,” katanya.

Dalam pada itu, ikan kelah yang mendapat jolokan Raja Sungai mempunyai isi yang enak sehingga sisiknya boleh digoreng dan dimakan seperti keropok menyebabkan harga bagi sekilogram kelah boleh mencapai ribuan ringgit.

Safari malam

Tidak seperti pengalaman di zoo, peluang untuk melihat haiwan liar secara dekat merupakan pengalaman yang sangat berharga kerana hanya mereka yang bernasib baik sahaja dapat bertembung dengan haiwan-haiwan liar berkenaan.


Pengalaman itu sekali gus mengujakan peserta program kembara tersebut meskipun peluang menemui haiwan yang diancam kepupusan seperti gajah dan harimau sangat tipis.

Dalam lawatan sekitar pukul 11 malam itu, para peserta menaiki pacuan empat roda merentasi laluan safari malam untuk melihat flora dan fauna dalam suasana berbeza.

Perasaan takut bertukar seronok apabila para peserta berjaya melihat kelibat burung hantu dan kucing batu. Bagaimanapun, haiwan berkenaan beredar dengan segera apabila menyedari kehadiran manusia dan lampu suluh.

Menurut renjer yang terbabit, haiwan liar sensitif dengan cahaya lampu kenderaan menyebabkan peluang melihat haiwan liar agak tipis.

“Haiwan liar akan beredar apabila disuluh dengan lampu atau apabila mereka berasa terancam,” katanya pada perjalanan yang mengambil masa kira-kira sejam setengah itu.

Sememangnya program kembara ini adalah antara cara terbaik buat para peserta mendekati elemen biologi seterusnya memahami sistem ekologi belantara dan tabiat ‘penghuninya’.

Apabila manusia semakin menghargai komponen sains kehidupan tersebut, keseimbangan boleh wujud antara ruang ciptaan manusia dan juga alam semula jadi yang menjadi khazanah negara.

Read more...

07 December 2010

Maal Hijrah 1432











Selamat Menyambut Maal hijrah 1432
Read more...

Pendinding penyakit











Kebaikan probiotik ialah berfungsi sebagai pencegah penyakit

APABILA sakit, biasanya kita akan dibekalkan dengan pil atau cecair antibiotik bersama ubat-ubatan tetapi jarang kita mendengar mengenai probiotik. Antibiotik adalah sebatian kimia yang diguna untuk melawan jangkitan bakteria berbahaya.

Ia boleh diperoleh daripada sumber biologi seperti kulat dan mikro organisma. Dengan kemajuan sains, antibiotik kini boleh dihasilkan melalui sintesis kimia. Antibiotik ini bertindak membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan.


Semua antibiotik mesti dimakan sehingga habis. Ini bagi memastikan semua bakteria penyebab penyakit dibunuh untuk mengelak wujudnya jenis bakteria yang akan imun kepada antibiotik itu. Jika ini berlaku, seseorang individu itu akan memerlukan antibiotik yang lebih kuat untuk membunuh bakteria berkenaan.


Manakala probiotik ialah bakteria baik yang wujud secara semula jadi pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan kehidupan mikro organisma dalam usus dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.


Jadi, probiotik adalah pencegah penyakit berbanding antibiotik yang bertugas selepas diserang penyakit. Dalam kata lain, probiotik lebih bertindak sebagai pendinding kepada sebarang penyakit.


Kebanyakan penyakit berpunca daripada pemakanan tidak sihat, gaya hidup dan keturunan serta bermula di bahagian penghadaman atau usus.



Adalah penting melakukan sesuatu untuk menambah bakteria baik dalam mengekalkan mekanisma imun usus berfungsi dengan baik. Selain kulit dan sel darah putih, usus juga menjadi sebahagian daripada sistem pertahanan badan manusia.


Cara paling mudah menambah probiotik adalah mengambil makanan mengandungi kultur hidup seperti minuman probiotik atau suplemen, yogurt, keju dan bijiran probiotik setiap hari.


Apabila memperkatakan mengenai probiotik, pasti akan dikaitkan dengan pelopornya, Dr Minoru Shirota, penyelidik dari Universiti Kyoto, Jepun, yang menemui bakteria baik itu pada 1930. Beliau menamakan penemuan bakteria itu sebagai Lactobacillus casei Shirota strain (LcS) bersempena namanya.


Penyelidikan Dr Shirota itu didorong penyelidikan saintis Rus- sia, Dr Elie Metcnikoff yang membongkar rahsia golongan nomad Bulgaria yang mampu hidup lebih 100 tahun disebabkan pengambilan susu masam setiap hari.


Bertitik tolak daripada penemuan itu, lahirlah minuman Yakult yang diperkenalkan di pasaran Jepun pada 1935 dengan falsafah Shirotaisme bahawa manusia mampu hidup lebih lama dengan menjaga kesihatan usus, iaitu tempat makanan diserap tubuh.


Sejak itu beberapa kajian saintifik mengenai kegunaan bakteria baik dijalankan secara berterusan, terutama kebaikannya dalam mencegah pelbagai penyakit seperti cirit-birit dan kanser, termasuk kanser kolon, payudara dan pundi kencing.


Selain itu, pengambilan bakteria baik itu turut diamalkan dalam pemakanan bagi mereka yang menghidap kanser di beberapa hospital yang memberi rawatan kanser di Jepun.


Dalam kajian yang dijalankan Yakult Dengan Institut Taun Dan Penyakit Enterik India pada 20 Ogos lalu, mengenai kejadian cirit-birit teruk dengan Institut Taun Dan Penyakit Enterik Di Kolkata, India, mendapati pengambilan bakteria baik itu berkesan dalam mengurangkan kejadian cirit birit di kalangan kanak-kanak yang dikaji.


Kajian itu membabitkan 3,585 kanak-kanak yang tinggal di dalam masyarakat setinggan bandar di Kolkata.


Hasilnya, pengambilan bakteria berkenaan dalam minuman kultur Yakult dilihat berkesan dalam mengurangkan kejadian cirit-birit teruk di kalangan kanak-kanak dan perbezaan secara statistik adalah sangat ketara.


Kesimpulannya, pengambilan berterusan minuman Yakult boleh menambah bakteria baik dan mengurangkan bakteria berbahaya dalam usus; mengurangkan penghasilan bahan toksid berbahaya dalam tubuh; membantu pelawasan; mengelak sembelit dan cirit-birit; membantu sistem imun (pertahanan badan) melawan jangkitan serta mencegah pembentukan sel kanser.



Oleh YUSRI ABDUL MALEK (yang mengikuti lawatan kerja media ke Ibu Pejabat Yakult di Tokyo, Jepun, baru-baru ini)

Read more...

05 December 2010

Legakan sakit sendi










Osteoarthritis berlaku lebih kerap apabila semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoarthritis berlaku lebih kerap pada lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia berlaku lebih kerap pada wanita.

PENYAKIT ini menyeksakan jutaan manusia di seluruh dunia. Arthritis adalah penyakit degeneratif (penyakit berkaitan penuaan) yang kronik dan berbeza daripada jenis sederhana sehingga ke tenat dan melemahkan.

Arthritis didefinisikan sebagai radang pada satu atau lebih sendi dan gejalanya termasuk kemerahan, bengkak, keempukan, kekakuan, rasa sakit-sakit dan kepanasan di kawasan terbabit.


Ada lebih 100 jenis arthritis termasuk osteoarthritis, arthritis reumatoid, ankylosing spondylitis, lupus dan penyakit gout.


Arthritis paling biasa ialah osteoarthritis, yang berlaku apabila rawan yang menampan hujung tulang pada sendi kita lama-kelamaan merosot. Perkataan ‘Oste’/‘Osteo’ bermakna tulang dalam bahasa Yunani.

Osteoarthritis
Osteoarthritis (OA), juga dikenali sebagai osteoartroses atau penyakit sendi degeneratif, adalah jenis arthritis paling biasa. Osteoarthritis ialah keadaan yang kronik dan mencirikan kerosakan rawan sendi. Rawan ialah bahagian sendi yang melapisi dan menampan hujung tulang dan membolehkan kita menggerakkan sendi dengan senang.


Rawan sihat sangat kuat serta anjal dan membolehkan sendi bergerak dengan licin tanpa kesakitan. Namun apabila diserang osteoarthritis, rawan menjadi rosak dan beransur lusuh dan haus. Proses melusuh berterusan sehingga sedikit saja atau tiada lagi rawan tinggal pada sendi terbabit.


Ini menyebabkan tulang bergesel sesama tulang. Dalam keadaan sedemikian, sendi anda mungkin mengeluarkan bunyi ‘krik-krik’. Kesakitan dan kekakuan dirasai adalah perkara lazim bagi penyakit osteoarthritis yang berlanjutan.



Osteoarthritis lazimnya membabitkan sendi tertentu saja seperti pinggang, tangan, lutut, bawah belakang dan leher. Osteoarthritis berlaku lebih kerap apabila kita semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoarthritis berlaku lebih kerap pada lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia berlaku lebih kerap pada wanita.

Fakta rawan
Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan semula secara semula jadi. Namun, dalam penyakit osteoarthritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula.


Ramai yang menghidap osteoarthritis tidak mengambil khasiat untuk rawan mereka. Kita harus membekalkan nutrien perlu kepada badan supaya ia dapat membina rawan kuat dan anjal.


Mempunyai rawan kuat dan anjal adalah langkah pertama untuk mewujudkan sendi sihat. Justeru dengan sokongan nutrisi betul, penghidap osteoartritis dapat membina dan menumbuhkan semula rawan yang haus dan lusuh.

Sokongan nutrisi untuk osteoartritis
Glukosamin dan kondroitin adalah dua sebatian nutrisi penting yang digunakan untuk rawatan osteoarthritis.


Glukosamin dan kondroitin adalah komponen semula jadi bagi tisu sendi yang sihat. Ia menjalankan tugasnya dengan membekalkan ramuan mentah semula jadi yang diperlukan rawan untuk membaiki dan membina semula dirinya dan juga menumpaskan enzim semula jadi yang merosakkan rawan itu pada mulanya.


Glukosamin ialah sejenis sebatian semula jadi yang didapati dalam rawan sihat. Glukosamin juga unsur biasa glycsoaminoglycans dalam matriks rawan dan cecair sinovial. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan.


Kondroitin adalah unsur glycsoaminoglycans paling banyak dalam rawan dan ia bertanggungjawab memberi kebingkasan kepada rawan. Ia bertindak sebagai ‘magnet air’. Keupayaan kondroitin memegang air memberi ketegasan kepada rawan dan bertindak sebagai ‘penyerap hentakan’.


Mengambil suplemen glukosamin dan kondroitin membantu melegakan sakit sendi, membina semula rawan, meningkatkan keanjalan, melincirkan sendi, menggalakkan tisu sambungan yang sihat dan mengurangkan kekakuan.


Pada tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan suplemen glukosamin dan kondroitin 2-dalam-1 jauh lebih berkesan untuk merawat osteoarthritis sederhana hingga tenat berbanding ubat anti radang yang berkuasa (celecoxib), malah jika glukosamin atau kondroitin diambil secara berasingan dan bersendirian sekalipun.

MSM – Pengiring unggul bagi glukosamin dan kondroitin untuk rawatan osteoarthritis yang berkesan
MSM (Methylsulfonylmethane), sejenis sebatian sulfur semula jadi yang ada banyak manfaat kesihatan. Ia digunakan dengan meluas bersama glukosamin dan kondroitin untuk memberi kelegaan berkesan bagi sakit sendi. Beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan negara di Eropah memerhatikan hasil positif secara kerap dalam rawatan osteoarthritis apabila suplemen MSM ditambah secara oral kepada terapi nutrisi glukosamin dan kondroitin.


MSM didapati dalam diet biasa manusia dan hampir semua binatang. MSM membabitkan 34 peratus sulfur, iaitu mineral keempat paling banyak dalam badan manusia. Sulfur diperlukan untuk struktur setiap sel dalam badan. Ia diperlukan untuk mewujudkan keutuhan struktur rawan sendi dan tisu sambungan seperti kulit, rambut dan kuku.


Beberapa asid amino, iaitu blok pembina bagi protein, mempunyai sulfur sebagai komponen. Hormon, enzim, antibodi dan antioksida bergantung kepadanya.


Oleh kerana badan kita menggunakan dan menghabiskannya setiap hari, sulfur mesti ditambah secara berterusan untuk mewujudkan nutrisi serta kesihatan badan optimum.


Yayasan Arthritis Amerika (The Arthritis Foundation of America) mengesyorkan kita memulakan dengan dos rendah sekadar 500 mg MSM dua kali sehari dan meningkatkan secara beransur-ansur kepada 1,000 mg MSM dua kali sehari.

Membeli suplemen
MSM kini boleh ditemui di kedai farmasi di Malaysia. Oleh itu apabila anda memilih suplemen glukosamin dan kondroitin, jangan lupa menambah MSM demi memperoleh manfaat optimum untuk sendi anda.


Tanya ahli farmasi mengenai formula glukosamin dan kondroitin 2-dalam-1 yang dipercayai bersama MSM dan ucapkan selamat tinggal kepada osteoarthritis dan sakit sendi.


Diong Swee Hoon ialah ahli farmasi bertauliah dan mempunyai beberapa tahun pengalaman bertugas di luar dan dalam negara.


Berminat mengenai penjagaan kesihatan semula jadi, beliau membabitkan diri secara aktif dalam pendidikan kemasyarakatan dan juga penyumbang rencana berkala kepada beberapa akhbar utama di Malaysia.


Artikel ini disumbangkan oleh Live-well. Untuk maklumat lanjut mengenai osteoarthritis dan sakit sendi, hubungi Live-well INFOline 03-6140 7605 (Isnin — Jumaat: 9pg – 5ptg) atau e-mel kepada info@live-well.com.my.

Read more...